Tuesday, June 30, 2015

MOVIE REVIEW | MINIONS


MOVIE REVIEW | MINIONS | Alahai, cerita ni dah lama dimainkan di pawangam tapi ena baru dapat tengok pada hari Ahad yang lepas. Memandangkan dah tak tahu nak buat apa kat dalam bilik, ena diajak oleh rakan sebilik untuk pergi tengok wayang menonton movie Minions. Masa kami pergi ni pun, kebanyakkan seat dah full, nasib baiklah kami cepat pergi beli tiket. Memang popular sungguh cerita ni dikalangan kita.

Ena ni bukan jenis kaki wayang, tapi sekali sekala pergi juga layan wayang ni. Nak kasi beban kat kepala ni keluar berterbangan. Tambahan pula, tak tahu nak buat apa dah kat bandar Kuantan ni. Hahahaha.


SINOPSIS MOVIE MINIONS



Movie Minions ini menceritakan kisah silam tentang Minions yang telah hidup berjuta tahun dahulu. Minions ni merantau seluruh dunia untuk mencari 'bos' untuk jaga mereka. Selepas tu, Stuart, Kevin dan Bob sebagai watak utama dalam movie ni, mereka telah terpisah daripada kawan kawan mereka yang lain dan tiba di satu tempat yang serba moden.

Di sini mulalah kisah mereka bertemu dengan bos mereka yang jahat iaitu Scarlet Overkill, bagaimana mereka bertiga menyelesaikan masalah yang timbul dan kisah ini mengisahkan bagaimana mereka semua bertemu dengan bos mereka dalam movie Despicable. Dan kalau nak tahu lebih lanjut, sila tonton sendiri ye.


PENDAPAT ENA MENGENAI MOVIE MINIONS



Bagi pendapat ena, cerita ni menarik dan lawak. Banyak moral value yang kita boleh ambil walaupun hanya cerita kartun. Kartun kartun pun sangat menghiburkan juga. Kalau tak berkesempatan, you all boleh tengok movie ni secara online di  4do.se .

Ena bagi ranking: 7/10



More Nyummy Here

Monday, June 29, 2015

AMIN FLOATING RESTAURANT KILIM | GEOFOREST LANGKAWI


AMIN FLOATING RESTAURANT | KILIM GEOFOREST LANGKAWI | Selepas habis melawat tempat yang menarik di Kilim Geoforest Park, you all boleh baca kat SINI, kami dibawa untuk makan tengah hari di sebuah restaurant yang berada di atas sungai iaitu Amin Floating Restaurant. Memandangkan perut tengah kelaparan ketika ini, memang kami ambil kesempatan ini untuk cuba try test makanan yang ada di restoran ini.

Restoran ini terletak berhampiran dengan Jeti Kilim. Kat sini juga you all berkesempatan untuk menimba ilmu serba sedikit mengenai ikan yang ada diternak kat tepi restoran ini. Kebanyakkan ikan yang ada kat sini adalah ikan yang boleh kita makan. Dah la gemuk gemuk semuanya. Scary pula ena tengok ikan tu semua. Hahaha. Besar sangat.


SUASANA DI AMIN FLOATING RESTORAN

Memang nikmat kalau makan kat sini. Dapat menghirup udara segar dari sungai, boleh tengok hutan yang menghijau, nyaman je rasa waktu ena datang ke sini. You all akan dapat merasai kelainan apabila makan kat restoran ini. 

Sebelum makanan you all sampai ke meja, layanla dulu ikan ikan yang ada berenang. Jangan risau, ada orang yang jaga you all nanti dan mereka juga akan berikan sedikit keterangan mengenai serba sedikit tentang kehidupan sungai yang ada ka sini. 


Ikan apa entah ni, besar gila. Ishhh tetiba rasa nak terjatuh dalam benda ni. Hahaha.

Ikan pari ni sangat jinak.

Ena sempat pegang ikan pari ni, cuma x sempat nak snap.

Belangkas. Besar yang amat!


MENU YANG DIORDER

Di sini you all makan makanan yang berasaskan seafood. Kepada yang ada alergik dengan seafood, mungkin you all boleh minta menu lain. Tak pasti pula kalau ada makanan lain yang berasaskan daging atau ayam.

Berikut adalah menu yang kami makan kat sini secara jamak. Sedap sangat, memang rasa ikan, udang dengan sotongnya sangat fresh. Terbaiklah. Terutama sotong goreng cheese, meletop giler beb rasanya. Perghhh! Nikmat! Ena memang nak makan kat sini lagi kalau diberikan kesempatan lagi sekali.


MENU YANG DIORDER

1) Tiger Grouper (Ikan Kerabu Sweet Sour dan Ikan Kerabu Stim)
2) Prawn Butter
3) Squid Cheese
4) Baby Khailan



Memang puas makan kat sini. Alhamdulillah dengan nikmat dan rezeki yang Allah berikan ni. Bolehlah kami balik dengan hati yang girang, perut pun tak kelaparan. So, kalau you all pergi ke sini  nanti, jangan lupa singgah makan kat sini. InshaAllah, ena jamin you all pun akan berpuas hati.



More Nyummy Here

Sunday, June 28, 2015

REVIEW INSTAGRAM HARGA YANG MURAH | @_INAAINAA

REVIEW INSTAGRAM HARGA YANG MURAH | @_INAAINAA | Kepada yang ingin buat review instagram mengenai produk atau barang jualan di instagram ena di @_inaainaa, ada berita baik untuk you all. Semperna bulan Ramadhan yang mulia ini, ena ada buat promosi untuk you all. Harga kasih sayang ena berikan.





FOLLOWERS: 14K
LIKERS: 200-400 


HARGA PROMOSI:
2 Kali Post dalam Satu Harga
Kalau nak tahu harga, boleh email ke : inaainaa92@gmail.com
atau
PM di Facebook: Ina Ainaa


INSTAGRAM:


More Nyummy Here

Saturday, June 27, 2015

CARA NAK BANGUN SAHUR DENGAN MUDAH | RAMADHAN 2015


CARA NAK BANGUN SAHUR DENGAN MUDAH | RAMADHAN 2015 | Apabila kita bangun sahur ketika berpuasa sebenarnya memberi kekuatan pada diri untuk berpuasa sepanjang hari. Tambahan pula, bersahur adalah amalan sunat yang digalakkan untuk kita sebagai umat Islam. Malah bersahur ini juga membezakan puasa orang muslim dengan orang yang bukan muslim.

Ena dulu-dulu pun memang tak suka bersahur sebab rasa tidur tu tak cukup. Tidak dinafikan memang susah nak bangun sahur. Sampai ena skip bersahur selama sebulan dengan alasan nak tidur. Now, tak lagi. Ena berazam untuk bersahur pada bulan Ramadhan kali ni dan akan datang, inshaAllah. Entahlah, ena tetiba rasa bersemangat nak mengerjakan ibadah puasa pada tahun ni. Dan yang pasti, kalau skip sahur ni bagi diri ena, memang rasa macam tak bermakna langsung satu hari berpuasa. 


CARA NAK BANGUN SAHUR DENGAN MUDAH

Berikut adalah beberapa cara yang ena adaptasikan pada diri sendiri untuk bangun untuk sahur dengan mudah. Tidak dinafikan bahawa tahap mengantuk tu memang tinggi bila nak bangun sahur tapi Alhamdulillah, ena berjaya buka mata ni pada waktu itu dan makan dengan seleranya.

So, kalau nak tahu apa caranya, jom baca tips daripada ena sendiri dibawah ini:-



1) Tidur awal pada waktu malam dan digalakkan tidur sebelum pukul 12 tengah malam.

2) Minum susu sebelum tidur supaya kita tidur dengan lena.

3) Niat sunguh-sungguh dalam hati untuk bangun sahur sebelum tidur.

4) Set alarm dalam pukul 4.30am. Biar set awal sedikit sebagai langkah berjaga-jaga sebab 
    takut terlelap balik.

5) Bila dah bangun, terus minum segelas atau dua gelas air kosong supaya sistem dalam badan
    kita dapat bergerak dengan lancar.

6) Digalakkan pergi mandi. Kasi segar sedikit badan tu untuk bersahur. 

7) Kalau malas nak mandi, pergi cuci muka supaya hilang rasa mengantuk tu.




Alhamdulillah, selama ena amalkan benda ni semua, ena rasa mudah untuk bagun sahur dengan izin Allah. Malah, lepas waktu bersahur, ena dah tak rasa mengantuk. Mampulah nak kekal bangun sampai ke pagi dan menunaikan solat Subuh. Kalau dahulu, lepas sahur je terus berdesup pergi tarik selimut dan tidur balik. Solat subuh pun lebur macam tu je. Astagfirullah, tak mahu dah macam tu. Umur ni bukan semakin muda. Kena perbaiki sedikit demi sedikit.

So, ini sahaja lah perkongsian daripada ena untuk bangun sahur dengan mudah. Semoga dapat membantu you all yang liat nak bangun sahur. Selamat mencuba dan selamat beramal.



More Nyummy Here

Friday, June 26, 2015

SUASANA BERIFTAR DI BUFFET BANGI GOLF RESORT | RAMADHAN 2015



SUASANA BERIFTAR DI BUFFET BANGI GOLF RESORT | RAMADHAN 2015 Sejujurnya, memang best bila dapat berbuka kat mana-mana hotel yang bertaraf tinggi. Nak cerita, baru-baru ini ena berpeluang untuk berbuka di Bangi Golf Resort Restaurant, dijemput oleh blogger Emas Putih atau ena lebih selesa panggil dia Kak Uzu. Terima kasih banyak-banyak Kak Uzur, dapat juga ena makan free secara besar-besaran pada hari tersebut.

Ena kemari dengan seorang rakan blogger ena iaitu Nyna Nieyna dan yang pasti kami ke sini bukan untuk review berbayar ke apa, kami berbuka di sini secara enjoy. No need stress babe! Tapi ena ni terlebih rajin pula, sengaja nak share serba sedikit suasana beriftar di sini bersama rakan blogger yang lain. Almaklumlah, ini merupakan kali pertama ena beriftar di sini.


BUFFET RAMADHAN BANGI GOLF RESORT 

Sila klik gambar di atas untuk maklumat lebih lanjut.

Gambar di atas ini merupakan details untuk panduan you all mengenai Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort. Rasanya jelaskan?? Kalau masih tak jelas, you all boleh lawati facebook mereka di Bangi Golf Resort Restaurant.

Bagi pandangan ena tempat iftar kat sini adalah *thumbs up*. Memang sangat selesa kalau nak beriftar kat sini, dengan pengudaraan yang selesa untuk menampung orang yang ramai berbuka di sini. Lagipun memang popular tempat ni. Ena je ni baru diberi peluang untuk mengambil pengalaman berbuka puasa di sini.





Dari segi makanan pula, pergghhhh serius ena cakap bahawa kat sini terdiri daripada pelbagai jenis makanan yang ada. Terlampau banyak sampai ena dah tak tahu nak pilih apa. Nak ambil semua memang taklah kan sebab tak kan habis punya nanti. So demi mengelakkan dari pembaziran, ena ambil yang mana betul-betul berjaya buat ena lemah melihatnya. Ahaks. Ada sate, ada kambing golek, ada pasta, ada noodles, nasi berlauk dan pelbagai lagilah.

Selain itu, rasa makanan kat sini boleh tahan sedapnya. Bersih, kemas, memang puas hatilah. Cuma kalau dah terlampau ramai orang, pepahamlah suasananya bagaimana riang riuh sedikit. Apapun, janji meriah! Kita nak makan pun rasa seronok dan enjoy.


ANTARA MAKANAN YANG ADA DI SINI

Ena panggil sayur ni Sawi Cina. Masakan ena tak tahu. Tapi nampak tempting.

Kepada penggemar kerabu, kat sini ada pelbagai jenis kerabu yang dihidangkan.

Lauk ayam bagi mereka yang nak makan nasi. Ada banyak lagi lauk yang lain.

Siapa yang suka pedas, yang sini ada sambal tempoyak dan sambal mangga. 

Yang ni pula, ulam-ulaman bagi mereka yang suka makan ulam. 
 
Pasta! Ena makan spagetti bolognese sebagai menu berat untuk beriftar di sini. Sedap!
 
Pencuci mulut yang YUMMY!

Menu paling feymes, KAMBING GOLEK! Sedap hoiii, lembut je dagingnya. 

Mee jawa pun ada. Pekat kuahnya, terbaiklah.

The new thing to me. Benda ni macam aiskrim, sejuk. Tapi ada daging, ada corn apa semua. 

Bukan ini sahaja menu yang ada, ada banyak banyak lagi. Air minuman pun sampai 6 jenis yang disediakan. Alamatnya, memang tak sempat nak snap semua makanan yang ada. Tambahan pula, perut pun tengah kelaparan dan badan pun keletihan. Memang tergugat iman dengan bau makanan kat sini.  Rasa nak cepat cepat berbuka bila tengok semua makanan yang ada.


RAKAN BLOGGER YANG IFTAR BERSAMA

Ramai juga rakan blogger yang ena kenal berbuka di sini ketika itu. So, seronok dapat berjumpa dengan mereka. Ada yang ena dah banyak kali berjumpa dan ada yang ena baru pertama kali berjumpa. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

So apa lagi, jom tengok gambar kami ketika beriftar di Bangi Golf Resort Restaurant . Enjoy!


Dengan rakan blogger ena, Nyna Nieyna.

Dengan kak blogger Nadia Farahida dengan Bunga yang comel.

Dengan kak blogger Irrayyan dan putera puteri dia.



DETAIL BUFFET RAMADHAN BANGI GOLF RESORT

Haa, apa lagi, marilah buat tempahan Buffet Ramadhan di sini sekarang sebelum terlambat. So, kalau nak buat tempahan you all boleh rujuk pada link yang ena sharekan dibawah ini.


FACEBOOK: 

ALAMAT:
Bangi Golf Resort Restaurant
No.1, Persiaran Bandar,
Seksyen 1,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor

NO.TELEFON:
03-89253728



More Nyummy Here

Wednesday, June 24, 2015

33: WORDLESS WEDNESDAY | DOLI KUEY TEOW GORENG | TAIPING


WORDLESS WEDNESDAY | DOLI KUEY TEOW GORENG | TAIPING | Entry di mana kita hanya meletakkan gambar atau quotation sahaja dan membiarkan ia dijadikan sebagai jalan cerita atau perkara yang ingin disampaikan oleh empunya blog. Tak perlu taip panjang lebar.




Sejujurnya, SANGAT MENGECEWAKAN.

Mahal (RM10 / pinggan), tak sedap dan tak tahu apa yang specialnya kuey teow goreng kat sini.

Plus layanan kurang memuaskan.

Hopefully ada peningkatan suatu hari nanti.




More Nyummy Here

PERTAMA KALI JEJAK KAKI DI SINGAPURA | HOLIDAY 2015


PERTAMA KALI JEJAK KAKI DI SINGAPURA | HOLIDAY 2015 | Alhamdulillah, diberi keizinan daripada Allah, baru baru ini ena dengan family ena walaupun tak semua yang ada, pergi bercuti selama satu hari di negara Singapura. Teringin juga nak tengok keadaan negara orang walaupun hanya berjiran dengan Malaysia. Ambil pengalaman bak kata orang.

More Nyummy Here

Friday, June 19, 2015

CARA KURANGKAN PENAT KETIKA BERPUASA | RAMADHAN 2015


CARA KURANGKAN PENAT KETIKA BERPUASA | RAMADHAN 2015 | Alhamdulillah, sudah dua hari kita berpuasa pada tahun ini. Dan alhamdulillah, setakat ini ena berpuasa dengan penuh bersemangat walaupun adalah sedikit rasa lesu. Tapi lesu kali ni tak sebanyak dan tak sehebat dahulu. Bersyukur sangat dan syabas untuk diri sendiri.

So bila duduk kat rumah ni ada beberapa tips yang ena adaptasi dari atas nasihat parents ena. Walaupun tak semua ena amalkan, tapi ena dapat rasakan yang puasa kali ni ena tampak lebih bersemangat dari sebelum ni. I love this changing. Yiippiii. Haaa kalau nak tahu tipsnya, sila baca di bawa ini.


CARA KURANGKAN PENAT KETIKA BERPUASA

Cara-cara ini bukanlah 100% dapat hilang penat lelah kita tapi cara ini dapat kita melakukan kerja setiap hari dengan lancar dan bersemangat. Ada 3 cara sahaja, antaranya adalah


1) Sahur

Seperti yang kita tahu, sahur ini membezakan puasa Islam dengan puasa agama lain dan merupakan sunah Rasulullah SAW. Ena sebelum ini memang tak suka sahur sebab mengantuk yang amat sangat bila bangun sahur. Tapi tahun ni ena berazam untuk bangun sahur walaupun mengantuk sangat ke. Paksa diri. Alhamdulillah dengan izin Allah, perut tak mudah lapar dalam seharian berpuasa.




2) Tidur

Untuk pengetahuan you all, apabila kita tidur, badan kita memerlukan tenaga yang banyak. Ini fakta. Perasan tak you all, kalau you all bangun dari tidur, perut mudah jadi lapar kannn? Haaa, so disini, kurangkan tidur ketika hari berpuasa. Nak tidur boleh, tapi jangan berlebihan sampai kerja lain kita lebur macam tu sahaja. Rugi.


Selain itu, paksa diri lepas Sahur jangan tidur. Hal ini berbalik pada teori yang tadi iaitu banyak tenaga lebur macam tu sahaja ketika kita tidur. Kalau nak tidur, ketika sebelum zohor macam tu. 

Nak senang bangun sahur, tidur awal. Tambahan pula, kita sebagau manusia memang disarankan tidur awal pada waktu malam. Dalam pukul 11pm-12pm dah boleh tidur. Ena sekarang tengah latih diri supaya tidur awal. Hal ini kerana, kalau kita suka tidur lewat, pelbagai jenis penyakit boleh dapat. Ini fakta ye.



3) Aktifkan diri buat kerja

Yang ini benda penting ketika puasa. Jangan manjakan diri terbaring sahaja di atas katil ketika berpuasa. Serius, ena macam ni lah dulu, asyik terbaring je. Alamatnya, badan jadi lesu, penat nak mampus dan perut cepat lapar. So, rajin rajinkan diri tu bergerak buat kerja yang berfaedah ketika berpuasa. Sebab tu kita nampak orang yang bekerja ketika puasa ni lebih cergas dan cerdas. Diri mereka dah terbiasa.



Itu sahaja daripada ena, selamat beramal ye. InshaAllah, semoga tips ini dapat membantu you all. Ena dah amalkannya dan dah nampak keberkesananya. Alhamdulillah, dengan izin Allah. Solat lima waktu jangan tinggal. Itu tunggak utama ketika berpuasa ni.



More Nyummy Here

BLOUSE MUSLIMAH YANG BERKUALITI | MYBLOUSESHOP.COM




BLOUSE MUSLIMAH YANG BERKUALITI | MYBLOUSESHOP.COM | You all pernah dengar tak mengenai blouse yang dijual di MyBlouseShop? Ke ada yang pernah beli blouse kat sini? Haaaa, di sini ena nak story mory sedikit blouse yang ena grab dari website tersebut. 

Ena baru-baru ni kepishangann as known as bosan. Tetiba rasa nak beli baju muslimah yang lain dari apa yang ena dah ada sekarang. Pergilah Google. Cari punya cari tapi tak jumpa jumpa blouse muslimah yang berkenan di hati. Sekali tu, kawan ena sarankan ena untuk beli di MyBlouseShop. Dia kata not bad blouse kat sini. Ena pun pergilah usya.

Pppergghhhhhh banyak juga yang cantik hoiiii!! Dan yang paling penting simple dan tak over sangat designnya! I really love it. Okay, terbelilah satu. Ahaks. Tapi ena risau juga takut jenis kain dia tak berkualiti serta tak memuaskan hati ena. Emmm emmm, berani menanggung risiko. Hiaaarrrgghh. So nak tahu best ke tak, wait and see and keep reading.


MYBLOUSESHOP.COM

Sila Klik pada gambar untuk ke website MyBlouseShop

Sebelum ena berceloteh mengenai blouse muslimah yang ena dah beli, jom ena nak kongsi sedikit informasi mengenai MyBlouseShop. MyBlouseShop.com ini menjual blouse muslimah mengikut fashion terkini yang sangat sesuai diperagakan oleh para wanita tidak mengira umur. Selain itu, MyBlouseShop.com dimiliki oleh Danish Ahlam Empire Services yang telah berdaftar dan nombor rujukannya adalah 001839926-W.

Popular juga MyBlouseShop sebab ena tengok kat Fanpagenya perrrgghhh ramai juga pengunjung dan yang membeli pun sama ramai. Bukan calang-calang tempat yang ena beli baju blouse ni, so sudah pasti kualiti bajunya sangat memuaskan.



24K Likers. Perghhhh. Kalau tak percaya, klik pada gambar di atas.


ANTARA BAJU YANG ENA BERKENAN DI MYBLOUSESHOP.COM


Antara jenis blouse muslimah yang dijual adalah seperti Blouse Burberry, Blouse Chiffon, Blouse Cotton dan Blouse Denim. Selain itu, stock clearance pun ada tapi bukannya blouse yang direject haaa. Masih berkualiti tau.

Ada beberapa blouse yang ena berkenan tapi ena beli satu je dulu yang betul-betul nampak comel bagi ena. InshaAllah ada rezeki lebih nanti, ena nak grab yang lain pula. Ooopssss, macam dah ada sign je mengatakan blouse kat sini best?? Hehe teruskan pembacaan you all ye.






TESTIMONI DARIPADA ENA

Usya punya usya, ena pilih blouse new arrival iaitu Blouse Denim Zafira berwarna peach. Ena tak ada lagi baju muslimah sebegini lagi. Ena order minggu lepas dan sampai minggu lepas juga. Ena order, tak sampai dua hari dah sampai. Perghhh cepat betul process penghantarannya even guna Pos Laju Malaysia. Bungkusan pun lawa dan kemas. Tak ada main lipat je. Kalau first pandangan dah puas hati, apatahlah jenis kainnya kan.




Sejujurnya, ni bukan kena rasuah ke apa untuk di puji, no okay. Tapi ikhlas daripada ena, kualiti kain blouse denim ni memang sedap dipegang, berkuali tinggi dan senang untuk digosok. Tak jarang, labuh, dan yang paling penting bila pakai, memang elok terletak kat badan kita. Ena suka sangat sebab kita rasa badan kita secure dari pandangan mata yang tak elok apabila pakai baju ni,

Bukan ena je puas hati, mak ena pun suka. Malah, dia pun suruh ena beli lagi kat sini nanti. Bukan senang mak ena nak puji ni, so kalau dah puji tu memang betul-betul best lah.

Haaa apa lagi, jom jomm, ena nak ajak you all beli belah kat MyBlouseShop. Tambahan pula, nak raya dah ni kan. Jomlah! Serius tak menyesal beli. Sekarang ni tengah ada sales pula tu, memang harga berani mati baqqq hangggg. Lai lai lai

Nak tengok, klik pada gambar di atas.


HUBUNGI PIHAK MYBLOUSESHOP.COM

Dibawa detail mengenai pihak MyBlouseShop supaya memudahkan you all berurusan dengan pihak mereka. 



WEBSITE:

FANPAGE:

SMS/WHATSAPP:
012 663 8972



More Nyummy Here

Thursday, June 18, 2015

JADUAL WAKTU BERBUKA DAN IMSAK NEGERI PERAK | RAMADHAN 2015


JADUAL WAKTU BERBUKA DAN IMSAK NEGERI PERAK | RAMADHAN 2015 | Kepada yang berada di negeri Perak, di bawah ini ena share jadual waktu berbuka puasa dan waktu imsak untuk negeri ini pada tahun 2015. Lagipun rumah ena bersempadankan antara Selangor dan Perak, so berguna juga untuk diri ena jadual ni.

Jadual waktu ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman rasminya. Harap dapat membantu menjadi rujukan kepada you all.



JADUAL WAKTU BERBUKA DAN IMSAK NEGERI PERAK












More Nyummy Here