Tuesday, October 27, 2015

TREND CAWAN BESAR | BIG CUP KUANTAN



TREND CAWAN BESAR | BIG CUP KUANTAN | Sekarang ni dah menjadi hot jual air jenis cawan besar gedabak ni. Macam - macam jenama yang ada. Tapi kali ni ena cuba try test daripada jenama BIG CUP. Ini pun sebab hari tu ni ada dijual kat Hari Terbuka UIAM Kuantan2015 (IKOD 2015) dan Festival Kulliyyah Of Sciences. Lepas habis kedua-dua festival ni, ena tak tahu mana gerai Big Cup ni ada. Nanti nak pergi cari.

Apapun, kat area Kuantan ni ena recommended Big Cup ni bagi mereka yang teringin nak minum air dalam cawan plastik besar gedabak tu. Makcik ni buat memang sedap dan cukup manisnya. Tidak terlampau tawar atau tidak terlampau manis. Hari festival tu pun, ramai gila pelajar serta tenaga pengajar beli air ni. RM5 je satu cawan.


Green Tea yang paling ena suka. Bak kata seorang makcik ni, Green Tea ni taste orang muda sekarang. Ahaks.

Apapun, bagi ena benda ni jadi viral sekarang sebab saiz cawannya tu je. Kalau tak sedap airnya, tak guna juga. Kalau sedap, memang best la. Lagipun puas minum dalam cawan yang besar ni, lagi lagi Okay, next time nak cuba try test jenama yang lain pula. I will hunting them, yeahhh.


More Nyummy Here

SERUM UNTUK KULIT SENSITIF | REMEDY MALAYSIA



SERUM UNTUK KULIT SENSITIF | REMEDY MALAYSIA Sejujurnya, ini merupakan kali pertama kulit muka ena ditepek sejenis produk penjagaan muka yang dipanggil ‘serum’. Ena cuba try test ni pun sebab ramai kata serum ni tindak balasnya lebih cepat daripada krim biasa. Ena nak tahu kebuktiannya, so ena cuba try test satu serum ni dari Remedy.My yang tengah menjadi buah mulut orang ramai sekarang.

Masuk hari ni, dah nak dekat 3 minggu ena menggunakannya. Memula risau nak cuba try test sebab kulit muka ena dah jadi sensitive lately ni. Silap sedikit dah naik jerawat, terabai sikit muka ni dah naik jerawat sana sini. Ohhh stress! So, ena pilih serum Serene yang di buat khas untuk kulit yang bermasalah. Semoga usaha ena selama ni dapat la terubat sedikit jerawat kat muka ni. Okay, sebelum tu ena nak story telling sedikit sebanyak pasal produk ni.


REMEDY MALAYSIA (REMEDY.MY)


REMEDY dalam makna sebenar adalah treatment untuk penyakit dan kecelakaan pada kulit. Tapi disebalik cerita produk ni pula adalah di mana dua orang adik-beradik perempuan yang sentiasa bersaing dan berusaha untuk mencari skincare yang terbaik di pasaran. Ini mengikut apa yang ena faham la. Kalau nak ketahui lebih lanjut, boleh rujuk pada facebook official mereka di:


FACEBOOK:
Apapun, Remedy Malaysia ini adalah hak milik orang Malaysia dan telah terbukti keberkesanannya sekian lama. You all tak perlu risau untuk tepek serum ni kat muka you all sebab serum ini telah disahkan halal dan juga kandungannya bersih untuk digunakan. Ena tengok bekasnya pun rasa yakin nak guna serum ni.



 SERENE REMEDY MALAYSIA


Terdapat lebih kurang lima jenis serum Remedy yang ada. Antaranya seperti Luminous Serum, Golden Serum, Plush Serum, Serene Serum dan Radiance Serum. Setiap jenis serum ini mengandungi kelebihan tersendiri demi menentang segala masalah kulit muka yang dihadapi oleh  rakyat Malaysia zaman sekarang; tidak kira umur dan jantina. Semua adalah dan kalau nak tahu boleh baca di laman web rasmi mereka di:

WEBSITE:


Memandangkan kulit muka ena ni jenis sensitive, so ena pilih Serene Serum. Serene Serum ni diformulakan daripada bahan-bahan yang dikhaskan untuk meresap jauh ke dalam kulit bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitive. Sesuai sangat bagi mereka yang mempunyai jerawat yang tidak terhingga, kulit kering, bernanah dan gatal-gatal.



Kelebihan Serene Remedy

1) Mengurangkan kegatalan pada kulit muka
2) Mengurangkan kemerahan pada kulit yang sensitive
3) Mengecutkan jerawat yang bernanah
4) Mengawal kelembapan pada kulit wajah



FEEDBACK DARIPADA ENA

Alhamdulillah, setelah beberapa minggu ena guna ni, ena dapat keberkesanannya pada kulit ena. Baru-baru ni ena makan apa entah, muka jadi berjerawat pasir dan gatal gatal. Serius, ena jadi stress sangat sebab yela parut lama baru nak baik, dah naik jerawat pasir yang baru. So, ena tepek la serum ni sebelum ena tidur malam. Bangun pagi esoknya, dah tak rasa gatal-gatal dah kat muka. Jerawat pasir pun mengecut. Serius, teruja sangat sebab cepat betul tindakbalasnya.


Now, ena kena keep going pakai pada waktu malam. Parut jerawat dan mula kurang dan kulit muka nampak lebih sihat berbanding dulu. Well, ena ni jenis kalau time busy, memang muka terabai terus. Tu yang mudah jadi sensitive dan mudah naik jerawat. Dengan adanya serum ni, jerawat ena dah mula terkawal untuk masa ni. 

Apapun, benda ni nak kena pakai secara berterusan dan teratur setiap hari kalau nak dapat keberkesanan yang aumm aummm. Ena kena latih diri supaya rajin jaga kulit muka ni serta jaga pemakanan. Minum air banyak itu sangat penting bagi membuang toksik dalam badan.


HUBUNGI PIHAK REMEDY MALAYSIA 

Ena sarankan you all untuk cuba try test serum ni. Ramai juga ena tengok feedback yang bagus bagus daripada pengguna yang lain. Harga pun berpatutan dengan feedback yang kita bakal dapat nanti. Bagi mereka yang ingin memilikinya, boleh terjah ke laman social mereka di:


ALAMAT:
Remedy Malaysia,
No 315C, Lorong Selangor,
Pusat Bandar Melawati,
Kuala Lumpur

INSTAGRAM:

WEBSITE:
More Nyummy Here

Monday, October 26, 2015

CARA NAK HILANGKAN BAU KETIAK | NO DEODORANT



CARA NAK HILANGKAN BAU KETIAK  |NO DEODORANT | Sejak umur 15 tahun lagi, ena dah start pakai deodorant sebab terikut jejak kawan-kawan. Mak ena dah larang pakai tapi berdegil juga. Bila dah meningkat umur ni, bila dah banyak belajar pasal tubuh badan manusia ni, baru tahu bahawa deodorant ni banyak memberi kita ke arah keburukkan daripada kebaikkan. Antaranya seperti meningkatkan bau ketiak, menyumbat liang roma bawah ketiak, meningkatkan pertumbuhan bulu ketiak dan pelbagai lagi. Tambahan pula ketiak kita ni banyak saluran darah dan juga lymp node. Ena sendiri dah perasan lama benda ni.

Dalam beberapa minggu ni, ena dah stop pakai deodorant dan kebetulan pula deodorant ena pun dah habis. So ena dah tekad untuk stop pakai dan nak tengok apa yang jadi. Minggu pertama tu, memang ada rasa takut dan juga ketidakselesaan. Yela, takut terkeluar bau yang kurang menyenangkan bila berdekatan dengan kawan-kawan atau orang lain. Lepas tu, ketiak kerap berpeluh pula tu. Mungkin ini salah satu tindak balas semua ni.


CARA NAK HILANGKAN BAU KETIKA TANPA DEODORANT

So, lama juga ena fikirkan macam mana nak bagi ketiak ni tidak mengeluarkan bau kurang menyenangkan ketika cuaca yang agak panas atau sedang melakukan aktiviti seharian. Last-last, ena cuba try test bedak tepung Dettol yang merupakan salah satu bedak tepung kegemaran ena.

Ni bedaknya.




Alhamdulillah, dah nak dekat 3 minggu ena pakai bedak ni. Ketiak wangi je even tak pakai deodorant sebab ada bedak detol berangin dan wangi ni. Yes! Bedak ni agak berangin bila kita pakai. Memang best bagi ena, rasa nyaman je tubuh badan kita terutama ketika cuaca panas.

Akhirnya, ena jumpa jalan penyelesaian. Lepas ni, no more deodorant dan hopefully dapat mencegah diri daripada penyakit yang berbahaya. Lagipun, ni petua orang orang dulu sebenarnya. Orang-orang dulu mana pakai deodorant. My mom pakai bedak biasa je, no deodorant apa semua. Dan bila mandi pula, sila tonyoh dengan limau purut / limau nipis. Tapi yang ni ena jarang buat. Malas nak pergi beli limau sebenarnya. Ahaks.


Bedak ni ada je jual kat kedai-kedai biasa. Harga pun tak mahal sangat.


Itu sebab my mom tak ada bulu ketiak dan ketiak bersih je. Bukan my mom je, kawan-kawan ena pun cakap mak mereka tidak galakkan amal pakai deodorant ni. Yeah, I am happy now, dulu tak yakin, sekarang dah yakin. Itu sahaja perkongsian daripada ena.



More Nyummy Here

Sunday, October 18, 2015

APA RASA CIKEDUT NI? | BAZAAR IKOD2015


APA RASA CIKEDUT NI? | BAZAAR IKOD2015 | Hari demi hari, ena teringin sangat nak rasa cikedut ni bagaimana rasanya. Mencari juga kot kot ada yang buat cod kat area Kuantan ni. Ena malas nak postage ni sebab takut nanti jadi benda yang tak diingini. Tambahan pula, benda ni makanan. Mungkin ada yang jual makanan ni kat sini, cuma ena je kot tak terjumpa-jumpa.

Pada 9/10/2015 sehingga 11/10/2015 yang lepas, satu bazaar besar-besaran telah berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan (IIUMK) iaitu IIUM Kuantan Open Day 2015 (IKOD2015). So, ena sebagai pelajar di sini, memang tak mahu lepas peluang untuk terjah bazaar IKOD2015 ni.

Tambahan pula, cafe di setiap mahallah a.k.a hostel pun tutup sepanjang hari tu. Oleh sebab itu, kat bazaar ni la tempat ena mencari makanan sepanjang tiga hari tu. Alhamdulillah yang happynya, dengan izin Allah, kebetulan pula masa ena pergi ni ada peniaga menjual Cikedut ni kat sini. Bersyukur sangat, dapat juga merasa. Itu pun dah tinggal berapa botol je, feymes betul. Ahaks.


FEEDBACK DARIPADA ENA


So, bagi pandangan ena mengenai cikedut ni not bad juga rasanya dan sesuai di layan ketika cuaca tengah panas. Rasa cikedut ni sebenarnya macam dadih seringgit yang ena selalu beli selama ni. Keistimewaan Cikedut ini terletak pada bentuk botolnya serta warna dadihnya. Nampak menarik dan lain daripada yang lain.

Apapun, ena tak menyesal beli sebab masa ni memang tengah panas terik. Tambahan pula, cikedut ni tengah berada dalam keadaan yang sejuk, so nikmattt. Nyaman je tekak bila sedut dadih ni. 


DETAILS CIKEDUT

Itu sahaja perkongsian daripada ena. Kalau you all nak tahu lebih lanjut pasal Cikedut ni, you all boleh terjah facebook rasminya. Ena ada share link kat bawah, silalah klik ye. By the way, gambar bawah ni, ena dan kawan kawan pergi terjah salah satu event yang ada ketika IKOD2015.





FACEBOOK:



More Nyummy Here

Saturday, October 17, 2015

KEDAI BARBER MELAYU YANG TERBAIK | THE GUNTING KARAT BANTING



KEDAI BARBER MELAYU YANG TERBAIK | THE GUNTING KARAT BANTING | Baru-baru ni ena teman partner foodhunter ena, Yazid pergi gunting rambut dia kat satu kedai barber di sekitar Banting. Kedai gunting tersebut adalah milik kawan Yazid ni. So, dari tak buat apa ena ikut jelah. Pada mulanya, rasa berat je langkah ni nak pergi ikut sebab malas nak menunggu. 

Sampai-sampai je kedai barber The Gunting Karat ni, perghhhh, okay ena jadi tergamam sejenak bila jejak kaki masuk dalam kedai barber ni. Mindset ena terus berubah. Ingat kedai cikai-cikai  je macam barber mamak yang ena pernah jumpa selama ni. Serius sangat lawa, kemas, tersusun dan selesa kalau nak lepak lama-lama kat sini. As a blogger, terus rasa nak share kedai barber ni dengan you all semua. Apalagi, terus ena snap gambar sana sini sementara tunggu si Yazid ni siap gunting rambut.


THE GUNTING KARAT BANTING



The Gunting Karat ini diterajui oleh seorang anak muda yang bernama Abdul Hannan Miswan, Melayu dan warganegara Malaysia. Owner kedai ini pada mulanya hanya buka kedai gunting rambut secara kecil-kecilan dibawah rumah dia. Namun dengan rezeki yang melimpah ruah diberikan oleh Allah SWT, dia berjaya buka kedai barber yang gah berdiri seperti gambar di atas. 

Kedai barber ini menggunakan tema hitam putih seperti yang kita boleh nampak pada gambar di atas. Ada berpenghawa dingin, ada minuman untuk dibeli dan ada juga tempat untuk melepak. Akan datang bakal dihidupkan wifi untuk pelanggan-pelanggan yang datang kemari. Serius, memang lawa sangat kedai barber ni, tak pernah lagi ena jumpa kedai barber sebegini setakat ini.





The Gunting Karat ini terletak di Kampung Sungai Lang Tengah, Banting. Betul-betul berada dihadapan rumah owner kedai ini. Orang yang berada di Banting tahulah kot kat belah mana kampung ni. Sekiranya ada yang tak tahu juga, nanti you all boleh wazekan sahaja alamat untuk ke mari. Dibawah ni ena tampilkan alamat penuh kedai barber ini.

ALAMAT:
  The Gunting Karat,
Lot 1671, Kampung Sungai Lang Tengah,
42700 Banting,
Selangor





Gaya kedai barber ni dah macam tempat salon rambut jee. Haaaa, ni nak bagi tahu ni. You all jangan terkeliru pula antara salon rambut dengan barber shop. Tak sama tau dua-dua ni. Kat kedai barber ni tidak menyediakan beberapa perkhidmatan yang ada di salon rambut. Antaranya seperti perm rambut, warna rambut atau mencuci rambut. Kat sini hanya tempat untuk potong dan trim rambut sahaja bagi kaum lelaki, tidak kira umur dan bangsa. Kalau nak trim misai dan janggut pun boleh. Tarak hal laa.


MASA DAN HARI OPERASI

Berikut adalah gambar masa dan hari kedai The Gunting Karat ini beroperasi. Semoga dapat membantu menjadi rujukan kepada you all sekiranya ada yang ingin datang kemari.




FEEDBACK DARIPADA ENA

Ena sangat berpuas hati dengan skill dan perkhimatan yang diberikan oleh pekerja di sini. Masa ena ke mari, ena tengok jee macam mana owner kedai ni trim rambut si Yazid ni. Fiuuhh, jarang ena fokus orang lelaki potong rambut ni, tambahan Melayu pula tu, sebab itu lagi bertambah suka ena nak tengok.  Haishhh, bangga  betul ena dengan owner kedai barber ni, muda-muda lagi dah berjaya ke tahap ni. 

Daripada duduk diam si Yazid ni habis gunting rambut, ena ada snap beberapa part ketika rambut dia sedang dipotong oleh owner kedai ni. Sambil tu ena borak juga dengan owner kedai barber ni, nak test kot kot dia hilang fokus ke apa. Tapi perghhh, mulut bercakap namun tangan tetap terus menerus trim rambut partner ena tanpa terhilang fokus pun. 





Owner kedai ni memang sejak dari sekolah lagi dah pandai potong rambut orang, bakat terpendam gittew. Selalu la dia ambil upah kawan-kawan zaman sekolah dulu, dari kecil dah dia mula terjebak dalam dunia berbisnes ni. 

Bila dah meningkat dewasa, walaupun ada sijil pengajian ditahap yang tinggi, namun dia lebih suka buat bisnes sendiri dengan menggunakan bakat yang ada selama ni. Cuma dia asah lagi dan lagi dan lagi skill yang dia miliki dengan belajar apa yang patut. Dia tak datang kelas belajar pun, dia belajar sendiri melalui youtube dan sumber-sumber yang ada. Perggghhh hebat sungguhlah. Well, kalau kita dah minat tentang sesuatu tu, memang kita akan usaha buat apa sahaja untuk berjaya.




Ena seorang yang sangat teliti dengan kekemasan dan kebersihan atas hasil kerja orang lain. Oleh itu, ena memang tengok habis-habisan. Dan the result, ena sangat puas hati dengan potongan dan trim rambut yang diberikan oleh kedai barber ni. Serius, smart gila dia buat. Harga pun berpatutan dengan hasil yang kita dapat. Haa, nak tahu kadar harganya berapa, sila scroll sampai habis ye. 


KADAR HARGA THE GUNTING KARAT

Berikut pula adalah kadar harga paling maximum di sini. Serius, ena tak rasa mahal langsung. Sebab hasil yang kita dapat sangat memuaskan hati. Ena lebih utamakan kekemasan muka dan diri berbanding nilai wang duit ni semua. Sanggup bayar berapa pun, asalkan diri nampak smart. Yeahhh.



DETAILS THE GUNTING KARAT

Ena sangat sarankan you all datang kemari kalau ada yang tengah mencari kedai barber Melayu untuk trim atau potong rambut. Ena jamin you all pun akan suka dan puas hati nanti. Kalau tak percaya, you all boleh terjah sendiri nanti. Haa, jangan lupa juga jenguk di laman social The Gunting Karat




FACEBOOK:

INSTAGRAM:

More Nyummy Here

Wednesday, October 07, 2015

BURGER BAKAR TERBAIK DI BANTING | ZEERA BURGER


BURGER BAKAR TERBAIK DI BANTING | ZEERA BURGER |  Entri kali ini ena nak share satu tempat makan yang menyediakan burger bakar yang auummm aummm di Banting, Selangor. Nama kedai tersebut adalah Zeera Burger Bakar. Ena sangat recommended kepada you all untuk cuba try test makan burger bakar di sini bagi mereka yang berada di area Banting. Sedap chooooo.

Ena dah makan kat sini sebanyak dua kali. Serius, memang terbaik burger bakar kat sini. Makan separuh pun kenyang dah sebab banyak gila benda-benda yang di letak. Murah pun murah. Boleh la student macam ena nak beli burger ni. Ahaks. Kat sini ada dua jenis burger yang ada iaitu burger daging bakar atau burger daging yang biasa biasa tu. Tapi ena lebih suka burger bakar sebab dagingnya tebal dan lebih sedap.


MENU YANG ENA CUBA DI ZEERA BURGER, BANTING

Bukan setakat burger je ada, hotdog dan meatball pun ada. Ena pernah makan meatballnya cuma meatball kat sini agak kurang menarik rasanya. Mungkin rasa kuah meatballnya tak berapa sesuai atau tidak berapa menarik.

Okay, jom tengok burger bakar yang ena dan partner foodhunter ena pilih.



MENU: Burger Bakar Ayam

KATEGORI: Cheese & Bacon

KELEBIHAN: 
Daging ayam ala ala Zinger KFC, Kubis ungu, cheese melimpah ruah, roti burgernya ditepek dengan Bonito Flake.

KEDAI TERLETAK:
Tepi Petronas Kanchong Darat



DETAILS ZEERA BURGER BAKAR BANTING

Kepada yang ingin ketahui lebih lanjut mengenai burger bakar ini, you all digalakkan untuk terjah ke laman rasmi mereka. Ena ada share gambar details fb, instagram apa semua mengenai kedai ini, so you all boleh rujuk ye.

Selamat mencuba.





More Nyummy Here

Monday, October 05, 2015

MINYAK YANG DAPAT MELEMBUTKAN KULIT MUKA | MALAIKA OIL


MINYAK YANG DAPAT MELEMBUTKAN KULIT MUKA | MALAIKA OIL | Siapa yang dah pernah cuba try test Malaika Oil??? Siapa yang belum pernah lagi ketahui produk kecantikkan ini?? Haaaa, entri kali ini ena nak dedahkan kepada you all satu minyak muka yang saban hari mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna.

Ena pun baru cuba try test Malaika Oil ni dan masuk hari ni, nak dekat dua minggu sudah ena menggunakan produk ini. Alhamdulillah, nampak ada sedikit perbezaan pada kulit muka ena yang agak sensitif ni selepas menggunakan minyak ini. Lembut je rasa kulit muka lepas tepek minyak Malaika. Jerawat pun dah mula stop muncul. So, ena nak sharelah minyak ni kepada you all semoga dapat membantu mereka yang ada masalah kulit muka.


MALAIKA FACIAL TREATMENT OIL


Malaika Oil adalah keluaran Bumiputera Malaysia yang terjamin halal dan selamat untuk digunakan. Kilang memproses produk kecantikkan ini terletak di Kota Bharu, Kelantan. Haaaa mai jauh daripada Klate ni, patut orang-orang Klate lawa-lawa. Ahaks. Okay, pengasas Malaika Oil ini pula bernama Cik Humaira Hasnan. Seorang yang sangat cantik, putih berseri-seri dan comel orang nya. Kalau tak percaya, you all boleh tengok gambar wanita di atas.

Apa yang ena tertarik dengan produk ni adalah packagingnya berwarna pink. Ahaks! Selain itu, minyak Malaika ini mempunyai satu bau yang sangat harum dan lembut yang membuatkan ena tenang je bila membaunya. Tambahan pula, ena tengok ramai testimoni produk ini pun memberikan feedback yang positif.



KELEBIHAN MALAIKA FACIAL OIL TREATMENT


Minyak Malaika ini berasakan 'Extra Virgin Olive Oil' yang merupakan bahan rahsia dalam dunia kecantikan sejak dari zaman dahulu kala hingga la sekarang. Kalau nak tahu apa kebenda Extra Virgin Olive Oil ni, you all boleh Google. Seterusnya, produk ini juga diformulasikan dengan bahan-bahan semula jadi yang tidak mendatangkan bahaya pada tisu kulit muka kita seperti Castor Oil, Lemon Oil dan sebagainya lagi. So, sangat sesuai untuk dipakai oleh kedua-dua jantina, baik lelaki mahupun perempuan.

Berikut adalah kelebihan yang bakal you all dapat setelah menggunakan Malaika Oil. Ena pun telah melihat keberkesanan produk ini sendiri. 

1) Mengecut dan menghilangkan jerawat mahupun jeragat

2) Menghapuskan bintik hitam serta putih

3) Mengurangkan parut jerawat samada parut yang baru ataupun yang lama

4) Mengecilkan masalah liang pori

5) Melembapkan dan melembutkan kulit muka


CARA-CARA NAK PAKAI

Ena cuba try test pada kulit tangan dulu sebab takut nak terus tepek kat muka. Well, ena ni dah serik nak guna produk kecantikkan yang sebarangan dah sebab kulit muka ni dah bertambah sensitif lately ni. Bila dah yakin dan rasa okay, baru ena yakin nak tepekkan kat kulit muka.

Titik dua atau tiga di atas tangan/ kapas.
 
Sapu perlahan-lahan ke seluruh muka

Dalam 10-15 minit, kasi minyak ni meresap dalam kulit dan bilas dengan air sejuk serta bersih


Memang betul-betul best minyak Malaika ni. Bukan kat muka je rasa lembut, area tangan yang ena terkena titisan minyak ni pun turut sama jadi lembut. Auuummm. Semoga produk ini dapat merawat muka ena sepenuhnya setelah sekian lama asyik naik jerawat tanpa henti.

Sebelum dan Selepas. Ada sedikit perubahan, Alhamdulillah. Kena konsisten pakai, baru dapat result yang aummm aummm.



DETAILS MALAIKA FACIAL TREATMENT OIL

Kepada yang ingin mencuba Malaika Oil ni, you all boleh melawat ke laman social rasmi mereka seperti yang ena sharekan di bawah ini. Belum cuba belum tahu, inshaAllah semoga produk yang ena share ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kulit muka.


WEBSITE:

INSTAGRAM:

FACEBOOK:







More Nyummy Here

Friday, October 02, 2015

BELUT MASAK PAPRIK | HENTIAN BANJARAN TITIWANGSA


BELUT MASAK PAPRIK | HENTIAN BANJARAN TITIWANGSA | Baru-baru ini ena ke Kelantan untuk pertama kalinya dalam seumur hidup ena. Ramai kawan-kawan ena yang berasal daripada Kelantan, sampai ena pun dah terikut sedikit demi sedikit loghat mereka. So, tak tahu nak gambarkan perasaan excited tu bagaimana. 

Ena pergi ke Kelantan bersama dengan keluarga ena sebab nak menghadiri majlis perkahwinan adik ipar kepada abang ena. Konvoi beramai-ramai dari Kedah ke Kelantan dengan exit tol Gurun dan melalui jalan Gerik. Teringin nak ketahui jalan ni bagaimana sebab ramai kata agak scary kalau nak berbanding Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Kalau nak ikut LPT,  dah selalu ena lalu, so bagi ena agak membosankan Ahaks. Lagipun ini laluan Gerik tu merupakan highway paling dekat dengan Alor Setar ke Kelantan.


BELUT MASAK PAPRIK DI HENTIAN BANJARAN TITIWANGSA


Namun, entri kali ini ena bukan nak cerita pasal pengalaman ena di Kelantan. Tetapi nak share satu tempat RnR yang menarik hati ena iaitu RnR Banjaran Titiwangsa. Memang ramai sangat orang berhenti kat sini setelah penat lelah menempuhi jalan yang berliku-liku. Tambahan pula, permandangan di RnR ini sangat best, sejuk dan tenang je. Yela, betul betul atas banjaran, memang sejuk habislah.

Ena pun tak ketinggalan untuk snap gambar kat sini dan you all boleh terjah di instagram ena iaitu @_inaainaa.

Di sini juga ena tidak ketinggalan untuk cuba try test makanan yang ada. Disebabkan kelaparan yang melampau, ena pilih untuk makan nasi. Menu yang menarik hati ena di sini adalah belut masak paprik. Perghhh memang ena teruja sangat la nak mencuba belut masak paprik ni, selama ni makan belut salai (Unagi) je. Ahaks.

 

Oh my! Sedap sungguh lauk dan masakan kat sini. Makanan yang ena ambil adalah seperti gambar di atas. Semua cukup rasa, terangkat beb! Cuma agak pedas bagi ena, panas je rasa telinga ni. Ahaks. Nasib baiklah perut tak meragam dalam kereta ketika nak ke Kelantan. Sambil makan, sambil menikmati permandangan indah di sini.

Cantik sungguh ciptaan Allah. Tak menyesal rehat lelama kat sini sebelum sambung perjalanan ke Kelantan yang masih jauh berbatu-batu. Dari Alor Setar ke Kelantan, kami ambil masa 8 jam untuk sampai sebab banyak berhenti. Itu sahaja perkongsian daripada ena.




More Nyummy Here

Thursday, October 01, 2015

MODERN TRADISIONAL CUISINE IN PLATE | SOFEA'S KITCHEN KUANTAN


MODERN TRADISIONAL CUISINE IN PLATE | SOFEA KITCHEN KUANTAN | Kali ini ena terjah satu kedai makan yang agak popular di Kuantan ni iaitu Sofea Kitchen. Ini pun kawan ena yang ajak cuba try test makan kat sini cuma masa pergi ni dah lewat malam. Alamatnya, memang banyaklah yang dah habis.

Kawan ena sarankan untuk cuba try test Nasi Goreng Jantan yang merupakan salah satu menu yang paling aummm aummm di Sofea Kitchen ni. Namun hati ini kecewa sedikit sebab semua menu yang berasaskan ayam sudah habis. So terpaksalah pilih makanan yang  ber'seafood' sahaja. Lama juga nak pilih menu sebab banyak dah habis, akhirnya ena pilih menu sedemikian.



MENU YANG ENA CUBA TRY TEST DI SOFEA KITCHEN
 
NASI GORENG MIXED SEAFOOD + AIR TRAFFIC LIGHT

Memang betul apa yang diperkatakan orang lain bahawa makanan kat sini memang tak kedekut lauk / side dishes. Banyak sungguh dalam satu pinggan. Kenyang makan lauk sahaja, nasi gorengnya tak dapat nak perabiskan. My tummy already full and happy. Sedap pun boleh tahan, berpatutan dengan harga yang diberi untuk satu plate ni.

Cuma ena kurang gemar sedikit tentang nasi gorengnya sebab banyak ikan bilis yang tak dibuang tulang. So, bila makan agak tak berapa nak selesa. Rasa dah sedap dah, cuma ikan bilis tu agak spoil sedikit tekak ena. Its okaylah, janji lauknya melimpah ruah.

Next time, kena mai awal sedikit supaya dapat merasai Nasi Goreng Jantan. Aummm.



LOKASI SOFEA'S KITCHEN KUANTAN



Sofea Kitchen ini terletak nak menghala ke Teluk Chempedak dan juga menghala ke MRSM Kuantan. Kedainya berada di antara Kelapa Joget dan Char Koay Teow Brader Bob. Untuk memudahkan you all, boleh wazekan alamat dibawah ini.



ALAMAT:
Sofea's Kitchen,
Jalan Tengku Muhammad, 
Kampung Alor Akar,
25250 Kuantan,
Pahang

MASA OPERASI:
Monday-Sunday
5.00am - 12.00pm

FACEBOOK:


More Nyummy Here

MAKAN SAMPAI LEBAM DI SEOUL GARDEN | BERJAYA MEGAMALL KUANTAN


MAKAN SAMPAI LEBAM DI SEOUL GARDEN | BERJAYA MEGAMALL KUANTAN | Pada cuti umum semperna Hari Malaysia yang lepas, tetiba tekak ni rasa nak makan steamboat dan BBQ di Seoul Garden. Tambahan pula, ena tak pernah cuba try test steamboat dan grill kat sini lagi, so dah tengah cuti masa tu jadi Foodhunter apalagi. Rancang dengan kawan-kawan seperjuangan, pada tengah hari, kami berdesup ke mari.

Di Kuantan ni, mall yang ada Seoul Garden adalah Berjaya Megamall Kuantan. Ena ingat ada kat East Coast Mall (ECM), well mall paling muda kat sini. Nasib baik kawan cepat cakap, kalau tak dah nak masuk parking kat ECM.


STEAMBOAT SEOUL GARDEN BERJAYA MEGAMALL KUANTAN


Seoul Garden ini terletak di Tingkat Satu Berjaya Megamall dan betul-betul menghadap tingkap bangunan ini. Masa ena ke sini, memang pilih meja kat tepi tingkap. Sambil makan sambil tu boleh menikmati permandangan luar bangunan mall ini. 

Memandangkan masa ni public holiday, memang ramai sangat datang makan kat sini. Tambahan pula, you all boleh duduk makan kat dalam ni selama mana yang you all termampu. So, memang payah la kalau nak tunggu orang lain habis makan sekiranya tiada tempat lagi untuk melabuhkan punggung. Nasib baiklah masa ni ada tempat kosong untuk kami dan bestnya, meja tu betul-betul tepi tingkap. Bersyukur sangat.



Keadaan tempat makannya teratur dan bersih. Selesa sangat untuk menjamu selera di sini lama-lama. Walaupun harga agak mahal sebab public holiday, ena puas hati dengan makanan kat sini. Cuma lepas ni, kalau nak pergi jangan masa public holiday. Kalau pergi hari biasa, boleh dapat harga student. Ahaks.


ANTARA MENU YANG ADA DI SEOUL GARDEN

Banyak sangat makanan yang ada kat sini, untuk steamboat dan juga BBQ. Ena sempat snap beberapa port sahaja sebab perut dah tak sabar nak makan. Ena memang seorang yang suka steamboat dan grill tapi pastikan yang unlimited punya. Macam kat Seoul Garden la, kat sini you all boleh makan sampai lebam, baru berbaloi dengan harga yang kita bayar.

Tanpa buang masa, jom tengok sebahagian menu yang ada kat sini.

Bahan untuk di steamboat dan grill. Ena paling suka grill berbanding steamboat. Tapi balun je semua.

Special kat sini sebab ada sushi. Ni tak refill lagi, memang sedap sushi kat sini. Nyummsss.

Sayur-sayuran dan kulat yang menjadi kegemaran ena untuk Steamboat. Rambang mata tengok.

Kalau teringin nak makan yang bergoreng, boleh ambil kat bahagian ni. Ena tak sempat nak rasa.

Pelbagai jenis minuman yang ada dan halal. Pilih jangan tak pilih. Minum sampai kembung.

Port ABC layan diri. So you all boleh DIY ABC mengikut kesukaan masing-masing.

Pelbagai jenis sos ada tapi ena pilih Sweet Chili Sauce tak silap ena.

Ada banyak lagi sebenarnya, jadi rambang mata dibuatnya. Ena pun dah tak tahu nak snap macam mana dah. Nak pilih makanannya lagilah, rasa nak ambil je semua. Fiuuhhh! Kawal nafsu. Okay, seterusnya pula, antara makanan yang ena dan kawan-kawan ambil.




MENU YANG DIPILIH DI SEOUL GARDEN BERJAYA MEGAMALL

Memang banyak gila makanan yang kami ambil, ena cuma takut tak perabiskan je nanti. Rupanya licin licau juga akhirnya, well walaupun bertiga sahaja termasuk ena, tapi perut kami masing-masing merupakan perut stocking. Mampu menampung kadar makanan yang sangat banyak. Ahaks. We love foods, so tempat makan sebegini sesuai untuk perut macam kami. 

So berikut adalah menu yang kami ambil. Jangan terkejut melihat kuantiti yang kami ambil.







Daging untuk di grill paling banyak sekali kami ambil. Ada dalam 10 pinggan penuh tapi alhamdulillah kami berjaya habiskan termasuklah kuah tomyam tu semua. Macam orang kebuluq je tapi sebenarnya bukan kebuluq, kami just tak mahu pembaziran atas perbuatan diri sendiri. Ahaks.

Dengan ini, lepas ni boleh ena makan kat sini lagi sekiranya dimurahkan rezeki. Puas hati sangat, dengan dapat layanan yang baik daripada pelayan Seoul Garden Berjaya Megamall, Kuantan. Tapi kalau nak pergi, macam ena cakap kat atas tadi la, pergi pada hari biasa atau hari bekerja. Kalau tak, gunung pun boleh jadi rata


DETAILS SEOUL GARDEN

Seoul Garden ni mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Tapi kali ini ena share kat cawangan Kuantan sahaja. Bagi mereka yang berada di Kuantan, semoga perkongsian ena ni boleh dijadikan rujukan kepada anda dan anda.



 WEBSITE:


FACEBOOK:


More Nyummy Here