Monday, August 17, 2015

TEMPAT JOGGING DI BANTING | BUKIT JUGRA


TEMPAT JOGGING DI BANTING | BUKIT JUGRA | Baru-baru ni, ena stay di Banting untuk beberapa hari atas sebab hal-hal yang tertentu. Pada suatu pagi, partner foodhunter ena, Yazid ajak pergi membakar lemak di satu tempat berbukit iaitu Bukit Jugra. Duduk kat Banting memang boleh kasi ena gemuk sebab makanan kat sini sedap-sedap belaka. Makan je kerja. Alamatnya, kalau tak exercise, habislah badan.


Ena dah lama nampak orang berphotoshoot la, hiking la dan macam macam lagi la kat area sini. Yang pasti, kali ini ena pergi bukan untuk hiking la sebab fizikal dan mental ena tak bersedia lagi untuk hiking. Ena ke sini hanya untuk jogging. Tapi sakit juga jogging kat kawasan berbukit ni, memang tak bersedia sungguh mental dan fizikal. Tambahan pula, ena ni dah lama tak pergi jogging, berkarat dah sendi-sendi ni. Mana tak nya, makan je tahu. Har Har Har.


BUKIT JUGRA, BANTING


Kat bukit ini ada jalan macam jalan raya untuk you all jogging. Kalau sekadar nak lepak kat puncak Bukit Jugra ni, you all boleh bawa kenderaan masing-masing naik ke atas. Sepanjang menaik ke puncak Bukit Jugra ni, you all akan menempuhi perkuburan Cina dan pokok hutan yang indah menghijau. Binatang seperti beruk serta anjing tak payah cakap la, memang berlambak tapi jangan risau mereka tak akan mengganggu kita.

Masa ena jogging ni, separuh jalan je dah rasa semput. Walaupun tengah semput, cekalkan juga diri ni untuk jalan sampai ke puncak bukit. Dalam tempoh 30 minit juga nak sampai ke puncak kalau you all hanya berjalan kaki. Kalau berlari atau berbasikal atau naik kenderaan, mungkin kurang daripada 30 minit.

Apapun, masa ena jogging ni, ena perati ramai bangsa Cina warga tua yang datang kemari untu berjogging. Mereka siap berlari-lari bersuka ria lagi. Ena pula yang semput melebih-lebih, muka monyok macam nak makan orang. Satu dua je orang Melayu yang ena nampak pergi jogging. No wonderlah orang Malaysia ni dikategorikan golongan obesiti paling tinggi dalam dunia.




Walaupun ena penat tapi ena syok sangat sebab banyak peluh keluar daripada badan. Ringan je rasa badan ni nak bergerak untuk melakukan Activity Daily Life (ADL). Mood pun okay sepanjang hari, perut pun tak meragam. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah.

Bila sampai kat puncak, memang berjam-jam la lepak kat atas sana. Berangin je dengan permandangan yang begitu indah. Sesuai sangat untuk terapi diri. 



Ini adalah salah satu cabaran diri untuk ena hiking nanti. Memandangkan ena tak pernah hiking dan inshaAllah bulan satu tahun depan ena berancang untuk pergi hiking di pergunungan. So, memang kena siap sedia dari sekarang. Partner ena memang dah biasa pergi hiking, so dia tak ada hal dengan semua ni. Jogging kat bukit ni pun tak berpeluh langsung dia. 




Kepada yang berada di area Banting tu, jangan lupa try berjogging kat sini ye. Nak sihat, kena lah rajin pergi jogging. Jangan harapkan supplement je tapi tak jogging. Tak ada guna. Jom, amalkan gaya hidup yang sihat.



Share

Other Article

TEMPAT JOGGING DI BANTING | BUKIT JUGRA
4/ 5
Oleh

7 Comments

Comments
avatar
17.8.15

selalu gambar dengan makanan aje...tp badan selim aje...jeles la akak

Reply
avatar
17.8.15

kalau bukit akak lemah sikit, kalau taman tasik akak ok je hahaha.

Reply
avatar
17.8.15

Dah lama tak jogging memang lenguh2x la pasni lepas jogging. hahaha

Reply
avatar
17.8.15

dah lama nak pergi sini tapi tak sampai² lagi padahal rajin juga ke banting tu rumah abang fiza.

Reply
avatar
19.8.15

Kat sini ada aktiviti paragliding sekali kan, ena?

Reply
avatar
25.8.15

keluarkan peluh itu bagus..

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)