MASAKAN THAI TERBAIK DI KUANTAN | SARA THAI KITCHEN
MASAKAN THAI TERBAIK DI KUANTAN | SARA THAI KITCHEN | Pergi tanpa dirancang, so memang main serbu je ni. Malam semalam, ena dengan housemates pergi makan malam kat luar tapi tak tahu nak pergi makan kat mana di area bandar Kuantan ni. Memang ada banyak kedai makan cuma takut tak memuaskan sahaja.
Ena survey kat google, kebanyakkan blogger menyatakan Sara Thai Kitchen ni best, makanan pun sedap dan pelbagai lagilah. So, alang-alang dah ke Bandar Kuantan, ena dengan housemates terus datang kemari untuk cuba try test makan malam di sini.
Sara Thai Kitchen, menekan masakan daripada negara Thailand. Ena suka masakan Thailand sebab sedap dan rasanya pun aumm aumm. So, ena agak yakin nak makan malam kat sini. Selain itu, Sara Thai Kitchen juga ada banyak cawangan sebenarnya tetapi yang ena tahu Sara Boat Noodle sahaja. Kawan ena pernah makan Sara Boat Noodlesnya, dia cakap biasa-biasa je. Ena je belum lagi, so next time, ena nak try Sara Boat Noodles pula. Kedainya sebelah-sebelah sahaja, so senanglah nanti.
Ena datang kemari dengan bantuan kawan ena, tanpa menggunakan Waze. Lagipun, ena tak kekok sangat bawa kereta kat Kuantan ni, dah biasa. Bagi mereka yang tak tahu tempat ni dimana, boleh wazekan sahaja alamat kedai ini. Dibawah ni ena tampilkan alamat dan masa operasi kedai makan ini.
ALAMAT:
B42, Tingkat Bawah Jalan Gambut,
25100 Kuantan, Pahang
MASA OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Masa: 1pm - 11pm
KOMEN ENA TENTANG SARA THAI KITCHEN
Masa ena datang kemari memang ramai sangat pelanggan di kedai ni, so ena fikir
mesti sedap makanan kat sini. Nasib baiklah ada meja kosong satu
untuk kami berdua. Suasana kedainya pun boleh dikatakan bersih. Tapi mungkin masa ni ramai orang datang, so agak serabut jugalah. Apapun, pelayannya sangat ramah, cepat ambil order dan baik je melayan kami. Alhamdulillah.
Cuma kekurangan kat sini, susah nak cari parking sebab ruang parkingnya agak terhad. Dengan keadaan jalan Kuantan ni agak memeningkan, so hati-hati nak masuk simpang kat sini. Kalau terlepas, kena pusing entah kemana pula. Uhuks.
MENU YANG ENA PILIH
Berikut adalah menu yang ena pilih. Lupa nak snap gambar menu yang housemates ena pilih sebab perut dah kelaparan, so tak sabar dah nak ngap ngap.
Nasi Goreng Sara Thai
Sedap sangat hoii hoii!. Kawan ena punya menu pun sedap juga, memang cukup rasa masakannya. Nasi goreng ena ni ada sotong, ada udang. Sotongnya besar-besar, banyak pula tu. Nampak je simple kan, tapi pedas jugalah rasanya. Memang tak cukup satu pinggan, tapi kena kawal makan sebab dah waktu malam. Ahaks.
Teringin nak makan pulut mangga kat sini, tapi dah habis. Ena tengok setiap meja pelanggan, mereka ada order pulut mangga. Mesti sedap, huaaaa, next timelah pergi beli. Apapun, ena tak menyesal datang makan malam kat sini. Sesuai sangat nak ajak ahli keluarga atau kawan-kawan makan malam secara berjemaah kat sini. Walaupun harganya boleh tahan mahal bagi student seperti ena ni, tapi kepuasan itu penting.
Oleh itu, kepada yang berada di Kuantan tu, jemputlah singgah kat sini ye. Itu sahaja perkongsian yang tidak seberapa daripada ena.
16 Comments
Nyum.. Nampak menyelerakan..
ReplyDeletekenapa nasi dia macam sikit..hehee
ReplyDeletewow.. sotong tu nampak nyum2..
ReplyDeleteSedap nampak nyer tu ... Akak pernah duk Kuantan dulu, erk Nara Tomyam ada lagi ker ?
ReplyDeleteNangis baca entri ni. Nampak sotong kt nasi tu sedap!!
ReplyDeleteKdg tmpt mkn sdp tp parking ssh, ssh jgk kan. :'(
sedapnya ina..nanti nak terjah Kuantan boleh akk singgah sini
ReplyDeleteNampak sedap tu Ina! Kat Batu 10 Gambang ada Sara Thai Kitchen jugak ... depan kuarters akak je. Tapi tak pernah masuk situ pun hehe.Tak pasti ada ke lagi tak restoran tu :)
ReplyDeleteBestnya makanan thai. Akak ada juga beberapa kali came across good reviews tentang tempat makan ni.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete