Thursday, October 01, 2015

MAKAN SAMPAI LEBAM DI SEOUL GARDEN | BERJAYA MEGAMALL KUANTAN


MAKAN SAMPAI LEBAM DI SEOUL GARDEN | BERJAYA MEGAMALL KUANTAN | Pada cuti umum semperna Hari Malaysia yang lepas, tetiba tekak ni rasa nak makan steamboat dan BBQ di Seoul Garden. Tambahan pula, ena tak pernah cuba try test steamboat dan grill kat sini lagi, so dah tengah cuti masa tu jadi Foodhunter apalagi. Rancang dengan kawan-kawan seperjuangan, pada tengah hari, kami berdesup ke mari.

Di Kuantan ni, mall yang ada Seoul Garden adalah Berjaya Megamall Kuantan. Ena ingat ada kat East Coast Mall (ECM), well mall paling muda kat sini. Nasib baik kawan cepat cakap, kalau tak dah nak masuk parking kat ECM.


STEAMBOAT SEOUL GARDEN BERJAYA MEGAMALL KUANTAN


Seoul Garden ini terletak di Tingkat Satu Berjaya Megamall dan betul-betul menghadap tingkap bangunan ini. Masa ena ke sini, memang pilih meja kat tepi tingkap. Sambil makan sambil tu boleh menikmati permandangan luar bangunan mall ini. 

Memandangkan masa ni public holiday, memang ramai sangat datang makan kat sini. Tambahan pula, you all boleh duduk makan kat dalam ni selama mana yang you all termampu. So, memang payah la kalau nak tunggu orang lain habis makan sekiranya tiada tempat lagi untuk melabuhkan punggung. Nasib baiklah masa ni ada tempat kosong untuk kami dan bestnya, meja tu betul-betul tepi tingkap. Bersyukur sangat.



Keadaan tempat makannya teratur dan bersih. Selesa sangat untuk menjamu selera di sini lama-lama. Walaupun harga agak mahal sebab public holiday, ena puas hati dengan makanan kat sini. Cuma lepas ni, kalau nak pergi jangan masa public holiday. Kalau pergi hari biasa, boleh dapat harga student. Ahaks.


ANTARA MENU YANG ADA DI SEOUL GARDEN

Banyak sangat makanan yang ada kat sini, untuk steamboat dan juga BBQ. Ena sempat snap beberapa port sahaja sebab perut dah tak sabar nak makan. Ena memang seorang yang suka steamboat dan grill tapi pastikan yang unlimited punya. Macam kat Seoul Garden la, kat sini you all boleh makan sampai lebam, baru berbaloi dengan harga yang kita bayar.

Tanpa buang masa, jom tengok sebahagian menu yang ada kat sini.

Bahan untuk di steamboat dan grill. Ena paling suka grill berbanding steamboat. Tapi balun je semua.

Special kat sini sebab ada sushi. Ni tak refill lagi, memang sedap sushi kat sini. Nyummsss.

Sayur-sayuran dan kulat yang menjadi kegemaran ena untuk Steamboat. Rambang mata tengok.

Kalau teringin nak makan yang bergoreng, boleh ambil kat bahagian ni. Ena tak sempat nak rasa.

Pelbagai jenis minuman yang ada dan halal. Pilih jangan tak pilih. Minum sampai kembung.

Port ABC layan diri. So you all boleh DIY ABC mengikut kesukaan masing-masing.

Pelbagai jenis sos ada tapi ena pilih Sweet Chili Sauce tak silap ena.

Ada banyak lagi sebenarnya, jadi rambang mata dibuatnya. Ena pun dah tak tahu nak snap macam mana dah. Nak pilih makanannya lagilah, rasa nak ambil je semua. Fiuuhhh! Kawal nafsu. Okay, seterusnya pula, antara makanan yang ena dan kawan-kawan ambil.




MENU YANG DIPILIH DI SEOUL GARDEN BERJAYA MEGAMALL

Memang banyak gila makanan yang kami ambil, ena cuma takut tak perabiskan je nanti. Rupanya licin licau juga akhirnya, well walaupun bertiga sahaja termasuk ena, tapi perut kami masing-masing merupakan perut stocking. Mampu menampung kadar makanan yang sangat banyak. Ahaks. We love foods, so tempat makan sebegini sesuai untuk perut macam kami. 

So berikut adalah menu yang kami ambil. Jangan terkejut melihat kuantiti yang kami ambil.







Daging untuk di grill paling banyak sekali kami ambil. Ada dalam 10 pinggan penuh tapi alhamdulillah kami berjaya habiskan termasuklah kuah tomyam tu semua. Macam orang kebuluq je tapi sebenarnya bukan kebuluq, kami just tak mahu pembaziran atas perbuatan diri sendiri. Ahaks.

Dengan ini, lepas ni boleh ena makan kat sini lagi sekiranya dimurahkan rezeki. Puas hati sangat, dengan dapat layanan yang baik daripada pelayan Seoul Garden Berjaya Megamall, Kuantan. Tapi kalau nak pergi, macam ena cakap kat atas tadi la, pergi pada hari biasa atau hari bekerja. Kalau tak, gunung pun boleh jadi rata


DETAILS SEOUL GARDEN

Seoul Garden ni mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Tapi kali ini ena share kat cawangan Kuantan sahaja. Bagi mereka yang berada di Kuantan, semoga perkongsian ena ni boleh dijadikan rujukan kepada anda dan anda.



 WEBSITE:


FACEBOOK:


Share

Other Article

MAKAN SAMPAI LEBAM DI SEOUL GARDEN | BERJAYA MEGAMALL KUANTAN
4/ 5
Oleh

22 Comments

Comments
avatar
1.10.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
1.10.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
1.10.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
1.10.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
ana
1.10.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
1.10.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
1.10.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
1.10.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
1.10.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
1.10.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
1.10.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
1.10.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
1.10.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
1.10.15

Wah Ena....banyak giler makanan tu semua...boleh habis eh...kalau akak memang x abih dah tu

Reply
avatar
1.10.15

Yaya kalau pergi sini mmg makan kambing dgn udang je banyak grill kan sampai puas hehe sbb mahal kan nak makan seoul garden. Hee suka tengok gambar ainaa 😘

Reply
avatar
2.10.15

Lama tak makan sushi

Reply
avatar
2.10.15

tak pernah lagi makan kat Seoul Garden..teringin dah lama tapi tak pergi² .huhu

Reply
avatar
6.10.15

Mengancam unlimited makan. Huhu

Reply
avatar
7.10.15

Makanan unlimited tu yang menarik sangat tu hahahaa... insyallah kalau ke kuantan boleh aerang tempat nie huhuu.. :D

Reply
avatar
8.10.15

memang wajib lah makan sampai kenyang.. kalo masuk sini min 3 jam alalala..

Reply
avatar
Anonymous
26.7.16

Makann da habis bole refill ke??ke air je bole refill

Reply
avatar
13.1.17

Cayalah kuatan dh ada halal korean food

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)