Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Tuesday, January 26, 2016

AIR HISPTER DI TANJUNG MALIM | TEA BOSS



AIR HIPSTER DI TANJUNG MALIM | TEA BOSS | Hari tu ena tengok satu post dari instagram Lampuneoncafe bahawa kat area rumah ena ni ada gerai jual air hipster yang jenis bekas yang dah jadi trend sekarang tu. Nama air hipster tersebut adalah Tea Boss Tanjung Malim

Memang sangat dekat dengan rumah ena, dalam 5 minit dah sampai. Itu pun kalau nai kereta la. Nak naik basikal pun dekat, tapi kalau nak jalan kaki tu agak jauh la. Ahaks. So, hari tu ni, alang-alang nak ambil anak saudara dari Sekolah Agama, ena singgah sejenak kat sini. Nak belanja anak-anak saudara ena yang lain air hipster ni.


TEA BOSS TANJUNG MALIM


Tea Boss Tanjung Malim ni adalah cawangan daripada Tea Boss HQ yang ber'tagline'kan Drink Tea Like A Bos. Ada banyak cawangan Tea Boss ni kat seluruh Malaysia tapi kali ni betul-betul dekat dengan kawasan rumah ena. Tea Boss Tanjung Malim ini terletak di Taman Bahtera Hulu Bernam dan bersebelahan dengan Hotel Sahara. Kat sini memang ramai student UPSI tinggal, so memang satu tempat yang bagus juga untuk jual beli.

Waktu operasi gerai ini adalah seperti berikut:




WAKTU & HARI BEROPERASI

Hari: Isnin - Ahad (Rabu Cuti)
Waktu: 1.30pm - 11pm
3pm - 11pm (Jumaat)



JENIS AIR YANG ENA PILIH

Ena beli 3 jenis air kat sini dan pastinya ena akan pilih air green tea. Anak-anak buah ena yang lain beli air cokolat, sebab dorang lebih suka cokolat. Next time boleh cuba try test yang lain pula, sebab nampak banyak jenis air yang menarik hati ena untuk cuba try test lagi.

Green Tea

Chocolate Biasa dan Chocolate Boss.

FEEDBACK DARIPADA ENA

Sedap air green teanya, cukup rasa macam yang ena rasa air hipster sebelum ni. Cuma yang ena pilih ni, dia letak vanilla bukan susu. So rasanya lebih soft and sweet. Lega tekak dan keinginan ena selama ni nak minum air green tea hipster ni. Selama ni telan green tea yang pahit untuk kurus tu je. Ahaks.

Air chocolatenya pun not bad, pekat dan cukup rasa. Ada la rasa tersendiri cokolatnya, anak-anak buah ena pun suka. Selain tu, harga pun tak terover mahal. Standard harga la ena rasa. Dekat Taman Universiti Tanjung Malim pun ada satu gerai jual air hipster hispter ni cuma jenama lain la. Nanti ena cuba try test dan buat sedikit review kat sini. Jauh sikitlah daripada rumah ena, tak mengapa kereta kan ado. Uhuks




Selain tu, pelayannya pun kemas, tak selekeh dan peramah. Walaupun lelaki, tapi memang bersih cara dia buat dan jaga gerai ni. So, ena rasa yakin untuk beli air kat sini. 


DETAILS TEA BOSS TANJUNG MALIM

Dibawah ni ena share link FB dengan IG Tea Boss Tanjung Malim ni. You all bolehlah follow dan like laman social mereka.


FACEBOOK

INSTAGRAM



Share

Other Article

AIR HISPTER DI TANJUNG MALIM | TEA BOSS
4/ 5
Oleh

7 Comments

Tulis Comments
avatar
26.1.16

nampak macam sedap jer air ni..terliur lak.. sama macam pirate coffe kan?

Reply
avatar
26.1.16

skg byk tmpt ada.. sdp dgn x aje..
ada yg pekat kaw gila.. ada plak buat caroii. heee

Reply
avatar
26.1.16

aaa...tak pernha lagi try mane-mane coffee hispter nie...manakah harus ku cari ni >_<

Reply
avatar
26.1.16

Diorang ada buat lagi satu cawangan dekat Behrang sebelah masjid. tp blum sgah sna lagi.. selalau yg kat depan hotel tu je.. sedappp!!! fav ni..

Reply
avatar
26.1.16

sedapnya, kalau susu tak minat . coklat pn sedap

Reply
avatar
27.1.16

suka jugak beli air yang cup size XL ni..puas minum

Reply
avatar
27.1.16

dah macam2 jenis minuman hipsterr dah sekarang

Reply