Tuesday, September 01, 2015

SATE PILIHAN KELUARGA | LEEZAM SATAY TANJONG MALIM



SATE PILIHAN KELUARGA LEEZAM | SATAY TANJONG MALIM | Malam tadi, tetiba teringin nak makan sate. Tetiba pula kakak ena nak belanja kami sate. Perghhhh, terima kasih to my beloved sister. Akhirnya, dapat juga makan sate pilihan keluarga sebelum balik ke Kuantan.

Di Tanjong Malim ni, hanya satu tempat jual sate menjadi pilihan kami sekeluarga sejak dari dulu lagi. Kalau parents ena cakap tempat itu atau ini yang sedap, ena tak ragu-ragu untuk pergi membelinya. Apapun, jom ena perkenalkan nama kedai sate pilihan keluarga ini adalah Leezam Satay



LEEZAM SATAY, TANJONG MALIM


Leezam Satay ini terletak di Medan Selera Tanjong Malim. Berhadapan dengan Balai Polis Tanjong Malim, berdekatan dengan Masjid Tanjong Malim dan juga bersebelahan dengan Balai Bomba Tanjong Malim. Wazekan sahaja ke Medan Selera Tanjong Malim, sure akan terus ke sini.

Kedai sate ini hidup pada waktu malam dan tutup pada hari Jumaat. Lepas solat maghrib, dalam pukul 8.15pm dah boleh datang ke sini. Bukan setakat sate sahaja yang dijual, malah nasi ayam kat sini pun sedap. Memang menjadi pilihan orang Tanjong Malim di sini terutama sate yang dijual. 





FEEDBACK ENA MENGENAI SATE SINI

Sudah berpuluh kali makan dan beli sate kat sini. Satu keluarga ena pun suka sate yang ini. Sate ni menjadi pilihan keluarga sebab kuah satenya yang memikat hati kami. Pekat dan pedasnya pun ngam-ngam je. Tak terover pedas atau tak terover tawar.



Selain itu, daging satenya pun not bad. Sedap, juicy dan yang penting tak liat. Selalu ena beli sate ayam sebab parents ena lebih suka makan sate ayam dan senang untuk mereka kunyah. Yela, bila dah umur makin meningkat, kekuatan gigi tu dah tak sekuat masa zaman dulu-dulu kala. So kena lah fahami keadaan ibu bapa masing-masing. Peaceee.

Okay, walaupun saiz dagingnya tak sebesar mana, tapi okaylah. Janji perut tak terover kekenyangan. Apapun, lepas makan sate ni digalakkan untuk makan timun. Sebab itu ena suka minta timun lebih sedikit sebab elok untuk cuci balik toksik-toksik karbon yang ada pada sate tu. Bila makan makanan yang dibakar, disarankan untuk makan timun / bawang selepas tu.





Tambahan pula, kami suka beli sate kat sini sebab harganya tidaklah terlampau mahal. Sedang-sedang elok kadara harga banyak itu, janji satenya memuaskan hati kami sekeluarga. Kalau letak mahal-mahal tapi tak sedap, tak guna juga. Uhuks.




Alhamdulillah, itu sahaja perkongsian daripada ena. Bagi yang berada di Tanjong Malim tu, jangan lupa untuk cuba try test makan sate kat sini ye. Pelajar UPSI pun tak lama lagi dah nak balik, so apa lagi, mailah serbu beramai-ramai kat sini neeee. 


Share

Other Article

SATE PILIHAN KELUARGA | LEEZAM SATAY TANJONG MALIM
4/ 5
Oleh

12 Comments

Comments
avatar
Ros
2.9.15

Lama dah tak makan sate. Tak jumpa yang sedap. Lain kali boleh try sate ni.

Reply
avatar
2.9.15

pergg satey kat medan selera ni memang sedap giler... hihih fav yanie jugak ni.. nyum nyum...

Reply
avatar
2.9.15

Jelesss tengok aina makan tak gemuk2. :'(

Reply
avatar
2.9.15

lapar pulak tengok sate ni.

Reply
avatar
2.9.15

Alaaa pecah liur tengok .. Kene rasa la . will pergi tempat tu . sateyyyyyy :p

Reply
avatar
2.9.15

nampak sedapppp .. tetiba teringin nk mkn sate jugak ni ^_^

Reply
avatar
2.9.15

sedapnya sate, pcl kalau makan nak kena ada laksa sekali..baru ngam ..cuba ena try makan sate dan selang seli makansate..serius terasa kelainan :)

Reply
avatar
2.9.15

Ainaa..banyak gak makanan sedap kat tanjung malim eh... Huu... Nasib baik ainaa duk sana.. Lau tak memang eina tak taw langsung... Ingat kan Selangor the best.. hee..

Reply
avatar
3.9.15

akak duduk tanjung malim ke? sedapnyaa! ehhe

Reply
avatar
4.9.15

sedapnya makan sedap..kalau satay besar makan sikit je dah kenyang.

Reply
avatar
8.9.15

tu dia..nampak sedap..nampak lembut..

Reply
avatar
9.9.15

dulu lepak Tg Malim makan secret recipe je.. years ago.. ngeh3..
lain tu lalu highway je =P

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)