Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Tuesday, March 31, 2015

KOLEKSI GAMBAR | BENTUK PIE YANG SANGAT KREATIF


KOLEKSI GAMBAR | BENTUK PIE YANG SANGAT KREATIF | Masa tengah fokus dalam lecture tadi, tetiba tekak ni teringin nak makan pie. Ena memang seorang yang suka makan pie, terutama pie ayam atau daging. Ya Allah cravingnya! Nanti hujung minggu nak pergi cari pie kat memana kedai bakery di Kuantan ni. Lantaklah ada GST ke tak, janji kemahuan tekak ni dipenuhi sebelum dibiarkan menjadi 'barah'. Haaa tudiaaa. Ahaks. 

So, tadi tengah cari bahan untuk assignments seterusnya, terdetik hati ena nak cari bentuk pie yang tak pernah ena tengok selama ni. Cari punya cari, ternampak gambar gambar pie yang sangat kreatif dan unik. Terpana mata ena tengok bentuk pie yang dibuat oleh pakar pakar buat bakeri ni. Penuh dengan kesenian dan ketelitian tapi tak pastilah sedap ke tak. Uhuks.

Entri kali ni ena nak kongsikan gambar bentuk pie yang sangat kreatif. Dah lama tak share gambar pelik, unik dan berseni kat blog ni. Jom teruskan scroll you all ye. 



BENTUK PIE YANG SANGAT KREATIF


1) Bentuk Naga



2) Bentuk Pokok Hari Natal



3) Bentuk Burung Hantu



4) Bentuk Kumpulan Daun Luruh



5) Bentuk Pokok Daun Pelangi



6) Bentuk Pokok Musim Luruh



7) Bentuk Sotong



8) Bentuk Meja Bunga



9) Bentuk Burung Merpati



10) Bentuk Bunga Rose




Itu sahaja gambar bentuk pie yang sangat kreatif yang ena nak share. Menarikkan! Kan best kalau ena pun pandai buat pie. Nanti nak belajarlah. Nanti boleh buat macam pie kat atas ni. Lepas tu buka kedai pie. Perrrgghhhh! InshaAllah, nak seribu daya tak nak seribu dalih.

You all pun boleh cuba try test buat pie secantik gambar di atas. Apapun, selamat mencuba.


More Nyummy Here

Saturday, March 28, 2015

BUFFET RAMADHAN 2015 ASEAN'S BAZAAR I LAMAN KAYANGAN


BUFFET RAMADHAN 2015 | ASEAN'S BAZAAR | LAMAN KAYANGAN | Alhamdulillah, pada baru baru ini ena ke Laman Kayangan, Seksyen 7 Shah Alam bagi memeriahkan Majlis Pelancaran Buffet Ramadhan Kumpulan Segi Seri yang bakal dimulakan pada 20 JUN 2015 bersamaan 3 Ramadhan 1436H. Buffet ini dibuat khas pada bulan Ramadhan pada tahun ini iaitu 2015 bagi mereka yang ingin berbuka puasa secara berjemaah. 

Buffet Ramadhan 2015 ini dianjurkan oleh pihak Kumpulan Segi Seri dengan kerjasama oleh Majlis Sukan Negeri Selangor Holding yang menempatkan di Laman Kayangan Shah Alam. Buffet Ramadhan ini menekankan tema "Asean's bazaar" atau dalam Bahasa Melayunya adalah Asia Bazar dan menghidangkan pelbagai masakan ala ala Asian dengan menggunakan konsep warung. Malah setiap warung tu telah diberikan nama khas bagi menempatkan juadah juadah pada bulan Ramadhan nanti. 


TUJUAN BUFFET RAMADHAN 2015 LAMAN KAYANGAN 


Tujuan Buffet Ramadhan ini dilancarkan pada bulan Ramadhan nanti adalah supaya dapat mengadakan Majlis Berbuka Puasa sama ada dalam kumpulan kecil, bersama keluarga tercinta malah dengan rakan seperjabat. Para mahasiswa dan mahasiswi pun boleh buat majlis berbuka puasa bersama rakan seperjuangan di sini.



Selain itu, pihak penganjur berharap Majlis Berbuka Puasa ini dalam mengeratkan hubungan keakraban di kalangan ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai di bulan yang mulia ini. Oleh itu, Laman Kayangan Shah Alam menyediakan Khemad Eksklusif bagi memudahkan serta menyenangkan untuk para pelanggan jamah selera sambil bergelak ketawa dengan partners yang dibawa.


NAMA WARUNG DI BUFFET RAMADHAN 2015 LAMAN KAYANGAN


1) Sweet Temptations

-  Jenis makanan: Kek, Pastri, Puding, Buah Buahan Segar







2) Mix and Roll Them Up

- Jenis makanan: Popiah, Rojak Buah, Nasi Kerabu, Somtam Ala Thai





3) The Pots

- Jenis makanan: Laksa Penang, Laksa Johor





4) The Snowy

- Jenis makanan: ABC, Lai Chee Kang



5) Fast and Furious

- Jenis makanan: Cucur, Pisang Goreng, Karipap Raksasa




6) Chinese Hawker

- Jenis makanan: Yong Taufu, Sotong Kangkung






7) Lets Married

- Jenis makanan: Nasi Kenduri Pilihan Chef





8) Beverage

- Jenis minuman: Sirap Bandung, Herba Soda, Asam Boi, Teh Tarik dan Kopi'o.




Banyak lagi warung yang ada kat sini. Lebih dari sepuluh warung terdapat di Buffet Ramadhan 2015 Asean's Bazaar di Laman Kayangan ni. Memang rambang mata dibuatnya dan lebih menarik hati ena, semua makanan kat sini sedap dan menyihatkan tubuh badan. 





Tidak terlebih manis dan tidak terlebih masin. Sesuai sangat golongan orang sudah berumur untuk berbuka puasa di sini. Orang muda mudi pun digalakkan sebab bila lagi nak menjaga kesihatan tubuh badan kannnn.


HARGA SEUNIT DAN PAKEJ DI BUFFET RAMADHAN 2015 LAMAN KAYANGAN


A) Secara Individual / Pax :-

Dewasa: RM69
Kanak Kanak: RM35 (7-12 tahun)
Warga Emas: RM 35 (60 tahun ke atas)


B) Secara Pakej:-

i) Pakej Ramadhan 1 : Pelanggan yang membeli awal dalam tempoh 20/3/2015 - 1/4/2015

                        - 2 Pax Dewasa: RM138
                          1 Pax Percuma: Kanak-kanak / Warga Emas

                        - 5 Pax Dewasa: RM345
                          3 Pax Percuma: Kanak-kanak / Warga Emas
             
                        - 9 Pax Dewasa: RM621
                          1 Pax Percuma: Dewasa

       P/S: Pakej ini tidak dikenakan GST sebanyak 6%



2) Pakej Ramadhan 2 : Pelanggan yang membeli pada 1/4/2015 - 15/6/2015


                        - 2 Pax Dewasa: RM138
                          1 Pax Percuma: Kanak-kanak / Warga Emas

                        - 5 Pax Dewasa: RM345
                          3 Pax Percuma: Kanak-kanak / Warga Emas
             
                        - 9 Pax Dewasa: RM621
                          1 Pax Percuma: Dewasa

       P/S: Pakej ini  dikenakan GST sebanyak 6%




C) Pakej Koperat

1) 10 Tables: RM 6 900
    Free: 1 Tables + 5 Pax Dewasa / 100 Special Gift Ramadhan.
    Diskaun Kupon: 15 % (5 Pax) for next purchase


2) 20 Tables: RM 13 800
    Free: 2 Raya Hamper, 2 Bunting, 2 Tables + 5 Pax Dewasa / 200 Special Gift Ramadhan/ 2 
             VIP Setting Tables, Projector & P.A. System.
    Diskaun Kupon: 15% (1 Tables) for next purchase


3) 30 Tables: RM 20 700
    Free:  3 Raya Hamper, 2 Bunting, 3 Tables / 5 Pax Dewasa + 3 VIP Setting Tables / 300
               Special Gift Ramadhan, Projector & P.A System, 1 Backdrop 10'x10'
    Diskaun Kupon: 15 % (3 Tables) for next purchase


4) 40 Tables: RM 27 600
    Free: 4 Raya Hamper, 2 Bunting, 4 Tables / 5 Pax Dewasa + 4 VIP Setting Tables / 400
              Special Gift Ramadhan, Projector & P.A System, 1 Backdrop 10'x10'
   Diskaun Kupon: 15 % (4 Tables) for next purchase


4) 50 Tables: RM 34 500
    Free: 5 Raya Hamper, 2 Bunting, 5 Tables / 5 Pax Dewasa + 5 VIP Setting Tables / 500
             Special Gift Ramadhan, Projector & P.A System, 1 Backdrop 10'x10'
   Diskaun Kupon: 15 % (5 Tables) for next purchase



DETAILS BUFFET RAMADHAN 2015 LAMAN KAYANGAN


Kepada yang ingin buat tempahan untuk bulan Ramadhan nanti, marilah tempah segera. Bagi yang tak mahu dikenakan cukai GST, baik tempah sekarang. So, bagi mereka yang ingin membuat tempahan atau sebarang pertanyaan, you all bolehlah hubungi pihak mereka di:-


No.Telefon:
019-4520215
012-6996634
013-4357935
017-2181875
012-2533973
012-6864515
011-18784681
03-55424200
More Nyummy Here

Wednesday, March 25, 2015

29: WORDLESS WEDNESDAY | DEEP

WORDLESS WEDNESDAY | DEEP |  Entry di mana kita hanya meletakkan gambar atau quotation sahaja dan membiarkan ia dijadikan sebagai jalan cerita atau perkara yang ingin disampaikan oleh empunya blog. Tak perlu taip panjang lebar.






Haha sejujurnya ena selalu jadi macam ni.

Sabar jelah.



More Nyummy Here

Tuesday, March 24, 2015

ICE FLOSS MELELEH DI LEE'S COCOA | BANTING



ICE FLOSS MELELEH DI LEE'S COCOA | BANTING | Sejak partner foodhunter ena share dia pergi makan ice floss kat Banting pada bulan yang lepas, terus ena jadi tak sabar nak rasa ice floss tu sendiri. Hari demi hari minta si dia bawa ke tempat ice floss tu tapi disebabkan masa tidak mengizinkan, baru kemarin ena dapat cuba try test ice.

Ice floss ni boleh dikira adik beradik dengan Ais Batu Kacang tapi lagi sedap dan ice yang dikisar lebih halus dan cepat cair. Bila masuk dalam mulut, akan timbul satu perasaan yang berbeza. Perasaan yang syiioookkk! Ekeke. Hal ini disebabkan ice floss ni sangat sedap dan sangat refreshing. Memang sesuai untuk dimakan ketika cuaca tengah panas seperti mana yang sedang melanda di beberapa di Malaysia.


LEE'S COCOA BANTING

Lee's Cocoa cafe ini terletak di Banting Selangor dan juga halal serta selamat untuk di makan oleh semua golongan masyarakat. Tambahan pula, cafe ni mengutamakan makanan yang berasaskan chocolate. Sejujurnya, chocolate kat cafe ni memang sedap dan terbaik rasanya. Tak dapat makan kat Dip n Dip, kat sini pun dah cukup memuaskan hati ena. 




Keadaan dalam cafe ini juga sangat bersih dan selesa untuk para tetamu menikmati makanan dan minuman yang dipilih. Bukan setakat dessert je ada, malah masakan panas pun turut disediakan di cafe ini. Ala ala masakan barat dan masakan cina gitu. Semuanya dijamin sedap dengan harga yang sangat berpatutan. 





MENU MAKANAN YANG ENA PILIH

Dibawah ni ena nak share makanan yang telah ena dengan kawan ena try kat sini. Minta sedikit dahulu sebab takut tak habis. Kawan ena cakap bahawa ice floss tu memang banyak. Makan dua orang pun dah memadai untuk satu ice floss. 

VOLCANO BROWNIE : RM7.90

STONE FISH BALL : RM9.90

DURIAN ICE FLOSS : RM7.90

Serius memang terbaik Durian Ice Floss ni, meleleh bak hanggg! Tambahan pula, kuantitinya memang betul betul banyak seperti yang diperkatakan oleh kawan ena. Haritu makan pun tak habis sebab kami dah kenyang. Hehehe. Rasa rugi pula bila teringat ice floss yang tak habis dimakan tu.

Lepas tu ena pilih pula Volcano Brownie, rasa chocolatenya memang super duper meletop. Chocolatenya pun panas, perghhhhh marvelous. Tak tahu ena nak gambarkan macam mana kesedapan rasa volcano brownie ni.

Selain tu, kawan ena pilih Stone Fish Ball sebagai santapannya dan sudah pastinya ena pun turut rasa sedikit. MashaAllah! Rasa sup ni buat mata ena terbeliak besar. Sangat menyihatkan dan cukup rasa keenakkannya.


LOKASI LEE'S COCOA BANTING

Memang ena tak menyesal jadi foodhunter kat sini. Mahal ke tak itu tak penting, janji puas hati dengan kesemua makanan kat sini. Nanti kalau ena ke mari nanti, ena pasti pilih tempat ni untuk makan petang atau makan malam ena. Kalau nak makan untuk tengah hari boleh tapi mungkin tak berapa nak sesuai. Sekadar nak makan ringan ringan bolehlah ke mari.

My partner, Yazid.

Me! Teruja nak makan Durian Ice Floss. Nyummeeehhh!


Dibawah ni ena share lokasi cafe Lee's Cocoa sebagai rujukan kepada you all. Boleh wazekan sahaja. InshaAllah sampai ke destinasi.



ALAMAT:-

LEE'S COCOA BANTING
  • No.33, Tkt.Bawah, Pusat Perdagangan Banting, 
  • Jalan Cemerlang 4, 
  • 42700 Banting, 
  • Selangor Darul Ehsan



More Nyummy Here

Sunday, March 15, 2015

APAKAH KELEBIHAN EPHYRA SKIN BAR? | OCEANLIFE




APAKAH KELEBIHAN EPHYRA SKIN BAR? | OCEANLIFE | Alhamdulillah, parcel Ephyra Skin Bar dari OceanLife telah selamat sampai ke tangan ena pada tiga hari yang lepas. Ena sebenarnya dah lama nak cuba Ephyra Skin Bar ni sebab tengok kawan kawan pakai memang bersih sungguh kulit muka mereka. Nak kata menjadi lebih putih tu tak adalah, tapi nampak kulit muka mereka lebih segar dan lebih bermaya dari sebelumnya. Now, dengan izin Allah, ena pula yang nak cuba try test Ephyra Skin Bar ni sendiri pada kulit muka ena.

Memandangkan ena baru sahaja mencuba Ephyra Skin Bar ni, so sudah pasti masih belum nampak segala perubahannya. Kalau baru pakai dua hari dah nampak perubahan tu, mohon buang terus produk tersebut ye. Bahaya sebab bahan yang digunakan mungkin terlampau kuat dan boleh merosakan serta mencacatkan cell cell kulit muka kita. 




Back to main topic, haaa nak tahu tak sebab apa ena nak sangat guna Ephyra Skin Bar ni?? Okay, sebelum ni ena pernah consume minuman kesihatan dari Ephyra. Sepanjang ena amalkan minuman kesihatan ni, memang nampak perubahan yang baik pada kulit ena. Bahagian kulit yang mana kering dan tak sekata tu, lama kelamaan jadi semakin elok. Mak ena pun cakap sedemikian kepada ena. Dua bulan je ena minum, lepas tu terhenti disebabkan rezeki tak mengizinkan. Sobs. So, kesimpulannya, disebabkan ena yakin dengan keberkesanan produk Ephyra nilah ena nak cuba skin bar dari keluaran yang sama pula. InshaAllah, dengan izin Allah, ena harap berkesan.



KEISTIMEWAAN EPHYRA SKIN BAR OCEANLIFE


Keistimewaan yang ena tahu mengenai Ephyra Skin Bar adalah ramuan yang digunakan untuk menghasilkan skin bar ni bukan daripada calang calang bahan dan yang pasti bahan tersebut bukanlah bahan bahan yang terlarang mahupun haram. Semuanya semula jadi.

Kesemua bahan ini diformulasi daripada penyelidikan yang sangat teliti dan pihak Oceanlife akan memastikan bahan bahan tersebut bermanfaat pada kulit muka yang mempunyai cell dan tissue yang sangat sensitif berbanding dengan bahagian kulit badan yang lain.



Antara bahan yang digunakan adalah:-

1) Bearberry Alpha Arbutin A Extract
Bahan ini dikatakan paling berkesan, cepat malah lebih selamat untuk mencerahkan kulit. Mencerahkan kulit ini tidak bermakna memutihkan kulit tetapi menggantikan kulit yang tidak sihat kepada yang lebih bermaya. Selain itu, 


2) Rice Bran Oil
Mempunyai kandungan vitamin, nutrien dan agen anti oksida yang mampu mengekalkan ketegangan kulit serta mampu menyuburkan dengan memperbaiki kulit yang telah tidak sihat.


3) Carrot Extract
Sifat anti kerandangan mampu mengembalikan warna kulit yang lebih sekata dan lebih bersinar dengan melindungi kulit daripada sinaran matahari yang melampau yang mampu merosakkan cell cell kulit muka.


4) Seaweed
Merupakan salah satu agen yang boleh menghilangkan jerawat dan menjadikan kulit muka lebih anjal dan menaikkan seri wajah yang selama ni kusam dan tidak bermaya.


5) Banana Enzyme
Bertindak sebagai anti penuaan yang boleh membaiki tekstur dan tona kulit di samping menjadikan kulit lebih licin, halu dan berseri.


6) Kolegen
Bahan ini dapat menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit muka dengan menggantikan sel kulit dengan lebih cepat dan lebih berkesan untuk jangka masa yang panjang.



Banyak lagi bahan bahan yang bagus dan berkualiti yang digunakan untuk menghasilkan Ephyra Skin Bar. Kalau you all nak ketahui lebih lanjut, boleh layari website Ephyra di : http://www.oceanlife2u.com.



KELEBIHAN EPHYRA SKIN BAR OCEANLIFE




Untuk pengetahuan you all, Ephyra Skin Bar bukan setakat perempuan sahaja yang boleh guna malah lelaki pun boleh juga. Hal ini disebabkan ramuan yang ena share di atas tadi mengandungi rumusan yang sangat sesuai untuk kedua dua jantina walaupun struktur kulit lelaki dan perempuan adalah berbeza. By the way, bukan gegel sahaja yang wajib dan kena jaga muka, boboy pun diwajibkan juga tau. Biar muka kita kelihatan sentiasa bermaya, kemas dan bersih sepanjang hari. Hensem ke tak itu belakang cerita.

Dibawah ni ena nak share antara kelebihan jikalau kita guna Ephyra Skin Bar ni. 

1) Mengekalkan kelembapan kulit muka

2) Kulit muka menjadi lebih cerah, lebih lembut dan lebih tegang

3) Kekotoran seperti minyak dan sel kulit mati dapat dihilangkan

4) Mengawal jerawat pada kulit muka

5) Menghilangkan parut jerawat dan jeragat yang degil

6) Blackheads dan Whiteheads juga berkurangan

7) Boleh menghilangkan bau badan

8) Sesuai digunakan untuk seluruh tubuh badan



HUBUNGI PIHAK EPHYRA OCEANLIFE

So sila tunggu lagi sebulan result dan testimoni daripada ena sebab sekarang ni masih tak nampak lagi perubahannya. Kalau nak tahu tahu perkembangan ena, bolehlah melawat ke instagram ena di @_inaainaa. Ena banyak update info semasa mengenai diri ena kat situ. 




Status halal dan keselamatan produk ini telah diiktirafkan oleh pihak berkuasa di Malaysia. So, tak perlu risau lagi untuk menggunakan Ephyra Skin Bar ni. Oleh itu, bagi mereka yang ingin ketahui info info lebih lanjut mengenai Ephyra Skin Bar atau mahu membeli produk ini, bolehlah hubungi pihak mereka di:-




INSTAGRAM:



FACEBOOK:



More Nyummy Here