Friday, November 13, 2015

MINUMAN CUP BESAR RECOMMENDED DI BANTING | GELAIHH


MINUMAN CUP BESAR RECOMMENDED DI BANTING | GELAIHH | Ena lately ni dah jadi ketagih dengan minuman cawan yang besar gedabak tu. Well minuman jenis ni tengah panas sekarang ni. Dan perisa yang ena akan pilih first first adalah green tea. So, baru baru ni ena cuba try test beberapa tempat yang menjual air minuman cup besar di area Banting, Selangor. Even tak semua dapat ena terjah. Banyak sangat kot peniaga jual air bekas besar ni kat area sana.

Kesmua tempat jual yang ena pergi tu hanya satu je yang berkenan di hati ena sebab air bancuhannya sangat sedap, cukup manis dan cukup rasa. Nama minuman tersebut adalah Gelaihh Banting. Masa ena stay kat sana untuk beberapa hari, kerap juga la ena beli minuman ni tapi memang green tea menjadi pujaan di hati. Ahaks. Lagi satu, tempatnya dekat dengan rumah partner foodhunter ena so senang la nak pergi beli.


LOKASI GELAIHH BANTING

Lokasi kedai Gelaihh ini terletak di Kanchong Darat, Banting. Bagi mereka yang menetap di Banting tahu la kot Kanchong Darat ni ada kat belah mana. Lepas tu, kedainya juga terletak berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat dan betul betul di bawah flyover untuk orang melintas jalan.




FEEDBACK DARIPADA ENA 

Tak kiralah jenama apa sekali pun, kalau rasa air tu cukup rasa mengikut perisa masing masing, manis pun ngam ngam, tak rasa macam air sejuk kosong je, so bagi ena sedap dan terbaikk. Harga pun RM5 sahaja, berpatutan sangat. So, bagi mereka yang berada di Banting atau stay kat Banting, boleh cuba try test Gelaihh ni. 


LAMAN SOCIAL GELAIHH BANTING 

Bagi mereka yang masih ragu-ragu, boleh la terjah laman web social official mereka. Ena ada share link kat bawah ni dan you all boleh klik sahaja link tersebut. Hope dapat membantu you all. Itu sahaja daripada ena. 


  INSTAGRAM

FACEBOOK


Share

Other Article

MINUMAN CUP BESAR RECOMMENDED DI BANTING | GELAIHH
4/ 5
Oleh

10 Comments

Comments
avatar
13.11.15

Anak buah Fiza pun ada share pasal gelaihh ni sebab dia dok banting..kalau fiza ke banting, confirm nak try rasa ni.

Reply
avatar
14.11.15

air minuman tu akan rasa sedap bila manis dia ngam2.. kan?
btw.. macam sedaap je..ehhhee..

Reply
avatar
14.11.15

wuih besaq betul gelaih tu.. huhu

Jemput Singgah: Contest Review Lynk.My 2015

Reply
avatar
14.11.15

dia punya brand tu jelas utara nya.. orang utara ka tokei dia. Gelaihh

Reply
avatar
15.11.15

Akak pernah beli kat sini. Memang best dan reasonable :)

Reply
avatar
17.11.15

Oh kat Kanchong Darat sis tau sebab dulu nak pi Gold Coast Morib tu penah cuba masakan sefood terkenal di daerah kanchong Darat, perghhh RM5 je ye...kalau lalu sini lagi nanti nak pi cari lah...menarik gelaih besar ni hehehe

Reply
avatar
17.11.15

sep sket ina !! Akk peminat GREEN TEA ! Kalau ke Banting nak cuba !

Reply
avatar
20.11.15

adess..baru balik dr banting..lambat lak jmpe post nie..hehe..

Reply
avatar
26.11.15

dahh viral dah gelaih besaq ni. tapi belum p lagi. kat bp tak de lagi. kopi abg sado jee yg gah kat sini. huhu

Reply
avatar
3.12.15

mmg besar tu . puas minum ...

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)