Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Thursday, September 24, 2015

LAYAN MAKANAN BERASASKAN SEAFOOD | MANHATTAN ECM KUANTAN


LAYAN MAKANAN BERASASKAN SEAFOOD | MANHATTAN ECM KUANTAN  | Pada hari Jumaat minggu lepas, ena dengan housemates berancang untuk makan tengahari bersama-sama lepas habis waktu kelas. Jenuh fikir nak makan kat mana sebab selalunya kedai makan kat sini hidup pada waktu malam. Pusing-pusing satu bandar Kuantan, akhirnya ena pilih untuk makan kat Manhattan Fish Market di East Coast Mall (ECM).

Ini merupakan pertama kali ena makan kat sini dan menu paling ena teringin nak rasa kat sini adalah Lobster. Tapi bila dah berada kat Manhattan Fish Market, tengok menu yang set lobster, mashaAllah terbeliak mata ena tengok hargaaanyaaaaaaaa. Har har har, next time la rasa menu Lobsternya. Pilih menu yang mana mampu di bayar sahaja.


THE MANHATTAN ECM 


Manhattan Fish Market ini mempunyai banyak cawangan di Malaysia dan kali ini ena cuba di cawangan East Cost Mall (ECM), Kuantan. Kedai makan ini berada di Groudfloor dan diluar kaki lima mall. Sebelum masuk pintu utama ECM ni, you all akan nampak kedai makan ini, yang bersebelahan dengan Coffee Bean dan Starbucks.

You all boleh pilih belah mana tempat duduk yang you all rasa selesa, sama ada dalam kedai (Penghawa dingin) atau diluar kedai (tidak berpenghawa dingin), angin semula jadi. Ahaks. Tiada cas pun untuk tempat dua-dua jenis tempat duduk ni. So pilihlah ikut kesukaan sendiri. Masa ni cuaca agak panas, so ena pilih untuk makan di dalam kedai. 







MENU YANG DIPILIH

Kat sini, semua menu berasaskan makanan laut dan juga side dishes yang lain sepeti kentang, sayur-sayuran dan pelbagai lagilah. So bagi mereka yang tak makan daging atau tak lalu dah nak makan benda berdaging, boleh la cuba try test makan kat sini. Ena puas hati makan kat sini sebab banyak dan mengenyangkan. Even harganya agak mahal tapi berbaloi dengan apa yang dihidangkan.



Berikut adalah menu yang ena cuba try test dan juga menu yang housemates ena pilih. Jom cuci mata you all dengan makanan yang ena nak share ketika makan di The Manhattan Fish Market. Selamat menahan nafsu makan. Ahaks.



CHICKY MONKEY. Banana + Chocolate. Smooth je rasa benda ni tapi lemak berkrim jugalah. Recommended untuk rasa air ni, sedap sangat. Ena suka! Cuma mungkin tak sesuai untuk diminum dengan makanan yang heavy.



SPAGETTI IN THE SEA. Menu pilihan housemate ena, Fatin Amira.Kuahnya sedap, pekat dan cukup rasa, cuma kuantiti pastanya agak sedikit kalau nak bandingkan Manhattan cawangan yang lain. Ni apa yang dikomen oleh housemate ena la. Rasa tetap sama.



SPICY BAKED FISH SET. Kepada yang suka pedas, you all wajar untuk pilih yang ini. Kat menu pun dah ada warning bagi makanan yang betul-betul pedas. Masa ena rasa Spicy Baked Fish tu, perghhh panaaasss jee rasa telinga ni.



Set pilihan hati ena, SMALL GRILL SET. Menu paling mahal antara menu kawan-kawan ena yang lain. Ahaks. Sebab mahal, ada udang, ada sotong, ada kentang, ada ikan, ada nasi. Penuhhh sampai ena tak habis makan. Bagi sedikit kat housemates sebab takut membazir.


ALAMAT THE MANHATTAN FISH MARKET CAWANGAN KUANTAN

Di bawah ini ena sharekan kepada you all alamat dan details The Manhattan Fish Market cawangan East Cost Mall (ECM) Kuantan. Hope dapat membantu sekira ada yang memerlukan details kedai makan ini.



ALAMAT:
Manhattan Fish Market
GF07 Alfresco, East Cost Mall
Jalan Putra Square 6,
25250 Kuantan, Pahang.

EMAIL:

NO.TEL:
09-5124140 / 012-3252827



Share

Other Article

LAYAN MAKANAN BERASASKAN SEAFOOD | MANHATTAN ECM KUANTAN
4/ 5
Oleh

13 Comments

Tulis Comments
avatar
24.9.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
25.9.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
25.9.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
25.9.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
25.9.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
25.9.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
26.9.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
27.9.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
30.9.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
30.9.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
30.9.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
1.10.15 This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
2.10.15

menarik set yang Ena order tu..nyummylicious

Reply