Sunday, April 26, 2015

RESTORAN SAYANG MANIS | BANTING


RESTORAN SAYANG MANIS | BANTING | Sayang Manis, bertambah tambah sayang saya kat awak tau. Ehhhh! Hahaha. By the way, jangan salah sangka. Sayang Manis ni adalah nama restoran yang terdapat di Banting. Restoran ini menyediakan makanan ala ala Barat seperti pasta, chicken chop, steak dan laksa Johor pun ada. Bak kata partner ena, Chicken Chop kat sini memang tiptop setakat ni. 

Ena teringin nak rasa Chicken Chop kat sini tapi memandangkan masa ena pergi tu waktu tengah hari, so ena pilih nasi sebagai santapan ena. Macam biasa, ena cuba try test nama menu yang agak rare bagi ena dan menu yang tak pernah lagi ena rasa kat mana mana restoran sebelum ni. 



FEEDBACK ENA TERHADAP RESTORAN SAYANG MANIS



Sangat berpuas hati dengan makanan kat sini. Selesa, tenang dan pelayan pun mesra. Walaupun harga agak auumm aummm sedikit, sedikit jelah tapi berpatutan dengan kualiti serta kuantiti makanannya. Dah la sedap, banyak pula tu. Ena makan sampai kenyang la, tapi still masih belum habis. Puas!

GST dikenakan Ada nombor ID GST pada resit pembelian restoran ini. So, tak perlu risau dengan penipuan atas pembayaran di sini. Makanan pun Halal untuk dimakan.



LOKASI RESTORAN SAYANG MANIS BANTING

Dibawah ni ena kongsikan alamat untuk ke sini. Available for Waze. Hehehehe.

Restoran Sayang Manis,
No 70, Jalan Bunga Pekan
42700 Banting



MENU MAKANAN YANG ENA ORDER DI SAYANG MANIS BANTING


Laksa Johor

Baked Rice Cheese Chicken.

Asam Boi Ice


Besar gedabak air Asam Boi kat sini. Penuh perut den, sedap pula tu. Terbaiklah makan kat Restoran Sayang Manis ni. Lain hari, ena ke sini nak try Chicken Chop dengan Steak pula. Nyummm! Tak sabar pula rasanya nak buat foodhunting kali kedua kat restoran ni. Semoga Allah permudahkan urusan. Amin, InshaAllah.


More Nyummy Here

Tuesday, April 21, 2015

NASI LEMAK SOTONG TERBAIK DI BANTING | WARISAN PAK MUSA


NASI LEMAK SOTONG TERBAIK DI BANTING | WARISAN PAK MUSA | Ena kalau stay kat Banting ni, mesti tak sampai seminggu boleh jadi gemuk. Boleh dikatakan kedai makan kat sini semuanya sedap belaka. Dengan harga yang sangat murah kalau nak dibandingkan di tempat lain. Tak kisah dengan harga, yang paling penting adalah kepuasan bila makan sesuatu makanan tersebut.

Short perkongsian mengenai satu kedai makan di Banting yang menyediakan nasi lemak sotong yang terbaik dan menjadi pilihan penduduk Banting untuk sarapan di situ. Tidak kira agama dan bangsa, baik Melayu, Cina dan India. Nama kedai tersebut adalah Nasi Lemak Sotong Warisan Pak Musa.


FEEDBACK DARI ENA MENGENAI NASI LEMAK SOTONG PAK MUSA



Ini merupakan kali kedua ena makan kat sini dan setiap kali makan kat sini mesti rasa tak cukup satu pinggan. Hal ini disebabkan, nasi lemak sotong kat sini tersangatlah sedap dan harga pun murah. Makan untuk dua orang sekali air, harga bawah RM10.

Nasihat ena, kalau nak pergi kat sini you all kena datang cepat Kalau tak, tak dapat tempat duduk lah malah makanan pun cepat habis. Setiap hari mesti dan pasti ramai pelanggan yang datang, mengikut apa yang diperkatakan kepada ena dari penduduk di sana. 


LOKASI NASI LEMAK SOTONG WARISAN PAK MUSA

Kedai makan nasi lemak sotong Warisan Pak Musa ini berdekatan kedai Marsum Driving School dan bersebelahan dengan Angah Sate. Alamatnya dibawah ni


Nasi Lemak Sotong Warisan Pak Musa
Jalan Suasa 1,
42700 Banting, Selangor.



More Nyummy Here

MEDAN IKAN BAKAR | RESTORAN TASIK IDAMAN | DENGKIL


MEDAN IKAN BAKAR | RESTORAN TASIK IDAMAN | DENGKIL | Pada hari Sabtu lepas, ena buat short escape disebabkan agak tertekan dengan study dan pelbagai lagi kat Kuantan ni. So, ena ambil cuti yang singkat ini untuk ke Kuala Lumpur dan mengembalikan ketenangan diri. Macam biasalah bila ena cuti, aktiviti yang ena akan lakukan adalah pergi terjah tempat makan yang belum pernah ena try.

So kali ini short entry dan juga short perkongsian dari ena mengenai satu restoran yang diberi nama RestoranTasik Idaman yang terletak di Dengkil, Selangor. Restoran Tasik Idaman ini memang sangat terkenal dengan keindahan, kemeriahan dan keunikan suasananya. Masa ena datang kemari untuk makan malam, sememangnya tempat ni dipenuhi dengan orang. So ini bermakna restoran ini memang terkenal dan for sure makanan pun mesti sedap belaka.


KEISTIMEWAAN RESTORAN TASIK IDAMAN 



Perkara pertama yang membuatkan ena tertarik untuk makan kat sini adalah kita boleh menikmati makanan dan permandangan di atas tasik. Di restoran ni terdapat banyak port yang boleh kita pilih untuk duduk tetapi ada satu port ni berada di atas tasik. Itulah buat ena tergoda nak cuba try test makan di restoran ni.

Bila duduk kat port ni, memang akan terasa bergoyang goyang disebabkan benda ni terbina di atas air. Perghhhh, itu yang syok tu, baru ada rasa kelainan disitu. Ditambahkan pula dengan angin tasik yang tenang dan selesa, menambahkan lagi keseronokkan ena makan kat sini. Tiada langsung bau hanyir busuk dari tasik. Terbaiklah! Mesti Tasik Idaman ni dijaga dengan rapi.


MAKANAN YANG DIPILIH

Ena dengan partner foodhunter ena jadi rambang mata sebab tak tahu nak order menu yang mana satu. Semua menu nampak sangat menyelerakan, tapi memang sedap pun makanan yang kami order kat sini. Sangat berpuas hati. Bagi ena, harga makanan kat sini pun sangat berpatutan dengan kuantiti dan kualiti makanan yang disediakan. Kalau datang memang tak menyesal la.


For sure kami pilih makanan laut, nama pun medan ikan bakar. Tapi tak pilihi ikan kali ni sebab nak tekak teringin nak makan yang siput siput ni. So kami pilih kepah sebagai menu utama pada malam tersebut. 

Jom tengok menu lain yang kami pilih.




Kepah Masak Pedas

Khailan Ikan Masin

Sotong Goreng Tepung

Sup Daging



LOKASI RESTORAN TASIK IDAMAN


Dibawah ni ena share alamat untuk ke restoran ini supaya you all mudah untuk search ke mari. Mungkin agak pendalaman sedikit tetapi jangan risau sebab kat sini ada je kereta lalu lalang. Tak sunyi dan tak gelap. Ada lampu jalan disediakan.



Restoran Tasik Idaman
44A, Jalan Idaman 84/89,
Batu 26, Jalan Jenderam,
Dengkil,
Selangor


More Nyummy Here

Thursday, April 16, 2015

RESTORAN ARAB TERKENAL DI KUANTAN | ZAMZAM ARABIC FOOD



RESTORAN ARAB TERKENAL DI KUANTAN | ZAMZAM ARABIC FOOD |  Dah lama juga ena tak pergi jadi foodhunter sejak membusykan diri dengan kerja kuliyah dan kerja peribadi. Pada minggu ni, alhamdulillah ena diberi kesempatan untuk pergi memburu makanan di salah sebuah restoran Arab di area bandar Kuantan. Nama restoran tersebut adalah ZamZam Arabic Food

Memandangkan pada ketika itu abang ena dengan family dia (his wife and his children) ingin menyambut hari ulangtahun perkahwinan yang ke-8, so ena pun tengah free eloklah join menyambut sekali dengan mereka di restoran ini. Selain itu, ena baru pertama kali makan kat sini, so agak excited juga nak rasa makanan Arab di ZamZam Restaurant.


LOKASI ZAMZAM ARABIC FOOD RESTAURANT


ZamZam Arabic Food ini terletak betul betul berhadapan dengan Berjaya Mall Kuantan dan juga berdekatan dengan CIMB Bank dicawangan sini. Dibawah ni ena sharekan alamat restoran ini supaya memudahkan you all untuk waze ke mari sekiranya you all masih kurang arif jalan di dalam Bandaraya Kuantan.


ZamZam Arabic Food Restaurant.
No B2, Jalan Tun Ismail 1,
Sri Dagangan 25000,
Kuantan Pahang.




OVERVIEW ZAMZAM ARABIC FOOD RESTAURANT

Ena sangat berpuas hati dengan keadaan restoran ini sebab suasananya yang sangat selesa, kemas teratur dan penghawa dinginnya sangat menenangkan. Yang paling penting, dalam restoran ini kebersihannya sangat terjaga dan tiada bau yang kurang menyenangkan. Almaklumlah, ena ni memang sangat pentingkan kebersihan terlebih dahulu kalau nak pilih tempat makan. 




Selain itu, para pelayan di restoran ini juga sangat kemas outfit mereka dan sangat bersungguh sungguh melayan kami sebagai tetamu ni. Tidak hairanlah kenapa restoran ini sentiasa ramai dengan pelanggan. Serius, masa ena pergi ni, ramai sungguh orang datang ke mari.

Tambahan pula, TIADA GST dikenakan disini malah harga makanannya tidak terlampau mahal dan sangat berpatutan. Makanan dan minuman kat sini pun semuanya sedap. Oleh itu, you all tidak akan menyesal makan di sini.



MASA OPERASI ZAMZAM ARABIC FOOD RESTAURANT

ZamZam Arabic Restaurant di Kuantan ini you all boleh booking dan reservation tempat ini untuk melakukan sebarang aktiviti seperti parti, sambutan hari jadi atau jamuan bersama rakan sejagat di sini. Di bawah ni ena share masa dan hari restoran ini beroperasi.


OPEN DAILY
Time: 11am - 10pm
Brunch, Lunch dan Dinner
Tel. No: 09 5130045 / 09 5150046



MENU YANG ENA TRY DI ZAMZAM ARABIC RESTAURANT

Grilled Lamb Chops. Pilihan ena. Daging kambing yang sangat lembut dan tidak berbau. Cicah dengan sos dan miyonis direka khas.

Lamb Haneeth. Daging yang sangat lembut, mudah putus dan tidak berbau hanyir kambing.

Jamaica Juices. Gambungan antara Fresh Carrot dan Fresh Orange. Pilihan ena dan gambungan rasa air yang sangat sedap.

Baba Ghanouj. Rupa lebih kurang macam roti canai tapi yang ni lagi besar diameternya. Ada sos khas untuk dimakan dengan Baba ni.

Chicken Mendy. Maaf tak sempat nak rasa yang ini tapi anak buah ena cakap sedap. Mereka makan sampai licin licau.



ZamZam Arabic Food Restaurant juga ada cawangan di Shah Alam dan Kuala Lumpur. So bagi mereka yang berada di sana, bolehlah datang ke restoran ini. Nescaya you all akan berpuas hati dengan hidangan dan layanan yang diberikan oleh pihak ZamZam Arabic Food Restaurant. Itu sahaja perkongsian ena, selamat mencuba~



CAWANGAN KUALA LUMPUR

ZamZam Arabic Food Restaurant
135, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan



CAWANGAN SHAH ALAM

ZamZam Arabic Food Restaurant
Jalan Tengku Ampuan Zabedah G9/G,
Seksyen 9 40100,
Shah Alam, Selangor



More Nyummy Here

Monday, April 13, 2015

CABIN CREW PREPARATION PROGRAMME JULY 2015 | OLIVES ACADEMY



CABIN CREW PREPARATION PROGRAMME JULY 2015  | OLIVES ACADEMY | Pada bulan Julai 2015, Olives Academy akan membuat kemasukkan pelajar baru untuk latihan bagi mereka yang hendak menjadi bekerja sebagai pramugari atau pramugara tapi masih gagal dalam interview. 

Jangan risau, setelah anda tamat dalam latihan di Olives Academy, anda pasti akan menjadi seorang yang lebih berkeyakinan dan lebih bersedia untuk menghadapi temuduga ketika anda hendak minta kerja di sektor penerbangan sebagai pramugari dan pramugara. Selain itu, Olive Academy ini adalah syarikat yang sudah berdaftar, kalau nak tahu anda boleh baca di SINI.  Seperti yang telah dimaklumkan, latihan academy ini tidak makan masa yang terlampau lama tempoh pembelajarannya, namun mengikut kebolehan dan keupayaan para pelajar jugalah. Tapi yang pasti, pihak pengajar Olives Academy akan mengajar anda sampai anda berjaya menjadi seorang yang berkarisma.



KELEBIHAN TENAGA PENGAJAR OLIVES ACADEMY

After makeover for April 2015 intake student of Olives Academy

Bagi yang masih meragui kebolehan dan kelebihan ketua tenaga pengajar di Olives Academy (OA), dibawah ni ena tampilkan serba sedikit sebagai bukti bahawa tenaga pengajar di sini bukan dari calang calang orang. Beliau telah menimba banyak pengalaman dan pendidikan dalam sektor penerbangan. Bukan mudah kita diberi peluang sebegini untuk belajar dari seorang tenaga pengajar begitu hebat dan berdedikasi.

Nama beliau adalah Puan Zaiton Kassim.


Menjadi consultant speaker untuk Grooming and Etiquette
for Final Interview candidates Saudi Airlines

1) Beliau pernah menjadi juri panel temuduga untuk Pengambilan Cabin Crew dan Pilot for Airlines (Saudi Based)

2) Beliau telah menjadi penceramah di pelbagai tempat seperti grooming and etiquette for UITM Puncak Alam, interview technique skills for UITM Puncak Alam, effective communication skills at Workplace for MSU dan grooming and etiquette for Saudi Airlines briefing for final interview candidates.


3) Beliau juga pernah menjadi personal coaching untuk interviewing skills dengan secara one to one (personalised and special request).

4) Malah, beliau juga adalah head trainer in Olives Academy.




KEMUDAHAN OLIVES ACADEMY





Berikut pula adalah beberapa kemudahan yang boleh membantu anda merealisasikan impian masing-masing dan malah boleh buat anda lebih tertarik untuk menceburi diri dalam kemasukkan ke Olives Academy pada bulan July 2015 nanti. 

- Tenaga pengajar yang mempunyai banyak pengalaman dalam pengambilan cabin crew dan juruterbang.

- Bayaran boleh dirunding bagi mereka yang tidak berkemampuan tapi ingin menimba ilmu

- Asrama disediakan kepada pelajar

-  Percuma: kelas Bahasa Inggeris, perunding kerjaya, rekabentuk resume, bimbingan peribadi dan penempatan kerja



PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI OLIVES ACADEMY





Dibawah ini pula adalah perkhimatan yang diberikan oleh pihak Olives Academy kepada para pelajar sepanjang mereka sedang menduduki latihan persediaan di situ. Antaranya adalah:

- Menyediakan Kursus Persediaan ramugara atau pramugari selama 3 bulan

- Menyediakan temuduga untuk personal Coaching

- Membantu pilot yang berpengalaman untuk mencari peluang kerja di Airlines yang lain




CARA NAK BERDAFTAR DI OLIVES ACADEMY

Kepada yang hendak join dan menjadi pelajar di Olives Academy, anda diminta untuk menghubungi pihak mereka bagi memudahkan anda mendapat info yang lebih terperinci. Dibawah ini adalah butiran bagi memudahkan anda untuk hubungi pihak Olives Academy.


WEBSITE:

INSTAGRAM:

TWITTER:

FACEBOOK:

EMAIL:

HOTLINE:
012 6972021 / 012 8322021


More Nyummy Here

Saturday, April 11, 2015

PRODUK MENGAWAL KENAIKKAN JERAWAT | EPHYRA SKINBAR



PRODUK MENGAWAL KENAIKKAN JERAWAT | EPHYRA SKINBAR | Alhamdulillah, diikutkan hari ni sudah sebulan ena amalkan Ephyra Skin Bar pada kulit muka ena. Pada entri yang INI ena telah share serba sedikit mengenai Ephyra Skin Bar, apa kelebihannya serta apa kandungan yang terdapat di dalam Ephyra Skin Bar.

Apa yang ena pelajari selama ini, jerawat itu merupakan satu kejadian semulajadi pada kulit wajah kita terutama apabila seseorang itu sudah sampai akil balighnya, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Tiada seorang pun yang terkecuali, namun ke'abnormal'an jerawat itu tumbuh pada wajah seperti naik secara berjemaah dan meninggalkan kesan yang kurang menyenangkan merupakan masalah bagi sesetengah pihak diantara kita. Termasuklah pada diri ena yang semakin lama kulit muka ditumbuhi jerawat.




Hal ini berpunca daripada pelbagai faktor yang kita biasa ketahui namun tidak semua golongan manusia yang ambil berat mengenai segala punca jerawat. Antara punyanya adalah perubahan hormon, cuaca yang tidak menentu, pemakanan yang tidak mengikut kadar yang betu, ada penyakit kulit, kebersihan yang tidak diamalkan dan tidak exercise

Ena pun kalau dah terlampau sibuk, memang dah tak ambil berat langsung atas penjagaan kulit muka ena. Namun, dengan adanya Ephyra Skin Bar ini, jerawat kat muka ena dapat dikawal dari terus bermaharajalela di muka even dalam keadaan busy sekalipun, dengan cara mengekalkan kebersihan pada kulit wajah daripada kekotoran, cuaca yang tidak menentu dan kuman kuman yang ada di udara sekeliling kita.


3 MINIT  DENGAN EPHYRA SKIN BAR


Seperti yang ena kata di atas, ena kalau busy memang tiada masa nak belai sangat muka ni. Itu yang jerawat makin berleluasa kat muka. Namun, dengan Ephyra Skin Bar, ena hanya spent masa selama 3 minit untuk mengekalkan kebersihan pada kulit muka ena. Time tengok televisyen pun ena boleh basuh muka dengan Ephyra Skin Bar.


Cara-cara yang berkesan menggunakan Ephyra Skin Bar:-

1) Basahkan rauk wajah dengan air yang bersih

2) Gosokkan Ephyra Sin Bar di telapak tangan masing masing sehingga berbuih

3) Sapukan pada muka dengan lembut disertakan dengan urutan muka yang betul

4) Urut muka selama 3 minit paling minimun. Kalau nak lebih lama terpulang pada diri sendiri

5) Bilas muka dengan air yang bersih


Amalkan 3 kali sehari tapi ena akan amalkan setiap kali hendak solat iaitu sebelum ena ambil wuduk. Kalau ena rasa megantuk sangat ketika ulangkaji pelajaran, ena akan basuk muka lagi dengan Ephyra Skin Bar supaya muka kembali segar.



HASIL MENGGUNAKAN EPHYRA SKIN BAR

Sebelum & Selepas

Alhamdulillah, walaupun tak banyak perubahan tetapi jerawat dah mula stop tumbuh pada muka ena. Cuma tinggal parut jerawat sahaja yang masih degil nak hilang. Biasalah, parut ni ambil masa nak heal. Tapi parut lama ena makin lama makin hilang, tinggal parut yang baru sahaja. 

Namun, masih tiada perubahan pada warna kulit wajah ena cuma kulit muka tampak lebih sihat daripada sebelum ni. Gambar di atas hanya effect pencahayaan sahaja, sebab tu nampak warna kulit berbeza. Just di sini ena nak fokus keadaan kulit ena yang berjerawat. 

Banyak juga ena tengok positif feedback daripada pengguna Ephyra Skin Bar. Kesemuanya berpuas hati dengan hasil pada kulit wajah mereka seperti mana ena puas hati dengan hasil pada kulit muka ena yang boleh dikategori seorang yang banyak jerawat.







EPHYRA SKIN BAR MENGHILANGKAN BAU BADAN

Ephyra Skin Bar bukan sahaja boleh diguna untuk kulit muka sahaja, malah boleh disapukan pada seluruh kulit badan kita demi menghilangkan bau badan, membersihkan tubuh badan dan sekatakan warna kulit badan. Alhamdulillah, dengan izin Allah, ena amalkan pada ketiak ena dan hasilnya, ena dapati ketiak sudah jarang berpeluh serta tidak berbau lagi sekiranya dalam keadaan penat. 


HUBUNGI PIHAK EPHYRA SKIN BAR

Kepada yang ingin membeli dan mencuba Ephyra Skin Bar, bolehlah hubungi pihak mereka di laman social yang ena share dibawah ini. 



INSTAGRAM:


FACEBOOK:




More Nyummy Here

Thursday, April 09, 2015

PAKMI NASI LEMAK KEPAK TERBAIK | BANTING



PAKMI NASI LEMAK KEPAK TERBAIK | BANTING | Perkongsian ringkas kali ini ena nak share senarai pemburuan makanan ena seterusnya iaitu kedai makan terbaik di sekitar Banting. Memandangkan partner ena berasal dari Banting Selangor, so baru baru ini dia ajak ena untuk makan satu kedai makan nasi lemak yang memang femes di area Banting. Kedai makan tersebut diberi nama PakMi Nasi Lemak Kepak.

Kedai PakMi Nasi Lemak Kepak ni bukanlah kedai yang berbumbung seperti kedai makan mewah yang lain. Hanya peniagaan kecil kecilan. Namun walaupun nampak sebegitu, nasi ayam kepaknya sangat dikenali. Ena datang makan kat sini, memang ramai yang datang kemari untuk menikmati kesedapan nasi lemak kepak bersama orang yang tersayang.


LOKASI PAKMI NASI LEMAK KEPAK

Pakmi Nasi Lemak Kepak ini terletak di Jalan Sultan Abdul Samad atau lebih dikenali jalan besar Banting. Kedai makan ini terletak berhadapan dengan Balai Bomba Banting dan berada di antara dua blok kedai. Jika you all dari arah Klang / Kuala Lumpur/ Shah Alam, kedai makan ini berada di sebelah kiri selepas traffic light.

Mungkin orang Banting tahulah kat mana. Kalau orang luar, boleh cari Balai Bomba sebagai penanda untuk ke kedai makan ini. Tak pun, boleh rujuk waze di bawah ini.


Waze Pakmi Nasi Lemak Kepak: http://waze.to/lr/hw280jb6d2



KUALITI DAN KUANTITI

Alhamdulillah, bagi ena kedai PakMi Nasi Lemak Kepak ini memang sangat menjaga kebersihan dan keselesaan para pelanggan. Walaupun hanya kecil kecilan, tapi ena berpuas hati makan kat sini. Tiada bau yang kurang menyenangkan malah ena sangat selesa lepak kat sini.

Rasa nasi lemak kepak kat sini memang betul betul cukup keenakkannya. Terutama sambal nasi lemak ni, menaikkan lagi selera para pemakan. Banyak pun banyak, mengenyangkan bagi ena.




Kalau datang makan kat sini, jangan lupa order Sotong Raja ni. Makan sekali dengan nasi lemak kepak tu. Memang satu kombinasi yang mantop! Kalau tak nak makan dengan nasi lemak pun tiada masalah tapi you should try this one. Kalau tak beli, memang rugilah.


HARGA PAKMI NASI LEMAK KEPAK

Harga nasi lemak kepak kat sini, Alhamdulillah, bagi ena boleh dimiliki oleh orang lain. Berpatutan dengan kualiti dan kuantiti nasi lemak kepak ni. Oleh itu, bagi mereka yang berada di area Banting ni dan tak tahu nak lepak kedai makan kat mana, bolehlah datang kemari.

PakMi Nasi Lemak Kepak ini buka pada waktu petang hingga ke malam. Ena tak pasti pula hari bila kedai ni tutup. Kalau ada rezeki lagi, anti ena review lagi sekali mengenai kedai makan ini, inshaAllah



More photos on My INSTAGRAM:-



More Nyummy Here

Monday, April 06, 2015

RESEPI BARU DAN TERBAIK DI BOAT NOODLE | BERJAYA TIMES SQUARE



RESEPI BARU DAN TERBAIK DI BOAT NOODLE  | BERJAYA TIMES SQUARE  | Ini merupakan kali pertama ena merasai makan Boat Noodle walaupun lebih kurang setahun sudah Boat Noodle ini meluaskan perniagaannya di Malaysia. Ramai jugalah yang dah merasai Boat Noodle ni dan ramai diantara mereka memberi feedback yang positif mengenai menu menu kat sini. 

Selama ni, ena meletakkan kedai makan Boat Noodle  ini dalam senarai tempat tempat foodhunting ena. Namun, dengan izin Allah, kali ini ena diberi peluang untuk buat food review di sini sambil menikmati kesemua menu terbaru di Boat Noodle. Pendek kata, ena memang dah lama craving nak merasai Boat Noodle ni sambil menimba pengalaman, akhirnya termakbul juga keinginan ena selama ini. Terima kasih blogger terkenal Bro Framestone telah menjemput ena dan kawan kawan blogger yang lain. Alhamdulillah.

BOAT NOODLE


Mari ena nak cerita serba sedikit mengenai apa sebenarnya boat noodle ni. Boat noodle atau lebih mudah dipanggil mi sampan adalah makanan dari Thailand / Thai Cuisine yang mempunyai perisa atau rempah ratus yang sangat kuat. Mi sampan ini telah tercipta sejak zaman Plaek Phibunsongkhram pada tahun 1942. Tolak tambah lebih kurang dah 73 tahun. Selain iru, mi sampan ini dijual dari boat yang melalui terusan di Bangkok iaitu ibu negara Thailand.

Mengapa mangkuk mi sampan ni bersaiz kecil?? Haa kalau nak tahu, sila teruskan pembacaan you all sampai habis. Okay, hal ini disebabkan pada zaman dahulu, ada seorang pedagang yang mi boat di atas perahu yang kecil. Dia merupakan satu-satunya perniaga kecil yang mempunyai kebolehan melakukan semua kerja seorang diri seperti dayung perahu, membakar mi, buat sup, dan pelbagai lagilah demi melariskan jualan mi sampannya. Oleh itu, bagi pemuda tersebut, agak sukar bagi dirinya untuk melakukan kerja sekiranya mangkuk mi sampan itu terlalu besar. Malah akan menyusahkan para pembeli untuk makan mi sampan di atas tanah yang kemungkinan besar boleh tertumpah mi tersebut. Sebab itu pemuda tersebut memilih mangkuk yang kecil dan memudahkan bagi semua pihak.



Sebab itu kalau datang mana mana cawangan Boat Noodle seperti Times Square, Empire Damansara, Jaya One dan Klang Parade, mangkuknya pasti bersaiz kecil sebab mereka mahu mengekalkan identiti sejarah hidangan tersebut.



RESEPI BARU DAN TERBAIK DI BOAT NOODLE 


Pathumthani Beef and Thai Chicken Rice Noodles
Ayutthaya Beef and Chicken Thai Rice Noodles.



Haaa ini dikatakan Mi Sampan. Nampak semua macam sama je kan. Tapi sebenarnya berlainan rasa dan bahan di dalam Thai Rice Noodle ni. Kalau nak tahu perbezaannya, melalui kelikatan dan kepekatan kuahnya. Serius sangat sedap! Tapi seperti yang ena cakap kat atas, saiz mangkuk boat noodle ni kecil comel je.



Thai Popeye's Tempura



Diberi nama Popeye sebab seperti yang kita tahu dalam cerita Popeye dia akan makan spinach atau Melayunya adalah Bayam, untuk menjadi lebih kuat. So, Thai Popeye's Tempura ini adalah sayur bayam yang disalut tepung dan digoreng segar. Menu ini juga merupakan makanan ringan yang sihat dan mesti dimakan dengan "Jelaga-Yot" dip iaitu dalam bahasa Thai bermakna "Teruja".


Yum Mama



Yum Mama adalah mi segera Thai yang dimasak dengan sos khas, kepingan sosej ayam, ketam kayu dan sayur sayuran. 


Yum Meatballs



Yum Meatball ni memang sedappppp. Terasa daging yang digunakan sangat fresh dan bukan sebarang meatball digunakan. Sos yang ditabur atas Meatball ni pun rasa lain dari yang lain. Malah ada dua jenis daging mengikut keserasian tetamu iaitu ayam dan daging lembu. Yang pasti HALAL.



Bangkok Omelet with "Sood Yut"


Bagi mereka yang penggemar telur dadar, haa cuba try yang ini. Direka khas oleh pihak Boat Noodle. Yang menaikkan rasa telur dadar ni adalah sos secret recipes yang warna oren tu. Perghhh, terbaiklah. Malah telur dadarnya sangat lembut dan rasanya sangat segar. 


Kra-Pow Chicken Rice



Kra-Pow merujuk kepada Thai Daun Basil. Ena paling suka menu yang ini, rasanya yang sangat sedap dan menyelerakan. Walaupun chicken minced tu pedas yang teramat sangat, tapi bila makan dengan nasi tu, satu kombinasi yang sangat mantap! Ena sarankan, kalau you all nak kemari, jangan lupa order yang ini.

Chicken Wings


Bagi yang suka makan makanan yang masin masin tu, you all should try chicken wing ni. Memang masin macam ikan masin gittew. Pelikkan?? Pelik tapi sedappppp sangatttt. Ena suka chicken wing ni. Kalau makan dengan nasi, for sure tak terasa masin sangat.


Ka Num Tuay 



Salah satu pembuka selera you all. Kuih ni boleh dijamah selepas atau sebelum makan makanan yang berat. Rasa kuih ni tak adalah istimewa mana sebab rasanya lebih kurang macam Kuih Pelita. Tapi yang pasti Ku Nam Tuay ni memang sangat sedap, cukup manis, cukup lemak dan cukup awesome!


Ice Blended Green Tea and Ice Blended Thai Tea



Serius, kalau you all datang kemari tapi tak rasa kedua dua jenis air tea ni memang rugi sangat. Sedap! Ena dampai order 4 kali. Rasa tea nye memang terbaiklah, pekat. Ena dulu pernah rasa pure tea Thai ketika pergi Thailand dulu, memang sebijik macam yang ini rasanya malah kat Boat Noodle ni lebh sedap dan menyelerakan.


Fresh Blended Thai Coconut


Air Coconut ni memang paling sedap yang pernah ena rasa. Freshhh sangat! Kalau tengah panas badan atau cuaca tengah panas, eloklah pilih air kelapa ni. 


FOOD NOODLE BERJAYA TIMES SQUARE

Kali ini ena makan Food Noodle di cawangan Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Memang sangat selesa dan sangat bersih Food Noodle kat sini. Suasan pun tidak terlampau crowded dengan orang lalu lalang membeli belah. Memang tempat Food Noodle kat Berjaya Times Square ini sangat strategi untuk kita menjamu selera dengan aman dan tenteram.



Ada banyak cawangan Food Noodle di Malaysia ni, so bagi mereka yang berdekatan di area tempat kat bawah ni, jangan lupa datang kemari untuk merasai kelainan Thai Cuisine yang pernah you all cuba sebelum ini.

Cawangan 

1) Empire Damansara
2) The School at Jaya One
3) Ikon Cheras
4) Berjaya Times Square
5) Publika
6) Sutera Mall Johor Bahru
7) Gamuda Walk Kota Kamuning
8) Klang Parade
9) D'Pulze Cyberjaya






HUBUNGI PIHAK BOAT NOODLE 


Kepada yang ingin ketahu dengan lebih lanjut mengenai Boat Noodle ni, bolehlah lawat ke fanpage Boat Noodle ni laman social Facebook. You all dijemput untuk like fanpage mereka untuk mengikuti maklumat lebih lanjut mengenai menu, event dan pelbagai di sana. 


Fanpage:



More Nyummy Here