PERTAMA KALI MAKAN MULBERRY | SEDAP KE?

by - Thursday, November 12, 2015


PERTAMA KALI MAKAN MULBERRY | SEDAP KE? | Baru-baru ni ena short escape ke Banting untuk beberapa hari bagi otak ni tak tepu menghadap buku sahaja. So, di sini nak cerita salah la satu pengalaman baru ketika kat Banting. Pengalaman tersebut adalah buat pertama kalinya ena cuba try test makan buah Mulberry yang fresh daripada pokok. Ini pun partner foodhunter ena , Yazid yang memperkenalkan kat ena.

Ena dah lama nampak kawan-kawan post berry ni kat laman social. Macam sedap jeee, macam unik jee. Yang buat ena tertarik untuk cuba try test adalah ena tak pernah tengok jenis berry yang ini lagi. Tak silap ena, agak hot juga kisah pasal berry ni suatu ketika dahulu. 


BAGAIMANA RASA MULBERRY NI?

Bagi ena sedap, manis berry (manis + kelat + masam) la dan lagi sedap terutama buahnya yang betul-betul hitam. Rasa tak cukup je makan hari tu ni dan pula terus petik daripada pokok. Rasa kenikmatan tu lebih mencanak berbanding kalau nak beli kat kedai buah. Pokoknya pula tumbuh betul-betul kat belakang kedai partner ena. Mana tak teruja lagi.

Jenis buahnya agak fragile juga, pegang sedikit dah berkecai. So kalau nak basuh jangan ganas sangat. Struktur buahnya pun rangup dan juicy. Sedap gilaaaa, ena suka rasa berry yang macam ni. Bila dah teruja ni, mula rasa nak ketahui lebih lanjut mengenai berry ni. Ena pun google khasiat berry ni. Wahhh banyak juga kelebihan berry ni. Bukan setakat kat buah je, daunnya pun ada kelebihan tersendiri. Teruja sejenak. Ahaks.



KELEBIHAN MULBERRY



Haaaa, bagi readers di luar sana, siapa pernah makan juga?? Cuba komen dan bagi pandangan masing-masing pasal berry ni. 


You May Also Like

12 Comments

  1. tak pernah makan.. nampak comey jer mulberry ni..

    ReplyDelete
  2. Dulu masa zaman sekolah ada pokok mulberry ni. Kadang-kadang petik banyak-banyak bawak masuk kelas. Hehe. Memori.. Dah lama sangat tak makan buah ni..

    ReplyDelete
  3. buah mulberry tu nampak cantik ja...

    ReplyDelete
  4. sedap ni ena, dulu mak kak ana tanam, selalu buat jus dan jem.. :) makan macam tu pun sodap kan.

    ReplyDelete
  5. rasa dia masaaaammmm

    ReplyDelete
  6. pernah beli kat bandung
    ingat nak bawa balik
    sekali hancur dlm tapau tu, mencair..

    ReplyDelete
  7. Tak pernah makan lagi fresh macam ni..macam teringin nak mencuba juga.

    ReplyDelete
  8. Akak pernah guna utk buat muffin :)

    ReplyDelete
  9. mashammmm sbb mkn yg merah

    ReplyDelete
  10. Kak julia tak pernah makan mulberry fresh...pernah nampak ada jual di pasaraya mahalnya...
    Cantik pokok mulberi ni, macam boleh dijadikan pokok hiasan belakang rumah kalau rajin bercucuk tanam kan...

    ReplyDelete
  11. tak pernah rasa. haha. tp imagine kalau sapu kat roti sedap ni

    ReplyDelete
  12. Hi,
    Thanks for sharing this amazing benefits of KALI MAKAN MULBERRY, it has been a great help. Keep sharing and caring.
    http://organichealthplanet.com

    ReplyDelete