Sunday, November 22, 2015

RESTORAN MILIK WAK DOYOK | DULANG MAS CAFE SHAH ALAM


RESTORAN MILIK WAK DOYOK | DULANG MAS CAFE SHAH ALAM | Siapa pernah cuba try test makan kat kedai milik Wak Doyok?? Ena baru sahaja merasa makan malam kat situ hari tu. Dan lagi menyedihkan, ena tak tahu menahu pula selama ni Wak Doyok ada buka restoran. Ahaks. Maafla, ena ni kurang ikuti perkembangan semasa tentang artis-artis. Ini pun partner foodhunter ena yang cakapkan, kalau tak memang ena tak tahu.

Masa hari kejadian, ena dengan partner foodhunter ena, Yazid ke Shah Alam untuk ambil adik dia di Seksyen 7. Tapi sebelum tu, seperti biasa kami berfoodhunting terlebih dahulu memandangkan perut pun dah menjerit-jerit minta diisikan. Pusing punya pusing mencari tempat makan yang mampu memikat hati kami, akhirnya diperjodohkan kami dengan Dulang Mas Cafe. Haaaa, amacam kat sini?? Nak tahu, jom teruskan pembacaan you all.


DULANG MAS CAFE, SHAH ALAM


Seperti yang ena dah mention kat tajuk entri ini, restoran ini dimiliki oleh Wak Doyok dan Fizul Nawi yang merupakan salah seorang artis yang terkenal di seluruh Malaysia, malah juga luar negara. Restoran ini menekan makanan ala-ala daripada Hatyai Thailand yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Kedai ini berdekatan dengan UiTM Shah Alam dan bersebelahan dengan KFC / MCD di sana. 

Usah risau bagi yang tidak tahu, ena tampirkan alamat restoran ni dibawah dan you all boleh wazekan sahaja.



ALAMAT:
Dulang Mas Cafe
No. 50G, Jalan Plumbum V7 / V 
Seksyen 7, 40000
Shah Alam Selangor 



FEEDBACK DARIPADA ENA

Alhamdulillah, tak sia-sia kami pilih Dulang Mas Cafe sebagai tempat untuk makan malam kami. Hal ini kerana keadaan restorannya sangat kemas, bersih, tiada bau yang mengurangkan dan selesa. Masakan panas kat sini pun perghhhh terbaik choo. Setiap kali suapan kami, asyik puji je keenakkan makanan yang kami pilih. Dah la sedap, banyak pula tu dan lebih terbaiknya harga pun tak adalah mahal sangat. Ingatkan kedai artis-artis ni mahal nak mampus, tambahan pula empunya Wak Doyok pula tu. Ahaks.







MENU YANG MAKAN MALAM ENA

Like always, kalau dalam percubaan ni ena malas nak pilih banyak-banyak, takut tak sedap dan juga takut tak habis.  Memandang tengah nak makan malam, so kami pilih nasi putih serta lauk-lauk panas yang lain. Jom tengok makanan apa yang kami layan kat sini.

Nasi Putih

Jus Belimbing (Yazid punya) dan Jus Lobak Susu (Ena punya)

Sup Daging yang terbaik. Panas dan dagingnya pun, Allah banyaknya. Puas makan.

Telur Dadar yang lembut.

Nanti nak cuba try test Ketam Pondan lak. Macam unik je namanya. Ahaks.



DETAIL DULANG MAS CAFE


Berikut adalah link fb dan link instagram restoran milik Wak Doyok ini dan juga waktu operasi kedai makan ini. Serius ena cakap, you all tak akan menyesal kalau nak manjakan tummy you all kat sini. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai restoran ini, dialu-alukan untuk terjah di link-link kat bawah ni ye.


MASA OPERASI:
12pm - 3am

FACEBOOK:

INSTAGRAM:



More Nyummy Here

Wednesday, November 18, 2015

APLIKASI SENARAI RESEPI MAKANAN YANG SIHAT | FOODBITS

P/S: Aplikasi hanya available untuk telefon pintar Android sahaja.



APLIKASI SENARAI RESEPI MAKANAN YANG SIHAT | FOODBITS | Sekarang ni, banyak penyakit berpunca daripada gaya pemakanan kita yang tidak seimbang dan bahan-bahan yang terkandung dalam makanan yang kita makan. Ena pun dah start naik berat badan sebab makan tak menentu dan tak terhingga-hingga, tambahan pula umur pun makin meningkat.

Dah nampak sign yang kurang menyenangkan hati kat badan ni, barulah nak terhegeh-hegeh nak kawal pemakanan itu ini. Tapi bila pergi foodhunting tetap jadi foodhunter, time tak jadi barulah sibuk nak jaga diri. Ahaks.

Asyik merungut dekat kawan, kata badan dah mula gemuk la apa semua la. So, kawan terus sarankan ena untuk install satu aplikasi yang diberi nama Foodbits. Aplikasi ini kita boleh guna untuk kenal pasti kadar kalori makanan yang kita ambil. Bukan itu sahaja tau, haaa... kalau nak tahu lebih lanjut, haaa sila teruskan pembacaan you all.



KELEBIHAN APLIKASI FOODBITS

Berikut adalah kelebihan yang ena jumpa masa godek godek aplikasi ni tempoh hari. Serius, simple je. Ena suka aplikasi yang tak memeningkan kepala macam ni. ScreenShot (SS) mana part yang ena sempat godek dan sempat terjumpa.



1) Terdapat pelbagai jenis resepi makanan, lebih daripada 100 resepi yang ada. Siap ada sekali berapa kalori setiap bahan yang kita guna tu.

 
Ni sesuai jadi rujukan bagi mereka nak diet Atkins, maybe


2) Boleh beli bahan-bahan resepi makanan yang berkualiti serta elok untuk kesihatan tubuh badan kita. Ni yang menarik bagi ena, siap boleh beli lagi tu. Pergghhh. 



3) Memudahkan kita untuk cek kadar BMI badan kita. Benda yang perlu kita cek setiap bulan, kebanyakkan pekerjaan sekarang dah nak pekerja BMI yang normal. So, penting benda ni.

Ena normal, yeay! Tapi lupa nak tukar standard. Ahaks

4) Dalam applikasi ni, boleh chitchat kat situ untuk dapatkan khidmat nasihat mengenai penjagaan yang sihat untuk diri kita.


5) Mudah, ringkas dan tak makan banyak capacity storage telefon bimbit. Kalau install, laju je siap. Suka suka suka.



FEEDBACK DARIPADA ENA

Best guna aplikasi ni, memang banyak membantu ena sebagai rujukan untuk belajar memasak lepas ni. Masak makanan yang berkhasiat untuk tubuh badan. Cuma, ena harap untuk telefon bimbit ANDROID sahaja. So agak payah sedikit bagi diri ena sebab ena seorang pengguna iOS sepanjang masa. Ermmm ermmm, Nasib baiklah ada telefon lama ena ni, gunalah balik.

Oleh itu, bagi mereka yang nak mudah untuk cari resepi atau nak cek BMI dengan mudah, sila sila la install apps ni ye. Serius best. Tak payah nak susah-susah dah, semua hanya di:


LINK UNTUK INSTALL:



More Nyummy Here

Saturday, November 14, 2015

TEKAK RASA NAK MAKAN LAKSA SARAWAK | MAGGI ROYALE


TEKAK RASA NAK MAKAN LAKSA SARAWAK | MAGGI ROYALE | Siapa kat sini suka makan laksa Sarawak?? Kalau suka, kita boleh jadi geng. Ena ni mula minat dengan laksa Sarawak sejak makan kat rumah saudara angkat ena. Dia buat laksa Sarawak memang sedap kaww kaww. Walaupun dia berasal daripada Sabah tapi dia hebat bab masak laksa Sarawak ni.

Okay, berbalik pada cerita, semenjak dua menjak ni ena rindu nak makan laksa Sarawak masakan dari saudara ena tu. Tapi entah bila dapat makan lagi. Baru-baru ni ena pergi ke Tesco kat IOI City Mall Putrajaya sebab nak perabiskan voucher hadiah sebanyak RM100 yang ena dapat haritu ni. Pusing punya pusing, tudia terserempak dengan Maggi Loyale Laksa Sarawak. Huishhh, nampak macam menarik, ena terus grab satu. So entri kali ni ena nak share best ke rasa megi ni.


FEEDBACK DARIPADA ENA

Sejujur ena ni kurang gemar makan megi. Kalau makan pun sebulan sekali je. Dan setiap kali makan mesti tak habis. Ena beli Maggi Royale Laksa Sarawak ni pun sebab macam rare je perisanya, padahal dalam box makanan ena kat bilik hostel masih berlambak lagi stock megi yang lain. Ahaks. Beli je sebab kalau terdesak boleh makan.



Bagi pendapat ena mengenai megi laksa Sarawak ni, masih tak boleh lawan kesedapan laksa Sarawak saudara ena buat tu. Opkos la kan rasa berbeza. Ahaks. Ena tak tahu la nak describe sedap ke tak tapi kuahnya macam ada rasa susu sedikit. Tu buat ena kurang berminat dan cepat muak. Yela, bayangkan rasa susu plus rasa sambal laksa Sarawak, emmm emmm.

Ena tertarik dengan packaging megi ni, nampak mewah serta lain dari megi perisa yang lain. Lepas tu, harga pun lebih mahal. Mungkin sebab 'royale' kot. Uhuks. Dalam satu paket ni ada 4 mini paket di dalamnya. Kalau megi biasa ada lima kan kalau tak silap ena. 



Satu bungkus je ena baru makan. Lagi 3 bungkus tak tahulah nak perabiskan bila. Memang liat sedikit nak layan megi ni, layan bubur instant je selalu. Mungkin bagi readers kat luar sana megi ni adalah sedap untuk dimakan. Well setiap orang ada pendapat masing-masing dan entri ini adalah pendapat daripada ena. 

Kalau you all nak ketahui rasa Maggi Royale Laksa Sarawak ni bagi yang belum pernah cuba try test lagi, boleh la dapatkan megi ni kat kedai-kedai berdekatan yang ada jual megi serta adik beradiknya yang lain. Ngeeee. Itu sahaja daripada ena.


More Nyummy Here

Friday, November 13, 2015

MINUMAN CUP BESAR RECOMMENDED DI BANTING | GELAIHH


MINUMAN CUP BESAR RECOMMENDED DI BANTING | GELAIHH | Ena lately ni dah jadi ketagih dengan minuman cawan yang besar gedabak tu. Well minuman jenis ni tengah panas sekarang ni. Dan perisa yang ena akan pilih first first adalah green tea. So, baru baru ni ena cuba try test beberapa tempat yang menjual air minuman cup besar di area Banting, Selangor. Even tak semua dapat ena terjah. Banyak sangat kot peniaga jual air bekas besar ni kat area sana.

Kesmua tempat jual yang ena pergi tu hanya satu je yang berkenan di hati ena sebab air bancuhannya sangat sedap, cukup manis dan cukup rasa. Nama minuman tersebut adalah Gelaihh Banting. Masa ena stay kat sana untuk beberapa hari, kerap juga la ena beli minuman ni tapi memang green tea menjadi pujaan di hati. Ahaks. Lagi satu, tempatnya dekat dengan rumah partner foodhunter ena so senang la nak pergi beli.


LOKASI GELAIHH BANTING

Lokasi kedai Gelaihh ini terletak di Kanchong Darat, Banting. Bagi mereka yang menetap di Banting tahu la kot Kanchong Darat ni ada kat belah mana. Lepas tu, kedainya juga terletak berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat dan betul betul di bawah flyover untuk orang melintas jalan.




FEEDBACK DARIPADA ENA 

Tak kiralah jenama apa sekali pun, kalau rasa air tu cukup rasa mengikut perisa masing masing, manis pun ngam ngam, tak rasa macam air sejuk kosong je, so bagi ena sedap dan terbaikk. Harga pun RM5 sahaja, berpatutan sangat. So, bagi mereka yang berada di Banting atau stay kat Banting, boleh cuba try test Gelaihh ni. 


LAMAN SOCIAL GELAIHH BANTING 

Bagi mereka yang masih ragu-ragu, boleh la terjah laman web social official mereka. Ena ada share link kat bawah ni dan you all boleh klik sahaja link tersebut. Hope dapat membantu you all. Itu sahaja daripada ena. 


  INSTAGRAM

FACEBOOK


More Nyummy Here

Thursday, November 12, 2015

PERTAMA KALI MAKAN MULBERRY | SEDAP KE?


PERTAMA KALI MAKAN MULBERRY | SEDAP KE? | Baru-baru ni ena short escape ke Banting untuk beberapa hari bagi otak ni tak tepu menghadap buku sahaja. So, di sini nak cerita salah la satu pengalaman baru ketika kat Banting. Pengalaman tersebut adalah buat pertama kalinya ena cuba try test makan buah Mulberry yang fresh daripada pokok. Ini pun partner foodhunter ena , Yazid yang memperkenalkan kat ena.

Ena dah lama nampak kawan-kawan post berry ni kat laman social. Macam sedap jeee, macam unik jee. Yang buat ena tertarik untuk cuba try test adalah ena tak pernah tengok jenis berry yang ini lagi. Tak silap ena, agak hot juga kisah pasal berry ni suatu ketika dahulu. 


BAGAIMANA RASA MULBERRY NI?

Bagi ena sedap, manis berry (manis + kelat + masam) la dan lagi sedap terutama buahnya yang betul-betul hitam. Rasa tak cukup je makan hari tu ni dan pula terus petik daripada pokok. Rasa kenikmatan tu lebih mencanak berbanding kalau nak beli kat kedai buah. Pokoknya pula tumbuh betul-betul kat belakang kedai partner ena. Mana tak teruja lagi.

Jenis buahnya agak fragile juga, pegang sedikit dah berkecai. So kalau nak basuh jangan ganas sangat. Struktur buahnya pun rangup dan juicy. Sedap gilaaaa, ena suka rasa berry yang macam ni. Bila dah teruja ni, mula rasa nak ketahui lebih lanjut mengenai berry ni. Ena pun google khasiat berry ni. Wahhh banyak juga kelebihan berry ni. Bukan setakat kat buah je, daunnya pun ada kelebihan tersendiri. Teruja sejenak. Ahaks.



KELEBIHAN MULBERRY



Haaaa, bagi readers di luar sana, siapa pernah makan juga?? Cuba komen dan bagi pandangan masing-masing pasal berry ni. 


More Nyummy Here

Sunday, November 01, 2015

BOAT NOODLE KUAH ASING DI KUANTAN | SARA BOAT NOODLE



BOAT NOODLE KUAH ASING DI KUANTAN | SARA BOAT NOODLE | Baru-baru ni ena dengan kawan-kawan ena terjah satu tempat makan yang menyediakan menu boat noodle di area Bandaraya Kuantan ni. Ena pun dah lama nak makan makanan Thai ni, so memandangkan kat Sara Boat Noodle yang satu satunya restoran menyediakan menu seperti yang dikehendaki, ena ke sini untuk layan perut ena ni. Lagipun dah lama tak pergi foodhunting.

Yang bestnya kat sini, boat noodlenya diasingkan kuah. Hanya dua mangkuk sahaja yang berisi kuah, in case kita beli secara banyak. Bagus la kalau macam ni sebab tak adalah kembang mee yang lain tu nanti. Pada mulanya ena malas nk pergi sebab ada yang kata, kuahnya kat sini agak sedikit manis. Tapi tak mengapalah, kita cuba try test. Kalau tak sedap, tak payah dah datang next time.


SARA BOAT NOODLE KUANTAN


Sara Boat Noodle ini merupakan cawangan daripada Sara Thai Kitchen dan juga terletak bersebelahan sahaja dengan kedai Sara Thai Kitchen. Cuma kedainya lebih kecil berbanding dengan Sara Thai Kitchen la. Apa beza kedua-dua restoran ni?? Sara Thai Kitchen mengediakan masakan panas ala-ala Thai, manakala Sara Boat Noodle hanya menyedia boat noodle sahaja. So, pilihlah mana mana yang you all rasa nak makan.

Sara Boat Noodle ini dimiliki oleh orang Islam Thai-Malaysia dan makanan serta minuman di sini halal untuk kita layan. Bagi ena keadaan kedainya pun bersih dan kemas. Disebabkan ramai orang yang datang kemari, sebab itu nampak macam tak berapa nak kemas. It's okay, ena faham. Pelayan kedainya pun sangat ramah, kita pun senang hati dan selesa nak makan kat sini. Ena suka kalau pelayan kedai makan ni layan kita sungguh-sungguh. Makanan yang tak sedap pun jadi sedap.

Berikut adalah waktu operasi di kedai ini:




MASA OPERASI
Hari: Isnin - Ahad
Waktu: 12.30pm - 11.30pm

ALAMAT
Sara Boat Noodle
A7 Jalan Gambut 3,
Kampong Kuantan, Pahang



MENU YANG BOAT NOODLE 

Kat sini you all boleh pilih satu satu atau secara set. Tambahan pula, kat sini ada dua jenis saiz mangkuk, kecil dan besar. Yang kecil berharga RM1.90 dan yang besar RM5.90 semangkuk. Masa ni, ena pilih mangkuk yang biasa ena makan kat boat noodle tempat lain dan juga pilih yang set. Kawan-kawan ena yang lain pun pilih yang set mangkuk saiz kecil. Yang set ni lebih murah kalau nak dibandingkan pilih yang satu satu.



Dalam satu set tu, setiap mangkuk mengandungi lain-lain jenis boat noodle. Sebab tu lebih berpatutan pilih yang set bagi diri ena. So, berikut adalah jenis-jenis boat noodle yang ada kat sini.



AYAM

DRY NOODLE. Yang ni dry sebab kuah dia asing. Tapi kalau nak makan tanpa kuah pun boleh. Ada taburan kacang dan sambal tersendiri. Serius berapi dan sedap.

SOAP NOODLE. Yang ni jenis berkuah. Rasa kuahnya agak sedikit manis. So, ena letak sambal sedikit, so baru rasanya kaw kaw. 


DAGING

DRY NOODLE. Sama macam chicken tadi cuma yang ni daging lembu.

SOAP NOODLE. Yang ni pun sama macam ayam tadi cuma kuahnya sedikit pekat. Dan ena lebih suka daging berbanding ayam sebab kuahnya pekat.


Ena makan 3 mangkuk pun dah semput. Semput sebab pedas. Sambal kat sini memang kaw kaw berapi. Bagi yang suka makan pedas tu memang layan habis la. Ena layan sambalnya pun sebab rasa boat noodlenya lebih auummm kalau letak sambal. Serius, berpeluh peluh ena, air mata usah dikatalah. Ahaks.

Minuman pula, ena pergi kedai makan boat noodle kat mana-mana pun, ena mesti pilih Green Thai Tea / Tea Milk Thai yang biasa tu. Baru fefeeling seolah-olah berada di negara Thailand. Lagipun lately ni, ena tengah ketagih dengan Green Tea. Entah, bagi ena green tea ni sedap dan memiliki satu aroma buat ena tertarik untuk minum.




Semput tak semput, habis juga ena makan. Cuma yang last mangkuk ena tak mampu nak perabiskan kuahnya. Sebab lidah ena dah pija tahap MAX. Well, orang tak tahan sangat pedas ni memang  jadi macam ni la. Hehehehehe. 


16 mangkuk kesemuanya sebab 4 orang yang makan. Ahaks.


Ena puas hati makan kat sini, rasa boat noodlenya not bad. Patutlah ramai sungguh orang yang datang kemari. Cuma satu kelemahan kat sini, airnya sedikit sangat. Ahaks. Sebaiklah ada air sejuk kosong free disediakan sebagai penyelamat orang seperti ena yang tak tahan pedas. Tapi air kosongnya ada rasa pandan sedikit, nyaman jee rasa. So, overall, thumbs up!! 



HUBUNGI PIHAK SARA BOAT NOODLE



Kepada yang berdekatan di Kuantan dan teringin makan boat noodle, boleh cuba try test kat sini. Sure you all puas hati. Kalau nak ketahui lebih lanjut, boleh usya facebook dan instagram mereka. Ena ada share link di bawah ini.



FACEBOOK

INSTAGRAM


More Nyummy Here