Thursday, December 31, 2015

NEW YEAR AROUND THE CORNER | YEAR 2016


NEW YEAR AROUND THE CORNER | YEAR 2016 | Harini merupakan hari terakhir untuk tahun 2015. Ya Allah, rasa macam baru je lagi masuk tahun 2015. Dalam sedar tak sedar, dah sampai pengakhiran tahun 2015. Banyak pengalaman dan kenangan yang ena pelajari untuk tahun 2015. Dan ena berharap pada tahun 2016 ni, bertambah lagi pengetahuan diri ini tentang kehidupan. Umur ena pun semakin meningkat dari umur 23 tahun ke 24 tahun.

Semoga tahun yang baru ini dilimpahi dengan pelbagai perkara yang best-best untuk diri ena dan juga diri  para pembaca blog ena diluar sana. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan kehidupan kita setiap hari. Ena doa yang terbaik untuk kita semua.

Pada tahun 2015 ni, ramai kawan-kawan dah selamat tamatkan kehidupan bujang mereka dan ada juga yang dah tamat pengajian tinggi masing-masing. Seronok ena tengok kejayaan mereka. Ena berharap tahun 2016 ni, turn ena pula. Ahaks. InshaAllah, itu seperti yang dirancang tapi Allah yang menentukan. Ena terima je mana-mana yang Allah dah tetapkan untuk ena, ena just terus menerus berusaha dan berdoa yang terbaik. Ajal pun makin dekat juga bila umur makin meningkat. Who knows kan??? Bersiap sedia ke arah yang itu juga.

Itu sahaja daripada ena dan nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU (HAPPY NEW YEAR) 2016 kepada semua penduduk bumi. Have a blast everybody.


Share

Other Article

NEW YEAR AROUND THE CORNER | YEAR 2016
4/ 5
Oleh

3 Comments

Comments
avatar
31.12.15

Happy new year... semoga sentiasa diberkati olehNya... amin.

Reply
avatar
4.1.16

Happy new year dik ina....love u always!

Reply
avatar
7.1.16

assalamualaikum...yaya dah follow sini....follow back yek...
mohon kunjungi dan tinggalkan komen di sini
http://www.yayacendana.com/2016/01/pergi-seminar-di-agrofarmstay-durian.html

tq ^_^

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)