Friday, October 02, 2015

BELUT MASAK PAPRIK | HENTIAN BANJARAN TITIWANGSA


BELUT MASAK PAPRIK | HENTIAN BANJARAN TITIWANGSA | Baru-baru ini ena ke Kelantan untuk pertama kalinya dalam seumur hidup ena. Ramai kawan-kawan ena yang berasal daripada Kelantan, sampai ena pun dah terikut sedikit demi sedikit loghat mereka. So, tak tahu nak gambarkan perasaan excited tu bagaimana. 

Ena pergi ke Kelantan bersama dengan keluarga ena sebab nak menghadiri majlis perkahwinan adik ipar kepada abang ena. Konvoi beramai-ramai dari Kedah ke Kelantan dengan exit tol Gurun dan melalui jalan Gerik. Teringin nak ketahui jalan ni bagaimana sebab ramai kata agak scary kalau nak berbanding Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Kalau nak ikut LPT,  dah selalu ena lalu, so bagi ena agak membosankan Ahaks. Lagipun ini laluan Gerik tu merupakan highway paling dekat dengan Alor Setar ke Kelantan.


BELUT MASAK PAPRIK DI HENTIAN BANJARAN TITIWANGSA


Namun, entri kali ini ena bukan nak cerita pasal pengalaman ena di Kelantan. Tetapi nak share satu tempat RnR yang menarik hati ena iaitu RnR Banjaran Titiwangsa. Memang ramai sangat orang berhenti kat sini setelah penat lelah menempuhi jalan yang berliku-liku. Tambahan pula, permandangan di RnR ini sangat best, sejuk dan tenang je. Yela, betul betul atas banjaran, memang sejuk habislah.

Ena pun tak ketinggalan untuk snap gambar kat sini dan you all boleh terjah di instagram ena iaitu @_inaainaa.

Di sini juga ena tidak ketinggalan untuk cuba try test makanan yang ada. Disebabkan kelaparan yang melampau, ena pilih untuk makan nasi. Menu yang menarik hati ena di sini adalah belut masak paprik. Perghhh memang ena teruja sangat la nak mencuba belut masak paprik ni, selama ni makan belut salai (Unagi) je. Ahaks.

 

Oh my! Sedap sungguh lauk dan masakan kat sini. Makanan yang ena ambil adalah seperti gambar di atas. Semua cukup rasa, terangkat beb! Cuma agak pedas bagi ena, panas je rasa telinga ni. Ahaks. Nasib baiklah perut tak meragam dalam kereta ketika nak ke Kelantan. Sambil makan, sambil menikmati permandangan indah di sini.

Cantik sungguh ciptaan Allah. Tak menyesal rehat lelama kat sini sebelum sambung perjalanan ke Kelantan yang masih jauh berbatu-batu. Dari Alor Setar ke Kelantan, kami ambil masa 8 jam untuk sampai sebab banyak berhenti. Itu sahaja perkongsian daripada ena.




Share

Other Article

BELUT MASAK PAPRIK | HENTIAN BANJARAN TITIWANGSA
4/ 5
Oleh

10 Comments

Comments
avatar
2.10.15

alamak..tak makan belut pulak..tapi fiza suka makanan pedas :)

Reply
avatar
2.10.15

selalu kak ana dengar belut makanan orang negori sembilan kan ena, memang seronok mencuba sesuatu yang baru ni. :) nampak pun sodap dah .

Reply
avatar
2.10.15

nampak sedap. hehe. tp busyra tak penah mkn belut..

Reply
avatar
3.10.15

Tak makan belut sbb teringat ular. ..suka berimaginasi sangat,kan mummy ni..

Reply
avatar
3.10.15

Pernah juga berhenti kat situ. Memang cantik view nya. Udara pun segar. Air rasa sejuk je

Reply
avatar
5.10.15

Belut paprik eh? ..macam sedap tapi pcl sendiri tak pernah try test lagi... jual belut hidup pernah ler ..haha

Reply
avatar
6.10.15

Bagus dik ena ni tak takut nak mencuba eksotik food terutama belut...tak semua orang pandai makan tau, one more thing kehebatan belut ni boleh sembuhkan luka dalaman terutama wanita selepas melahirkan anak, akak suka makan belut, bila tgk ena makan ni perghhhhhhh tahu sedap.

Syok tgk dik ena pi kelantan.

Reply
avatar
6.10.15

Tak per ah makan belut. Rasanya sama x mcm keli?

Reply
avatar
8.10.15

belut sedap dari ikan.. cuma rupa paras belut ni kurang ayu sikit... sbb tu org geli... klu nak tau ada jugak kopok lekor, kopok keping yg dibuat dgn belut... ok ke org mkn sbb tak tau hahaha...

Reply
avatar
8.10.15

ehehe mmg wajib kena singgah sni otw nak ke Kelantan..
tapi belut i is kenot laaa adik manish..

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)