Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Saturday, October 17, 2015

KEDAI BARBER MELAYU YANG TERBAIK | THE GUNTING KARAT BANTING



KEDAI BARBER MELAYU YANG TERBAIK | THE GUNTING KARAT BANTING | Baru-baru ni ena teman partner foodhunter ena, Yazid pergi gunting rambut dia kat satu kedai barber di sekitar Banting. Kedai gunting tersebut adalah milik kawan Yazid ni. So, dari tak buat apa ena ikut jelah. Pada mulanya, rasa berat je langkah ni nak pergi ikut sebab malas nak menunggu. 

Sampai-sampai je kedai barber The Gunting Karat ni, perghhhh, okay ena jadi tergamam sejenak bila jejak kaki masuk dalam kedai barber ni. Mindset ena terus berubah. Ingat kedai cikai-cikai  je macam barber mamak yang ena pernah jumpa selama ni. Serius sangat lawa, kemas, tersusun dan selesa kalau nak lepak lama-lama kat sini. As a blogger, terus rasa nak share kedai barber ni dengan you all semua. Apalagi, terus ena snap gambar sana sini sementara tunggu si Yazid ni siap gunting rambut.


THE GUNTING KARAT BANTING



The Gunting Karat ini diterajui oleh seorang anak muda yang bernama Abdul Hannan Miswan, Melayu dan warganegara Malaysia. Owner kedai ini pada mulanya hanya buka kedai gunting rambut secara kecil-kecilan dibawah rumah dia. Namun dengan rezeki yang melimpah ruah diberikan oleh Allah SWT, dia berjaya buka kedai barber yang gah berdiri seperti gambar di atas. 

Kedai barber ini menggunakan tema hitam putih seperti yang kita boleh nampak pada gambar di atas. Ada berpenghawa dingin, ada minuman untuk dibeli dan ada juga tempat untuk melepak. Akan datang bakal dihidupkan wifi untuk pelanggan-pelanggan yang datang kemari. Serius, memang lawa sangat kedai barber ni, tak pernah lagi ena jumpa kedai barber sebegini setakat ini.





The Gunting Karat ini terletak di Kampung Sungai Lang Tengah, Banting. Betul-betul berada dihadapan rumah owner kedai ini. Orang yang berada di Banting tahulah kot kat belah mana kampung ni. Sekiranya ada yang tak tahu juga, nanti you all boleh wazekan sahaja alamat untuk ke mari. Dibawah ni ena tampilkan alamat penuh kedai barber ini.

ALAMAT:
  The Gunting Karat,
Lot 1671, Kampung Sungai Lang Tengah,
42700 Banting,
Selangor





Gaya kedai barber ni dah macam tempat salon rambut jee. Haaaa, ni nak bagi tahu ni. You all jangan terkeliru pula antara salon rambut dengan barber shop. Tak sama tau dua-dua ni. Kat kedai barber ni tidak menyediakan beberapa perkhidmatan yang ada di salon rambut. Antaranya seperti perm rambut, warna rambut atau mencuci rambut. Kat sini hanya tempat untuk potong dan trim rambut sahaja bagi kaum lelaki, tidak kira umur dan bangsa. Kalau nak trim misai dan janggut pun boleh. Tarak hal laa.


MASA DAN HARI OPERASI

Berikut adalah gambar masa dan hari kedai The Gunting Karat ini beroperasi. Semoga dapat membantu menjadi rujukan kepada you all sekiranya ada yang ingin datang kemari.




FEEDBACK DARIPADA ENA

Ena sangat berpuas hati dengan skill dan perkhimatan yang diberikan oleh pekerja di sini. Masa ena ke mari, ena tengok jee macam mana owner kedai ni trim rambut si Yazid ni. Fiuuhh, jarang ena fokus orang lelaki potong rambut ni, tambahan Melayu pula tu, sebab itu lagi bertambah suka ena nak tengok.  Haishhh, bangga  betul ena dengan owner kedai barber ni, muda-muda lagi dah berjaya ke tahap ni. 

Daripada duduk diam si Yazid ni habis gunting rambut, ena ada snap beberapa part ketika rambut dia sedang dipotong oleh owner kedai ni. Sambil tu ena borak juga dengan owner kedai barber ni, nak test kot kot dia hilang fokus ke apa. Tapi perghhh, mulut bercakap namun tangan tetap terus menerus trim rambut partner ena tanpa terhilang fokus pun. 





Owner kedai ni memang sejak dari sekolah lagi dah pandai potong rambut orang, bakat terpendam gittew. Selalu la dia ambil upah kawan-kawan zaman sekolah dulu, dari kecil dah dia mula terjebak dalam dunia berbisnes ni. 

Bila dah meningkat dewasa, walaupun ada sijil pengajian ditahap yang tinggi, namun dia lebih suka buat bisnes sendiri dengan menggunakan bakat yang ada selama ni. Cuma dia asah lagi dan lagi dan lagi skill yang dia miliki dengan belajar apa yang patut. Dia tak datang kelas belajar pun, dia belajar sendiri melalui youtube dan sumber-sumber yang ada. Perggghhh hebat sungguhlah. Well, kalau kita dah minat tentang sesuatu tu, memang kita akan usaha buat apa sahaja untuk berjaya.




Ena seorang yang sangat teliti dengan kekemasan dan kebersihan atas hasil kerja orang lain. Oleh itu, ena memang tengok habis-habisan. Dan the result, ena sangat puas hati dengan potongan dan trim rambut yang diberikan oleh kedai barber ni. Serius, smart gila dia buat. Harga pun berpatutan dengan hasil yang kita dapat. Haa, nak tahu kadar harganya berapa, sila scroll sampai habis ye. 


KADAR HARGA THE GUNTING KARAT

Berikut pula adalah kadar harga paling maximum di sini. Serius, ena tak rasa mahal langsung. Sebab hasil yang kita dapat sangat memuaskan hati. Ena lebih utamakan kekemasan muka dan diri berbanding nilai wang duit ni semua. Sanggup bayar berapa pun, asalkan diri nampak smart. Yeahhh.



DETAILS THE GUNTING KARAT

Ena sangat sarankan you all datang kemari kalau ada yang tengah mencari kedai barber Melayu untuk trim atau potong rambut. Ena jamin you all pun akan suka dan puas hati nanti. Kalau tak percaya, you all boleh terjah sendiri nanti. Haa, jangan lupa juga jenguk di laman social The Gunting Karat




FACEBOOK:

INSTAGRAM:

Share

Other Article

KEDAI BARBER MELAYU YANG TERBAIK | THE GUNTING KARAT BANTING
4/ 5
Oleh

11 Comments

Tulis Comments
avatar
17.10.15

suka decoration hipster macam ni..old skool dan classic :)

Reply
avatar
18.10.15

woaaaa kedai barber moden =) tpi still ada elemen klasik..

Reply
avatar
Anonymous
18.10.15

partner ena tu ensem la..

Reply
avatar
18.10.15

yup kedai dia cantik,unik,bersih & harga service dia memang dalam kategori murah lagi.. tapi jauh pulak kat banting nak suruh asben akak try kat sana

Reply
avatar
18.10.15

Rasanya pernah nampak kedai ni masa pergi Banting dulu.

Reply
avatar
21.10.15

menarik! First time tengok barber shop yang sempoi dan secool ini hehe.

Reply
avatar
21.10.15

Menarik. Lawa kedai ni

Reply
avatar
22.10.15

Kak julia puji sgt entry review ena ni tau...gambar cantik...kak ju suka tgk lantai kedai gunting ni nampak elegan...corak kotak hitam putih tu cantik...harga pun tak mahai lah...bagus sgt lah kalau nak bawa hero2 akak ni pi buat stylish hair kt sini

Reply
avatar
23.10.15

nk gunting rambut adam..bila nak g kedai gunting rambut ntah ni -mommy irra-

Reply
avatar
Anonymous
7.11.15

sampah

Reply
avatar
Anonymous
31.5.16

Boleh taw x landmark kedai gunting rmbut ni ape? Mcm susah skit je nk cri.. huhu

Reply