TEKAK RASA NAK MAKAN LAKSA SARAWAK | MAGGI ROYALE | Siapa kat sini suka makan laksa Sarawak?? Kalau suka, kita boleh jadi geng. Ena ni mula minat dengan laksa Sarawak sejak makan kat rumah saudara angkat ena. Dia buat laksa Sarawak memang sedap kaww kaww. Walaupun dia berasal daripada Sabah tapi dia hebat bab masak laksa Sarawak ni.
Okay, berbalik pada cerita, semenjak dua menjak ni ena rindu nak makan laksa Sarawak masakan dari saudara ena tu. Tapi entah bila dapat makan lagi. Baru-baru ni ena pergi ke Tesco kat IOI City Mall Putrajaya sebab nak perabiskan voucher hadiah sebanyak RM100 yang ena dapat haritu ni. Pusing punya pusing, tudia terserempak dengan Maggi Loyale Laksa Sarawak. Huishhh, nampak macam menarik, ena terus grab satu. So entri kali ni ena nak share best ke rasa megi ni.
FEEDBACK DARIPADA ENA
Sejujur ena ni kurang gemar makan megi. Kalau makan pun sebulan sekali je. Dan setiap kali makan mesti tak habis. Ena beli Maggi Royale Laksa Sarawak ni pun sebab macam rare je perisanya, padahal dalam box makanan ena kat bilik hostel masih berlambak lagi stock megi yang lain. Ahaks. Beli je sebab kalau terdesak boleh makan.
Bagi pendapat ena mengenai megi laksa Sarawak ni, masih tak boleh lawan kesedapan laksa Sarawak saudara ena buat tu. Opkos la kan rasa berbeza. Ahaks. Ena tak tahu la nak describe sedap ke tak tapi kuahnya macam ada rasa susu sedikit. Tu buat ena kurang berminat dan cepat muak. Yela, bayangkan rasa susu plus rasa sambal laksa Sarawak, emmm emmm.
Ena tertarik dengan packaging megi ni, nampak mewah serta lain dari megi perisa yang lain. Lepas tu, harga pun lebih mahal. Mungkin sebab 'royale' kot. Uhuks. Dalam satu paket ni ada 4 mini paket di dalamnya. Kalau megi biasa ada lima kan kalau tak silap ena.
Satu bungkus je ena baru makan. Lagi 3 bungkus tak tahulah nak perabiskan bila. Memang liat sedikit nak layan megi ni, layan bubur instant je selalu. Mungkin bagi readers kat luar sana megi ni adalah sedap untuk dimakan. Well setiap orang ada pendapat masing-masing dan entri ini adalah pendapat daripada ena.
Kalau you all nak ketahui rasa Maggi Royale Laksa Sarawak ni bagi yang belum pernah cuba try test lagi, boleh la dapatkan megi ni kat kedai-kedai berdekatan yang ada jual megi serta adik beradiknya yang lain. Ngeeee. Itu sahaja daripada ena.
15 Comments
teringin gak nak try apa rasanya hari tu.. tapi bila tengok harganya yang agak mahal.. letak balik...hahaha
ReplyDeleteAinaa..laparrr.. Hahaha...
ReplyDeleteRasa apa? Takot nak cuba..huu
pekena laksa sarawak udang besar perghhh
ReplyDeletewah maggi baru.. hehe
ReplyDeleteJemput Singgah : Contest Review Lynk.My 2015
Ena boleh pergi dekat dapur sarawak atau cafe elfira loy, sana pun sedap laksa sarawak dia, fav saya ni
ReplyDeleteBaru tahu ada megi laksa sarawak. Jadi, kalau akak teringin nak makan laksa sarawak, megi ni tak dapatlah nak puaskan craving akak ye? :)
ReplyDeletewahh byk dpt baucer rm100 tuuu ;p
ReplyDeleteliz nak laksa sarawak original.. haish mana nak cari kt kl niii
ReplyDeleteMemang tak boleh lawan laksa sarawak yang dibuat homemade original dik, sis suka makan maggi tapi bukan ada Krimer dalam sachet tu...tu yg jadi muak kan...so sis makan maggi biasa2 je...tu pun jarang2 sebab takut rambut luruh hehehhe
ReplyDeletewohaaaa tetiba rasa nak makan maggie gak...
ReplyDeleteakk pun baru jumpa masa gi Tesco Ahad ritu. Dala berkira-kira nak beli ke idak laksa Sarawak dan Laksa Johor. Nak try juga nanti. Dulu tak minat megi..sekarang bila terdesak, makan juga ! ;)
ReplyDeletetak suka makan meggie laksa.. and laksa pon tak suka. hehehehehehehhehehehehehe
ReplyDeleteLaksa Sarawak mmg best.. yummy..
ReplyDeleteYg maggi tu kalau campur telur ka, salad ka boleh x?
sebungkus tuu mahal, tapi puas hati laa jugak rasanyaa
ReplyDeletebelum rasa lagi mana² meggi royale ni
ReplyDelete