Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Thursday, July 30, 2015

ORANG BERPAKAI ALA-ALA SUPERMAN DI SEKITAR KL | EFFORTLESSMAN


ORANG BERPAKAI ALA-ALA SUPERMAN DI SEKITAR KL | EFFORTLESSMAN | Haa, pernah tak you all terserempak orang berpakai seperti Superman di sekitar ibu kota Kuala Lumpur??? Ala, yang pakai seluar dalam kat luar tuuuu. Tapi ada kelainan sedikit, yang pakai topeng macam hero dalam cerita Teen Titan dan warna baju pun ada kelainan sedikit. Supermen warna merah biru kan, yang ni oren biru.


Haaa, macam gambar kat atas ni. Kacak tak?? Heheheh, so kalau you all ada terserempak, jangan terkejut beruk pula kata dia ni tak siuman. Dia adalah EffortlessMan dari Lazada.my. EffortlessMan ni berada di sekitar Kuala Lumpur bukan suka-suka ye untuk tayang pakaian superhero dia tu. Dia berada di sana untuk contest yang sedang berlangsung di Lazada Malaysia sekarang.

Wow! Teringin pula nak terserempak dengan dia. Macam kachakkk, macam hensemm. Ehhh. Hehehe.


TUJUAN CONTEST INI DILAKSANAKAN

Contest ini diwujudkan oleh pihak Lazada.my untuk mempromosikan The Big Effortless Shopping Sale yang sedang hangat di kalangan rakyat Malaysia. Tunggu nak meletop je. Bukan apa, pelbagai barangan yang dijual dengan dalam keadaan HARGA BERANI MATI BEB! Tambahan pula, Lazada kan merupakan Shopping Online yang sangat dikenali. 

Kalau tak percaya, boleh lihat di : http://www.lazada.com.my/effortless-shopping/


...Jangan lupa tengok video dibawah ni terlebih dahulu...


Episode 1


Episode 2



JENIS-JENIS CONTEST DARIPADA LAZADA.MY

Terdapat dua jenis contest yang sedang dijalankan sekarang. Apa lagi, mai mai rebut peluang yang ada ini. Mana tahu, ada rezeki you all di sini. Apapun, kena la usaha sedikit demi merebut peluang keemasan ini. Tak rugi pun. Yang penting, berdoa banyak banyak supaya dipermudahkan segalanya. Kepada yang berminat, jom baca jenis-jenis contest dibawah ini.



1) Contest Pertama: The Hunt For The Effortlessman

*Hadiah RM 100 voucher untuk 2 pemenang setiap hari
*Selfie bersama EffortlessMan (Hint: Boleh sentiasa up-to-date di Fanpage Lazada Malaysia)
*Upload gambar di Facebook
* Hashtag wajib letak : #EffortlessManHunt  &  #LazadaMalaysia
* Pemenang di ikut mengikut kreativiti sendiri. All the best!


2) Contest Kedua: Guess Where He Will Be Next & Win

*Hadiah RM100 shopping voucher untuk 3 pemenang setiap hari
*Tinggalkan komen di sini: http://www.lazada.com.my/effortless-manhunt/
*Sesiapa yang dapat teka dengan betul atau paling tepat, you all berpeluang untuk menang.



DETAIL UNTUK RUJUKAN

Berikut adalah laman social official oleh pihak Lazada.my. You all dialu-alukan untuk skodeng ke semua link yang ena share dibawah ini. Jemput yeee dan jangan lupa join contest EffortlessMan.


FACEBOOK:

TWITTER:

INSTAGRAM



More Nyummy Here

Friday, July 24, 2015

KOLEKSI GAMBAR | LUKISAN FESYEN BAJU DARI SUMBER MAKANAN


KOLEKSI GAMBAR | LUKISAN FESYEN BAJU DARI SUMBER MAKANAN | Kali ni ena nak kongsikan gambar-gambar seni makanan yang seterusnya. Seni makanan kali ini direka oleh seorang pereka fashion, Gretchen Roehrs yang telah membuktikan bahawa dunia seni ini adalah sangat luas. Makanan pun boleh dijadikan inspirasi kepada pereka fesyen untuk membuat design baju.

Memang hebat sungguh! Ena tengok pun, wahhh, teruja!! Jom kita bersama-sama tengok gambat lukisan fesyen baju yang dipadankan dengan kulit siput, kulit limau, buah-buahan dan pelbagai lagilah.


LUKISAN FESYEN BAJU DARI SUMBER MAKANAN













More Nyummy Here

Thursday, July 23, 2015

SUASANA RAYA AIDILFITRI 2015 | KAMPUNGKU DI TAIPING


SUASANA RAYA AIDILFITRI 2015 | KAMPUNGKU DI TAIPING Masa hari raya ketiga, ena dan sekeluarga bergerak pergi beraya di kampung belah my mom kat Taiping. Sampai raya ke lima kami stay di Taiping. Mula-mula plan nak stay sampai hari raya keempat sahaja tapi bila tengok keadaan kat highway mashaAllah, tak jadi nak balik. Alamatnya stay lagi satu malam di sana.

Alhamdulillah, raya kali ni betul-betul bermakna dalam diri ena. Bila dah besar ni dah tak fikir duit raya apa semua, hanya fikirkan nak berjumpa dengan saudara mara yang dah lama tak berjumpa. Walaupun dah besar panjang, ena masih lagi dapat duit raya daripada saudara mara. Memang bertambah sukalah ena, senyum sampai ke telinga bila dapat duit raya. Har har har. Terima kasih banyak-banyak kepada yang memberi.


BERAYA DI KAMPUNG TAIPING




"Orang zaman sekarang balik kampung stay kat hotel"

Acapkali kedengaran orang kata begitu. Tapi kami sekeluarga setiap tahun akan memilih untuk stay di hotel sahaja memandangkan tiada tempat dah untuk menginap. Dulu masa zaman kecil-kecil kalau balik beraya memang stay kat rumah arwah wan dan arwah tok wan tapi sekarang rumah tu dah tak berpenghuni untuk sekian lama. Tak beranilah nak stay. 

Pergi beraya kat Taiping, baru ena melawa sedikit. Sedikit jelah lawanya tu. Hehehe. Ena memilih untuk pakai dress labuh daripada Zawara dengan digayakan instant shawl dari Dsallinaz. Memang dua-dua outfit ni sangat selesa dipakai dan buat ena seronok nak beraya. Tak adalah rasa rimas ke apa, nak beraya non-stop dari pagi sampai ke malam pun tak mengapa. Memang terbuktilah cara permakaian memainkan peranan penting pada mood seseorang tu. 

Outfit raya untuk hari raya ketiga

Outfit berikutnya, instant shawl dari Dsallinaz.

Kami ambil masa berharga ni untuk pergi kunjung-mengunjungi rumah saudara-mara yang ada. Sebenarnya, bersepah saudara mara kat sini cuma kami tak dapat la nak beraya kat semua rumah atas sebab masa tak mengizinkan. Kami konvoi sebanyak 3 buah kereta, kereta parents ena dengan adik-beradik ena yang lain. 

Memang banyak perkara yang tidak diduga berlaku tapi alhamdulillah semuanya tetap berjalan dengan lancar. Ena share serba sedikit gambar kenangan beraya di Taiping untuk tahun ni. Tak banyak yang disnap sebab masa tulah juga bateri fon mampus.







KAMPUNG HALAMAN DI BATU 10 TRUNG TAIPING

Pada hari keesokkannya, kami beraya sakan lagi sampai ke Ipoh tapi maaflah tak sempat nak bergambar dengan saudara mara yang lain. Namun, sebelum beraya di tempat lain, kami pergi jenguk rumah asal my mom di Batu 10 Trung, Taiping. Suasana kat situ dah banyak berubah. Sayu je melihat rumah usang yang dahulunya gah berdiri dengan gelak ketawa anak-anak serta cucu cicit.




Alangkah bestnya kalau dapat patah balik masa ketika arwah wan dan tok wan masih ada. Rindu nak bermalam kat sini lagi. Mandi air telaga, tangkap ikan timah kat parit depan kampung, main kejar-kejar dengan saudara mara. Ohhh memory lane~





Itu sahaja perkongsian daripada ena. Lepas ni, nak beraya ke rumah kawan-kawan pula. InshaAllah kalau ada masa lebih ena share di blog ena. 


More Nyummy Here

Wednesday, July 22, 2015

KAD RAYA AIDILFITRI 2015 | EKATIKAH


KAD RAYA AIDILFITRI 2015 | EKATIKAH | Lepas balik beraya di Taiping, ena dapat lagi kad Raya Aidilfitri daripada kawan blogger iaitu EkaTikah. Dia juga merupakan seorang photographer yang talented. Cantik-cantik gambar yang dia snap. Apapun ena nak ucapkan ribuan terima kasih atas pemberian kad raya yang comel melimpah ruah ni. Happy!




Jom berkenalan dengan dia~


FACEBOOK:

INSTAGRAM:

BLOG:

TWITTER:

FLICKR:


More Nyummy Here

KEK LAPIS SARAWAK ORIGINAL PUNYA KAW | SI BELANG KACAK



KEK LAPIS SARAWAK ORIGINAL PUNYA KAW | SI BELANG KACAK | Ena merupakan seorang penggemar kek lapis tapi tengok juga kek lapis tu bagaimana. Kalau kurang sedap memang ena tolak ketepi je kek lapis tu. Sekarang ni memang susah nak cari kek lapis yang betul-betul kaw dan original taste dari Sarawak.

Baru-baru ni, ena cuba try test kek lapis daripada Si Belang Kacak yang ada pelbagai jenis iaitu Instagram Layer, Horlick Chocheese, Nutella Chocheese dan Hari Pari. Risau juga kalau tak sedap sebab niat nak hidangkan kat para tetamu yang datang beraya tempoh hari. Sekali bila dah rasa, perghhhh turutkan hati nak perabiskan semua. Tapi kawal-kawal. Hehehe. Ena perabiskan Nutella Chocheese je sebab sedap sangat! I love chocolate! Lembut je dan yang penting rasanya manis-manis lemak berkrim. Gittewww~

NORM'S LAYERES CAKE SARAWAK, SI BELANG KACAK


Masa ena dapat Si Belang Kacak ni, kek lapisnya tersusun rapi dalam sebuah kotak khas yang cantik, kemas dan nampak la berkualiti kat situ. Bentuk packaging ni betul-betul memainkan peranan yang penting bagi sesuatu produk yang hendak dijual. Macam kotak kek lapis ni, tengok kotak je pun dah tahu kek lapisnya memang bukan calang-calang kek lapis. Kita nak makan pun rasa selamat.



Si Belang Kacak ni memang produk daripada bumiputera. Ena kata bukan sebarang kata semata-mata nak review. Ena yakin sebab ownernya adalah kawan ena iaitu kak Norm Shah yang cantik melecun ni. Selalu sembang dengan ena kat Facebook. So, ena tak ragu-ragulah nak makan kek lapis Sarawak ni. Terjamin halal dan bersih.

Masa hari raya pertama dan kedua, ena sengaja letak tiga jenis kek lapis yang ada kat rumah ni. Tapi ramai para tetamu beraya puji Si Belang Kacak ni sangat sedap dan paling laku berbanding yang lain. Ramai yang bertanya beli kat mana kek lapis ni. Tambahan pula, kebetulan ada saudara yang datang dari Sarawak, dia cakap kek lapis ni betul-betul rasa yang original dari Sarawak. 


Berikut adalah panduan bagi rujukan untuk you all.


JENIS-JENIS KEK LAPIS SI BELANG KACAK

Ada pelbagai jenis kek lapis Sarawak ni dan you all boleh rujuk pada instagram Si Belang Kacak (Click link). Yang ena share kat sini yang ena punya kek lapis sahaja. Ena snap gambar yang masih dalam plastik sebab nak snap masa dah potong apa semua tak sempat. Berdesup habis. Laku sungguh.

Instagram Layer. Yang ni manis-manis berlemak dan sedap. 

Hati Pari. Memula ingatkan tak sedap sebab fully hitam. Sekali rasa seulas, sayangnya nak bagi tetamu. Har har har.

Nutella Chocheese. Yang ni para tetamu tak sempat makan sebab ena dah perabiskan masa bulan puasa. Paling sedap!

Horlick Chocheese. Ni favourite my dad sebab dia suka horlicks. Hehehe. Mantaplahhh rasa kek lapis ni.

Memang licin licau kek lapis Si Belang Kacak. Seronok tengok orang beraya ramai yang puji kek lapis ni even bukan ena ownernya. Testimoni berjaya kali ni. Ahaks. Next time boleh order kat kak Norm Shah.


DETAILS KEK LAPIS SI BELANG KACAK

Kepada yang nak tahu harga dan cara nak order kek lapis ni, you all boleh rujuk informasi yang ada dalam gambar di bawah ni. Tak pun, you all boleh direct msg kat facebook kak Norm Shah. Dia baik orangnya dan juga peramah, so jangan risau dan jangan malu. Tanya je. 

Apapun, semoga dapat membantu anda semua.




More Nyummy Here

Saturday, July 18, 2015

SUASANA RAYA KEDUA | HARI RAYA AIDILFITRI 2015


SUASANA RAYA KEDUA | HARI RAYA AIDILFITRI 2015 | Seperti yang dijangka, hari ni lebih ramai saudara mara yang datang berkunjung ke rumah ena berbanding hari semalam. Namun, ena sangat bersyukur sebab raya kali ini betul-betul bermakna dalam diri ena. Ena memang suka sangat orang datang melawat ke rumah ena, rindu okay kat saudara mara. Bila dah makin besar ni makin terasa nak rapatkan diri dengan saudara mara pula.

Hari ni seperti semalam, tak kemana pun sebab tolong mak apa yang patut. Tapi hari ni, kakak ena merangkap anak kedua dalam lima beradik pulang ke rumah. So, ena rasa seronok sedikit. Anak-anak saudara ena pun ada, happy tengok mak dan ayah ena seronok dengan adanya kehadiran mereka di rumah. Luaran ibu bapa kita ni nampak je cool tapi dalaman mereka pepandailah anak-anak baca sendiri. 


SUASANA HARI RAYA KEDUA DI RUMAH ENA


Baju raya ena pada hari raya kedua ni, ena pakai simple je. Pakai je jubah yang ada dalam bilik tu, malas nak melawa sangat gari ni sebab lawa-lawa pun nak kemana je kannn. Janji tampak kemas, badan tak berbau dan menutup aurat itu lebih penting. Tudung pun pakai tudung sarung je, sebab senang nak pakai. Tak leceh walaupun ena ni tak suka pakai tudung sarung. Nampak diri terlampau tua. Uhuks.





Menu untuk hari ni ada nasi impit, kuah kacang meletop, nasi minyak "lagi sekali" dan lauk pauk nasi minyak. Kami dah jangga harini akan ramai yang datang, tu buat nasi minyak lagi. Nak kasi perut tetamu betul-betul kenyang. Hehehe. Pada mulanya, turutkan hati nak goreng bihun sahaja tapi abah ena terlebih rajin pula, so dia masakkan nasi minyak lagi.

Alhamdulillah, semua makanan licin licau. Tak ada yang terbuang atau yang membazir. Seronok tengok tetamu yang mari harini makan dengan seleranya. Masakan mak dan abah paling power! Anak dia ni entahla bila nak pro memasak. Tak boleh kahwin lagi ni gamaknya. Ahaks.




Keadaan sibuk dari pagi hingga ke petang, nak snap gambar semua pun tak larat dah. Baru nak rehatkan bontot, dah ada orang lain yang datang. Bertabahlah. Kat entri ni pun letak yang mana ada je. Tetamu yang datang lebih dari apa yang ada dalam gambar. Alangkah bestnya kalau ada adik, boleh buli dia tolong tangkapkan gambar. Har har har. Tak payah susah-susah suruh orang lain yang snapkan. 

Apapun, walaupun penat tapi hati ena sangat gembira bila tengok keadaan rumah jadi meriah dengan hadirnya para tetamu. Terima kasih ena ucapkan kepada mereka yang hadir. Hari pertama dan hari kedua je ada kat rumah, esok ena dan satu keluarga dah nak balik kampung di Taiping. Beraya kat sana pula.






Itu sahaja perkongsian ena untuk raya kedua. Nantikan cerita serta perkongsian untuk raya yang seterusnya, itupun kalau ena sempat nak bergambar la. Doakan ena dan keluarga ena selamat sampai ke Taiping pada esok hari. Tak sabar nak jumpa saudara mara kat sana. Semoga semua perancangan berjalan dengan lancar. InshaAllah, amin.


More Nyummy Here

Friday, July 17, 2015

SUASANA HARI PERTAMA | HARI RAYA AIDILFITRI 2015


SUASANA HARI PERTAMA | HARI RAYA AIDILFITRI 2015 | Sampai sudah hari raya yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di Malaysia. Hari ini merupakan hari pertama kita meraikan hari raya dengan penuh kegembiraan. Begitu juga ena dan sekeluarga. Ena tengok gambar-gambar di laman social, perghhh lawa-lawa baju raya masing-masing. Seronok ena tengok, terasa kenikmatan raya pada tahun ni.

Ramai juga yang pergi menziarahi rumah saudara mara, sahabat handai dan juga jiran tetangga masing-masing. Tetapi hari ini ena tak berkesempatan untuk menziarahi mana-mana rumah lagi sebab tetamu mari non-stop dari pagi hingga ke petang. Malam ni baru nak berehat. Tambahan pula, tiada siapa nak tolong mak kat rumah, ena je yang diharapkan. Sebab itu lah tak dapat beraya kemana hari ni. Adik-beradik yang lain seperti yang dimaklumkan, tahun ni turn beraya di rumah mertua. Ahad ni baru dapat berkumpul.


SUASANA HARI PERTAMA DI RUMAH ENA


Hari ni ena tak pakai baju raya se gah yang lain sebab fikirkan tak kemana pun, hadap dapur jelah. So, simple look today tetapi tampak kemas itu penting. Warna tema hari ni krim plus hijau, mak dan abah ena pun pakai outfit warna yang sama. Suka suka suka sebab sedondon gittew.

Menu for today, abah ena masak nasi minyak yang super duper auumm auummm. Mak ena pula masak lauk ayam masak merah dengan rendang campur campur; ada hati, ada paru, ada daging. Sedap nokkk. Lepas tu, ada kuih muih raya sedikit namun ramai tetamu hadap nasi minyak dengan kek lapis dari Si Belang Kacak sahaja.

Ramai saudara mara sebelah abah ena mari beraya hari ini, almaklumlah abah ena memang asal orang Tanjung Malim. Kampung ena belah abah pun ada kat sini, so saudara mara pakat-pakat lah berkumpul hari ni. Aki dengan nenek pun dah lama meninggal, tinggal saudara mara sahaja yang ada. 

Meriah sungguh rumah ena hari ni sampai tak cukup ruang dalam rumah ni. Hehehe. Alhamdulillah, seronok ena layan tetamu yang hadir, cuma yang tak seronok line internet menguji sungguh keimanan. Sabar jelah.




Hari ni mujurlah tak ada yang bertanya pasal kahwin ke apa yang mengenai jodoh ni, kalau tak, malas betul nak menjawab. Har har har. Tapi kebanyakkan mereka dah sangka ena ni sudah bekerja. Maybe nampak macam mak orang dah kot. Kah! Ai is masih belajar tau, wajar anda anda dan anda bagi duit raya. Ehhh~ Heeeee. Gurau sahaja.

Apapun, dengan izin Allah semuanya berjalan lancar pada hari ni. Nasi minyak yang abah masak pun sedang elok cukup untuk semua orang. Dapatlah mereka merasai nasi minyak yang super sedap ni. Ena pun bersyukur sebab tak ada yang membazir hari ni. 




So esok ada lagi kat rumah  hari Ahad je dah tak ada, dijemput you all datang beraya ke rumah ena ye. 


More Nyummy Here