Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Thursday, December 31, 2015

NEW YEAR AROUND THE CORNER | YEAR 2016


NEW YEAR AROUND THE CORNER | YEAR 2016 | Harini merupakan hari terakhir untuk tahun 2015. Ya Allah, rasa macam baru je lagi masuk tahun 2015. Dalam sedar tak sedar, dah sampai pengakhiran tahun 2015. Banyak pengalaman dan kenangan yang ena pelajari untuk tahun 2015. Dan ena berharap pada tahun 2016 ni, bertambah lagi pengetahuan diri ini tentang kehidupan. Umur ena pun semakin meningkat dari umur 23 tahun ke 24 tahun.

Semoga tahun yang baru ini dilimpahi dengan pelbagai perkara yang best-best untuk diri ena dan juga diri  para pembaca blog ena diluar sana. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan kehidupan kita setiap hari. Ena doa yang terbaik untuk kita semua.

Pada tahun 2015 ni, ramai kawan-kawan dah selamat tamatkan kehidupan bujang mereka dan ada juga yang dah tamat pengajian tinggi masing-masing. Seronok ena tengok kejayaan mereka. Ena berharap tahun 2016 ni, turn ena pula. Ahaks. InshaAllah, itu seperti yang dirancang tapi Allah yang menentukan. Ena terima je mana-mana yang Allah dah tetapkan untuk ena, ena just terus menerus berusaha dan berdoa yang terbaik. Ajal pun makin dekat juga bila umur makin meningkat. Who knows kan??? Bersiap sedia ke arah yang itu juga.

Itu sahaja daripada ena dan nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU (HAPPY NEW YEAR) 2016 kepada semua penduduk bumi. Have a blast everybody.


More Nyummy Here

Wednesday, December 30, 2015

MY SECOND DE'XANDRA PERFUME | CHLOE


MY SECOND DE'XANDRA PERFUME | CHLOE | Ena pernah review dulu ni pasal perfume De'Xandra kat sini dan ena rasa ramai yang dah tahu mengenai perfume ni kan. Perfume yang ena sangat suka dan jatuh hati sebab dah la murah, lepas tu tahan lama lak. Sembur kat badan, melekat berjam-jam. Kekadang seharian masih berbau lagi kat baju. Dah macam perfume original yang mahal gedabak yang ada jual kat supermarket tu je.

Sejujurnya, ena sejak dulu lagi suka pakai perfume mahal-mahal. Bila mahal tu, kena berjimat la nak memakainya. Takut habis cepat. Ahaks. Mana la mampu nak beli setiap bulan. 3 bulan sekali je mampu beli. Tapi bila dah jumpa De'Xandra Perfume ni, ena tak payah nak risau dengan kewangan ena sekarang. Boleh berjimat dan tak payah sakit kepala memikirkan duit dah. Hehehe, alhamdulillah.



Ena sekarang ada dua jenis perfume De'Xandra, satu Gucci Flora dan satu lagi Chloe. Dua dua bau perfume ni sangat memikat hati ena. Lepas ni nak beli jenis bauan yang lain pula, boleh tukar setiap hari. Ahaks. FYI, ena merupakan seorang yang sangat mementingkan bau badan ena. Tak suka biarkan badan ni berbau yang busuk-busuk terutama time melakukan aktiviti lasak. So, untuk meningkatkan keyakinan diri dengan bau badan, ena spray je perfume ni. Segar bugar hidung kawww. Ahaks.

Serius ena tak menyesal beli perfume jenama keluaran yang ini. Yang lama punya pun masih tak habis-habis lagi. Dah nak dekat setahun pakai, still ada lagi. Jimat! Oleh itu, bagi mereka yang nak kan perfume yang jenis tahan lama dan harga pun tak melebihi ratusan ringgit, apa lagi carilah De'Xandra Perfume. Mesti dapat memuaskan hati you all. Kalau nak bau sedap, cuba try test bau Chloe, my second and new De'Xandra perfume. Soft jeeee bauannya. Nyumm nyummm.



FYI lagi, ena selalu beli kat seorang sahabat ena ni iaitu kak Norsyahirah Alias yang merupakan salah seorang penjual De'Xandra Perfume yang ena sangat percayai. Selain itu, senang nak menguruskan aktiviti jual beli dengan dia. Baik pula tu orangnya. Kalau tak percaya juga, haaaaaa cuba try test la sendiri beli kat dia ye. 

Bawa ni ena share details untuk you all berusan jual beli dengan kak Norsyahirah ni.







INSTAGRAM

NO.TEL
019 4657293 (aktif kat WhasApp)

FACEBOOK



More Nyummy Here

Monday, December 28, 2015

PRODUK PENJAGAAN MUKA LELAKI YANG AKTIF | DASHING


PRODUK PENJAGAAN MUKA LELAKI YANG AKTIF | DASHING | Para kaum Adam sekarang bukan macam dulu dah, pakat pakat dah mula mementingkan kulit muka masing-masing. Kadang-kadang penjagaan mereka lebih hebat dari muka perempuan. Tapi yang ena jeles, muka lelaki ni susah nak jumpa yang berjerawat. Kebanyakkan yang ena jumpa muka lelaki jenis yang berminyak sahaja. Termasuklah partner foodhunter ena. Uhuks.

Okay berbalik pada penjagaan rapi kulit muka lelaki yang aktif, kali ini ena nak memperkenalkan produk daripada jenama Dashing. Banyak betul pencuci muka Dashing ni yang direka khas untuk masalah-masalah kulit lelaki yang ada dimuka bumi ni. Terutama kat Malaysia ni, akibat faktor-faktor seperti cuaca, lifestyle dan pemakanan, menyebabkan masalah kulit muka akan timbul.



5 JENIS PRODUK PENJAGAA MUKA LELAKI 

So, di sini ena berpeluang untuk share produk-produk yang mengancam dari keluaran Dashing yang diilhamkan oleh Manchester City Football Club. Jom kita tengok apa produknya.


DASHING ACNE FREE


Dirumus khas dengan Zinc & Clay untuk mengurangkan penumbuhan jerawat di muka yang disebabkan oleh bakteria. Selain itu, dapat membantu meningkatkan kesihatan pada kulit muka.



DASHING ICE FRESH


Pakai yang ni, muka sure rasa berangin. Sesuai untuk menyegarkan kulit muka serta diri sendiri yang telah kepenatan. Selain itu, liang-liang roma turut dapat dikecilkan dan sekali gus struktur kulit muka lebih smart dan mengancam daripada sebelum ni. Elok digunakan lepas melakukan aktiviti lasak.



DASHING OIL CLEAR


Haaa yang ni sesuai dipakai oleh lelaki yang stay kat negara yang beriklim panas. Pencuci yang ni dapat membersihkan kulit muka serta dapat mengawal penghasilan minyak di muka.



DASHING WHITE EXTRA
 

Dirumuskan oleh Tumbuhan Swiss Alpine, yang berfungsi untuk meringankan, melembutkan, mencerahkan dan membaiki pulih kulit muka yang sudah mati.



DASHING WHITENING SCRUB


Yang ini pula, membantu membersihkan kulit muka secara mendalam dan memberi tona kulit yang sekata. Diformulakan dengan Garam Laut untuk keluarkan segala benda yang tersumbat dalam liang roma.



PERADUAN SMS DASHING

Tamat: 31 / 12 / 2015
(Cepat cepat sebelum terlambat!!)




To double your excitement, Dashing is also conducting a nationwide contest and will provide an opportunity for 11 lucky winners to enjoy 6 days 5 nights tour to Manchester, UK for free! The tour will include:


1) 3 days training camp at the City Football Academy

2) Together with the Academy coaches and players the opportunity to reach out to the first 
     team

3) Cruising at Etihad Stadium 

4) VIP tickets to watch the game live (LIVE) between Manchester City FC and Manchester
    United on 19 March 2016.



It's easy to use SMS contest. You just need to buy any product or Elite Dashing and send SMS shortcode for participating in this contest.




More Nyummy Here

Saturday, December 26, 2015

MENU TERBARU BROCHARKUEYTEOW | CHAR KUEY TEOW KETAM


MENU TERBARU BROCHARKUEYTEOW | CHAR KUEY TEOW KETAM | Ena sekarang sedang berehat rehat di rumah yang tercinta di Tanjong Malim. Tapi bukan cuti lama pun, sampai esok je cuti. Lepas tu hadap exam yang bakal menjelama lagi beberapa hari. Allahu. So, bila dah ada kat Tanjong Malim ni, craving pula #BroCharKueyTeow. Ena pernah story morry pasal char kuey teow ni dan ownernya pun blogger juga. Kalau nak tahu siapa ownernya, boleh jemput baca kat sini

Dah craving tu alamatnya memang kena belilah kan. So, kali ni ena cuba try test menu baru daripada #BroCharKueyTeow iaitu Char Kuey Teow Ketam. Lagipun, ena memang dah lama teringin nak makan CKT Ketam ni memandangkan ena pun jenis suka makan ketam. Alhamdulillah, kat sini ada jual. Apa lagi, beli la terus. Harga pun tak adalah mahal mana.


FEEDBACK DARIPADA ENA


Dari segi rasa Char Kuey Teow ketam ni tak adalah berbeza daripada yang #BroCharKueyTeow yang biasa. Kekal sedap, cukup rasa, cukup mantop dan banyak udang serta kerang. Cuma yang membezakannya, char kuey teow ni ada letak seketul ketam yang fresh.

Serius ena cakap, memang susah nak cari tempat makan yang letak ketam yang isi masih fresh. Dulu ena pernah makan satu kedai makan ni, serius rasa isi ketamnya pahit dan warna pun dah tak bermaya. Tapi kat sini, terbaiklahh. Kita dapat tahu la isi ketamnya fresh ke tak. Alhamdulillah, tertunai juga akhirnya permintaan perut ena ni. Ahaks.



Lagi satu, semalam ena tengok dengan lebih dekat owner #BroCharKueyTeow ni masak. Memang bersih tempat masaknya dan cara masak tu semua nampak bersih serta teratur. Antaranya seperti sebelum udang atau ketam tersebut dimasukkan ke dalam kuali, ownernya bersihkan sedikit even dah bersih dah pun sebelum tu. Banyak la lagi. Itu salah satu sebab ena suka Char Kuey Teow kat sini. Bukan sebab dia kawan blogger or tak ye.


DETAILS BROCHARKUEYTEOW


Di sini, ena sarankan bagi mereka yang ada di Tanjong Malim, mai la ke Lampuneon Cafe, Tanjong Malim untuk cuba try test #BroCharKueyTeow Ketam ni sementara harga masih tidak berubah. Bawah ni ena share alamat untuk ke mari






More Nyummy Here

Thursday, December 24, 2015

SALAM MAULIDUR RASUL 2015 | SELAWAT



SALAM MAULIDUR RASUL 2015 | SELAWAT | Di sini ena nak ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua umat di muka bumi ni. Ena pun agak terlewat nak meraikan hari yang mulia ni sebab agak sibuk berada di atas jalan raya. Baru habis praktikal di Temerloh, so hari ni terus balik Perak. Balik bercuti seketika. Dulu kalau masa zaman sekolah, mesti ada perarakan dari taman ke taman. Bestnyaaaa! Rindu zaman sekolah dahulu kala.

Namun begitu, moh la kita sesama berselawat seketika. Semoga kehidupan kita sentiasa diredhai Allah SWT. Lagipun, eloklah kita berselawat banyak-banyak pada hari ni. Ena ada letak selawat sekali dengan makannya kat bawah ni bagi memudahkan you all untuk menghayati selawat ni bersama-sama. Jom jom, Bismillahhhh...





More Nyummy Here

Sunday, December 20, 2015

STEAMBOAT MURAH DI TEMERLOH | ROTARIUM BUFFET STEAMBOAT


STEAMBOAT MURAH DI TEMERLOH | ROTARIUM BUFFET STEAMBOAT | Ena sekarang menetap kat Temerloh untuk sebulan lebih sebab tengah praktikal di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS). So, bila kat tempat orang ena ambil kesempatan untuk terjah beberapa kedai makan yang ena rasa sesuai untuk kongsikan di sini. Nama pun foodhunter kan dan ini merupakan salah satu hobi ena. Tapi tak selalu ena dapat foodhunting sebab busy memanjang.

Baru-baru ni partner foodhunter ena datang ke sini, macam biasa aktiviti kami kalau pergi jalan-jalan iaitu cari kedai makan yang nampak mengancam kat tempat orang. Ena jarang Google cari tempat makan yang best-best tapi masa kat Temerloh ni ena terpaksa google sebab bukan tempat kita. Alamatnya, memusing-musing la juga cari kedai makan. Dah la banyak jalan satu hala. Last-last kami pilih untuk makan kat Rotarium Buffet Steamboat.


ROTARIUM BUFFET STEAMBOAT TEMERLOH


Steamboat di sini menyediakan pelbagai jenis makanan yang you all boleh rasai. Makanan jenis steamboat dan BBQ la. Nama pun kedai steamboatkan. Uhuks. Dah macam ala ala kat Seoul Garden dah makanan buffet kat sini cuma tak ada sushi je. Selain itu, kedai ni dijamin Halal dan bersih untuk kita makan memandangkan owner steamboat ni adalah orang Melayu kalau tak silap ena.

Rotarium Buffet Steamboat ini terletak kat Dynaton Bukit Angin, Temerloh. Dekat juga dengan bandar Temerloh dan berhampiran dengan roundaboat nak menghala ke HoSHAS. Kalau nak ke mari boleh gunakan waze. Tapi masa ni ena main redah je, sebaik bukan ena yang drive. Ahaks.





ANTARA MAKANAN BUFFET DI SINI

Ena tak snap semua part makanan buffet yang ada kat sini sebab ramai sangat orang masa ni. So mana sempat je ena snap. Jom tengok buffet apa yang ada kat sini, kalau you all tengok mesti you all rasa tak menyesal datang makan kat sini.














FEEDBACK DARIPADA ENA

Macam biasa, ena memang layan steamboat yang jenis makan sampai lebam ni. Sekepala berharga RM26 sahaja. Bagi ena steamboat kat sini boleh dikatakan murah kalau nak bandingkan kat tempat lain. Dah la makanannya banyak, selesa pula tu makan kat sini. Sedap pun sedap terutama daging dan ayam perap untuk di BBQ. Lepas tu pelayannya pun 100 % orang Melayu dan pakaian mereka pun bersih.




Patutlah ramai orang makan kat sini. Cuma kat sini tak boleh bazirkan makanan, kalau tak, akan di caj 100g makanan yang terbuang = RM10. Nasihat ena, ambil sedikit sedikit dahulu. Kalau tak cukup baru boleh pergi tambah. Elok kedai ni buat peraturan sebegitu rupa demi nak hindari kita dari dapt dosa kering sebab membazir makanan.

Oleh itu, ena sarankan kepada you all yang hendak ke Temerloh untuk cuba try test layan steamboat kat sini. Kena datang cepat sebab tempat limited. Dah la jenis makan unlimited, for sure nak tunggu meja kosong memang lama la. Ena makan malam kat sini pun ambil masa 4 jam demi perabiskan makanan yang ada.

Overall, puas hati makanan steamboat kat sini.



DETAILS ROTARIUM BUFFET STEAMBOAT



Kepada mereka yang nak pastikan kedai ni buka ke tak pada hari yang you all nak pergi, you all boleh terjah ke Facebook official mereka. Kat situ you all boleh tahu. Ena sharekan link tempat ni kat bawah, so you all boleh klik link tersebut. Semoga dapat membantu you all.



FACEBOOK:

NOMBOR TEL:
09 2902489



More Nyummy Here

Monday, December 14, 2015

PERTAMA KALI BERKAYAK | TAMAN TASIK SHAH ALAM



PERTAMA KALI BERKAYAK  | TAMAN TASIK SHAH ALAM | Cerita ni dah lama sebenarnya tapi baru nak cerita kat blog. Busy sedikit kebelakangan ni, Kali ni nak cerita satu pengalaman baru dalam hidup ena iaitu melakukan aktiviti berkayak. Ena memang tak pernah berkayak sebelum ni, tengok orang berkayak macam senang je. Rupa-rupanya susah juga nak kawal sampan ni.Fiuuhhh!

Ena berkayak masa tu di Taman Tasik Shah Alam bersama dengan adik-beradik foodhunter partner ena, Yazid. Pada mulanya, ena dan yang lain berancang nak pergi jogging kat Taman Botani Shah Alam, tetapi cuaca tak mengizinkan ketika tu. Hujan tak berenti pula. Frust jugalah. Last-last, dah tak tahu nak ke mana, Yazid decide nak pergi Taman Tasik Shah Alam.



Pada mulanya, nak naik boat yang boleh kayuh kaki tu. Sekali tengok harga satu boat peeerrrgghhhh, better pergi berkayak. Bila berkayak ni boleh cari pengalaman...kononnya. Padahal, muka ena dah macam orang kehilangan darah dah masa tu. Pucat habis sebab ena agak takut masa tu. Takut terbalik dalam tasik time berkayak la, takut itu la ini la. Dah la tak bawa baju lebih. Memang betul-betul tak sedia mental dan fizikal. Yazid dah biasa main benda ni, so tak jadi masalah bagi diri dia.

Alang-alang dah sampai sini, gagahkan diri juga nak cuba try test berkayak. Nanti boleh cerita kat anak cucu, tak pun mengajar anak-anak cara nak berkayak nanti. Ahaks. Walaupun takut, hati bernekad dan sedikit excited nak cuba aktiviti yang bermanfaat ni. Well, ena ni suka cuba try test benda yang baru dalam hidup ena. Segala risiko, inshaAllah boleh handle sendiri.



Mula-mula bila nak stark berkayak, Allah bergaduh juga dengan si Yazid sebab tak sama kayuhan. Tambahan pula, tak nampak lagi flow dan rentak berkayak masa ni lagi. Ena masih teragak-agak lagi nak handle batang kayuhan tu. Bila dah sampai tengah-tengah tasik, baru boleh control sampan tu even tak professional mana. Alhamdulillah.

Penat juga tangan dan kaki bila berkayak ni. Kaki ena dah mula lenguh sebab kena lunjur je sampai habis. Baju ena memang dah basah sedikit sebab air tasik masuk sedikit dalam sampan kayak tu. Disebabkan tengah penat dan masa pun masih ada lagi, kami singgah kat satu tempat ni. Agak scary suasananya tempat nya, boleh dikatakan macam pulau kat tengah-tengah tasik ni.

Rupa-rupanya, bila dah dekat, baru tahu ni tempat burung merak diternak. Banyak betul buruk merak kat situ dan lagi teruja bila ada burung merak Albino (Merak Putih). SubhanaAllah cantiknyaa bulu dia time dia bertenggek kat atas kerusi. Kalau waktu malam, nampak macam langsuir pun ada. Uhuks.




Memang best aktiviti berkayak ni even memenatkan. Macam macam ragam yang kami telah buat ketika kat Taman Tasik Shah Alam ni. Dalam 2 jam juga kami kat tasik tu, slow slow berkayak sambil menikmati permandangan kat sini. Alhamdulillah, tak buang masa kami la datang ke Shah Alam ni. Terisi juga dengan aktiviti-aktiviti yang best,

Rindu pula nak datang ke sini dan berkayak lagi. Best rupanya berkayak ni. Daripada buat benda tak berfaedah better buat aktiviti sebegini pada waktu petang. Dapat juga keluarkan peluh.



More Nyummy Here

Sunday, December 13, 2015

IKAN BAKAR PETAI PILIHAN HATI | ANA IKAN BAKAR PETAI KUANTAN



IKAN BAKAR PETAI PILIHAN HATI | ANA IKAN BAKAR PETAI KUANTAN | Ena yakin, ramai pembaca blog ena ni dah pernah pergi cuba try test makan ikan bakar petai di Ana Ikan Bakar Petai, Kuantan. Sedapkannn?? Ini merupakan pertama kali ena makan kat sini. Selama ni nak pergi makan tapi tengok asyik full je orang mari makan. So, terbantut niat nak pergi terjah. 

Nasib baiklah abang kandung ena bawa pergi makan kat sini time orang tak berapa nak ada iaitu antara pukul 6pm hingga 8pm. Masa solat maghrib tu boleh solat kat sini sebab ada disediakan surau yang selesa untuk pelanggan yang datang kemari. Alhamdulillah, syukur sebab dapat juga rasa makan ikan bakar petai ni. Selama ni makan ikan bakar yang biasa tu je, kali ni ada petai tu yang teruja sedikit tu.


RESTORAN ANA IKAN BAKAR PETAI KUANTAN


Restoran ini terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Orang lain yang datang ke sini, kebanyakkannya mesti tahu mengenai kedai ni. Ada yang sanggup ke mari untuk merasai ikan bakar petai kat restoran ni. Tak mustahil lah tempat makan ni sentiasa dipenuhi pelanggan.




Dulu, restoran ini ada satu je. Sejak dah makin terkenal dan makin dapat memikat hati orang ramai, so restoran ini telah buka lagi dua cawangan yang lain tapi berdekatan antara satu sama lain. Kalau penuh yang sana, boleh pergi yang sini. Sama sahaja.

Masa ena pergi ni, ena pergi kat cawangan yang pertama. Yang kat sini restorannya agak besar kawasannya, selesa dan siap ada tempat permainan kanak-kanak lagi. Parking pun mudah, cuma kalau ramai sangat orang agak sesak jugalah parking kat sini. Bagi yang tak tahu nak kemari, wazekan je ye.


MENU YANG DI PILIH


Berikut adalah antara menu yang menjadi pilihan ena dan family abang kandung ena cuba try test. Memang semua memikat hati ena. Ena dah lama nak makan tomyam putih, akhirnya dapat juga makan makanan ni kat sini. Nyummmss. Terus naik selera makan ena bila tengok semua menu ni.


Sotong goreng tepung. Rangup dan rasa fresh sotongnya.

Siakap 3 Rasa. Terbaiklah kuahnya, cukup rasa. Isi siakapnya pun fresh.

Coconut Shake. Yang ni kurang auummm sedikit rasanya. Agak tawar rasanya.

Tomyam Putih. My favourite ever. Rasa tomyamnya memang menyengat, terbaik!

Khailan Ikan Masin. Favourite satu keluarga ena, kalau makan kat memana mesti order menu ni.

Menu paling dinantikan. Ikan pari bakar petai. Serius sedapppppp! Ena yang tak suka makan petai, bila kat sini siap terus ratah petai kat ikan bakar ni. Tak pahit, sedap!


FEEDBACK DARIPADA ENA

Alhamdulillah, bagi ena sangat puas hati makan ikan bakar kat sini. Banyak juga makanan laut yang ada kat sini. Semuanya sedap, fresh dan harga pun berpatutan. Keadaan kedainya pun bersih, tersusun dan kita pun selesa nak menjamu selera kat sini.

Kemudahan kat sini ada toilet, surau dan parking kereta. Terjamin halal dan bersih untuk dimakan.


Wakaf Sg.Soi. Ni nama tempat meja makan kami. 



So, bagi mereka yang berada di Kuantan dan mencari kedai makan kat sini, you all disarankan untuk cuba try test kat sini. Nasihat ena, kalau nak mai makan sila mai time pukul 6pm dan keatas. Time macam ni senang nak cari tempat duduk dan juga parking sebab tak ramai yang datang lagi time ni.




Okay itu sahaja, terima kasih to my brother and my sis-in-law sebab belanja ena makan kat sini. Tercapai juga hasrat nak makan tempat makan yang terlist dalam tempat foodhunting ena. Alhamdulillah. Apapun, selamat mencuba.


More Nyummy Here