Monday, December 14, 2015

PERTAMA KALI BERKAYAK | TAMAN TASIK SHAH ALAM



PERTAMA KALI BERKAYAK  | TAMAN TASIK SHAH ALAM | Cerita ni dah lama sebenarnya tapi baru nak cerita kat blog. Busy sedikit kebelakangan ni, Kali ni nak cerita satu pengalaman baru dalam hidup ena iaitu melakukan aktiviti berkayak. Ena memang tak pernah berkayak sebelum ni, tengok orang berkayak macam senang je. Rupa-rupanya susah juga nak kawal sampan ni.Fiuuhhh!

Ena berkayak masa tu di Taman Tasik Shah Alam bersama dengan adik-beradik foodhunter partner ena, Yazid. Pada mulanya, ena dan yang lain berancang nak pergi jogging kat Taman Botani Shah Alam, tetapi cuaca tak mengizinkan ketika tu. Hujan tak berenti pula. Frust jugalah. Last-last, dah tak tahu nak ke mana, Yazid decide nak pergi Taman Tasik Shah Alam.



Pada mulanya, nak naik boat yang boleh kayuh kaki tu. Sekali tengok harga satu boat peeerrrgghhhh, better pergi berkayak. Bila berkayak ni boleh cari pengalaman...kononnya. Padahal, muka ena dah macam orang kehilangan darah dah masa tu. Pucat habis sebab ena agak takut masa tu. Takut terbalik dalam tasik time berkayak la, takut itu la ini la. Dah la tak bawa baju lebih. Memang betul-betul tak sedia mental dan fizikal. Yazid dah biasa main benda ni, so tak jadi masalah bagi diri dia.

Alang-alang dah sampai sini, gagahkan diri juga nak cuba try test berkayak. Nanti boleh cerita kat anak cucu, tak pun mengajar anak-anak cara nak berkayak nanti. Ahaks. Walaupun takut, hati bernekad dan sedikit excited nak cuba aktiviti yang bermanfaat ni. Well, ena ni suka cuba try test benda yang baru dalam hidup ena. Segala risiko, inshaAllah boleh handle sendiri.



Mula-mula bila nak stark berkayak, Allah bergaduh juga dengan si Yazid sebab tak sama kayuhan. Tambahan pula, tak nampak lagi flow dan rentak berkayak masa ni lagi. Ena masih teragak-agak lagi nak handle batang kayuhan tu. Bila dah sampai tengah-tengah tasik, baru boleh control sampan tu even tak professional mana. Alhamdulillah.

Penat juga tangan dan kaki bila berkayak ni. Kaki ena dah mula lenguh sebab kena lunjur je sampai habis. Baju ena memang dah basah sedikit sebab air tasik masuk sedikit dalam sampan kayak tu. Disebabkan tengah penat dan masa pun masih ada lagi, kami singgah kat satu tempat ni. Agak scary suasananya tempat nya, boleh dikatakan macam pulau kat tengah-tengah tasik ni.

Rupa-rupanya, bila dah dekat, baru tahu ni tempat burung merak diternak. Banyak betul buruk merak kat situ dan lagi teruja bila ada burung merak Albino (Merak Putih). SubhanaAllah cantiknyaa bulu dia time dia bertenggek kat atas kerusi. Kalau waktu malam, nampak macam langsuir pun ada. Uhuks.




Memang best aktiviti berkayak ni even memenatkan. Macam macam ragam yang kami telah buat ketika kat Taman Tasik Shah Alam ni. Dalam 2 jam juga kami kat tasik tu, slow slow berkayak sambil menikmati permandangan kat sini. Alhamdulillah, tak buang masa kami la datang ke Shah Alam ni. Terisi juga dengan aktiviti-aktiviti yang best,

Rindu pula nak datang ke sini dan berkayak lagi. Best rupanya berkayak ni. Daripada buat benda tak berfaedah better buat aktiviti sebegini pada waktu petang. Dapat juga keluarkan peluh.



Share

Other Article

PERTAMA KALI BERKAYAK | TAMAN TASIK SHAH ALAM
4/ 5
Oleh

12 Comments

Comments
avatar
14.12.15

berani ena , kak ana memang tak lah nak masuk dalam air ni, penakut sangat hihi :)

Reply
avatar
15.12.15

Lepas kayak x sakit bahu ke ena? Hahahah... Ima dulu sakit bahu. Abis lenguh satu badan. Hhahaah

Reply
avatar
15.12.15

huhuuu..biler baca ni terasa plak! hahahaa...sebab akak tak pernah naik kayak sebab takut la..sama laa....

Reply
avatar
15.12.15

akak kalau tak ada anak suka jugak la nak buat aktiviti macam ni. Tapi sebab ada anak takkan nak bawa anak kecik naik kayak pulak kan..

Reply
avatar
15.12.15

Best juga ni aktiviti ni. Blh la try nnti. Ingtkan mcm misteri nmpk hantu oh merak putih rupanya

Reply
avatar
17.12.15

seronok nya ada aktiviti berkayak... =) cantik tempat ni

Reply
avatar
19.12.15

pernah berada di shah alam suatu masa dulu tapi tak pernah pun berkayak...

Reply
avatar
20.12.15

Hee best2 . Kena warm up betul2 ni sblm naik kalau tak cramp tangan bangun tidur esok. Btw, ena dgn jid omey angat. :p

Reply
avatar
21.12.15

Nampak wajah ena happy sungguh berkayak...sis takut kalau naik tenggelam hehehe

Reply
avatar
25.12.15

ehehehe agak2 akak kalo naik sure tenggelam =)

Reply
avatar
30.12.15

seronok berkayak..tapi seram jugak kan.

Reply
avatar
30.12.15

seronok berkayak..tapi seram jugak kan.

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)