Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Saturday, December 26, 2015

MENU TERBARU BROCHARKUEYTEOW | CHAR KUEY TEOW KETAM


MENU TERBARU BROCHARKUEYTEOW | CHAR KUEY TEOW KETAM | Ena sekarang sedang berehat rehat di rumah yang tercinta di Tanjong Malim. Tapi bukan cuti lama pun, sampai esok je cuti. Lepas tu hadap exam yang bakal menjelama lagi beberapa hari. Allahu. So, bila dah ada kat Tanjong Malim ni, craving pula #BroCharKueyTeow. Ena pernah story morry pasal char kuey teow ni dan ownernya pun blogger juga. Kalau nak tahu siapa ownernya, boleh jemput baca kat sini

Dah craving tu alamatnya memang kena belilah kan. So, kali ni ena cuba try test menu baru daripada #BroCharKueyTeow iaitu Char Kuey Teow Ketam. Lagipun, ena memang dah lama teringin nak makan CKT Ketam ni memandangkan ena pun jenis suka makan ketam. Alhamdulillah, kat sini ada jual. Apa lagi, beli la terus. Harga pun tak adalah mahal mana.


FEEDBACK DARIPADA ENA


Dari segi rasa Char Kuey Teow ketam ni tak adalah berbeza daripada yang #BroCharKueyTeow yang biasa. Kekal sedap, cukup rasa, cukup mantop dan banyak udang serta kerang. Cuma yang membezakannya, char kuey teow ni ada letak seketul ketam yang fresh.

Serius ena cakap, memang susah nak cari tempat makan yang letak ketam yang isi masih fresh. Dulu ena pernah makan satu kedai makan ni, serius rasa isi ketamnya pahit dan warna pun dah tak bermaya. Tapi kat sini, terbaiklahh. Kita dapat tahu la isi ketamnya fresh ke tak. Alhamdulillah, tertunai juga akhirnya permintaan perut ena ni. Ahaks.



Lagi satu, semalam ena tengok dengan lebih dekat owner #BroCharKueyTeow ni masak. Memang bersih tempat masaknya dan cara masak tu semua nampak bersih serta teratur. Antaranya seperti sebelum udang atau ketam tersebut dimasukkan ke dalam kuali, ownernya bersihkan sedikit even dah bersih dah pun sebelum tu. Banyak la lagi. Itu salah satu sebab ena suka Char Kuey Teow kat sini. Bukan sebab dia kawan blogger or tak ye.


DETAILS BROCHARKUEYTEOW


Di sini, ena sarankan bagi mereka yang ada di Tanjong Malim, mai la ke Lampuneon Cafe, Tanjong Malim untuk cuba try test #BroCharKueyTeow Ketam ni sementara harga masih tidak berubah. Bawah ni ena share alamat untuk ke mari






Share

Other Article

MENU TERBARU BROCHARKUEYTEOW | CHAR KUEY TEOW KETAM
4/ 5
Oleh

8 Comments

Tulis Comments
avatar
26.12.15

Fav ima jgk char kuey tiaw ketam :)

Reply
avatar
26.12.15

singgah petang http://jmbelog.blogspot.my/

Reply
avatar
26.12.15

ishhh teringin nak rasa...

Reply
avatar
28.12.15

tak berkesempatan lagi nak pi sana..

Reply
avatar
29.12.15

Memang rare!
Hebat bro masak...best yer dik makan sedap2 dkt gan rumah plak tu

Reply
avatar
29.12.15

Sedapnya..nk pergi aritu..tp abes dah

Reply
avatar
30.12.15

teringin nak rasa tapi nak ke utara sana jauh pulak =__='

Reply
avatar
3.1.16

Bestnya char kuey teow..teringin nak makan kat kedai BroFramestone ni tapi belum ada rezeki lagi..

Reply