Sunday, December 20, 2015

STEAMBOAT MURAH DI TEMERLOH | ROTARIUM BUFFET STEAMBOAT


STEAMBOAT MURAH DI TEMERLOH | ROTARIUM BUFFET STEAMBOAT | Ena sekarang menetap kat Temerloh untuk sebulan lebih sebab tengah praktikal di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS). So, bila kat tempat orang ena ambil kesempatan untuk terjah beberapa kedai makan yang ena rasa sesuai untuk kongsikan di sini. Nama pun foodhunter kan dan ini merupakan salah satu hobi ena. Tapi tak selalu ena dapat foodhunting sebab busy memanjang.

Baru-baru ni partner foodhunter ena datang ke sini, macam biasa aktiviti kami kalau pergi jalan-jalan iaitu cari kedai makan yang nampak mengancam kat tempat orang. Ena jarang Google cari tempat makan yang best-best tapi masa kat Temerloh ni ena terpaksa google sebab bukan tempat kita. Alamatnya, memusing-musing la juga cari kedai makan. Dah la banyak jalan satu hala. Last-last kami pilih untuk makan kat Rotarium Buffet Steamboat.


ROTARIUM BUFFET STEAMBOAT TEMERLOH


Steamboat di sini menyediakan pelbagai jenis makanan yang you all boleh rasai. Makanan jenis steamboat dan BBQ la. Nama pun kedai steamboatkan. Uhuks. Dah macam ala ala kat Seoul Garden dah makanan buffet kat sini cuma tak ada sushi je. Selain itu, kedai ni dijamin Halal dan bersih untuk kita makan memandangkan owner steamboat ni adalah orang Melayu kalau tak silap ena.

Rotarium Buffet Steamboat ini terletak kat Dynaton Bukit Angin, Temerloh. Dekat juga dengan bandar Temerloh dan berhampiran dengan roundaboat nak menghala ke HoSHAS. Kalau nak ke mari boleh gunakan waze. Tapi masa ni ena main redah je, sebaik bukan ena yang drive. Ahaks.





ANTARA MAKANAN BUFFET DI SINI

Ena tak snap semua part makanan buffet yang ada kat sini sebab ramai sangat orang masa ni. So mana sempat je ena snap. Jom tengok buffet apa yang ada kat sini, kalau you all tengok mesti you all rasa tak menyesal datang makan kat sini.














FEEDBACK DARIPADA ENA

Macam biasa, ena memang layan steamboat yang jenis makan sampai lebam ni. Sekepala berharga RM26 sahaja. Bagi ena steamboat kat sini boleh dikatakan murah kalau nak bandingkan kat tempat lain. Dah la makanannya banyak, selesa pula tu makan kat sini. Sedap pun sedap terutama daging dan ayam perap untuk di BBQ. Lepas tu pelayannya pun 100 % orang Melayu dan pakaian mereka pun bersih.




Patutlah ramai orang makan kat sini. Cuma kat sini tak boleh bazirkan makanan, kalau tak, akan di caj 100g makanan yang terbuang = RM10. Nasihat ena, ambil sedikit sedikit dahulu. Kalau tak cukup baru boleh pergi tambah. Elok kedai ni buat peraturan sebegitu rupa demi nak hindari kita dari dapt dosa kering sebab membazir makanan.

Oleh itu, ena sarankan kepada you all yang hendak ke Temerloh untuk cuba try test layan steamboat kat sini. Kena datang cepat sebab tempat limited. Dah la jenis makan unlimited, for sure nak tunggu meja kosong memang lama la. Ena makan malam kat sini pun ambil masa 4 jam demi perabiskan makanan yang ada.

Overall, puas hati makanan steamboat kat sini.



DETAILS ROTARIUM BUFFET STEAMBOAT



Kepada mereka yang nak pastikan kedai ni buka ke tak pada hari yang you all nak pergi, you all boleh terjah ke Facebook official mereka. Kat situ you all boleh tahu. Ena sharekan link tempat ni kat bawah, so you all boleh klik link tersebut. Semoga dapat membantu you all.



FACEBOOK:

NOMBOR TEL:
09 2902489



Share

Other Article

STEAMBOAT MURAH DI TEMERLOH | ROTARIUM BUFFET STEAMBOAT
4/ 5
Oleh

11 Comments

Comments
avatar
21.12.15

Sedap pulak tgk Ena makan steam boat. Kak Nanie dah lama gak tak makan steam boat ni hehehe

Reply
avatar
22.12.15

Waaa.. best nya. Okay boleh la ke sini bila ada dkt temerloh nanti. Thanks review. Kita pun foodhunter jugak. hihi =)

Reply
avatar
23.12.15

syoknya food hunting.. best kalau tahan lapar dari pagi pastu melantak sampai kedai tutup.. hahaha

Reply
avatar
23.12.15

Assalamualaikum dear .. salam pekenalan dr umi...

Tgah cari produk remedy terjmp blig dear.

Sedapnya mknn tu .. krok2 perut umi tgh2 mlm ni hihi

Reply
avatar
23.12.15

Bagus cara peraturan makan kat situ.. takde la asal bayar harga buffet jer ambil sampai tak habis makan. At least dorang makan sikit2 baru tambah.. Akak dah lama rasa tak makan steamboat.. tetiba rasa nak makan pulak

Reply
avatar
24.12.15

rm26 memang murah sebab tgk food pelbagai . aduhaii terliur dibuatnya ....

Reply
avatar
25.12.15

aduhai.. lemah jiwa tengok gmbr2 makanan cenggini..
akak suka stimbot =D

Reply
avatar
29.12.15

aikkk cm ne org temerloh x tau ada pot steamboat ni hehe... sok balik kg bawak ghodong pekena steamboat....ina mai la jenjalan umah mak hakak

Reply
avatar
29.12.15

Wahhh adik sekarang praktikal di temerloh ye...syabas dik...wowww hebat2 lauk bufet ni ye...syokk ada grill sekali haaa...fuhh x pernah masuk pekan temerloh...kena pi la sekali nanti

Reply
avatar
30.12.15

restaurant steamboat selalu meriah dengan kunjungan orang ramai. sebab lagi seronok makan ramai ramai kan. kat sini menu menarik dan banyak pilihan :)

Reply
avatar
Anonymous
11.4.16

Kedai ni milik bumiputera melayu islam.. alhamdulillah mmg sdap. Kat blkg kedai ni ada syurga makanan, bnyk cafe2 hipster dgn western food yg sgt mantap!

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)