Wednesday, September 09, 2015

SUPER KITCHEN | INDERA MAHKOTA 8 KUANTAN


SUPER KITCHEN | INDERA MAHKOTA 8 KUANTAN | Baru-baru ini, ena dengan kawan ena pergi terjah satu kedai makan yang boleh dikatakan baru sahaja wujud di area Indera Mahkota 8 dan juga berdekatan dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan.

Nama kedai makan tersebut adalah Super Kitchen (SK). Ena dah lama usya kedai makan ni dari jauh sebab nampak gah je luaran kedai ni. Cuma tak pergi je lagi sebelum ni, busy dengan praktikal apa semua. So semalam ni, ena ambil berkesempatan yang ada untuk kemari demi cuba try test apa yang patut. Food hunter dikatakan.


SUPER KITCHEN KUANTAN


Super Kitchen atau singkatannya adalah 'SK', dimiliki oleh orang Melayu dan beragama Islam, so ena tak perlu bimbang dengan makanan dan minuman yang disediakan disini. Pekerjanya pun ena tengok semuanya berbangsa Melayu. InshaAllah, dijamin Halal. Selain itu, mengikut apa yang ena nampak, kedai ini sangat menekankan kebersihan dan kekemasan dari luar kedai hingga dalam kedai. Dekorasi kedainya pun tampak agak menarik dan nampak ada brand di situ.

Kemudahan di sini pula adalah seperti parking kereta, ada pak guard tolong jagakan parking dan juga toilet. Oleh itu, kita tak perlu ragu-ragu dengan semua itu lagi sekiranya ada sebarang kejadian yang tidak diingini bakal berlaku.





SK ini terletak di Indera Mahkota (IM) 8 Kuantan, Pahang yang berdekatan dengan Secret Recipes, McDonalds dan juga berhadapan dengan Kuantan Medical Centre (KMC). Kedai ini juga bersebelahan dengan traffic light simpang empat yang menghala ke pusat bandar, IM 2, UIAM, dan Plaza Tol Kuantan. Kalau susah nak cari, gunakan waze sahaja.

Makanan di sini menekankan dua menu utama iaitu BBQ dan Steamboat. Masakan ala carte pun ada cuma tak banyak seperti kedai yang lain. Masa ena pergi ni, ena cuba try test BBQ terlebih dahulu, inshaAllah ada rezeki nanti nak try steamboat pula.




Next time, ena akan cerita mengenai steamboat di sini pula sebab kat SK ni ada cara yang tersendiri untuk makan steamboat dan juga menekan tema SHOP > COOK > DINE. Unik jugalah sistem steamboat kat sini, cuma harga agak mahal sedikit bagi ena. Apapun, inshaAllah ada rezeki ke mari lagi, tunggu ena cerita pasal steamboat pula tau.






KOMEN ENA MENGENAI MAKANAN KAT SINI

Seperti yang telah dimaklumkan, ena pilih makanan bahagian BBQ dan menunya adalah Skewer Chicken. So, bagi ena rasa ayamnya boleh tahan sedap sedapnya, tidak terlampau masin, tidak terlampau tawar, tidak terlampau keras dan sedang-sedang elok je. Selain itu, banyak sayur-sayuran diletak dalam makanan ni, satu menu yang sihat. Ena makan pun cepat kenyang, padahal nampak macam tak cukup je.

Namun, setiap tempat makan tu mesti ada kekurangannya. So, kekurang kat sini bagi diri ena adalah kuah black pepper yang diberi agak sedikit kuantitinya dan harga kat sini boleh dikategorikan mahal. So, bagi student macam ena ni, mungkin tak berapa sesuai untuk makan kat sini setiap hari. Sebulan atau dua bulan sekali boleh la. Hehehe.


MENU YANG DI CUBA

Berikut adalah menu yang ena dan kawan ena makan serta minum. Pergi berempat tapi yang cuba try test menu kat sini dua orang sahaja, yang dua orang lagi pilih untuk minum.



Nama minuman di atas ialah PINKY LADY. Tapi tak warna pink pun, warna biru. Okay, air ni tak sedap langsung. Rasa macam minum ubat demam yang jenis air tu. My tummy tak boleh terima rasa air ni. Nasib baik ena pilih air lain, yang ini kawan ena punya. Kalau tak, memang tak akan habiskan dan sanggup order yang lain.




Menu diatas ni adalah menu ala carte yang diberi nama NASI GORENG KERABU. Meriah nasi gorengnya dan lauknya pun banyak seperti udang, telur mata dan ayam bakar. Itu yang puas tu walaupun berharga RM13. Kenyang dan sihat. 




Yang ini pula, menu pilihan ena iaitu SKEWER CHICKEN set. Dalam setnya ada roti, salad dan kentang. Bagi ena makanan ni sangat sihat dan sangat mengenyangkan. Harga yang ini RM15 tidak termasuk sekali dengan air. Untuk air, ena pilih Coffee Cambodia.



DETAILS SUPER KITCHEN KUANTAN

Itu sahaja perkongsian daripada ena. Apapun, tempat sebegini sangat sesuai untuk bawa keluarga atau kawan-kawan secara beramai-ramai. Tak salah pun kalau nak mencuba, walaupun makanannya tak sesedap di tempat yang lain tapi puas hati la juga.



 

Bawah ini sebarang details mengenai SK ini. You all boleh rujuk untuk sebarang maklumat mengenai kedai makan ini.



FACEBOOK:

INSTAGRAM:








Share

Other Article

SUPER KITCHEN | INDERA MAHKOTA 8 KUANTAN
4/ 5
Oleh

12 Comments

Comments
avatar
ana
9.9.15

kesimpulan nya..jangan order ikut nama air tu...takut menyesal ..rasa nye tak okey pulak nanty

Reply
avatar
9.9.15

hai adik manish.. lama kakak x dtg sini.. maka ku menyinggah seketika =)

wow konsep cem sushi lak kan ekot kaler2.. adus.. grill2 rebus2 ni lemah ni..
tergoda sokmo hehe..

Reply
avatar
9.9.15

Ruby xtau pulak kt kuantan ade uia jugak ya..

Nampak sedap makanan kt SK..kedai pun npk ekslusif...

Mmg xpergilah..jauh dr ruby..hehehee

Reply
avatar
9.9.15

kalau kulihat itu makanan tampaknya enak skali.

Reply
avatar
10.9.15

kedai cantik, mknn pun nmpak sedappp ^_^

*jemput singgah blog zianaeunos.blogspot.com

Reply
avatar
10.9.15

standard la kedai mcm tu.. mmg harga boleh tahan la..

Reply
avatar
11.9.15

Trliur tgk..hehe tpi nk tny jgk label warna yg hrg berbeza tue utk ape yer

Reply
avatar
11.9.15

makanan dia memang not bad.. tapi tu laa.. tahan harga.. memang mahal jugak la.. bak kata ena.. makan sebulan sekali-2 blh la...

Reply
avatar
11.9.15

cantiknya kedai tuh. menarik je decoration dalam kedai. nampak sedap2 pulak makanan tuh.

Reply
avatar
11.9.15

Macam menarik kedai makan ni.Boleh cuba kalau singgah ke IM 😊

Reply
avatar
11.9.15

macam best aje... nanti ummi nak singgah laa...
tq kerana kongsi info..:)

Reply
avatar
14.9.15

kedai dah cantik dah..mungkin mahal sebab kedai ni cantik..mungkinlah kan..

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)