Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Monday, September 14, 2015

RESTORAN MASAKAN KOREA YANG CANTIK | SWEETREE AMPANG



RESTORAN MASAKAN KOREA YANG CANTIK  | SWEETREE AMPANG  | Kepada yang suka dengan makanan daripada negara Korea, you all patut baca entri ini sebab kali ini ena nak perkenalkan satu restoran Korean Cuisine yang terletak di Ampang Putra, Ampang. Nama kedai makan tersebut adalah Sweetree.

Ena tertarik untuk kongsikan restoran ini kepada you all kerana dekorasi Sweetree ini menarik hati ena untuk kongsikan bersama dengan you all. Bila berada di dalam kedai makan ini, seolah-olah kita berada kberada di tempatyang  lain. Cantik sangat. Haaa, alau tak percaya, mohon scroll entri ini sampai bawah.


SWEETREE AMPANG


Sweetree ini terletak di Ampang Putra, Ampang. Bagi mereka yang stay kat Ampang mungkin tahu la kot tempat ni berada di mana. Kalau yang tak tahu, boleh waze alamat restoran ini. Nanti ena tampilkan alamat penuh serta detail yang lain.


MASA OPERASI:-
Monday - Saturday (Sunday Close)
10.30am - 11.00pm


Seperti yang ena katakan sebelum ini, Sweetree ini menekan makanan masakan daripada Korea. Semua menu kat sini daripada sana, so bagi mereka yang tak pernah makan Korean Cuisine dan teringin untuk merasainya, sangat disarankan untuk datang ke mari.



Apa yang menarik kedai makan ini adalah dekorasi dalamannya yang sangat auumm auummm. Teruja habis ketika ena jejak kaki kat sini. Dari pengamatan ena, ena dah boleh agak harga makanan kat sini berapa kadarnya. Its okay la, sebab dengan makanan ena tak berkira sangat. Tempat makan kat sini terbahagi kepada dua bahagian iaitu atas dan bawah, cuma kuantiti meja makannya tidaklah terlampau banyak. 

Di bawah ni ena nak share suasana dalaman Sweetree. You all pasti turut teruja sekali.

Tingkat bawah

Tangga untuk naik ke atas.

Tingkat atas


Selain itu, dalam kedai ini turut dihiasi dengan barangan perhiasan daripada Korea. Ada baju tradisional korea, ada kasut tradisional Korea, alat musik tradisional Korea dan pelbagai lagilah.Well, owner kedai ini memang berasal daripada Korea, jangan risau kedai ini telah disahkan halal dan bersih untuk dimakan.





MENU YANG DIPILIH

Benda lain yang menarik bagi ena adalah kita akan dihidangkan dengan side dishes dan bubur secara PERCUMA untuk para tetamu yang datang makan kat sini. So, memang puas hati la makan kat sini sebab dah la banyak kuantitinya, lepas tu dapat free side dishes pula. Kenyang habis bak anggg!!. Datang kat sini order air je pun dah memadai sebab dapat bubur nasi free. Ahaks.

Berikut adalah senarai menu yang ena dan partner foodhunter ena order.

SUBI (Sotong Tempura). Sedap, chruncy.

KIMCHI TOPOKI. First time makan, dah lama teringin nak rasa. Not bad rasanya tapi heavy juga, banyak pula tu. Memang tak habis makan.

ICE LEMON TEA. Kasi tekak lega bila makan makanan yang berat.

DOL SOK BI BIM BAB. Partner ena punya. My favourite ni sebab banyak sayur. Tapi sengaja pilih menu yang lain, nak merasa makanan yang baru.


Free Side Dishes:-

Bubur nasi dengan Kimchi

Tuala Basah yang panas dengan chopstick.

Makanan yang di campur dalam bubur nasi.


KOMEN ENA TENTANG MAKANAN DI SINI

Bagi ena, makanan kat sini sedang-sedang sahaja rasanya. Mungkin sebab ena ni jarang makan masakan Korea, so selagi tekak ni boleh terima maknanya makanan tu boleh dikatakan sedap. Yang ena suka makanan kat sini adalah platingnya yang simple serta kemas dan layanan yang tiptop daripada pelayan kedai ini. Rasa mewah gila bila berada di sini.

Kalau segi harga pula, makanan dan minuman kat sini boleh dikatakan mahal. Dua orang makan masa ni dan RM70, nak makan setahun sekali boleh la kot bagi student macam ena ni.


Memang tak habis ena makan masa ni, yela first time cuba try test. Main order je dan tak tahu pula banyak macam tu sekali. Lepas ni, satu dishes boleh kongsi untuk dua orang demi mengelakkan sebarang pembaziran makanan dan duit. Uhuks. Kesimpulannya, tidak menyesal la kalau makan kat sini.


DETAIL RESTORAN SWEETREE

Berikit adalah detail mengenai kedai makan ini untuk rujukan kepada you all. Semoga dapat membantu. Selamat mencuba ye.



ALAMAT:
Restoran Sweetree
No.13 L-1.2, Jalan Ampang Putra,
Taman Putra Sulaiman,
68000 Ampang,
Selangor

NO TEL:
03-42874685

EMAIL:

WEBSITE:






Share

Other Article

RESTORAN MASAKAN KOREA YANG CANTIK | SWEETREE AMPANG
4/ 5
Oleh

11 Comments

Tulis Comments
avatar
15.9.15

Ohhhhh sweet tree...patutlah tgk kt ig ena mcm pernah tgk je...rupanya akak pernah makan kt sini 3 kali dah tapi dah lama x makan kt sini tau ena...serius mmg sedap...akak suka mkn bowl besar tu...sedappppp....

Reply
avatar
15.9.15

Cantiknya decor restoran ni. Memang sweet sweet comel gitu.

Reply
avatar
15.9.15

sedapnya semua menu ni. tengok pun berliur...

Reply
avatar
15.9.15

NAmpak gambar macam sedap and yes restaurant dia lawa gilaa
Cuma akak pun tak berapa minat makanan korea ni
so boleh la cuba


2 Petua Mudah Hadapi Jerebu

Reply
avatar
15.9.15

wahhh. bestnye.. nak try pegi lah. :D

Reply
avatar
15.9.15

cantiknyer deko restoran ni.. siap ade hanbok semua.. bibimbap pon nampak sedap.. maybe next time boleh datang cuba.. thanks for sharing!

Reply
avatar
16.9.15

Dekorasi yg aum aumm haha lawak la ena ni... Klu tgok cite korea tgok depa mkn mst nk makan gak huhu... Leyh try la nnt kat ampang tu huhu

Reply
avatar
17.9.15

Bestnye nmapk.. Makan kt sini blh feeling2 duk korea bi.. Hihi

Reply
avatar
21.9.15

Ampang tu dah dekat dah..tempatnya pun boleh tahan

Reply
avatar
23.9.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
7.10.15

tempat ni memg cantik tp masih belum sempat nak try kt sini

Reply