Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Monday, September 14, 2015

JEREBU SEPTEMBER 2015 | KUANTAN PAHANG


JEREBU SEPTEMBER 2015 | KUANTAN PAHANG | Bila bangun pagi atau ketika tunggu bas untuk ke kulliyah, selalu cuci mata melihat langit membiru, gunung menghijau. Tetapi sejak negara Malaysia dilanda jerebu ni, tiada lagi permandangan seindah itu semua lagi. Ya Allah, masa cuaca elok sebelum ni tak reti nak bersyukur, bila dah jadi macam ni baru nak tercari-cari.

Walaupun haze as known as jerebu di tempat ena ini iaitu Kuantan Pahang tak sehebat dan tak seteruk seperti di Kuala Lumpur, tapi ena still rasa tak selesa. Mata jadi sakit, kepala ena cepat pening dan badan dah rasa tak berapa nak sihat dah.  Kawan-kawan ena yang lain dah mula start pakai mask sebagai perlindungan diri daripada jerebu.


Depan Kuantan Parade

Malap jee suasana kat bandar Kuantan ni. Tengok pun tak selera. Mana taknya, cahaya matahari dilindungi oleh asap jerebu yang kian menebal. Baru pukul 1 petang tapi keadaan macam dah nak 7 malam. Itu baru kat Kuantan, kalau kat tempat lain yang lebih teruk tu, tak tahulah macam mana keadaannya.


View sebahagian UIAM dari jendela bilik ena.

Malam je suasana, padahal baru pukul 3 petang.

Apapun kita sebagai hamba Allah SWT, jom beramai-ramai mendoakan supaya masalah jerebu ini dapat diatasi secepat mungkin. Semoga diri kita dan keluarga masing-masing dilindungi oleh Allah SWT daripada penyakit yang berbahaya. InshaAllah, Allah itu Maha Mengasihani dan Maha Berkuasa.

Di sini beberapa amalan yang ena amalkan pada diri sendiri ketika jerebu. Semoga dapat membantu para pembaca blog ena :-

1) Minum air kosong banyak.

2) Kurangkan aktiviti di luar bangunan

3) Pakai mask

4) Jangan skip mandi dan jangan skip basahkan rambut



Share

Other Article

JEREBU SEPTEMBER 2015 | KUANTAN PAHANG
4/ 5
Oleh

5 Comments

Tulis Comments
avatar
15.9.15

Alahaiiii...hari raya haji nanti kak ju nak balik kg suami kt kuantan...Balok. Tapi serius tgk makin teruk ye jerebu disana...jaga diri ye ena.

Reply
avatar
15.9.15

Moga lepas ni hujan turun lebat2 utk kurangkan jerebu.

Reply
avatar
15.9.15

tu la sama la kita anak anak pun dah mula batuk batuk


2 Petua Mudah Hadapi Jerebu

Reply
avatar
21.9.15

kat kuala lumpur lagi la

Reply
avatar
23.9.15 This comment has been removed by a blog administrator.