Tuesday, December 27, 2016

MUUKA MALAYSIA | WAJAH NAMPAK SIHAT BERSERI DENGAN DUA PRODUK SAHAJA



MUUKA MALAYSIA | WAJAH NAMPAK SIHAT BERSERI DENGAN DUA PRODUK SAHAJA | Penat dah beli macam-macam produk skincare? Kekadang satu set skincare tu berpuluh-puluh jenis pula nak dipakai sebagai pelengkap untuk kesihatan kulit. Kalau yang jenis boleh konsisten tiada masalah. Ni kekadang terlupa nak pakai, malas nak beli yang baru kalau dah habis. Memang susah la nak dapat effect yang memuaskan. Haaa! Siapa ada masalah macam ni? Yes, ena sendiri ada masalah seperti yang ena cakapkan di atas.

More Nyummy Here

Thursday, December 22, 2016

RESTORAN SELERA MY SETAPAK | SEDAPNYA CHEESE NAN KAT SINI


RESTORAN SELERA MY SETAPAK | SEDAPNYA CHEESE NAN KAT SINI | Siapa sini suka makan Cheese Nan? Siapa tengah mencari Cheese Nan terbaik di area Kuala Lumpur? Haa, entri kali ni ena nak share satu tempat yang menyediakan Cheese Nan yang terbaik bagi ena setakat ena foodhunting selama ni. 

Nama kedai tersebut adalah Restoran Selera MY (RSMY), Danau Kota Setapak. Partner foodhunter ena yang suggest untuk makan kat sini. Dia cakap ni tempat dia lepak dulu kala masa zaman dia stay kat kondominium yang berhadapan dengan bangunan restoran ni. Ena pernah makan cheese nan kat tempat lain, tapi Allah... ada yang keras, ada yang liat. Memang tak memuaskan hati ena. Satu-satunya tempat ena suka dulu ni iaitu Kapitan Penang. Tapi jauh sangat la pula. So, ena ambil kesempatan ni nak rasa cheese nan kat RSMY ni pula. Sungguh ke sedap? Jom baca kat sampai habis.



RESTORAN SELERA MY, DANAU KOTA, SETAPAK




Restoran Selera MY (RSMY) ini mempunyai 3 cawangan di sekitar Kuala Lumpur iaitu di Jalan Masjid India berhadapan dengan Menara City One, Jalan Medan Tuanku berhadapan dengan Maju Junction dan yang ketiga kat Danau Kota ni, betul-betul belakang Hospital Columbia.

RSMY ini menyedia makanan masakan ala-ala India dan Pakistan. So, kat sini you all boleh rasa pelbagai jenis roti nan yang ada. Ena pun baru tahu ada banyak lagi jenis roti nanti, bukan setakat Cheese Nan je. Kalau you all nak rasa masakan yang lain pun hado kat sini. Boleh pilih dengan berpandukan senarai menu yang disediakan.




Berikut adalah alamat RSMY kat Danau Kota. Ena pergi cawangan kat Danau Kota, so ena share RSMY kat sini jela ye. Kat cawangan lain, you all boleh Google. Mana tahu kawan-kawan blogger ena yang lain ada turut share pasal RSMY ni.


ALAMAT: 
Restoran RSMY Best Cheese Nan,
76, 70 Jalan Danau Niaga 1,
Crystal Ville
53300 Kuala Lumpur

MASA OPERASI:
Isnin - Jumaat ( 3pm-2am)
Sabtu -Ahad (12pm-2pm)




MENU YANG DIPILIH

Masa ni makan malam, oleh itu ena makan roti nan jela. Tak larat nak makan yang heavy sangat seperti nasi atau mee sebab nanti nak tidur dah, tak syok kalau perut over kenyang. Ahaks. Berikut adalah roti nan dengan side dishes yang ena dengan partner foodhunter, Yazid, pilih.

Yummy Garlic Cheese. Rotinya lembut, terasa cheesenya. Ena hantu cheese dan ena puas hati. Tak terlampau masin dan tak terlampau tawar.

Ayam Tandoori Peha. Pencicahnya sedap. Makan dengan Cheese Nan. Nyummm!

Beef Keema. Sedap sangat daging hancur ni. Walaupun harganya agak mahal, tapi banyak dan puas hati dengan kesedapannya.



FEEDBACK DARIPADA ENA

Pergghhh! Sedap sungguh cheese nan kat sini. Lembut, tak liat dan tak keras. Makan satu pun dah cukup puas bagi ena. Ena cicah dengan Beef Keema, lagi terangkat weh! Selalu cicah kuah dal je, bosan dah. Rupanya lagi sedap kalau makan dengan Beef Keema ni. 

Masa ena datang ni, memang ramai sungguh orang datang. Semua meja penuh. Ena ada juga baca beberapa review kata pelayan kat RSMY macam sombongla, pemalas la. Tapi masa ena datang ni, not bad layanan dorang. Lagipun kita faham, ramai orang kan. Mereka terkejar sana sini la nak layan tetamu. Hehehe.

Mengenai harga, bagi ena agak mahal juga tapi kesedapannya membuatkan ena tak kisah kalau bayar mahal macam mana pun. Dari segi kebersihan, ena tak boleh nak komen setakat ni sebab ena duduk meja luar. Tak perati betul-betul keadaan dalam kedai RSMY ni.



DETAILS RESTORAN SELERA MY 




Bagi yang nak lagi keyakinan pasal tempat ni, you all boleh terjah ke laman social rasmi mereka. Bawah ni ena share linknya, you all boleh terus klik sahaja. Terima kasih dan selamat menjamu selera.


FACEBOOK

INSTAGRAM

EMAIL



More Nyummy Here

Wednesday, December 21, 2016

SEOUL GARDEN HOTPOT | MAKANAN KOREA DI ECM KUANTAN


SEOUL GARDEN HOTPOT | MAKANAN KOREA DI ECM KUANTAN |  Baru-baru ni, tekak ena tetiba craving sangat sangat dengan masakan Korea. Terutama dishes Bibimbap Korea sebab banyak sayur-sayuran dan cendawan. I like!! Memang mencari juga kedai makan Korean Cuisine yang best-best kat Kuantan ni. Selalu pergi kat area KL je. Takkan semata-mata nak makan Korean Cuisine kena ke KL, jauh nau.

More Nyummy Here

Thursday, December 01, 2016

AMEENA KSK III | PENYEBAB LEBAM BAWAH MATA


AMEENA KSK III | PENYEBAB LEBAM BAWAH MATA | Siapa kat sini ada lingkaran hitam bawah mata atau selalu orang sebut lebam bawah mata? Rasanya ramai kan, terutama mereka yang pakai kaca mata macam ena ni. Tak kira laki atau perempuan, dedua akan mengalami hal yang sama. Kalau buka kaca mata, nampak la lebam-lebam tu. Bukan lebam kena tumbuk ke apa tau. Uhuks. Alamatnya, memang muka nampak tak bermaya la.
More Nyummy Here

Thursday, November 17, 2016

CAT AND THE FIDDLE MALAYSIA | ANTARA DURIAN CHEESECAKE YANG TERBAIK


CAT AND THE FIDDLE MALAYSIA | ANTARA DURIAN CHEESECAKE YANG TERBAIK | Siapa kat sini suka durian? Dan siapa juga yang suka Durian Cheesecake? Sesiapa suka tu, kita geng! Ena memang hantu durian dan suka sangat dengan Durian Cheesecake. Tempoyak je ena tak makan. Uhuks. Hari ni ena nak share satu jenama dan tempat untuk dapatkan Durian Cheesecake yang sangat sedap bagi ena.
More Nyummy Here

Sunday, November 13, 2016

POPIA CHEESE PAPRIKA | LAGI MANTAP LAGI NIKMAT


POPIA CHEESE PAPRIKA | LAGI MANTAP LAGI NIKMAT  | Ni bukan popia cheese yang basah tu ye, ni yang popia goreng orang buat kerepek sebagai kudapan. Ala, dulu popula dengan Popia Nestum. Sekarang ni zaman pakat-pakat nak cuba benda yang baru, terberanak la Popia Cheese pula. Ahaks.
More Nyummy Here

Friday, November 11, 2016

PROMOSI PRINTED CASING PHONE RM20 SAHAJA


PROMOSI PRINTED CASING PHONE RM20 SAHAJA | Siapa kat sini tengah mencari casing phone yang murah-murah dan boleh print gambar-gambar yang you all nak? Ala macam casing ena kat atas ni. Haaa, untuk entry kali ni ena nak share satu tempat di mana you all boleh tempah casing you all macamtu juga.
More Nyummy Here

Wednesday, November 09, 2016

STEVIA GLAMOHEALTH | NAK SEDAP KE.. NAK POTONG KAKI?



STEVIA GLAMOHEALTH | NAK SEDAP KE.. NAK POTONG KAKI? | STEVIA GLAMOHEALTH | Haaa! Nak sedap ke.. Nak potong kaki? Mesti you all pilih dua-dua kannn? Bohong la kalau tak suka makanan yang sedap-sedap. Tetapi selalunya makanan yang sedap-sedap ni mempunyai kandungan gula yang tinggi, garam yang tinggi dan perisa-perisa yang kita sendiri tak ketahui. Entri kali ni ena nak tekan pasal 'GULA'.
More Nyummy Here

Wednesday, October 26, 2016

JOYMIX CHIASEED | HEBAT SANGAT KE CHIASEED NI?



JOYMIX CHIASEED | HEBAT SANGAT KE CHIASEED NI? | Hebat sungguh ke chiaseed ni? Sekarang ni macam dah feymes chiaseeds ni. Dan ada yang diperkatakan chiaseeds ni boleh menguruskan badan. Sungguh ke? Zaman dulu kala mana ada dengar pasal chiaseeds ni, sekarang ramai yang baru sedar akan kehebatannya. Tapi macam ena katakan tadi, benarkah apa yang orang lain katakan?
More Nyummy Here

Friday, October 21, 2016

EZBUY MALAYSIA | SHOPPING ONLINE YANG MUDAH, MURAH DAN SELAMAT


EZBUY MALAYSIA | SHOPPING ONLINE YANG MUDAH, MURAH DAN SELAMAT | Bila jadi seorang pelajar ni, memang semua nak kena bajet termasuklah dari sector kewangan dan juga waktu. Tambahan pula, macam ena ni memang banyak menghabiskan masa depan laptop atas sebab-sebab yang tertentu. Nama pun tinggal di hostel, wifi free, alamatnya senang la nak meng"online”. Bak orang kata rezeki jangan ditolak.
More Nyummy Here

Friday, October 14, 2016

ASAMA CAFE KUANTAN | PECEL LELE MURAH DAN SEDAP


ASAMA CAFE KUANTAN | PECEL LELE MURAH DAN SEDAP | Fuhh! Dah lama tak berceloteh kat ruang blog ena ni. Dah lama juga tak pergi foodhunting. Pergi je foodhunting tapi rajin update kat Instagram dan Facebook sahaja. Kali ni baru nak rajin update blog. Dan untuk entri kali ni ena nak share satu kedai makan yang ena rasa puas hati sangat iaitu Asama Cafe
More Nyummy Here

Wednesday, October 05, 2016

RESTORAN MABIQ | WORDLESS WEDNESDAY

RESTORAN MABIQ | WORDLESS WEDNESDAY | Untuk entri kali ni, ena nak share secara ringkas satu kedai makan di sekitar Kuantan yang ena pergi berfoodhunting baru-baru ni. Ena dah lama nak makan kat sini cuma tak berkesempatan selama ni. Okay, memandangkan Wordless Wednesday, ena tak mahu olah terlampau panjang mengenai kedai makan ni. You all boleh rujuk pada bawah ni.
More Nyummy Here

Thursday, September 15, 2016

PAU CENDAWAN FROZEN YANG BOLEH C.O.D | TANJUNG MALIM


PAU CENDAWAN FROZEN YANG BOLEH C.O.D | TANJUNG MALIM | Siapa kat sini suka makan pau cendawan? Pau cendawan ni jadi hot macam goreng pisang panas, tak silap ena sejak puasa baru-baru ni kan. Ena pun terjebak sekali nak membeli sebab ramai kata sedap. Lepas tu jumpa orang jual pau cendawan kat pasar malam Tanjung Malim ni, beli harga satu RM3.50. Bila makan, astagfirullah menyirap je rasa. Inti paunya secoet je, paunya punya la besar gedabak. Mengucap ena masa makan. Dah la mahal. Haishhh!
More Nyummy Here

SARANG ART HUB | KEDAI MAKAN BERSENI DI TANJUNG MALIM


SARANG ART HUB | KEDAI MAKAN BERSENI DI TANJUNG MALIM | Dah lama ena tak foodhunting kat tempat di mana ena dibesarkan iaitu Tanjung Malim, Perak. Untuk entry kali ni ena nak share satu kedai makan yang agak popular bagi penduduk Tg.Malim atas sebab keadaan kedainya yang cantik, hipster dan penuh dengan hasil seni. Nama kedai makan tersebut adalah Sarang Art Hub
More Nyummy Here

Monday, September 12, 2016

GULIGENG | MENGGAMIT KENANGAN PERMAINAN TRADISIONAL


GULIGENG | MENGGAMIT KENANGAN PERMAINAN TRADISIONAL | Masa ena kecil-kecil dulu selalu main permainan tradisional dengan kawan-kawan, saudara mara. Antaranya seperti ting-ting, galah panjang, sep-sep tiang kat sekolah, congkak dalam tanah, batu seremban dan macam-macam lagi. Rindu weh! Dulu mana ada smartphone, tab apa semua ni kalau nak bandingkan budak-budak sekarang yang dah advance ke depan. Oleh itu, masa ena kecil-kecil dulu lebih cenderung untuk bermain di luar rumah berbanding duduk terperap dalam rumah main segala gadjet yang.
More Nyummy Here

Sunday, September 11, 2016

PERANAKAN PLACE NU SENTRAL | MAKANAN ALA BABA NYONYA


PERANAKAN PLACE NU SENTRAL | MAKANAN ALA BABA NYONYA | Kali ni ena cuba try test foodhunting di tempat makan yang menyediakan masakan ala-ala baba nyonya. Sebab tu diberi nama Peranakan Place. Peranakan tu stand for 'Baba Nyonya'. Bukan terberanak ke apa ye. Nak tahu sedap ke tak makanan kat sini, sila teruskan pembacaan you all ye.
More Nyummy Here

Saturday, September 10, 2016

YUSU DIMSUM AKI FOODCOURT | DIMSUM HALAL DI KUANTAN


YUSU DIMSUM AKI FOODCOURT | DIMSUM HALAL DI KUANTAN | Hye hye warga Kuantan, siapa suka makan dimsum? Siapa yang teringin nak makan dimsum? Apa dimsum ni sebenarnya? Halal ke? Haaaa, untuk entri kali ni ena nak share dengan you all satu kedai makan Melayu sekitar Kuantan yang menyediakan menu dimsum ni. Nama kedai makan tersebut adalah YuSu Dimsum.
More Nyummy Here

Friday, September 09, 2016

AMEZ CARE | TUALA WANITA YANG SELESA & MENYIHATKAN


AMEZ CARE | TUALA WANITA YANG SELESA & MENYIHATKAN | Entri ini tiada sebarang isu lucah-melucah ye. Hanya sekadar perkongsian tentang hal perihal penjagaan wanita. Bukan setakat wanita je yang perlu ambil tahu, kaum lelaki pun kena alert. Terutama hal kesihatan dan kebersihan miss V wanita yang mudah terdedah dengan sebarang jangkitan bakteria atau virus yang berbahaya. Melainkan la yang kaum Adam ni nak kahwin dengan kaum Adam juga. Uhuks.
More Nyummy Here

Friday, September 02, 2016

HARUM MALAM | MINUMAN KESIHATAN KHAS UNTUK WANITA

P/S: Wanita Yang Sedang Hamil Tidak Boleh Ambil Minuman Kesihatan Ini. Harap Maklum.



HARUM MALAM | MINUMAN KESIHATAN KHAS UNTUK WANITA |  Hello women out there, you must read this entry for your healthiness, internal and extenal. Okay, kita kembali guna bahasa ibunda kita ye. Ahaks. Hari ni ena nak share satu makanan tambahan atau omputehnya 'Supplement' yang khas di keluarkan untuk wanita selepas berkahwin dan juga wanita sebelum berkahwin. Oleh itu, jangan nak pertikaikan kenapa ena review produk ni.
More Nyummy Here

Wednesday, August 31, 2016

7 KELEBIHAN COFFEE YANG MENAKJUBKAN PADA KULIT


7 KELEBIHAN COFFEE YANG MENAKJUBKAN PADA KULIT | Selama ni kita tahu bahawa coffee ni mampu menyegarkan tubuh badan seseorang itu pada waktu pagi. Bagi mereka yang suka minum coffee laa macam ena. Namun, you all tahu tak coffee ni sebenarnya banyak kelebihannya terutama pada kulit kita.
More Nyummy Here

Sunday, August 28, 2016

APA ITU ROJAK TONGGEK? | PULAU PINANG


APA ITU ROJAK TONGGEK? | PULAU PINANG | Apa tonggek tonggek ni? Haaaa, untuk hari ni ena nak ice breaking je pasal apa itu Rojak Tonggek. Orang Penang tahulah Rojak Tonggek ni apakebenda. Ena orang luar ni, memang terpinga-pinga bila orang cakap "Rojak Tonggek". Ingat rojak tu dibubuhnya tongkeng ayam.
More Nyummy Here

Wednesday, August 24, 2016

POWER C BOOSTER | VITAMIN MENCERAHKAN KULIT


POWER C BOOSTER | VITAMIN MENCERAHKAN KULIT | Umur kian meningkat ni, memang banyak zat-zat dari makanan diperlukan. Tambahan pula dengan cara pemakanan ena sekarang ni memang tak seimbang. Tak ikut kadar yang betul. Kekadang ada hari memang tak sentuh langsung buah-buahan atau sayur-sayuran yang mengandungi kadar Vitamin yang tinggi. Terutama vitamin C.
More Nyummy Here

Tuesday, August 23, 2016

I G-NIUS | MAKANAN SUNNAH TAMBAHAN UNTUK ANAK ANDA


PERLANCARAN PRODUK I G-NIUS |  I G-Nius Luban telah dilancarkan pada 15 ogos 2016 buat julung kalinya di sebuah Madrasah tahfiz di Klang, Selangor. Produk ini yang dikenali sebagai I G-Nius yang berasaskan makanan sunnah iaitu Luban. Ini adalah satu-satunya herba makanan sunnah di malaysia yang diformulasikan dalam bentuk jus.
More Nyummy Here

Monday, August 22, 2016

KAD RAYA AIDILFITRI 2016 | RUQAIYAH AMANINA


KAD RAYA AIDILFITRI 2016 | RUQAIYAH AMANINA | Huiyooo! Raya dah lama berlalu, Syawal pun lama berlalu tapi ena baru nak share lagi satu Kad Raya pemberian kawan blogger iaitu kak Ruqaiyah Amanina. Lambat nak share sebab ena baru je dapat kad ni minggu lepas. Yela, bagi alamat UIAM, memang ena jarang cek surat ena kat pejabat Mahallah / Hostel. Maaf ye kak.
More Nyummy Here

Sunday, August 21, 2016

PRETZ N' BEANZ | MINUM PETANG DI BANGSAR




PRETZ N' BEANZ | MINUM PETANG DI BANGSAR  | Dah berkurun abad ena pergi foodhunting kat Pretz N' Beanz, hari ni baru nak update. Lagipun tak ada banyak makanan yang ena nak share kali ni, yela minum petang kan. Just nak share dengan you all akan kewujudan Pretz N' Beanz ni. Ahaks. Bagi yang ada hobi macam ena ni, boleh cuba try test kat sini dan pilih la menu selain yang ena akan share di bawah.
More Nyummy Here

Saturday, August 13, 2016

LYEEN ROSLEE (LR) | TUDUNG GAYA TERKINI BAWAL SHAWL


LYEEN ROSLEE (LR) | TUDUNG GAYA TERKINI BAWAL SHAWL |  Suka pakai bawal? Rasa lebih yakin pakai bawal? Tapi teringin nak pakai shawl? Haaaa, untuk entri ni ena nak share satu online shop yang menjual Bawal Shawl iaitu Lyeen Roslee (LR). Bawal Shawl?? Acano tu? Nak tahu macam mana gaya, nanti boleh usya gambar-gambar kat bawah ni.
More Nyummy Here

BROTHERHOOD WESTERN & GRILL | NIKMATI MAKAN MALAM DI KUANTAN


BROTHERHOOD WESTERN & GRILL | NIKMATI MAKAN MALAM DI KUANTAN | Untuk entri foodhunting kali ni ena nak share satu kedai makan yang berteraskan makanan Barat iaitu Brotherhood Western and Grill. Ena setakat ni mampu pergi foodhunting di sekitar Kuantan sahaja.
More Nyummy Here

Wednesday, August 10, 2016

LOTENG | TEMPAT LEPAK DI TELUK CEMPEDAK PAHANG


LOTENG | TEMPAT LEPAK DI TELUK CEMPEDAK PAHANG | Sejujurnya, sejak kebelakangan ni ena dalam kondisi yang agak tertekan sedikit. Tekanan datang daripada beberapa arah, biasalah lumrah kehidupan. Untuk tangani stress yang ada, ena lebih suka selesaikan dengan pergi jalan-jalan makan angin. So, ena pun ajak kawan-kawan ena pergi tengok wayang sambil take our meals kat luar UIAM.
More Nyummy Here

Tuesday, August 09, 2016

RESTORAN SELERA ZUZANA | LAYAN PULUT DURIAN DI KUANTAN


RESTORAN SELERA ZUZANA | LAYAN PULUT DURIAN DI KUANTAN |  Baru-baru musim durian ye dok? Sana sini mencari durian bagi si hantu durian. Samalah macam ena. Ena memang seorang yang hantu durian, tapi malangnya tempoyak ena tak suka. Dah cuba untuk sukakan, tapi gagal. Emm emmmm.
More Nyummy Here

Monday, August 08, 2016

AIDILFITRI 2016 | RAYA SAKAN BERSAMA BLOGGER




AIDILFITRI 2016 | RAYA SAKAN BERSAMA BLOGGER |  Alhamdulillah, raya tahun ni pun dah selamat melabuhkan tirai beberapa hari yang lalu. Memang rasa best raya Aildifitri 2016 kali ni. Banyak kenangan manis yang berlaku sepanjang sebulan Syawal tempoh hari. Dan yang lagi best berat badan pun makin meningkat. Uuuurrrggghhh!
More Nyummy Here

Wednesday, July 27, 2016

IMAAN SUCI WIPES | TISU YANG BAGUS UNTUK BUANG MAKEUP


IMAAN SUCI WIPES | TISU YANG BAGUS UNTUK BUANG MAKEUP |  Siapa kat sini nak wipe tisu yang betul-betul dapat buang makeup? Ni ena nak share satu wipe tisu yang diberi nama Imaan Suci Wipe  ena baru sahaja menggunakannya tetapi dah berjaya menarik hati ena untuk menggunakannya. Sebab apa ena suka? Haaaaa, jom teruskan pembacaan you all ye.
More Nyummy Here

Wednesday, July 20, 2016

HAPPY FIRST BIRTHDAY ALTHEA | BARANGAN DARI KOREA


HAPPY FIRST BIRTHDAY ALTHEA | BARANGAN DARI KOREA | Weeehhuuu!!! Happy First Birthday untuk  Althea Korea pada hari ini iaitu 20/7/2016. Terima kasih #AltheaKorea atas pemberian barang conteng-conteng muka sebanyak RM150 kepada ena. First time hoiii dapat parcel serta hadiah jauhhh nunnn dari negara Korea. Sungguh weh! Alamat pengirim pada parcel memang daripada Korea. Excited! Dan again, terima kasih bebanyak.
More Nyummy Here

Thursday, July 14, 2016

KENANGAN KETIKA BERAYA | AIDILFITRI 2016


KENANGAN KETIKA BERAYA | AIDILFITRI 2016 | Setelah sebulan lebih ena bercuti, now dah start mem'busy'kan diri kat Kuantan ni. Mood beraya masih ada lagi, time bertugas kepala ni masih teringat-ingat kat rumah. Sedih. Hurmmm. Namun, Alhamdulillah la sebab raya pada tahun ni banyak memberikan kenangan yang indah pada diri ena. Dapat berpuasa sebulan di rumah parents ena dan macam-macam lagilah.
More Nyummy Here

Sunday, July 03, 2016

RAYA AIDILFITRI 2016 | BAGAIMANA PERSIAPAN YOU ALL?




RAYA AIDILFITRI 2016 | BAGAIMANA PERSIAPAN YOU ALL? |  Assalammualaikum you all. Lagi dua hari je lagi nak menyambat 1 Syawal dimana kita akan merayakan Hari Raya Aidilfitri 2016. Pejam celik pejam celik dah nak sebulan kita berpuasa. Serius, mula-mula dulu rasa lambat je lagi nak habis puasa. Ni dah sampau penghujung dah. Alhamdulillah dan sebak juga hati ni. Hurmmm.

So, bagaimana persiapan raya you all? Ke masih belum ada mood nak beraya? Ahaks. Ena mula-mula puasa dulu dah siap semuanya beli segala persiapan untuk raya seperti baju raya la, kasut raya, tudung raya la dan macam-macam lagi la. Ena memang macam ni, sentiasa bersemangat nak raya. Adakah itu boleh menandakan tahap kematangan seseorang itu? Tidak ye. Hehehe. Tahun ni ena bersemangat lebih sedikit nak raya sebab semua adik-beradik ena balik beraya kat sini. Tahun lepas pakat-pakat beraya kat belah mertua. Ni ikut turn la pula. Yeahhh. 


Gambar raya tahun lepas di Taiping, Perak. Rumah arwah wan dan tok wan


Ena sebagai anak bongsu dan masih belum berkahwin, so sebagai tanggungjawab ena adalah menolong parents mengemas rumah. Dari semalam lagi ena dah mula mengemas rumah untuk pecutan terakhir. Tudiaaaa!! Pecutan la sangat, Ahaks. I mean, kemas yang berat-berat seperti semalam, basuh tingkap secara berjemaah dan hari ni basuh kipas secara berjemaah. Esok dan lusa pula dah ada benda nak buat secara berjemaah lagi. 

Yeahh! Umur masih muda ni jangan malas-malas nak buat kerja. Gunalah tenaga muda yang ada pada tempat yang betul. You all pun sekarang mesti tengah busy buat persiapan nak raya kan. Ada yang sedang buat kuih raya, ada yang tengah on the way nak balik kampung dan ada yang tengah mencari baju raya. Apapun, semoga you all selamat sampai ke destinasi dan selesaikan apa yang patut untuk raya nanti. 




Ena ni pun dah mula busy dengan benda lain dan nak lari keluar dari dunia media social ni. Banyak lagi kerja kat dunia realiti. Hehehe. Itu sahaja daripada ena, Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada ena dan keluarga. Maaf zahir dan batin sekiranya kelakuan ena ada yang tak menyenangkan. Semoga raya kali ni memberi banyak kenangan manis kepada kita.




NAK TAHU UP-TO-DATE RAYA ENA? JOM FOLLOW



More Nyummy Here

Friday, July 01, 2016

JUADAH BERBUKA | RESEPI ROTI JOHN BUAT DI RUMAH



JUADAH BERBUKA | RESEPI ROTI JOHN BUAT DI RUMAH | Kali ni ena nak share resepi Roti John yang mudah dan boleh buat kat rumah. Resepi ni pun ena dapat daripada orang, tak ingat dah kat mana. Hahahaha. So, ena cuba try test buat, wow! Sedap jugaaaa. Sebab itulah ena nak share resepinya bagaimana.

Lepas ni ena buat je kat rumah Roti John, tak payah nak beli kat luar. Mungkin rupanya berlainan tapi b=puas hati. Janji menjadi rasanya. Lagipun kita nak letak daging atau segala isi roti john banyak mana pun boleh. First time percubaan, alamatnya memang rupa bentuknya agak tak menarik tapi Alhamdulillah rasa roti john ni menarik hati ena.



RESEPI ROTI JOHN



Untuk resepi ni, ena guna roti biasa je sebab ena lebih suka roti biasa ni berbanding roti hotdog tu. Kalau you all nak guna roti hotdog tu, tarak masalah. Okay moh la kita


Bahan-Bahan

- 2 biji Telur Ayam 
- 1/2 cawan susu segar Dutch Lady (Botol Tutup Hijau)
- Daging lembu / Ayam kisar Ramly
- 2 Keping Roti 
- 1/2 Bawang Holand ( Bawang besar warna putih, potong dadu)
- 1 bawang merah kecil & 3 bawang putih (Tumbuk sampai hancur)
- Butter / minyak masak biasa
- 1 sudu teh kari ayam / kari daging
- Secubit garam


Cara-Cara

**Pukul dua telur terlebih dahulu bersama dengan susu segar. Macam nak buat telur dadar tu tapi jangan letak garam. Dah siap, letak ketepi dahulu sebab telur dadar ni nak guna last nanti


1) Panaskan kuali dan minyak. Tumis bawang kecil dengan bawang putih yang sudah ditumbuk tadi.
2) Masukkan bawang holand yang dipotong dadu. Masak sampai dah naik bau.
3) Masukkan daging kisar dan gaulkan sekali dengan bahan ditumis tadi
4) Apabila daging dah nampak separa masak, letak secubit garam dan satu sudu teh kari.
5) Gaul kesemua sampai sebati.
6) Daging dah masak sepenuhnya, pelahankan sedikit api dan tuang telur dadar ke atas daging tadi.
7) Letak dua keping roti kat atas telur tadi. Letak semasa telur masih belum masak sepenuhnya.
8) Tunggu telur masak dan siap! 


Dah boleh hidang dengan apa sahaja yang you all nak. Nak letak mayonis ke, sos keju ke, cheesedale ke, kuah lada hitam ke, tomato ke, dan pelbagai lagi la. Ikut selera masing-masing.







Ena letak cendawan sedikit sebab ena suka cendawan.

Kuning-kuning tu disebabkan daripada serbuk kari


Kalau nak cantik ikut ukuran dengan betul. Ena main buat je. Tak kisah sangat rupa paras, janji sedap.


Itu sahaja daripada ena. Sekadar perkongsi resepi yang mudah-mudah yang ena reti buat. Nak advance tu kena rujuk pada resepi chef-chef seperti blog Chef Abang Brian. Selamat mencuba ye.


More Nyummy Here