Thursday, September 24, 2015

LAYAN MAKANAN BERASASKAN SEAFOOD | MANHATTAN ECM KUANTAN


LAYAN MAKANAN BERASASKAN SEAFOOD | MANHATTAN ECM KUANTAN  | Pada hari Jumaat minggu lepas, ena dengan housemates berancang untuk makan tengahari bersama-sama lepas habis waktu kelas. Jenuh fikir nak makan kat mana sebab selalunya kedai makan kat sini hidup pada waktu malam. Pusing-pusing satu bandar Kuantan, akhirnya ena pilih untuk makan kat Manhattan Fish Market di East Coast Mall (ECM).

Ini merupakan pertama kali ena makan kat sini dan menu paling ena teringin nak rasa kat sini adalah Lobster. Tapi bila dah berada kat Manhattan Fish Market, tengok menu yang set lobster, mashaAllah terbeliak mata ena tengok hargaaanyaaaaaaaa. Har har har, next time la rasa menu Lobsternya. Pilih menu yang mana mampu di bayar sahaja.


THE MANHATTAN ECM 


Manhattan Fish Market ini mempunyai banyak cawangan di Malaysia dan kali ini ena cuba di cawangan East Cost Mall (ECM), Kuantan. Kedai makan ini berada di Groudfloor dan diluar kaki lima mall. Sebelum masuk pintu utama ECM ni, you all akan nampak kedai makan ini, yang bersebelahan dengan Coffee Bean dan Starbucks.

You all boleh pilih belah mana tempat duduk yang you all rasa selesa, sama ada dalam kedai (Penghawa dingin) atau diluar kedai (tidak berpenghawa dingin), angin semula jadi. Ahaks. Tiada cas pun untuk tempat dua-dua jenis tempat duduk ni. So pilihlah ikut kesukaan sendiri. Masa ni cuaca agak panas, so ena pilih untuk makan di dalam kedai. 







MENU YANG DIPILIH

Kat sini, semua menu berasaskan makanan laut dan juga side dishes yang lain sepeti kentang, sayur-sayuran dan pelbagai lagilah. So bagi mereka yang tak makan daging atau tak lalu dah nak makan benda berdaging, boleh la cuba try test makan kat sini. Ena puas hati makan kat sini sebab banyak dan mengenyangkan. Even harganya agak mahal tapi berbaloi dengan apa yang dihidangkan.



Berikut adalah menu yang ena cuba try test dan juga menu yang housemates ena pilih. Jom cuci mata you all dengan makanan yang ena nak share ketika makan di The Manhattan Fish Market. Selamat menahan nafsu makan. Ahaks.



CHICKY MONKEY. Banana + Chocolate. Smooth je rasa benda ni tapi lemak berkrim jugalah. Recommended untuk rasa air ni, sedap sangat. Ena suka! Cuma mungkin tak sesuai untuk diminum dengan makanan yang heavy.



SPAGETTI IN THE SEA. Menu pilihan housemate ena, Fatin Amira.Kuahnya sedap, pekat dan cukup rasa, cuma kuantiti pastanya agak sedikit kalau nak bandingkan Manhattan cawangan yang lain. Ni apa yang dikomen oleh housemate ena la. Rasa tetap sama.



SPICY BAKED FISH SET. Kepada yang suka pedas, you all wajar untuk pilih yang ini. Kat menu pun dah ada warning bagi makanan yang betul-betul pedas. Masa ena rasa Spicy Baked Fish tu, perghhh panaaasss jee rasa telinga ni.



Set pilihan hati ena, SMALL GRILL SET. Menu paling mahal antara menu kawan-kawan ena yang lain. Ahaks. Sebab mahal, ada udang, ada sotong, ada kentang, ada ikan, ada nasi. Penuhhh sampai ena tak habis makan. Bagi sedikit kat housemates sebab takut membazir.


ALAMAT THE MANHATTAN FISH MARKET CAWANGAN KUANTAN

Di bawah ini ena sharekan kepada you all alamat dan details The Manhattan Fish Market cawangan East Cost Mall (ECM) Kuantan. Hope dapat membantu sekira ada yang memerlukan details kedai makan ini.



ALAMAT:
Manhattan Fish Market
GF07 Alfresco, East Cost Mall
Jalan Putra Square 6,
25250 Kuantan, Pahang.

EMAIL:

NO.TEL:
09-5124140 / 012-3252827



More Nyummy Here

Sunday, September 20, 2015

MASAKAN THAI TERBAIK DI KUANTAN | SARA THAI KITCHEN


MASAKAN THAI TERBAIK DI KUANTAN | SARA THAI KITCHEN | Pergi tanpa dirancang, so memang main serbu je ni. Malam semalam, ena dengan housemates pergi makan malam kat luar tapi tak tahu nak pergi makan kat mana di area bandar Kuantan ni. Memang ada banyak kedai makan cuma takut tak memuaskan sahaja.

Ena survey kat google, kebanyakkan blogger menyatakan  Sara Thai Kitchen ni best, makanan pun sedap dan pelbagai lagilah. So, alang-alang dah ke Bandar Kuantan, ena dengan housemates terus datang kemari untuk cuba try test makan malam di sini.


SARA THAI KITCHEN


Sara Thai Kitchen, menekan masakan daripada negara Thailand. Ena suka masakan Thailand sebab sedap dan rasanya pun aumm aumm. So, ena agak yakin nak makan malam kat sini. Selain itu, Sara Thai Kitchen juga ada banyak cawangan sebenarnya tetapi yang ena tahu Sara Boat Noodle sahaja. Kawan ena pernah makan Sara Boat Noodlesnya, dia cakap biasa-biasa je. Ena je belum lagi, so next time, ena nak try Sara Boat Noodles pula. Kedainya sebelah-sebelah sahaja, so senanglah nanti.

Ena datang kemari dengan bantuan kawan ena, tanpa menggunakan Waze. Lagipun, ena tak kekok sangat bawa kereta kat Kuantan ni, dah biasa. Bagi mereka yang tak tahu tempat ni dimana, boleh wazekan sahaja alamat kedai ini. Dibawah ni ena tampilkan alamat dan masa operasi kedai makan ini.


 ALAMAT:
B42, Tingkat Bawah Jalan Gambut,
25100 Kuantan, Pahang

MASA OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Masa: 1pm - 11pm




KOMEN ENA TENTANG SARA THAI KITCHEN

Masa ena datang kemari memang ramai sangat pelanggan di kedai ni, so ena fikir mesti sedap makanan kat sini. Nasib baiklah ada meja kosong satu untuk kami berdua. Suasana kedainya pun boleh dikatakan bersih. Tapi mungkin masa ni ramai orang datang, so agak serabut jugalah. Apapun, pelayannya sangat ramah, cepat ambil order dan baik je melayan kami. Alhamdulillah.

Cuma kekurangan kat sini, susah nak cari parking sebab ruang parkingnya agak terhad. Dengan keadaan jalan Kuantan ni agak memeningkan, so hati-hati nak masuk simpang kat sini. Kalau terlepas, kena pusing entah kemana pula. Uhuks.


MENU YANG ENA PILIH

Berikut adalah menu yang ena pilih. Lupa nak snap gambar menu yang housemates ena pilih sebab perut dah kelaparan, so tak sabar dah nak ngap ngap.


Nasi Goreng Sara Thai


Sedap sangat hoii hoii!. Kawan ena punya menu pun sedap juga, memang cukup rasa masakannya. Nasi goreng ena ni ada sotong, ada udang. Sotongnya besar-besar, banyak pula tu. Nampak je simple kan, tapi pedas jugalah rasanya. Memang tak cukup satu pinggan, tapi kena kawal makan sebab dah waktu malam. Ahaks.

Teringin nak makan pulut mangga kat sini, tapi dah habis. Ena tengok setiap meja pelanggan, mereka ada order pulut mangga. Mesti sedap, huaaaa, next timelah pergi beli. Apapun, ena tak menyesal datang makan malam kat sini. Sesuai sangat nak ajak ahli keluarga atau kawan-kawan makan malam secara berjemaah kat sini. Walaupun harganya boleh tahan mahal bagi student seperti ena ni, tapi kepuasan itu penting.

Oleh itu, kepada yang berada di Kuantan tu, jemputlah singgah kat sini ye. Itu sahaja perkongsian yang tidak seberapa daripada ena. 





More Nyummy Here

PERTAMA KALI RASA AISKRIM WHITE ALMOND | MAGNUM


PERTAMA KALI RASA AISKRIM WHITE ALMOND | MAGNUM |  Ena merupakan seorang penggemar Magnum yang tegar. Dulu selalu beli memandangkan kat kiosk hostel as known as Mahallah ena pun ada jual segala jenis Magnum. Cuma sekarang tengah kawal beli sebab takut dapat diabetes atau obesiti pula nanti. Ahaks.

Baru-baru ni, aiskrim Magnum telah mengeluarkan perisa yang terbaru iaitu White Almond. Aiskrim ini disaluti dengan White Chocolate atau Cokolat Putih dan disulami dengan kacang Almond yang telah dihancurkan. Namun, ena baru sahaja nak cuba try test semalam. Memandangkan kat sini ada jual, terus ena beli satu untuk mengetahui bagaimana rasa White Almond ni.


KOMEN ENA MENGENAI AISKRIM WHITE ALMOND.

Ena suka White Almond ni sebab rasa chocolate putihnya sangat mantap dan aumm aummm. Mungkin akan rasa sedikit muak sebab rasa cokolat putih ni macam susu. Tapi ena suka susu, so tiada masalah bagi ena. Bagi mereka yang tak gemar susu mungkin tak berapa suka kot.

Tapi, masih tak boleh lawan yang perisa Chocolate Almond punya. Chocolate Almond tetap menjadi pilihan yang pertama di hati ena. Ena penggemar Chocolate dan penggemar Coffee. Apapun, jangan lupa mencuba perisa White Almond dari Magnum ni ye.


More Nyummy Here

Saturday, September 19, 2015

PIZZA JEPUN PUNYA STYLE | RAKU PIZZA | SUBANG JAYA



PIZZA JEPUN PUNYA STYLE | RAKU PIZZA | SUBANG JAYA  | Siapa belum pernah makan pizza kat sini lagi?? Haaa kalau masih belum cuba, jom baca entri ni terlebih dahulu. Baru-baru ni ena diberi kesempatan untuk review restoran Raku Pizza yang terletak di Subang Jaya. Ini pun merupakan kali pertama ena rasa pizza kat sini, selama ni hanya layan pizza di Pizza Hut dengan Domino Pizza. So, nak tahu juga apa kelainan Raku Pizza ni berbanding pizza yang lain.

Keistimewaan Raku Pizza ni adalah segala toping, sos dan bahan-bahan yang digunakan adalah daripada makanan yang mai dari negara terbit matahari iaitu negara Jepun. Haaa, menarikkann?? Sebab itulah ena nak mencuba pizza ni sangat-sangat. Alhamdulillah la, terima kasih blogger kak Ruby.My atas jemputan ke mari untuk review tempat ni. So, kalau nak tahu menu yang ena makan di sini, sila teruskan pembacaan you all. Mekaceh.


RAKU PIZZA SUBANG JAYA


Raku Pizza ini terletak di Jalan SS15/4D Subang Jaya. Bagi mereka yang duduk atau menetap di Subang mungkin tahu di mana Jalan SS15/4D ini berada. Kepada yang tak tahu, macam biasa gunalah Waze atau Google Map. Ena pun ke mari dengan bantuan waze juga. Alhamdulillah la, tak sesat pun kalau pandai baca, Ahaks. Kalau tak nak lagi sesat, bawah ni ena letak alamat tempat makan ini. So, sila search alamat ni di Waze ye. Hope membantu you all.


ALAMAT:
Raku Pizza
No 80, Jalan SS15/4D,
47500 Subang Jaya,
Selangor

MASA OPERASI:
Hari: Isnin - Ahad
Waktu: 11 am- 10pm





Untuk pengetahuan you all, Raku Pizza merupakan tempat makan yang menyediakan pizza yang boleh kita pilih sendiri dari segi toping, sos dan sebagainya lagi, pertama di Malaysia. Ala-ala Subway gittew. Namun, kalau malas nak pilih, you all still boleh pilih Signature Pizza dari restoran ini. So, dont worry be happy.

Berikut adalah cara-cara atau panduan untuk you all yang teringin DIY pizza di sini.



1) Pilih Roti Pizza



2) Pilih Sos



3) Pilih Topping 



P/S: Kalau nak sedap, jangan pilih semua sos atau topping sebab you all tak dapat rasa kelainannya. Memandangkan tiada limit untuk piluhan sos dan topping, namun janganlah letak semua sekali ye. Melimpah ruah jadinya nanti. Membazir.



MENU SIGNATURE PIZZA YANG ENA CUBA

Seterusnya, ena nak kongsikan beberapa Signature Raku Pizza yang ena cuba pada hari tersebut. Signature Pizza adalah menu pizza yang telah ditetapkan topping, sos dan sebagainya oleh pihak mereka. So, kita pilih je la dalam senarai buku menu.



NAMA MENU: Sukarajima Lava (Pilihan Ramai!!)
BAHAN: Teriyaki Sos, Cheese, Grill Chicken, Sweet Onion, Onsen Tamago, Japanese Mayo, Shredded Seaweed



NAMA MENU: Fujiyama Sunrice
BAHAN:  Cheese, Egg, Japanese Mayo, Okonomi Sos, Rice Sweaweed & with Choice of Chicken Sausage, Chicken Ham, Karage Chicken / Beef Pepperoni



NAMA MENU: Americano Sumo
BAHAN: Cheese, Beef Peperoni, Sweet Onion, Sweet Corn, Wasabi Mayo, Shredded Seaweed



NAMA MENU: Edo Samurai (Paling Ena Suka!!)
BAHAN: Cheese, Karage Chicken, Sweet Onion, Okonomi Sos, Japanese Sos, Bonito Flakes, Shredded Seaweed



ENA PUNYA DO IT YOURSELF (DIY) RAKU PIZZA


Tak ada nama untuk pizza DIY ena ni sebab main pilih je topping, roti dengan sos. Namun, bukan ena yang pilih tapi partner foodhunter ena yang pilih iaitu Yazid sebab dia punya taste lebih hebat dan lebih tinggi daripada ena. Ahaks. Apapun, memang sedap gila pizza DIY ena ni. Nyumms.

So, berikut adalah bahan-bahan yang dipilih bagi DIY pizza ena.


ROTI:
Herbs

SOS:
Teriyaki Sos
Miso
Japanese Mayo

TOPPING:
Bonito Flakes
Mozzarella Cheese
Soft-Shell Crabs
Beef Pepperoni
Grill Chicken
Mushroom
Shredded Seaweed



KOMEN ENA MENGENAI RAKU PIZZA


Bagi pendapat ena, ena suka pizza jenis ni sebab rotinya tidak terlampu tebal. Lepas tu, yang syok boleh buat pizza sendiri dan bahan-bahannya pun lain daripada yang lain. Seperti yang ena dah katakan di atas, semua bahan yang digunakan adalah daripada makanan Jepun. Well, I love Japanese Cuisine

Selain itu, kedainya pun bersih dan selesa untuk menjamu selera di sini. Cuma kekurang kat sini adalah susah nak cari parking kereta. Apapun, ena puas hati, rasanya pun sedap dan harganya pun berpatutan. My tummy very happy bila dapat makan pizza Jepun punya style ni. Alhamdulillah.


DETAILS RAKU PIZZA




Dibawah ini beberapa details mengenai Raku Pizza yang ena nak kongsikan kepada you all bagi memudahkan you all untuk hubungi pihak mereka.



FACEBOOK:

INSTAGRAM:

EMAIL:

NO.TEL:
03-56312188




More Nyummy Here

Wednesday, September 16, 2015

MOVIE REVIEW | MAZE RUNNER THE SCORCH TRIALS


MOVIE REVIEW | MAZE RUNNER THE SCORCH TRIALS | Pada Sabtu yang lepas iaitu 3 dua hari selepas Maze Runner musim yang terbaru keluar, ena dengan kawan ena pergi tengok cerita ni di Shamelin Mall. Tak plan pun nak pergi tengok cerita ni, tapi dah tak tahu nak buat apa, so inilah choice terakhir. Well, ena ni bukan suka sangat tengok wayang. Uhuks.

Entri kali ini ena nak cerita la sedikit pendapat ena mengenai movie Maze Runner The Scorch Trials ni. Mungkin ramai yang dah tengok tapi ena nak story mory juga. Sebelum itu, siapa suka tengok cerita Maze Runner, sila angkat tangan? So, anda anda yang suka tu boleh jadi geng dengan ena. Ahaks.


SINOPSIS MAZE RUNNER THE SCORCH TRIALS


Maze Runner yang ini adalah sambungan daripada Maze Runner musim pertama. Untuk musim yang terbaru ini, movie ini menceritakan tentang Thomas (Hero) dan rakan-rakannya mendapat pertunjuk untuk mengungkap sebuah organisasi yang diberi nama WCKD. Saat mereka ke Storch iaitu daerah terpencil yang penuh rintangan dan tentangan yang menggerunkan dan tak dapat dibayangkan. Macam cerita hantu pun ada.

Sepanjang perjalanan mereka, banyak juga kejadian yang menyedihkan yang berlaku. Ada diantara rakan Thomas yang terkorban dan ada yang menganiaya mereka ketika cuba melarikan diri untuk mencari motif dan pernacangan organisasi WCKD. Cerita ni tiada berpenghunjung dan tiada penyelesaiannya lagi, so sila tunggu Maze Runner musim yang seterusnya pula.


PENDAPAT ENA MENGENAI MOVIE MAZE RUNNER THE SCORCH TRIALS


Bagi ena, Maze Runner kali ini best daripada sebelumnya cuma yang geram sebab kena tunggu Maze Runner seterusnya pula. Tak sabar nak tahu ending dia bagaimana. Banyak part-part yang menggerunkan, mencabar dan menyeramkan. Macam cerita hantu pun ada, dah nama pun 'RUNNER' sebab itulah banyak berlari sana sini. Bestlah, tak menyesal tengok.

Ena bagi ranking: 7/10



More Nyummy Here

Tuesday, September 15, 2015

EPHYRA BLOGGERS DAY | BERAMAH MESRA DENGAN DUTA EPHYRA


EPHYRA BLOGGERS DAY | BERAMAH MESRA DENGAN DUTA EPHYRA  Pada hari Sabtu yang lepas iaitu pada tarikh 12 / 9 / 2015, ena diberi kesempatan untuk join majlis 'Ephyra Blogger Day' yang diadakan di pejabat urusan Oceanlife Marketing Sdn Bhd, Platinum Walk Danau Kota, Setapak. Majlis ini bertujuan untuk mengembangkan dan mengukuhkan lagi penjenamaan Ephyra dengan kerjasama barisan para blogger, termasuklah diri ena. 

Selain itu, di majlis Ephyra  Blogger Day ini, ena dan rakan blogger yang berpeluang untuk beramah mesra dengan duta Ephyra iaitu Memey Suhaiza dan suaminya, Norman Hakim. Mereka berdua merupakan artis ternama di Malaysia, so ini merupakan peluang yang berharga bagi ena untuk mendekatkan diri dengan mereka sambil mendengar kisah-kisah mereka sejak menjadi pengguna Ephyra.


EPHYRA OCEANLIFE SDN BHD
 


Produk Ephyra ini merupakan minuman kesihatan yang sangat bagus dan telah terbukti keberkesanannya sejak tahun 2012 lagi. Ramai pengguna Ephyra memberi feedback yang positive mengenai produk ini dan malah ada juga mengamalkannya sampai sekarang. Bukan setakat di Malaysia, rakyat dari negara lain seperti Singapura dan Brunei turut menyukai produk ini. Selain itu, produk ini sesuai digunakan oleh setiap lapisan umur, tidak kira lelaki mahupun kaum wanita.


Bersama Duta dan Owner produk Ephyra

Produk Ephyra ini tercipta daripada idea dua adik-beradik iaitu Amiza Amiruddin (Perantara Pemasaran Perniagaan) dan Zafry Idzwan (Teraju Utama Syarikat). Demi meluaskan pemasaran produk, Oceanlife Marketing Sdn Bhd sentiasa optimis dalam bekerjasama dengan para blogger melalui pelbagai cara seperti review, kempen, aktiviti penajaan sehinggalah kepada skim program keusahawanan dan perniagaan.

Hal ini disebabkan penulisan dan pandangan blogger amat penting dalam mengviralkan produk Ephyra kepada masyarakat di luar sana.





FORMULASI MINUMAN KESIHATAN EPHYRA

Minuman kesihatan ini diformulasi melalui teknologi daripada Perancis dan menggabungkan kolagen ikan dengan ramuan semula jadi yang lain seperti Acai Berry, Acacia Gum, Salmon Ovary Peptide, Asthaxanthin, Tomato Powder dan pelbagi lagi. Kalau nak tahu selebihnya, boleh rujuk di website : www.oceanlife2u.com.




Kesemua bahan ini telah terbukti secara klinikal dengan memberi keberkesanan yang sangat memuaskan dengan mengekalkan kejelitaan secara semulajadi. Malahan, minuman kesihatan Ephyra ini sangat bagus bagi ibu yang mengandung dan menyusukan bayi kerana khasiat vitamin dan mineral yang tinggi yang terkandung didalamnya dapat disalurkan kepada bayi melalui penyusuan.





PRODUK TERBARU PENJENAMAAN LABEL EPHYRA


Pada tahun 2015, Oceanlife Marketing Sdn Bhd telah melancarkan tiga lagi produk terbaru iaitu Ephyra Skin Bar, Inteemor (Minuman Khas untuk Wanita) dan M2Flex (Minuman Bertenaga untuk Lelaki).

Jom ena nak story morry ketiga-tiga produk terbaru ni.



1) Ephyra Skin Bar

Ephyra Skin Bar diformulasikan 100% daripada bahan semulajadi dan khas untuk kegunaan muka dan badan. Skin bar ini dapat merawat masalah kulit seperti jerawat, parut jerawat dan jeragat. Selain itu, kebaikan skin bar dapat melembutkan serta menegangkan kulit badan atau muka, dan dapat mengawal kadar keluaran minyak pada kulit muka.




2) Inteemor

Inteemor merupakan minuman premium wanita yang dirumuskan khas untuk kesihatan dalaman dan keintiman seseorang wanita itu. Produk ini diperkayakan dengan pelbagai herba dan kandungan semulajadi yang telah terbukti zaman-berzaman.
 



3) M2Flex

Produk M2Flex pula adalah minuman bertenaga yang direka khas untuk kaum lelaki. Produk ini dapat mengaktifkan sel-sel otak dan otot, malah sangat sesuai diminum sebelum dan selepas melakukan aktiviti gym. Bagi mereka yang mahukan bentuk badan yang ideal, disarankan untuk mengambil M2Flex ini.




HUBUNGI PIHAK EPHYRA



Rangkaian produk Ephyra sesuai digunakan oleh seisi keluarga. Tambahan pula, harganya mampu dimiliki dan berbaloi dengan kesan yang positif yang bakal disaksikan oleh mereka yang mengamalkan produk Ephyra ini. 

Kepada yang ingin memiliki produk Ephyra atau mahu mengetahui lebih lanjut, you all boleh pergi terjah ke:-



WEBSITE:

FACEBOOK:




More Nyummy Here

Monday, September 14, 2015

RESTORAN MASAKAN KOREA YANG CANTIK | SWEETREE AMPANG



RESTORAN MASAKAN KOREA YANG CANTIK  | SWEETREE AMPANG  | Kepada yang suka dengan makanan daripada negara Korea, you all patut baca entri ini sebab kali ini ena nak perkenalkan satu restoran Korean Cuisine yang terletak di Ampang Putra, Ampang. Nama kedai makan tersebut adalah Sweetree.

Ena tertarik untuk kongsikan restoran ini kepada you all kerana dekorasi Sweetree ini menarik hati ena untuk kongsikan bersama dengan you all. Bila berada di dalam kedai makan ini, seolah-olah kita berada kberada di tempatyang  lain. Cantik sangat. Haaa, alau tak percaya, mohon scroll entri ini sampai bawah.


SWEETREE AMPANG


Sweetree ini terletak di Ampang Putra, Ampang. Bagi mereka yang stay kat Ampang mungkin tahu la kot tempat ni berada di mana. Kalau yang tak tahu, boleh waze alamat restoran ini. Nanti ena tampilkan alamat penuh serta detail yang lain.


MASA OPERASI:-
Monday - Saturday (Sunday Close)
10.30am - 11.00pm


Seperti yang ena katakan sebelum ini, Sweetree ini menekan makanan masakan daripada Korea. Semua menu kat sini daripada sana, so bagi mereka yang tak pernah makan Korean Cuisine dan teringin untuk merasainya, sangat disarankan untuk datang ke mari.



Apa yang menarik kedai makan ini adalah dekorasi dalamannya yang sangat auumm auummm. Teruja habis ketika ena jejak kaki kat sini. Dari pengamatan ena, ena dah boleh agak harga makanan kat sini berapa kadarnya. Its okay la, sebab dengan makanan ena tak berkira sangat. Tempat makan kat sini terbahagi kepada dua bahagian iaitu atas dan bawah, cuma kuantiti meja makannya tidaklah terlampau banyak. 

Di bawah ni ena nak share suasana dalaman Sweetree. You all pasti turut teruja sekali.

Tingkat bawah

Tangga untuk naik ke atas.

Tingkat atas


Selain itu, dalam kedai ini turut dihiasi dengan barangan perhiasan daripada Korea. Ada baju tradisional korea, ada kasut tradisional Korea, alat musik tradisional Korea dan pelbagai lagilah.Well, owner kedai ini memang berasal daripada Korea, jangan risau kedai ini telah disahkan halal dan bersih untuk dimakan.





MENU YANG DIPILIH

Benda lain yang menarik bagi ena adalah kita akan dihidangkan dengan side dishes dan bubur secara PERCUMA untuk para tetamu yang datang makan kat sini. So, memang puas hati la makan kat sini sebab dah la banyak kuantitinya, lepas tu dapat free side dishes pula. Kenyang habis bak anggg!!. Datang kat sini order air je pun dah memadai sebab dapat bubur nasi free. Ahaks.

Berikut adalah senarai menu yang ena dan partner foodhunter ena order.

SUBI (Sotong Tempura). Sedap, chruncy.

KIMCHI TOPOKI. First time makan, dah lama teringin nak rasa. Not bad rasanya tapi heavy juga, banyak pula tu. Memang tak habis makan.

ICE LEMON TEA. Kasi tekak lega bila makan makanan yang berat.

DOL SOK BI BIM BAB. Partner ena punya. My favourite ni sebab banyak sayur. Tapi sengaja pilih menu yang lain, nak merasa makanan yang baru.


Free Side Dishes:-

Bubur nasi dengan Kimchi

Tuala Basah yang panas dengan chopstick.

Makanan yang di campur dalam bubur nasi.


KOMEN ENA TENTANG MAKANAN DI SINI

Bagi ena, makanan kat sini sedang-sedang sahaja rasanya. Mungkin sebab ena ni jarang makan masakan Korea, so selagi tekak ni boleh terima maknanya makanan tu boleh dikatakan sedap. Yang ena suka makanan kat sini adalah platingnya yang simple serta kemas dan layanan yang tiptop daripada pelayan kedai ini. Rasa mewah gila bila berada di sini.

Kalau segi harga pula, makanan dan minuman kat sini boleh dikatakan mahal. Dua orang makan masa ni dan RM70, nak makan setahun sekali boleh la kot bagi student macam ena ni.


Memang tak habis ena makan masa ni, yela first time cuba try test. Main order je dan tak tahu pula banyak macam tu sekali. Lepas ni, satu dishes boleh kongsi untuk dua orang demi mengelakkan sebarang pembaziran makanan dan duit. Uhuks. Kesimpulannya, tidak menyesal la kalau makan kat sini.


DETAIL RESTORAN SWEETREE

Berikit adalah detail mengenai kedai makan ini untuk rujukan kepada you all. Semoga dapat membantu. Selamat mencuba ye.



ALAMAT:
Restoran Sweetree
No.13 L-1.2, Jalan Ampang Putra,
Taman Putra Sulaiman,
68000 Ampang,
Selangor

NO TEL:
03-42874685

EMAIL:

WEBSITE:






More Nyummy Here