Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Monday, October 26, 2015

CARA NAK HILANGKAN BAU KETIAK | NO DEODORANT



CARA NAK HILANGKAN BAU KETIAK  |NO DEODORANT | Sejak umur 15 tahun lagi, ena dah start pakai deodorant sebab terikut jejak kawan-kawan. Mak ena dah larang pakai tapi berdegil juga. Bila dah meningkat umur ni, bila dah banyak belajar pasal tubuh badan manusia ni, baru tahu bahawa deodorant ni banyak memberi kita ke arah keburukkan daripada kebaikkan. Antaranya seperti meningkatkan bau ketiak, menyumbat liang roma bawah ketiak, meningkatkan pertumbuhan bulu ketiak dan pelbagai lagi. Tambahan pula ketiak kita ni banyak saluran darah dan juga lymp node. Ena sendiri dah perasan lama benda ni.

Dalam beberapa minggu ni, ena dah stop pakai deodorant dan kebetulan pula deodorant ena pun dah habis. So ena dah tekad untuk stop pakai dan nak tengok apa yang jadi. Minggu pertama tu, memang ada rasa takut dan juga ketidakselesaan. Yela, takut terkeluar bau yang kurang menyenangkan bila berdekatan dengan kawan-kawan atau orang lain. Lepas tu, ketiak kerap berpeluh pula tu. Mungkin ini salah satu tindak balas semua ni.


CARA NAK HILANGKAN BAU KETIKA TANPA DEODORANT

So, lama juga ena fikirkan macam mana nak bagi ketiak ni tidak mengeluarkan bau kurang menyenangkan ketika cuaca yang agak panas atau sedang melakukan aktiviti seharian. Last-last, ena cuba try test bedak tepung Dettol yang merupakan salah satu bedak tepung kegemaran ena.

Ni bedaknya.




Alhamdulillah, dah nak dekat 3 minggu ena pakai bedak ni. Ketiak wangi je even tak pakai deodorant sebab ada bedak detol berangin dan wangi ni. Yes! Bedak ni agak berangin bila kita pakai. Memang best bagi ena, rasa nyaman je tubuh badan kita terutama ketika cuaca panas.

Akhirnya, ena jumpa jalan penyelesaian. Lepas ni, no more deodorant dan hopefully dapat mencegah diri daripada penyakit yang berbahaya. Lagipun, ni petua orang orang dulu sebenarnya. Orang-orang dulu mana pakai deodorant. My mom pakai bedak biasa je, no deodorant apa semua. Dan bila mandi pula, sila tonyoh dengan limau purut / limau nipis. Tapi yang ni ena jarang buat. Malas nak pergi beli limau sebenarnya. Ahaks.


Bedak ni ada je jual kat kedai-kedai biasa. Harga pun tak mahal sangat.


Itu sebab my mom tak ada bulu ketiak dan ketiak bersih je. Bukan my mom je, kawan-kawan ena pun cakap mak mereka tidak galakkan amal pakai deodorant ni. Yeah, I am happy now, dulu tak yakin, sekarang dah yakin. Itu sahaja perkongsian daripada ena.



Share

Other Article

CARA NAK HILANGKAN BAU KETIAK | NO DEODORANT
4/ 5
Oleh

10 Comments

Tulis Comments
avatar
26.10.15

Mmg pakai deodrant kdg buang liang roma tersumbt..tpi kalau xpakai takut berbau plak..tip aina ni mungkin boleh xcuba..thnks for sharing..

Reply
avatar
26.10.15

Nice ..lepas ni nak try jugak cri bedak dettol nieyh ..selalu pkai deadorant je klw nk g mna2 ..

Reply
avatar
26.10.15

Kak julia pun suka pakai bedak lepas mandi...sebab rasa selesa sgt bila pakai...nak cuba lah dettol punya bedak ni, mcm best je kan tetiba deodorant habis boleh pakai je bedak dettol ni jimat

Reply
avatar
27.10.15

Owhh hahaha leyh try pasni...

Reply
avatar
27.10.15

Betul ke?? Baru tau.

Reply
avatar
27.10.15

deodorant bahaya kan. kalau tak silap, tawas pun boleh letak jugak..bulu pun susah nak tumbuh

Reply
avatar
27.10.15

ada terbaca juga pakai deodorant ni..bagus juga kalau ada yang lebih baik

Reply
avatar
27.10.15

Kan. Tp nak ketiak sejuk2 mcm tuu. Tuu pakai llagi deodrnt tuu. Huhu. Walhal dah tau side effectnya

Reply
avatar
30.10.15

heheh akak guna deodorant amway.. mmg tak tukar jenama lain dah tau

Reply
avatar
13.11.15

setia pd rexona yg cepat kering bila sapu kat ketiak
dulu pernah jugak pakai bedak, bila kuat berpeluh, bau ketiak keluar bercampur dgn bau bedak..
ada jenis org..x pakai deodorant..x pakai bedak, x pernah ada masalah bau badan..beznye kan mcm tu

Reply