Saturday, September 19, 2015

PIZZA JEPUN PUNYA STYLE | RAKU PIZZA | SUBANG JAYA



PIZZA JEPUN PUNYA STYLE | RAKU PIZZA | SUBANG JAYA  | Siapa belum pernah makan pizza kat sini lagi?? Haaa kalau masih belum cuba, jom baca entri ni terlebih dahulu. Baru-baru ni ena diberi kesempatan untuk review restoran Raku Pizza yang terletak di Subang Jaya. Ini pun merupakan kali pertama ena rasa pizza kat sini, selama ni hanya layan pizza di Pizza Hut dengan Domino Pizza. So, nak tahu juga apa kelainan Raku Pizza ni berbanding pizza yang lain.

Keistimewaan Raku Pizza ni adalah segala toping, sos dan bahan-bahan yang digunakan adalah daripada makanan yang mai dari negara terbit matahari iaitu negara Jepun. Haaa, menarikkann?? Sebab itulah ena nak mencuba pizza ni sangat-sangat. Alhamdulillah la, terima kasih blogger kak Ruby.My atas jemputan ke mari untuk review tempat ni. So, kalau nak tahu menu yang ena makan di sini, sila teruskan pembacaan you all. Mekaceh.


RAKU PIZZA SUBANG JAYA


Raku Pizza ini terletak di Jalan SS15/4D Subang Jaya. Bagi mereka yang duduk atau menetap di Subang mungkin tahu di mana Jalan SS15/4D ini berada. Kepada yang tak tahu, macam biasa gunalah Waze atau Google Map. Ena pun ke mari dengan bantuan waze juga. Alhamdulillah la, tak sesat pun kalau pandai baca, Ahaks. Kalau tak nak lagi sesat, bawah ni ena letak alamat tempat makan ini. So, sila search alamat ni di Waze ye. Hope membantu you all.


ALAMAT:
Raku Pizza
No 80, Jalan SS15/4D,
47500 Subang Jaya,
Selangor

MASA OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Waktu: 11 am- 10pm





Untuk pengetahuan you all, Raku Pizza merupakan tempat makan yang menyediakan pizza yang boleh kita pilih sendiri dari segi toping, sos dan sebagainya lagi, pertama di Malaysia. Ala-ala Subway gittew. Namun, kalau malas nak pilih, you all still boleh pilih Signature Pizza dari restoran ini. So, dont worry be happy.

Berikut adalah cara-cara atau panduan untuk you all yang teringin DIY pizza di sini.



1) Pilih Roti Pizza



2) Pilih Sos



3) Pilih Topping 



P/S: Kalau nak sedap, jangan pilih semua sos atau topping sebab you all tak dapat rasa kelainannya. Memandangkan tiada limit untuk piluhan sos dan topping, namun janganlah letak semua sekali ye. Melimpah ruah jadinya nanti. Membazir.



MENU SIGNATURE PIZZA YANG ENA CUBA

Seterusnya, ena nak kongsikan beberapa Signature Raku Pizza yang ena cuba pada hari tersebut. Signature Pizza adalah menu pizza yang telah ditetapkan topping, sos dan sebagainya oleh pihak mereka. So, kita pilih je la dalam senarai buku menu.



NAMA MENU: Sukarajima Lava (Pilihan Ramai!!)
BAHAN: Teriyaki Sos, Cheese, Grill Chicken, Sweet Onion, Onsen Tamago, Japanese Mayo, Shredded Seaweed



NAMA MENU: Fujiyama Sunrice
BAHAN:  Cheese, Egg, Japanese Mayo, Okonomi Sos, Rice Sweaweed & with Choice of Chicken Sausage, Chicken Ham, Karage Chicken / Beef Pepperoni



NAMA MENU: Americano Sumo
BAHAN: Cheese, Beef Peperoni, Sweet Onion, Sweet Corn, Wasabi Mayo, Shredded Seaweed



NAMA MENU: Edo Samurai (Paling Ena Suka!!)
BAHAN: Cheese, Karage Chicken, Sweet Onion, Okonomi Sos, Japanese Sos, Bonito Flakes, Shredded Seaweed



ENA PUNYA DO IT YOURSELF (DIY) RAKU PIZZA


Tak ada nama untuk pizza DIY ena ni sebab main pilih je topping, roti dengan sos. Namun, bukan ena yang pilih tapi partner foodhunter ena yang pilih iaitu Yazid sebab dia punya taste lebih hebat dan lebih tinggi daripada ena. Ahaks. Apapun, memang sedap gila pizza DIY ena ni. Nyumms.

So, berikut adalah bahan-bahan yang dipilih bagi DIY pizza ena.


ROTI:
Herbs

SOS:
Teriyaki Sos
Miso
Japanese Mayo

TOPPING:
Bonito Flakes
Mozzarella Cheese
Soft-Shell Crabs
Beef Pepperoni
Grill Chicken
Mushroom
Shredded Seaweed



KOMEN ENA MENGENAI RAKU PIZZA


Bagi pendapat ena, ena suka pizza jenis ni sebab rotinya tidak terlampu tebal. Lepas tu, yang syok boleh buat pizza sendiri dan bahan-bahannya pun lain daripada yang lain. Seperti yang ena dah katakan di atas, semua bahan yang digunakan adalah daripada makanan Jepun. Well, I love Japanese Cuisine

Selain itu, kedainya pun bersih dan selesa untuk menjamu selera di sini. Cuma kekurang kat sini adalah susah nak cari parking kereta. Apapun, ena puas hati, rasanya pun sedap dan harganya pun berpatutan. My tummy very happy bila dapat makan pizza Jepun punya style ni. Alhamdulillah.


DETAILS RAKU PIZZA




Dibawah ini beberapa details mengenai Raku Pizza yang ena nak kongsikan kepada you all bagi memudahkan you all untuk hubungi pihak mereka.



FACEBOOK:

INSTAGRAM:

EMAIL:

NO.TEL:
03-56312188




Share

Other Article

PIZZA JEPUN PUNYA STYLE | RAKU PIZZA | SUBANG JAYA
4/ 5
Oleh

7 Comments

Comments
avatar
21.9.15

Dah lama tak makan pizza BigBoss tak suka ...

Reply
avatar
21.9.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
23.9.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
24.9.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
25.9.15 This comment has been removed by a blog administrator.

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)