Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Sunday, August 30, 2015

TUTORIAL LETAK GAMBAR DAN LIKERS DI ENTRI | INSTAGRAM


TUTORIAL LETAK GAMBAR DAN LIKERS DI ENTRI | INSTAGRAM | Entri kali ini ena nak kongsikan cara-cara untuk masukkan gambar atau video daripada instagram ke dalam entri. Bukan setakat gambar sahaja, likers, berapa komen dan caption pun boleh kita masukkan sekali. Menarikkan??? Kalau nak tahu caranya, sila teruskan membaca.


Mudah sahaja caranya, tak rumit pun dan pasti semua orang pun boleh melakukannya juga. Tutorial ini pun hasil daripada tunjuk ajar kak blogger Julia Johari. Terima kasih ye kak Ju Juu. Dengan ini, ena share dengan yang lain pula. Jom kita belajar.




CARA-CAR LETAK GAMBAR DAN LIKERS

1) Buka instagram masing-masing di browser laptop / phone. Bukan pada apps IG di phone ye. Kalau yang buat public tu, tak payah login pun tak mengapa.




2) Klik pada Video / Gambar yang hendak di share.

3) Klik 3 dot di sebelah kanan bawah gambar. Boleh rujuk pada gambar dibawah.



4) Klik EMBED untuk dapatkan html code.



5) Klik 'Copy Embed Code'



6) Kalau nak caption gambar tu ada sekali, sila tick di 'Include Caption'

7) Lepas tu pergi tempat nak share entri dan gambar tersebut dan klik 'HTML' seperti gambar dibawah. Paste link Embed tadi.


8) Kalau nak ubah size, boleh tukar di nombor '2' yang ena tulis kat gambar rajah di atas.

9) Siap dan review terlebih dahulu.

10) Kalau nak centerkan, letak code '<center>' di hadapan code Embed tadi.




More Nyummy Here

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 58 | MALAYSIA 2015



SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 58 | MALAYSIA 2015 | Esok sahaja lagi kita nak raikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 58 tahun. Alhamdulillah, sebagai warganegara Malaysia selama 23 tahun ini, ena doakan supaya Malaysia sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Mana-mana yang ada yang tersilap tu, kita perbanyakkan doa supaya Allah bagi jalan kepada kita semua. Allah Maha Berkuasa dan Maha Adil. InshaAllah.

I love my country. Semoga negara kita kembali aman daripada sekarang. Jangan mudah putus asa. Apapun, ena nak ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia yang mengenali diri ena. Balik bercuti hati-hati, semoga selamat sampai ke destinasi.


More Nyummy Here

Saturday, August 29, 2015

KOLEKSI GAMBAR | SENI SUDU




KOLEKSI GAMBAR | SENI SUDU | Hari ini ena nak share gambar seni sudu yang menakjubkan. Seni ini dihasil oleh Ioana Vanc dan you all boleh tengok di instagram dia di SINI. Kesemua ukiran tu dibuat menggunakan daripada sumber makanan juga. 

Haaa..Hebatkan?? Memang sangat kreatif si Ioana ni. Lagipun ruang sudu tu bukanlah besar mana, memang kena fokus betul-betul masa nak ukir apa semua tu. Kalau orang dah minat terhadap sesuatu tu, apapun menjadi kannn. Ahaks. Okay, jom lihat antara hasil kerja dia dibawah.



SENI SUDU










Gambar credit to HERE
More Nyummy Here

Friday, August 28, 2015

GIVEAWAY WALLET | OPZZPINKY



GIVEAWAY WALLET | OPZZPINKY | Hari ni rasa malas nak taip entri panjang-panjang dan tetiba rasa nak join Giveaway yang simple-simple. So, Alhamdulillah jumpa juga satu giveaway yang simple yang dianjurkan oleh blogger OpzzPinky. Geng suka pink sama dengan ena. Hehehe.

Oleh itu, yang mana tengah tak ada kerja tu jomlah join sekali bersama dengan ena. Mudah-mudahan ada rezeki kita kat sini. InshaAllah amin. You all boleh baca serba sedikit details di bawah:-



TEMPOH:
12 Ogos 2015 - 12 September 2015

HADIAH:
1 Wallet (Boleh pilih warna kesukaan masing-masing)

PILIHAN PEMENANG:
Secara Random


More Nyummy Here

Wednesday, August 26, 2015

CKT MENJADI PILIHAN DI TANJONG MALIM | BROCHARKUEYTEOW


CKT MENJADI PILIHAN DI TANJONG MALIM | BROCHARKUEYTEOW |  'CKT' adalah singkatan untuk Char Kuey Teow dan ena selalu guna term tu sebab senang nak sebut. Sejujurnya, ena ni tak suka makan Kuey Teow, tak kisahlah Kuey Teow goreng basah ke, sup ke atau kari ke. Tapi dengan Char Kuey Teow, ena jadi lemah dan ketagih. Salah satu sebabnya, kuey teow yang digunakan jenis yang halus-halus

Ena merupakan peminat tegar CKT tapi bila kat Tanjong malim ni, memang agak susah nak cari CKT yang betul-betul mantap di area sini. Nak lepaskan gian, terpaksalah ena beli kat pasar malam je setiap hari Sabtu. Tapi itu pun masih belum dapat puaskan hati disebabkan ena pernah rasa CKT yang lebih sedap daripada yang itu. Namun, alhamdulillah ena dah jumpa tempat jual CKT yang betul-betul memuaskan hati di area Tg.Malim iaitu BroCharKueyTeow di Lampuneon Cafe, Tanjong Malim.


BROCHARKUEYTEOW DI LAMPUNEON CAFE


BroCharKueyTeow atau BroCKT ini diterajui, dimasak dan disediakan oleh blogger yang sangat dikenali di Malaysia iaitu Bro Framestone dan isteri bro, kak Iera Kan. Haaaaa, itu yang buat ena bertambah excited nak cuba masakan Bro Framstone ni malam semalam. Sedap ke tak, menjadi ke tak CKT nya, best ke tak. Lagipun Bro baru sahaja berniaga CKT kat sini. So malam semalam juga ena pergi cuba try test atas jemputan Bro sendiri.

BroCharKueyTeow ini terletak di  Lampuneon Cafe, Tanjong Malim yang berhadapan dengan Futsal Tg.Malim dan berhampiran kawasan KTM Tg.Malim. Wazekan hado, guna jelah waze kalau tak tahu kat mana.




FEEDBACK DARIPADA ENA 

Masa ena cuba try test BroCharKueyTeow ni semalam, ena ajak mak ena sekali makan. Tambahan pula, mak ena ni seorang yang jenis cerewet dalam masakan. Well dulu dia bekas guru masakan, so dia tahu la selok belok serba sedikit tentang masakan ni. Ahaks. So, ini kira ini feedback daripada ena dan mak ena juga.

Komen ena, ena sangat puas hati dengan masakan CKT daripada Bro Framestone. Rasanya betul-betul pekat dan enak. Ada rasa tersendiri di situ. Udang yang digunakan pun sangat fresh, kalau nak tahu fresh ke adalah tak time kita kupas kulit udang tu. Sama ada lembik ke, lunyai ke, keras ke ,melekat kat isi ke, senang nak terkopak ke, haaa rasailah sendiri ye. Ini petua daripada mak ena, kalau yang fresh tu kulitnya tebal, keras tapi tak adalah keras sangat dan nampak mantap isinya. 




Halal, bersih itu paling keutamaan bagi kami. Lagipun,  Lampuneon Cafe, Tanjong Malim ini sangat menjaga kebersihan dan keselesaan kedainya. So tiada masalah untuk clear you mind sambil mentelaah makanan yang ada kat sini. Mak ena pun sarankan lepas ni boleh datang kat sini lagi sambil layan BroCharKueyTeow.

Ena ni jarang balik Tg.Malim, time cuti panjang sahaja ena balik sebab yela drive sendirikan daripada Kuantan. Nak balik selalu, minyak makin naik harga. Student macam ena ni masih tak mampu la nak hadap semua tu. So, time cuti ni ena nak perlahap BroCharKueyTeow habis-habisan. Lagipun harga tak mahal sangat, janji puas hati dan perut ena pun bahagia dapat makan CKT yang sedap.



AMARAN!! Ena nasihatkan kalau nak makan BroCharKueyTeow ni mohon jangan minum air bersusu atau yang berlemak. Jangan cari penyakit pada perut you all masing-masing. Melainkan anda dah terbiasa makan benda berlemak dengan air bersusu. Tapi hope elakkan demi kesihatan diri juga, pilihlah minuman berjus.


LOKASI DAN MASA OPERASI BROCHARKUEYTEOW

Jangan lupa cuba try test CKT kat sini ye bagi yang berada di Tanjong Malim.



MASA & HARI:
Isnin - Jumaat
5pm - 10.30pm


More Nyummy Here

35: WORDLESS WEDNESDAY | SOTONG CHEESE

WORDLESS WEDNESDAY | SOTONG CHEESE | Entry di mana kita hanya meletakkan gambar atau quotation sahaja dan membiarkan ia dijadikan sebagai jalan cerita atau perkara yang ingin disampaikan oleh empunya blog. Tak perlu taip panjang lebar.




Nama Kedai: Maaf Tak Ingat

Lokasi: Gerai bersebelahan Scallop Q, Berjaya Times Square

Feedback: Sedap, Puas hati, Cheese melimpah ruah, Halal, Bersih




More Nyummy Here

Monday, August 24, 2015

MEE BANDUNG MUAR KETAM | RESTORAN BISIK-BISIK SHAH ALAM


MEE BANDUNG MUAR KETAM | RESTORAN BISIK-BISIK SHAH ALAM | Pada 22 Ogos 2015 hari Sabtu yang lepas, semperna hari jadi ena ke 23 tahun, ena telah bawa parents dan kak ena ke Shah Alam untuk makan tengah hari bersama-sama. Dah lama ena berhasrat untuk belanja mereka makan kat satu tempat yang ena sendiri tak pernah pergi lagi. Mujurlah ada Mr.Google membantu ena untuk cari tempat makan yang menjadi pilihan ramai di sekitar Shah Alam. Alhamdulillah, tertunai juga niat ena selama ini.

Ena memutus untuk makan tengah hari di Restoran Bisik-Bisik. Hal ini disebabkan dah tak tahu nak makan kat mana dah, tempat lain kebanyakkannya aktif pada waktu malam dan nak bawa tempat yang terlampau pelik hidangannya, takut parents ena tak boleh nak terima. So, kebetulan restoran ni ada menyediakan masakkan yang sesuai untuk makan tengah hari, apa lagi, start enjin kereta terus ke sini.


RESTORAN BISIK-BISIK



'Luaskan Seleramu' menjadi slogan kepada restoran ini dan perasan tak slogan tu seakan-akan slogan bagi negeri Johor iaitu 'Luaskan Kuasamu'? Haaaaa, di restoran ini menyediakan masakan dan makanan daripada negeri Johor terutamanya Mee Bandung, Mee Rebus dan Laksa Johor. Oleh sebab itu, slogannya sedemikian.

Restoran Bisik-Bisik ini dibawah naungan Mariza Rezeki Enterprise dan telah bertapak di Seksyen 7 Shah Alam ini lebih kurang 10 tahun. Perghhhhh! Dah lama rupanya restoran ni ada, ena je baru tahu restoran ni. Ketinggalan zaman betullah. Restoran ini betul-betul berada di belakang UNISEL Shah Alam, so tak susah pun nak cari, lagipun wazekan ajeee. Kat sini parking pun senang dan tandas pun ada, tapi mungkin ena pergi masa ni keadaan tak sesak sangat kot.


FEEDBACK ENA PADA RESTORAN



Alhamdulillah, dari Tanjong Malim ke Shah Alam bukanlah dekat, mujurlah makanan kat sini sedap dan memuaskan hati ena serta parents ena. Walaupun minta yang simple simple sahaja, tapi semuanya memang cukup rasa. Parents ena macam biasalah minta nasi putih dengan lauk, ena pilih mee bandung ketam dan kakak ena pula minta undang goreng tepung.

Halal, suasana pun bersih cuma keadaan je agak panas sedikit. Mungkin kena upgrade kipas atau penghawa dingin supaya pelanggan lebih selesa untuk menjamu selera di sini. Apapun, overal puas hati. Tak menyesal ena bawa mereka makan tengah hari di sini.

Jom tengok menu yang kami pilih:-


Kailan Ikan Masin. Mantoooppp!

Mee Bandung Ketam. Pekat kuahnya, puas hati. Cuma ketam tu ada rasa lain macam sedikit.

Sup Daging. Tak tahu dia letak apa, tapi soft dan tiptop rasanya. Ada rasa pedas pedas sedikit.

Udang Goreng Tepung. Fresh udangnya, puas hati.


WAKTU OPERASI RESTORAN BISIK-BISIK

Isnin: 4pm - 11pm
Selasa - Khamis: 12.30pm - 11pm
Jumaat - Ahad: 12.30pm - 11.30pm


DETAILS RESTORAN BISIK-BISIK

Alamat dan Nombor Telefon sila rujuk gambar di atas.


More Nyummy Here

Friday, August 21, 2015

BURGER MURAH DAN SEDAP DI TANJONG MALIM | QALAM BURGER


BURGER MURAH DAN SEDAP DI TANJONG MALIM | QALAM BURGER | Baru-baru ni tetiba ena teringin nak makan burger. Nak masak sendiri, malas la pulak. Lagipun bahan banyak tak ada. Lepas tu mak ena saran pergi beli burger kat satu tempat ni kat area Tanjong Malim. Mak ena cakap sedap, so apa lagi, ena pun berdesup pergi beli.

Nama tempat jual burger tersebut adalah Qalam Burger. Kedainya bukan gah berbatu, hanya gerai santai ditepi jalan. Tapi ena suka beli burger sebegini sebab satu murah dan satu lagi entah feeling tu rasa lain berbanding beli kat kedai fast food yang lain.


QALAM BURGER TANJONG MALIM


Qalam Burger ini terletak di Taman Universiti yang bersebelahan dengan UPSI. Kalau dari lampu isyarat nak ke simpang taman ini, gerainya betul-betul kat tepi jalan belah kiri you all. Kalau nak waze Qalam Burger ni memang tak ada kot, tapi kalau waze ke Taman Universiti insyaAllah ada.

Qalam Burger ini milik orang Melayu dan pastinya Islam. Oleh itu, kebersihan dan status halal burger di sini terjamin. So, ena pun tak segan silu untuk beli burger di sini. Lagipun, mak ena cakap memang tak berhenti-henti orang beli burger kat sini. Setiap hari mesti ada pembeli yang ramai. Ena jarang ada kat sini, memang tak tahu selok belok Tanjong Malim ni sangat. Parents ena je yang lebih arif.


FEEDBACK DARIPADA ENA


Ena sangat berpuas hati dengan burger kat sini. Makan sekali nak lagi sebab murah plus sos, mayonis dan thousand island yang diletak sangat banyak. Tambahan pula, roti burgernya sangat lembut dan daging burger yang dimasak tidak terlampau kering. Sangat sedap, rasa tak cukup kalau makan satu je.

Selain itu, ena puas hati dengan suasana gerainya. Walaupun hanya gerai biasa tetapi kebersihannya boleh tahan dan tiada bau yang kurang menyenangkan. Banyak juga jenis-jenis burger yang dijual, nak yang selapis, dua lapis atau tiga lapis pun ada. Ikut selera masing-masing.





Keunikkan burger kat sini adalah mereka gantikan bawang dan tomato dengan epal hijau. Pergghh, sedap juga kombinasi potongan epal hijau dengan burger, rasa rangup dan masam-masam buah di situ. Nyummms.

Ena tengok mereka sediakan burger pun nampak bersih dan teratur. Mungkin ada kekalutan sedikit sebab masa ena beli ni berpusu-pusu orang datang kemari untuk beli burger kat sini. Oleh sebab itu, tak menang tangan mereka menyiapkan burger yang diorder. So, kita sebagai pembeli kena faham juga keadaan mereka. Jangan main judge melulu.




MENU YANG ENA PILIH

Masa ni ena try makan yang Triple Extreme Beef dan family ena yang lain pilih burger ayam biasa. Ena sengaja nak try menu lain daripada yang lain, lagipun bukan mahal sangat. Next time, rasa yang lain pula. Ahaks

Tripple Extreme Beef

Burger Ayam Biasa


HUBUNGI PIHAK QALAM BURGER

Sebarang tempahan boleh rujuk pada gambar banner dibawah.



FANPAGE:



More Nyummy Here

Thursday, August 20, 2015

PERMAINAN POLIS ENTRY | LIRIK SEBENAR


PERMAINAN POLIS ENTRY | LIRIK SEBENAR | Ingat lagi tak permainan polis entry ni??? Siapa yang kecil-kecil dulu jadikan ia satu permainan dengan kawan-kawan?? Yeahh! Tidak terkecuali dengan diri ena pada 8 atau 9 tahun yang lepas. Masa kecil-kecil dahulu selalu main benda ni dengan saudara mara atau kawan-kawan sekolah.

Menjerit, melolong tak ingat dunia masa main ni, sebab takut kena tangkap apa semua. Kenangan yang paling best! Main pun sakan sampai tersungkurlah. Habis luka sana sini sebab kalut sangat berlari. Tapi semua itu tidak mematahkan semangat ena dan lain-lain. Sebab itu kaki ena ni penuh dengan parut luka, nakal macam lelaki masa kecil-kecil


LIRIK PERMAINAN POLIS ENTRY 

"Polis entry one two jaga,
Polis mati,
Pencuri jaga..."

Masa nyanyi lagu ni, jari tu kena tunjuk-tunjuk kat kawan termasuk diri sendiri. Satu lirik, tunjuk seorang. Sampailah habis lirik. Kena nyanyi dua kali. Siapa yang first kena tunjuk tu, dia kena kejar a.k.a jadi polis. Yang kali kedua punya, orang tu dikejar a.k.a kena jadi pencuri. Yang mana tak kena tunjuk tu kena duduk dalam penjara sebagai rakan pencuri.

So, yang mana jadi polis tu kena kejarlah pencuri yang seorang tu sampai dapat. Jangan sampai dia 'sep' kawan-kawan dia dalam penjara tu. Kalau dia dapat 'sep' salah seorang dalam penjara tu, orang tu boleh terlepas. Dah jadi dua orang kena kejar. Masa ni la terpekik terlolong.

Ohhh rindunya.


LIRIK SEBENAR POLIS ENTRI

Semalam scroll gambar kat instagram, and I founddd.... Tadaaaaaaa...



Tak tahu betul ke tak tapi ada logiknya di situ. Har har har. Hantam sahajalah labuuu, zaman kanak-kanak ku dah lama berlalu. Maybe untuk generasi anak-anak kita akan datang pula tapi entahlah masih ada lagi ke situasi macam dulu kala. Ke gadjet menguasai pemikiran anak-anak pada zaman akan datang?




More Nyummy Here

Wednesday, August 19, 2015

KOLEKSI GAMBAR | KARTUN MAKANAN DAN MINUMAN


KOLEKSI GAMBAR | KARTUN MAKANAN DAN MINUMAN |  Perkongsian koleksi gambar kali ni ena nak share tentang kartun makanan dan minuman yang agak lawak bagi ena. Setiap gambar tu ada ceritanya tersendiri dan you all kena faham sendiri. Tambahan pula, comel-comel pula tu. 

Tetiba perut jadi lapar rojak buah dengan sengkuang calit pula bila tengok part gambar buah-buahan. Haishhhh! Sebaik buah-buahan tidak menggemukkan. Ena tak nak cakap banyak entri yang ini, jomm kita pergi cuci mata tengok gambar-gambar kartun makanan dan minuman ni ye. 


KARTUN MAKANAN DAN MINUMAN














Sumber: Mr.Google yang tercinta



More Nyummy Here