Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Saturday, January 31, 2015

SEGMEN BERKENALAN | DR.SHIKIN


SEGMEN BERKENALAN | DR.SHIKIN | Kali ini, ena di tag oleh seorang blogger yang comel macam amoi gitu selaku kakak blogger kepada ena iaitu blogger Cik Hani untuk join segmen yang dianjurkan oleh blogger Shikin.

Segmen ini akan tamat pada bila bila masa sahaja, esok ke lusa ke. Oleh itu, sepantas kilat ena update supaya tak terlepas peluang untuk join segmen berkenalan dari Dr.Shikin ni. Di bawah ini, sebagai rujukkan kepada you all.


BLOGGER BERTUAH

SYARAT

PEMILIHAN PEMENANG
Random.Org
Top Referral

HADIAH
1) Top Referral - RM20
2) Shiseido Face Mask Hitam + Fridge Magnet x 15 Pemenang




Apalagi, jom kita memeriahkan lagi segmen yang dianjurkan oleh kawan seblogger kita. Ena dah join, you all pun jom la sekali. Semoga ada rezeki kali ini. Amin, InsyaAllah.



More Nyummy Here

Thursday, January 29, 2015

SEMINAR KERJAYA PRAMUGARI PRAMUGARA | OLIVES ACADEMY




SEMINAR KERJAYA PRAMUGARI PRAMUGARA | OLIVES ACADEMY | Sukacitanya bagi mereka yang berminat dalam kerjaya sebagai pramugari atau pramugara ini, di sini Olives Academy sedang buat satu seminar dan taklimat mengenai kerjaya ini. 

*Kepada mereka yang ingin tahu lebih lanjut mengenai Olives Academy, boleh rujuk di SINI.

Namun, setakat ini ramai yang berminat tetapi terpaksa membatalkan niat mereka untuk join kerana kekangan masa, tempat dan kewangan. Oleh itu, pihak Olives Academy telah membuat satu hari seminar kerjaya pramugari pramugara secara bergerak dari satu negeri ke negeri yang lain demi menunaikan hasrat rakyat dan meringankan beban mereka yang bersungguh-sungguh meminati bidang kerjaya sebagai pramugari atau pramugara.

Dan kepada semua penduduk di JOHOR, pada 7 Mac 2015, Olives Academy akan ke sana untuk menyampaikan seminar ini di Universiti Teknologi Malaysia, UTM Skudai. Apa lagi, daftarlah sekarang.



PROMOSI HANGAT 

Yuran asal untuk seminar ini adalah sebanyak RM250, namun Olives Academy telah membuat satu harga promosi untuk you all iaitu sebanyak RM70 diskaun. Bermakna you all hanya perlu membayar RM180 sahaja

Haa, murah gila sebab yang memberi taklimat nanti adalah seorang yang telah berpengalaman selama belasan tahun dalam sektor penerbangan di serata dunia. Bukan calang calang orang kita nak timba ilmu ni. So, dengan harga hanya RM180, sangat berbaloi you all.


PERCUMA UNTUK MEREKA YANG HADIR

Apa yang percuma?

1) Sarapan pagi dan makan tengah hari.

2) Menyediakan sijil penghargaan.

3) Menyediakan perunding kerjaya.



TUJUAN SEMINAR KERJAYA PRAMUGARI PRAMUGARA

1) Memberi manfaat dan kelebihan kepada mereka yang ingin menceburi sebagai pramugari atau pramugara.

2) Dapat mempelajari teknik dan cara cara untuk menghadiri temuduga dalam bidang ini.

3) Dapat mengetahui cara pemakaian, cara nak berjalan dan tatarias wajah.



SIAPA YANG DIGALAKKAN HADIR

1) Yakin dan ingin mengejar impian untuk menjadi seorang pramugari atau pramugara.

2) Yang ingin menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang penerbangan.

3) Yang suka mengembara sekeliling dunia.

4) Seorang yang dynamik dan suka berinteraksi dengan pelanggan.

5) Seorang yang tidak pernah putus asa dalam kerjaya.



TENTATIVE SEMINAR KERJAYA PRAMUGARI PRAMUGARA

9.30am-10.00 am   : Pendaftaran
10.00am-10.30 am : Pengenalan syarikat dan sesi suai kenal
10.30am-10.45am  : Rehat
10.45am-12.00pm  : Kemahiran perkhidmatan pelanggan
12.00pm-1.00pm    : Peranan dan tanggungjawab
1.00pm-2.00pm      : Makan tengah hari
2.00pm-3.00pm      : Tatahias diri dan imej peribadi
3.00pm-4.00pm      : Teknik dan tips temuduga
4.00pm                    : Tamat



Menarik bukan? Bila lagi nak dapat peluang keemasan sebegini rupa. Ilmu yang baik tak rugi kita perabiskan duit untuk mempelajarinya. Oleh itu, apa lagi, cepat daftar sekarang dan hubungi ke..


TEL: 0172470028 (WhatsAppa dan SMS)
EMAIL: inaainaa92@gmail.com


More Nyummy Here

Wednesday, January 28, 2015

TAHNIAH | LISA SURIHANI SUDAH HAMIL



TAHNIAH | LISA SURIHANI SUDAH HAMIL | Tadi tengah baca dekat artikel Astro Awani, terbaca satu berita yang menggembirakan terhadap pelakon terkenal Malaysia iaitu Lisa Surihani bahawa Lisa sudah mengandungkan anak pertama. Suami Lisa pula aalaaaa yang salah seorang penyanyi band KRU dulu ni dan dia juga pengarah dalam cerita Cicakman, Yusri Abdul Halim.

Wah! Ena memang cukup suka dengan mereka berdua ni sejak dahulu lagi. Lisa Surihani adalah satu satunya pelakon Melayu yang ena suka. Mungkin perangainya yang sopan dan tidak terlampau gedik macam pelakon Melayu yang lain.

Apapun, ena ucapkan tahniah bagi mereka berdua dan berharap kandungan Lisa Surihani sihat walafiat kerana kandungannya masih awal lagi. Ena turut doakan supaya datangnya ahli baru ni dapat menambahkan lagi kegembiraan dalam rumahtangga Lisa Surihani dan Yusri. 

Kepada keyboard warriors di luar sana, ena berharap jangan kata yang tidak negatif bagi hal ini. Sepatutnya kita mendoakan yang terbaik untuk mereka. Sesungguhnya, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas sebaliknya. Takut segala kata kata buruk terhadap orang lain itu akan berpaling dan terkena kat batang hidung sendiri balik.

Ena turut tumpang gembira dengan berita yang baik ini. 


More Nyummy Here

APABILA PENAT KU DIUJI | GAGAL


APABILA PENAT KU DIUJI | GAGAL | Kali ni ena gagal lagi mengawal amarah ku ketika dalam kepenatan. Nak dijadikan cerita, hari ini ena ke Perodua Service Rawang untuk tukar timming belt kereta viva ena. Appointmentnya pada jam 8.30 pagi. Ena drive la dari Tanjong Malim ke Rawang awal pagi supaya tiba sebelum waktunya.

Sebelum tu, kakak kat Perodua Servis tu dah cakap kat ena yang tukar timming belt ni ambil masa setengah hari untuk siap. Ena sanggup je tunggu dan estimation masa yang tertera dari 8.30am until 11.17am.

Tunggu punya tunggu lagi, makan tak minum tak, intai tengok tak ada seorang pun yang jenguk kereta ena tengah ternganga tu. Maksudnya tak ada kerja pembaik pulih dijalankan. Ena pergi tanyalah, lama lagi ke nak siap. They said, barang sampai dalam jam 5 pm. Perrgggghhhh, ena dah buat muka ketat masa tu. Penat gila dah tadi. Bayangkan ena kena tunggu kat situ dari 8.30am sampai 3.30pm. Sabar sabar. Haisshhh.

Last last ena ambil keputusan tinggalkan je kereta kat situ, lepastu balik naik komuter. Pendam je rasa marah yang dah bersarang kat dada ni.


Kisah kat komuter ni tragis sikit. Tragis sebab ena mengamuk kat seorang pemuda yang sangat kurang ajar dengan my mom. Mak ena teman ena hari ni.

Masa sampai tadi, kat jejantas laluan penumpang train, my mom terserempak dengan kawan dia. Kami pun stop, sembang apa semua. Ena pula masa tu tak perasan ada orang nak lalu dan terlanggar sedikit bahu dia. Of course la ena cakap "sorry" kat dia. Banyak kali pula tu.

Yang ena panas hati sangat ni, lepas ena cakap "sorry", dia cakap macam ni kat kami..

"GAMPANG ke apa sembang tengah tengah jalan."


Hokalohh dia ni. Melebih lebih mamat ni. Percakapan dia tu nak tuju kat mak ena yang tengah bersembang tu. Ena memang pantang orang kurang ajar macam ni. Meruap gila. Apa lagi, segala marah yang bersarang kat dalam dada ni, ku lempar sedas sedas kat muka pemuda tu. Kurang ajar betul. Budak budak belasan tahun lagi ni.

Kalau dia nak cakap macam tu kat ena tak apa lagi tapi jangan kat my parents. Memang kaki makannya. Memalukan bangsa Melayu. Dah la kawan mak ena bukan muslim tadi. Haishh hilang macho ena tadi. Har har har.


More Nyummy Here

UMI SUSHI JAPANESE RESTAURANT | TANJONG MALIM


UMI SUSHI JAPANESE RESTAURANT | TANJONG MALIM | Sekarang ni makin banyak pula kedai makan baru buka di area Tanjong Malim terutama di kawasan Taman Universiti. Mungkin kawasan ini adalah tempat yang paling strategik untuk berniaga sebab Taman Universiti tempat kunjungan para mahasisqa mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Yela bersebelahan je dengan UPSI. 

Malam baru baru ni, tetiba rasa bosan menerpa diri. Apa lagi, start enjin kereta, terus angkut kawan seorang dan ajak pergi makan malam di kedai makanan Jepun yang baru buka pada tahun lepas, 2014 iaitu Umi Sushi. Umi Sushi dengan kata taglinenya, Always Fresh Always Delicious! sememang membuat diri ini senang hati untuk meng'review' tempat makan ini di blog ena. Hal ini kerana  bagi ena memang tiptop makanan Jepun kat sini. Kalau nak tahu lebih lanjut sila teruskan pembacaan you all ye.


LOKASI UMI SUSHI TANGJONG MALIM


Umi Sushi terletak di Taman Universiti Tanjong Malim seperti yang ena perkatakan diatas dan juga berhampiran tempat IPTA UPSI. Pelajar UPSI boleh jalan kaki kemari dalam 10 minit dah sampai. Kalau berjalan kakilah. Okay, bagi orang luar yang tak tahu kemari, boleh wazekan saja. Di bawah ni ena sharekan alamat Umi Sushi.


UMI SUSHI JAPANESE RESTAURANT
No, 33, Ground Floor, 
Jalan U1, Taman Universiti,
35900 Tangjong Malim.



BAGAIMANA KEADAAN RESTORAN UMI SUSHI TANJONG MALIM

Alhamdulillah, keadaan Restoran Umi Sushi sangat kemas, teratur dan macam kedai sushi yang lain, ada benda yang gerak gerak tu yang kat atasnya ada beberapa sushi dan harga mengikut warna pinggan. Ena makan pun sangat selesa, udara nyaman, lightning pun okay sesuai untuk snap gambar dan yang penting sangat bersih serta halal. Ena memang sangat pentingkan kebersihan kalau makan kat kedai makan. Mesti akan check bawah meja, atas lantai dan atas meja. 






MENU YANG MENJADI PILIHAN HATI

Memandangkan ini merupakan kali pertama ena makan di Umi Sushi, ena tak makanan Jepun yang terlampau banyak. Takut terlari bajet nanti. Lagipun makan berdua je, ambil banyak banyak nanti tak habis la pula. So kami ambil menu utama kami dengan beberapa pinggan menu samping.



1) Menu Utama




Ini menu pilihan hati ena, Tori Shogayaki & Tempura Bento Set. Ada sekali dengan air dan airnya mestilah favourite ena, Japanese Green Tea. Set Bento ini hanya disediakan untuk dinner sahaja dan harga untuk set ini adalah RM 22.90.




Yang ini pula pilihan hati kawan ena. Kaisen Yaki Meishi atau dalam bahasa Malaysia, Nasi Goreng Seafood. Ini baru betul betul seafood. Semua ada. Udang, sotong, tiram dan yang lagi satu macam logo kedai isi minyak Shell tu ena tak tahu apa nama. Nasi yang diguna sudah tentu Japanese rice. Rasa berpulut sedikit. Nampak sikit tapi kenyang hoi. Dan harga untuk yang ini RM13.90.


2) Menu Sampingan







Sementara tunggu makanan menu utama siap, boleh makan sushi sushi yang bergerak gerak tu. Harganya ikut warna pinggan. Ada ena letak gambar kat atas tu. Ena ambil dua warna hijau dan satu warna kuning. Serius memang sedap dan fresh rasanya. Kalau makan yang ni pun dah cukup bagi ena sebab mengenyangkan.



DETAIL UMI SUSHI TANJONG MALIM

Kat bawah ni ena kongsikan kepada you all detail detail Umi Sushi


FACEBOOK:

EMAIL:

TEL:
05 4582606




ATTENTION!

Ada berita gembira untuk you all yang ingin merasai makan makanan Jepun di Umi Sushi. Mulai 25 Januari 2015 hingga 31 Januari 2015, start pukul 6PM ada harga promotion untuk you all. 10% diskaun akan diberikan kepada you all. So apa lagi, jom terjah makan malam kat sini. Bila lagi nak merasai makanan Jepun yang murah dan sedap.




More Nyummy Here

Monday, January 26, 2015

MINI GIVEAWAY | AZHAFIZAH DOT COM


MINI GIVEAWAY | AZHAFIZAH DOT COM | Kali ini ena join satu Mini Giveaway yang dianjurkan seorang blogger yang terkenal dengan design designnya yang cantik dan sangat kemas iaitu kak blogger Azhafizah, Blog Sihati Merah Jambu

Kak Azhafizah jugalah yang mendesignkan header dan vector ena yang cantik ni. Comel kan?? Haaa tak tengok lagi design dia untuk orang lain. Cantikkkk hoii! Rambang mata ena dibuatnya. Tambahan pula orangnya sangat baik hati. So, kali ini kak Azhafizah buat satu Mini GA, ena pun tak mahu ketinggalan untuk join.

Oleh itu, ena menyeru you all untuk join sekali. Mana tahu menjadi pemenang bertuah untuk memenangi Sample Nurraysa Beauty Soap.



Tarikh Tamat: 30 / 1 / 2015 (Jumaat)

Pemilihan Pemenang: Random.Org

Hadiah: 20 Sample Nurraysa Beauty Soap X 20 Orang Pemenang

Peraturan: Click Di Sini
More Nyummy Here

MASAKAN CINA | RESTORAN RIVERBANK ALOR SETAR



MASAKAN CINA | RESTORAN RIVERBANK ALOR SETAR | Seminggu ena stay kat Alor Setar ni, naik sungguh berat badan ena. Tambahan pula, dua hari kat Hatyai, bertambah tambah lagi la kemontelan badan ku ini. Makan kat Alor Setar ni memang sedap sedap belaka. Namun pada suatu hari, dah puas makan masakan Melayu dan India, dan kali ini ena makan di sebuah restoran yang menyediakan makanan masakan Cina iaitu Restoran Riverbank Alor Setar.

Ini merupakan kali kedua ena makan di Restoran Riverbank. Dulu pernah makan kat sini satu family, makan daging rusa. Tapi masa tu ena bukan seorang foodhunter lagi, badan pun cekeding. Eheks. 


BAGAIMANA RASA MAKANAN KAT RESTORAN RIVERBANK

Bagi ena makanan kat sini memang semuanya cukup rasa, sedap dan tersenarai dalam restoran kegemaran ena. Kat sini menyediakan makanan Cina yang halal untuk dimakan. Jangan risau tentang status halal di sini.

Tapi ada juga makanan masakan Melayu disediakan di Restoran Riverbank ni seperti Kangkung Goreng Belacan. Tapi cara membuatnya mestilah mengikut resepi masakan Cina, so adalah sedikit lainnya berbanding yang pure Melayu punya resepi. Namun, memang sedaplahhhh. Rasa lagi sedap dari Melayu buat. Ahaks. Maybe kurang pedas kot, sebab ena ni tak berapa boleh makan pedas.


MENU YANG KAMI MINTA

Dibawah ni ena nak share sedikit menu yang ena cuba kat sini. Abang dan kakak ipar ena makan nasi bersama lauk lauk sampingan. Ena je bukan makan nasi. Haaaa, kalau nak tahu, jom teruskan pembacaan anda.

1) Char Hor Fan

Pilihan hati ena. Ku rindui kuah ni. Mantoplah rasanya.


2) Chicken Plum Sauce

Lembut je daging ayam ni. Tak liat dan tak keras. 


3) Kangkung Goreng Belacan

Makan terus hidung rasa gatal. Tapi aku kisah hapeeeee. Belacannya memang tiptop.


4) Nasi Goreng Cina

Ini baru betul betul nasi goreng Cina. Plain tapi sedap. Sesuai makan dengan lauk lauk seperti diatas.


5) Kari Ayam Masakan Cina

Ena tak berapa gemar kari. Tapi hirup juga sedikit kari ni sebab nak rasa bagaimana rasa kari masakan Cina ni. Hehehehe. Not bad! 


6) Vanilla Milkshake dan Chocolate Milkshake

Ena punya mesti yang Chocolate sebab I am Chocolate Lover bebeh! Yeahh!



Itu sahaja dari ena. Maaf gambar kurang menarik sebab lightning tak berapa bagus kat restoran ni. Walaupun lightning tak berapa cun, tapi makanan kat sini sangat berpuas hati bagi diri ena. Teringin nak makan daging rusa lagi tapi harganya mahal juga. So next time ada lagi, InsyaAllah.



RESTORAN RIVERBANK
Jalan Limbong Kapal,
05100 Alor Setar,
Kedah





More Nyummy Here

Friday, January 23, 2015

TUTORIAL GUNA WHATSAPP DI LAPTOP | WHATSAPP WEB


TUTORIAL GUNA WHATSAPP DI LAPTOP | WHATSAPP WEB | Ena seorang yang sukar untuk layan WhatsApp apabila tengah bertungkus lumus buat kerja kat laptop. Memang tak pegang langsung handphone la alamatnya. Kalau ye pun, ena pasti akan balas lewat.

Lepas ena kembali guna WhatsApp original yang warna hijau ni, baru ena tahu bahawa whatsApp sekarang dah boleh guna di laptop. Setelah sekian lama guna whatsApp plus, langsung tak tahu menahu benda ni semua. Baru sekejap tadi ena cuba torai test kat laptop ena. Laaaaa senang je! Malah memudahkan lagi kerja ena. Tambahan pula, tak adalah typo lagi bila menaip guna keyboard laptop. Kalau tak, selalu kena buli dengan si dia sebab selalu typo time whatsApp. 

Oleh itu, ena nak share bagaimana nak menggunakan whatsApp di laptop. Check it outcha~



TUTORIAL GUNA WHATSAPP DI LAPTOP

1) Pergi ke website ni terlebih dahulu : https://web.whatsapp.com/

2) Akan keluar seperti gambar dibawah ni. Lepas tu, scan CODE yang tertera di website tersebut. Cara nak scan, sila baca step yang ke '3'.




3) Scan code yang tertera pada website. Pergi kat smartphone memasing > WhatsApp > Setting > WhatsApp Web. Boleh rujuk pada gambar dibawah yang telah dibulatkan dengan warna merah.




4) Bila dah berjaya scan, taraaaaa! You all dah boleh start gunakan whatsApp di laptop you all. Apapun, sila baca arahan terlebih dahulu supaya mengelakkan sebarang tidak diingini berlaku dan dapat berwhatsApp dengan selesa.







Semakin mudah kerja ku lepas ni. Tak perlu kalut nak tengok phone bila tengah mengadap laptop. Balas whatsApp melalui laptop lebih mudah dan tiada lagi typo. InsyaAllah, Alhamdulillah. Kepada mereka yang belum ketahui benda ni, selamat mencuba ye. 


More Nyummy Here

Thursday, January 22, 2015

MEMILIKI WAJAH SIHAT DAN BERSERI | ZARRA RED SINAR PUTERI


MEMILIKI WAJAH SIHAT DAN BERSERI | ZARRA RED SINAR PUTERI | Ena bukanlah seorang yang memiliki wajah muka licin licau bebas daripada segala blackheads dan jerawat. Oleh sebab itu, ena teringin sangat nak memiliki wajah sihat dan berseri macam orang lain. Nak pergi rawatan mahal mahal, masih tak mampu lagi. Yela, ena student lagi so mana ada kemampuan untuk semua tu.

Namun, dengan izin Allah, diketemukan ena dengan satu produk skincare yang sedang meletop namanya di pasaran iaitu Zarra Sinar Puteri. Pada mulanya ena agak ragu-ragu untuk mencubanya tapi setelah menepekkannya di muka selama sebulan lebih ni, Alhamdulillah, ena dapat rasakan muka ena makin sihat dan berseri. Tiada lagi kulit kusam masa sebelum sebelum ni. Oleh sebab itu, ena ingin share produk Zarra Sinar Puteri demi pembaca ena yang sedang menghempas pulas mencari produk muka yang sesuai untuk digunakan.


PENGENALAN ZARRA SINAR PUTERI




Produk Zarra Sinar Puteri adalah produk kecantikkan yang sesuai untuk semua golongan dan terdapat pelbagai jenis set Zarra Sinar Puteri disediakan bagi memuaskan hati pengguna. Kalau nak tahu, boleh rujuk di link bawah ini:-





Produk ini diasakan oleh Datin Zamzarina Zambri dan beliau juga pernah menjadi hos Apa Kata Wanita di RTM. Selain itu, produk Zarra Sinar Puteri ini telah disahkan status halal dan status keselamatannya. Oleh itu, you all tak perlu risau untuk menggunakan produk ini.

Dan ena menggunakan Set Zarra Red / Zarra Zaria Red kerana produk ini bersesuaian dengan kulit wajah ena. Tambahan pula, satu set Zarra Red ini hanya RM78 sahaja. Mampu dimiliki sebab tidak mahal sampai beratus ringgit.



APA KANDUNGAN SET ZARRA RED SINAR PUTERI

1) Cleanser / Pembersih 



Kelebihan:

- Membersih kekotoran yang terdapat pada wajah
- Menyegarkan kulit muka yang kepenatan
- Mencerahkan bukan memutihkan kulit muka
- Sesuai untuk digunakan pada semua peringkat usia



2) Toner / Penyegar



Kelebihan:

- Menyamankan dan menyegarkan kulit wajah
- Memelihara dan memastikan kulit sentiasa sihat


3) Day Cream / Krim Siang



Kelebihan:

- Mengelakkan kulit daripada menjadi kering
- Melindungi wajah daripada sinaran UV berbahaya
- Mengekalkan kelembapan dan kesegaran pada kulit wajah



4) Night Cream / Krim Malam



Kelebihan:

- Membentuk dan membina ketegangan pada rauk wajah
- Memperbaharui cel kulit muka yang sudah mati
- Mengelakkan muka menjadi kering dan tidak bermaya selepas bangun dari tidur 



CARA ENA GUNAKAN ZARRA RED SINAR PUTERI




1) Basuh muka dengan Cleanser Zarra Red selama 3 / 4 minit. Amalkan urutan muka dengan betul supaya zat khasiat dalam kandungan pencuci tersebut dapat meresap ke dalam muka dengan baik.

2) Lepas cuci muka, biarkan muka keringan dengan sendirinya. Jangan lap dengan kain ke apa. Bila dah kering, baru tepek muka dengan toner atau penyegar Zarra Red. Ikutlah nak letak kat tangan ke atau sebur terus kat muka. Ena sembur terus sebab takut tangan kotor. Lepas tu sapu ke sekeliling dengan kapas muka.

3) Kalau waktu malam, ena tepek krim malam Zarra Red selepas sapu muka dengan toner.

4) Kalau waktu siang, tepek pula dengan krim siang Zarra Red.


Haaaa, mudah je dan yang pasti ena suka bau semua produk set Krim Zarra Red ni. Wangi je. terutama pencuci muka Zarra Red, bau macam yogurt. Rasa nak ngap ngap je. Kalau cuci muka, rasa tenang je pemikiran sebab bauannya yang sedap dan tidak menyeksakan deria bau ena. 



TAMBAHAN PRODUK ZARRA SINAR PUTERI YANG ENA GUNA

1) Zarra BB Cream + Collagen




2) Zarra Collagen Mask




BAGAIMANA HENDAK MENGHUBUNGI?

Kalau you all berminat untuk mencuba atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Zarra Sinar Puteri, dibawah ni ena sertakan medium yang menyenangkan you all untuk menghubungi pihak mereka



FACEBOOK:


INSTAGRAM:





More Nyummy Here

Tuesday, January 20, 2015

AYAM TANDOORI PALING MANTAP | KAPITAN PENANG


AYAM TANDOORI PALING MANTAP | KAPITAN PENANG | Sekian lama ena tak makan kat Restoran Kapitan ni sejak kakak ipar ena konvo di USM tiga tahun yang lepas kalau tak silap ena. Lepas balik dari Thailand, esok harinya ena ke Penang pula membeli belah kat sini.

Nasi briyani ayam tandoori kat sini memang paling terbaik bagi ena setakat ini. Ada lagi satu tempat yang buat ena tertarik di area Kuala Lumpur tapi yang kat situ tak ada Ayam Tandoori la just nasi briyani dia je yang special. Ena memang suka sangat makan nasi briyani berbanding jenis nasi yang lain. 


APA YANG SPECIAL AYAM TANDOORI DI KAPITAN PENANG


Restoran Kapitan Penang ni diperkenalkan oleh abang ena yang sulung, Dia pun jenis foodhunter macam ena, so sudah merata tempat dia pergi makan dan bagi dia di sinilah nasi briyani ayam tandoori paling mantap. Lepas tu, ena pula datang dan rasa keenakan ayam tandoori di sini, memang ku setuju seratus peratus dengan kata kata abang ena. Torbaekkk hoii!

Mantap sebab ayam tandoori di sini sangat lembut dan tidak terlampau rentung. Sikit sikit je hitam tu. Kalau ena makan kat tempat lain, ayam tandoori kat tempat lain agak keras dan ada banyak hitam legam rentung tu. Tak sedap bila nak makan. Sekadar untuk alas perut boleh la.

So, bagi ena ayam tandoori Kapitan Penang memang meletop struktur dan rasanya pun superb! Kalau beli bawa balik pun daging ayamnya still lembut. Oleh kerana daging ayamnya yang lembut, ayam tandoori kat sangat sesuai dimakan untuk golongan orang tua yang sudah lemah keupayaan rahang dan gigi mereka. 



MENU YANG SELALU DIPILIH

Kami kemari menu yang wajib diminta adalah...

Nasi Briyani Ayam Tandoori

Cheese Nan Ayam Tandoori

Haaa! Lagi satu ena nak sarankan you all rasa Cheese Nan Ayam Tandoori kat sini. Rasa Cheese Nan kat sini, SubhanaAllah!! Tak tahu nak gambarkan macam mana kesedapannya. Lembut, sedap dan tak liat bila nak makan. Cheese Nan Ayam Tandoori adalah wajib menu ada setiap kali datang makan kat sini. Rugi kalau tak order. Torbaek hoi hoi!



LOKASI AYAM TANDOORI KAPITAN PENANG

Kalau you all ada di area Penang ni, wazekan je alamat Restoran Kapitan ni. Di bawah ni ena sharekan alamat. So jika ke Penang, jangan lupa merasai kemantapan ayam tandoori Kapitan Penang!



ALAMAT RESTORAN KAPITAN PENANG

93, Lebuh Chulia,
Georgetown,
Pulau Pinang.


More Nyummy Here

Monday, January 19, 2015

PRINT BAJU MURAH DI OHTSHIRT | SHAH ALAM



PRINT BAJU MURAH DI OHTSHIRT | SHAH ALAM | Sedang mencari tempat yang terbaik untuk print baju atau tshirt?? Mahukan harga yang berpatutan dan mampu dibayar?? Haaaaa! Tak perlu cari jejauh lagi, tak perlu pening kepala mencari, OHTSHIRT sedia memberi khidmat printing baju yang terbaik untuk you all di kawasan Shah Alam.

OhTshirt adalah sebuah jenama dibawah FZ Multicreation dan KilangBaju yang diuruskan oleh seorang pemuda yang minat dalam bidang mencetak baju sejak dari zaman universiti lagi. OhTshirt ni memang sangat dikenali di kalangan rakyat Malaysia. Mungkin ada juga yang masih belum diberi pendedahan mengenai OhTshirt ni. Oleh itu you all wajib baca entri ena ini sampai habis.


PENGENALAN OHTSHIRT


Gambar kredit to : Mohd Rasul

OhTshirt menyediakan perkhidmatan yang sangat terbaik untuk mereka yang inginkan print tshirt (hitpress, silkskrin dan etc), print baju, sulaman komputer dan baju koperat. Setakat ini, OhTshirt telah menerima ribuan cetakan tshirt dan ini menunjukkan positive feedback dari pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan di sini. 

Yang pasti, kualiti cetakkan kat sini sangat teliti dan kemas. Ena pun ada satu baju yang dicetak oleh OhTshirt. Memang puas hatilah. Harga pun berpatutan dengan hasil kerja yang diberikan oleh OhTshirt.

Gambar kredit to : Mohd Rasul

Gambar kredit to : Mohd Rasul

Selain itu, OhTshirt turut menerima cetakan untuk barangan cenderahati koporat seperti Woven Bag, piala, pingat, keychain dan pelbagai lagilah demi memenuhi hasrat para pelanggan. Oleh itu, kepada stay area Shah Alam you all bolehlah datang kemari untuk menerima perkhimatan yang terbaik yang disediakan oleh OhTshirt.

Apa yang ena ketahui, antara pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan OhTshirt adalah seperti UiTM Shah Alam, UNISEL, RTM, UIA, Labuan Sea Challenge, TV3, KASTAM, Maybank dan Sime Darby. Banyak lagi syarikat yang besar besar mencuba dan berpuas hati dengan hasil OhTshirt tapi biarlah banyak itu sahaja yang ena senaraikan.


Gambar kredit to : Mohd Rasul

Gambar kredit to : Mohd Rasul


CAWANGAN OHTSHIRT DI MELAKA

OhTshirt turut meluaskan cawangannya di negeri Melaka. Oleh itu, bagi mereka yang menetap di Melaka atau berdekatan dengan negeri Melaka, bolehlah cuba menggunakan perkhidmatan print baju yang murah di OhTshirt.  Alamatnya nanti ena sertakan di akhir entri ye.


HUBUNGI OHTSHIRT

Kepada mereka yang ingin ketahui harga atau pelbagai lagi mengenai OhTshirt, boleh la rujuk kepada details yang ena sediakan kepada you all di bawah ini. Kalau nak ke kedainya, wazekan sahaja alamat OhTshirt.


Cawangan Shah Alam

FZ MULTI CREATION ENTERPRISE
No. 19A, Jalan Kristal K7/K,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

NO.TEL: 03 55236785 / 017 6676785

EMAIL: admin@ohtshirt.com.my

LAMAN WEB: www.ohtshirt.com.my

FACEBOOK: OhTshirt Facebook

INSTAGRAM: OhTshirt Instagram



Cawangan Melaka

FZ MULTI CREATION ENTERPRISE
No.4, Pusat Niaga MBMB,
Bulatan Ayer Molek,
75460 Melaka.

NO TEL: 012 3523972

EMAIL: ina@ohtshirt.com.my









More Nyummy Here