MODERN TRADISIONAL CUISINE IN PLATE | SOFEA'S KITCHEN KUANTAN

by - Thursday, October 01, 2015


MODERN TRADISIONAL CUISINE IN PLATE | SOFEA KITCHEN KUANTAN | Kali ini ena terjah satu kedai makan yang agak popular di Kuantan ni iaitu Sofea Kitchen. Ini pun kawan ena yang ajak cuba try test makan kat sini cuma masa pergi ni dah lewat malam. Alamatnya, memang banyaklah yang dah habis.

Kawan ena sarankan untuk cuba try test Nasi Goreng Jantan yang merupakan salah satu menu yang paling aummm aummm di Sofea Kitchen ni. Namun hati ini kecewa sedikit sebab semua menu yang berasaskan ayam sudah habis. So terpaksalah pilih makanan yang  ber'seafood' sahaja. Lama juga nak pilih menu sebab banyak dah habis, akhirnya ena pilih menu sedemikian.



MENU YANG ENA CUBA TRY TEST DI SOFEA KITCHEN
 
NASI GORENG MIXED SEAFOOD + AIR TRAFFIC LIGHT

Memang betul apa yang diperkatakan orang lain bahawa makanan kat sini memang tak kedekut lauk / side dishes. Banyak sungguh dalam satu pinggan. Kenyang makan lauk sahaja, nasi gorengnya tak dapat nak perabiskan. My tummy already full and happy. Sedap pun boleh tahan, berpatutan dengan harga yang diberi untuk satu plate ni.

Cuma ena kurang gemar sedikit tentang nasi gorengnya sebab banyak ikan bilis yang tak dibuang tulang. So, bila makan agak tak berapa nak selesa. Rasa dah sedap dah, cuma ikan bilis tu agak spoil sedikit tekak ena. Its okaylah, janji lauknya melimpah ruah.

Next time, kena mai awal sedikit supaya dapat merasai Nasi Goreng Jantan. Aummm.



LOKASI SOFEA'S KITCHEN KUANTAN



Sofea Kitchen ini terletak nak menghala ke Teluk Chempedak dan juga menghala ke MRSM Kuantan. Kedainya berada di antara Kelapa Joget dan Char Koay Teow Brader Bob. Untuk memudahkan you all, boleh wazekan alamat dibawah ini.



ALAMAT:
Sofea's Kitchen,
Jalan Tengku Muhammad, 
Kampung Alor Akar,
25250 Kuantan,
Pahang

MASA OPERASI:
Monday-Sunday
5.00am - 12.00pm

FACEBOOK:


You May Also Like

10 Comments

  1. jemput join GA yanie :)

    http://impianacikyaanie.blogspot.my/2015/10/giveaway-october-by-impiana-cik-yanie-1.html

    ReplyDelete
  2. terus terliur tngok air tu. hehe

    ReplyDelete
  3. Air traffic light mcm MeNaRik tu

    ReplyDelete
  4. Anonymous2.10.15

    meriah sungguh lauknya tuu.. hehe

    ReplyDelete
  5. menarik air traffic light tu..set nasi goreng tu pun buat terasa lapar je tengok..hehehe

    ReplyDelete
  6. Dengar nama nasi goreng jantan pun dah attractive. tak tau macam mana rasa jantanya tu. Memang tengok pun meriah dengan lauk pauk...

    ReplyDelete
  7. Air dia menarik betul..colourful!

    ReplyDelete
  8. halamak ena, sedap tu nasi goreng ikan bilis, protin lebih..haha. Tengok memang meriah dengan lauk..kene cuba try test juga lah nanti.

    ReplyDelete
  9. Nasi goreng jantan hahahhahhaha kelakar nama tu dik...air tu warna waria menarik sgt...nanti balik kg suami kena buka blog ena ni...byk betul port mkn sedap heeeee

    ReplyDelete
  10. Air 3 layer .. dap dap

    ReplyDelete