RESTORAN MILIK WAK DOYOK | DULANG MAS CAFE SHAH ALAM

by - Sunday, November 22, 2015


RESTORAN MILIK WAK DOYOK | DULANG MAS CAFE SHAH ALAM | Siapa pernah cuba try test makan kat kedai milik Wak Doyok?? Ena baru sahaja merasa makan malam kat situ hari tu. Dan lagi menyedihkan, ena tak tahu menahu pula selama ni Wak Doyok ada buka restoran. Ahaks. Maafla, ena ni kurang ikuti perkembangan semasa tentang artis-artis. Ini pun partner foodhunter ena yang cakapkan, kalau tak memang ena tak tahu.

Masa hari kejadian, ena dengan partner foodhunter ena, Yazid ke Shah Alam untuk ambil adik dia di Seksyen 7. Tapi sebelum tu, seperti biasa kami berfoodhunting terlebih dahulu memandangkan perut pun dah menjerit-jerit minta diisikan. Pusing punya pusing mencari tempat makan yang mampu memikat hati kami, akhirnya diperjodohkan kami dengan Dulang Mas Cafe. Haaaa, amacam kat sini?? Nak tahu, jom teruskan pembacaan you all.


DULANG MAS CAFE, SHAH ALAM


Seperti yang ena dah mention kat tajuk entri ini, restoran ini dimiliki oleh Wak Doyok dan Fizul Nawi yang merupakan salah seorang artis yang terkenal di seluruh Malaysia, malah juga luar negara. Restoran ini menekan makanan ala-ala daripada Hatyai Thailand yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Kedai ini berdekatan dengan UiTM Shah Alam dan bersebelahan dengan KFC / MCD di sana. 

Usah risau bagi yang tidak tahu, ena tampirkan alamat restoran ni dibawah dan you all boleh wazekan sahaja.



ALAMAT:
Dulang Mas Cafe
No. 50G, Jalan Plumbum V7 / V 
Seksyen 7, 40000
Shah Alam Selangor 



FEEDBACK DARIPADA ENA

Alhamdulillah, tak sia-sia kami pilih Dulang Mas Cafe sebagai tempat untuk makan malam kami. Hal ini kerana keadaan restorannya sangat kemas, bersih, tiada bau yang mengurangkan dan selesa. Masakan panas kat sini pun perghhhh terbaik choo. Setiap kali suapan kami, asyik puji je keenakkan makanan yang kami pilih. Dah la sedap, banyak pula tu dan lebih terbaiknya harga pun tak adalah mahal sangat. Ingatkan kedai artis-artis ni mahal nak mampus, tambahan pula empunya Wak Doyok pula tu. Ahaks.







MENU YANG MAKAN MALAM ENA

Like always, kalau dalam percubaan ni ena malas nak pilih banyak-banyak, takut tak sedap dan juga takut tak habis.  Memandang tengah nak makan malam, so kami pilih nasi putih serta lauk-lauk panas yang lain. Jom tengok makanan apa yang kami layan kat sini.

Nasi Putih

Jus Belimbing (Yazid punya) dan Jus Lobak Susu (Ena punya)

Sup Daging yang terbaik. Panas dan dagingnya pun, Allah banyaknya. Puas makan.

Telur Dadar yang lembut.

Nanti nak cuba try test Ketam Pondan lak. Macam unik je namanya. Ahaks.



DETAIL DULANG MAS CAFE


Berikut adalah link fb dan link instagram restoran milik Wak Doyok ini dan juga waktu operasi kedai makan ini. Serius ena cakap, you all tak akan menyesal kalau nak manjakan tummy you all kat sini. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai restoran ini, dialu-alukan untuk terjah di link-link kat bawah ni ye.


MASA OPERASI:
12pm - 3am

FACEBOOK:

INSTAGRAM:



You May Also Like

13 Comments

  1. dari haritu nak pergi. tapi sebab malas nak ke shah alam, tak pergi pergi jadinya haha

    ReplyDelete
  2. wahhh, menarik nie. nampak sedap :D

    ReplyDelete
  3. wok doyok ada tak kat sana?? nak p selfie ni hehheee

    ReplyDelete
  4. wahhhh wak doyok pun dah ade cafe? huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. ni kedai depan barra ke? dah banyak berubah seksyen 7 shah alam ni..

    ReplyDelete
  6. Hahahha kelakar nama Ketam Pondan, Fuhhh rasa banyak benda tak makan lagi ni...baru tau ni restoran wak doyok sedap2 menunya.

    ReplyDelete
  7. PHEWW ! MENYELERAKAN . haa kau. sampai caps lock tau terliuqq. haha

    ReplyDelete
  8. fiul nawitu sapa lak ye ... sis mmg x berapa kenal artis yg baru ... heheheee ... klu ena kata sedap , mmg sedaplah tu kan ...

    ReplyDelete
  9. Baru tahu wak doyok ada restaurant..makin meriah seksyen 7 dengan restaurant best²

    ReplyDelete
  10. Nanti nak pergi lah makan situu ;D

    ReplyDelete
  11. wow..baru bukak ke restoran ni? time belaja uitm dulu tak sempat merasa..hehe

    ReplyDelete
  12. not bad jgk review awk. tp iols tak gemar dgn wak doyok. huhu...

    ReplyDelete
  13. wahhhh merecikkkkkk menu dia :p

    ReplyDelete