Thursday, August 06, 2015

SUASANA RAYA AIDILFITRI 2015 | TERJAH RUMAH BLOGGER



SUASANA RAYA AIDILFITRI 2015 | TERJAH RUMAH BLOGGER | Memandangkan bulan Syawal kian tiba dipenghujungnya, so kali ini ena nak cerita tentang kenangan ketika beraya di rumah rakan seblogger pada dua minggu yang lepas. Harap dah tak basi cerita ni. Hehehe.

Semua ni last minit punya plan dan perancangannya adalah ena sendiri. Pada mulanya nak pergi beraya pada hari Sabtu tapi ramai yang tak ada dirumah, so ena proceed pada hari keesokkannya iaitu hari Ahad. Pastinya kalau pergi seorang diri confirm tak syok, apalagi ena ajak lagi dua orang rakan blogger yang lain iaitu Nyna Nieyna dan Eina Falling Angel untuk ikut pergi beraya bersama dengan ena.


RUMAH EINA FALLING ANGEL


Rumah blogger yang pertama yang ena pergi terjah adalah rumah blogger Eina Falling Angel sebab nak pergi beraya sekali nanti dengan dia. Ena datang daripada Tanjong Malim terus ke Sungai Buloh exit Highway Guthrie. Senang je arah ke rumah dia, tak ada bersimpang siur, terima kasih Waze atas bantuan yang diberikan. Hehehe. Lepas tu, baru pickup blogger Nyna Nieyna di KTM Kuang.

Tak sempat nak bawak Nyna ke beraya ke rumah Eina FA sebab dah kesuntukkan masa sebab nak terus gerak ke rumah yang pula. Apapun, ena nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Eina FA sebab masakkan Spagetti yang super duper sedap semata-mata untuk jamu ena makan. Terharu sangat! Spagettunya ala-ala Carbonara tapi lagi sedap dari Carbonara. Auummm. Rindu pula masakan Eina FA. M





RUMAH BONI KACAK

Selepas itu, kami bertiga terus ke Bukit Beruntung untuk pergi terjah beraya di rumah blogger Boni Kacak. Memandangkan dia dah jemput ena datang sejak Sabtu lagi tapi Sabtu kan ena tak dapat nak hadir. Boleh pergi tapi tak bestlah datang seorang diri. Beramai baru best.

Kat rumah Boni kami disajikan dengan mee goreng yang dibuat khas oleh mak Boni. Harap maaf ye, bukan Boni yang masak tau. Ahaks. Sambil layan makanan, sambil layan Si Puteh bambam hak milik Boni. Comel gilaaaa! Dah la besar, fully in white color. Cuma dia malu alah sedikit masa ni. 





Terima kasih ye Boni atas layanan yang cukup mesra even ena selalu jadi mangsa buli pada hari tersebut. Uhuks. Apapun, ibu bapa Boni memang sangat mesra dan peramah. Kami pun jadi happy bila datang beraya di situ.


RUMAH PCL NAZLEE

Selepas sudah kenyang makan mee goreng di rumah Boni Kacak, kami bertiga, Boni dan adik Boni pergi ke rumah blogger PCL Nazlee di Banting pula. Mengambil masa 3 jam untuk sampai memandangkan terdapat kesesakan jalan raya berlaku ketika itu. Mungkin masa rakyat Malaysia pulang ke kota.



Blogger PCL mengadakan rumah terbuka secara potluck untuk para blogger pada sesi pagi. Tapi kami ni sampai waktu petang dan dah nak dekat waktu malam, so kami hanya datang untuk menjamah makanan apa yang ada. 

Tapi masa kami sampai, ramai juga blogger yang lain masih ada kat situ. Cuma sekejap jelah, sempat snap snap gambar sahaja. Lepas tu, mereka pulang ke rumah masing-masing memandangkan Banting ni bukanlah dekat yang disangka. 





Ena bersyukur sebab sempat nak mentelaah Nasi Lemuni yang super duper sedap yang direka khas oleh isteri kepada PCL Nazlee. Layan habis nasi ni. Rasa lebih kurang macam nasi lemak, cuma adalah kelainannya. Kalau nak tahu resepinya, sila cari kat dalam blog PCL ye. 

Terima kasih PCL Nazlee atas layanan yang tak putus-putus ke atas diri kami yang datang dari jauh  daripada Banting. Even ena dah selalu ke sini tapi masih terasa jauhnya dari asal kami bertolak. Itu sahaja perkongsian kisah cerita raya daripada ena. Hope tahun akan datang boleh buat sebegini lagi. Seronok dapat berkumpul beramai-ramai.

Last but not least, ada lagi satu kisah beraya ena pada tahun ini. Sila nantikan entri pada akan datang ye. 


Share

Other Article

SUASANA RAYA AIDILFITRI 2015 | TERJAH RUMAH BLOGGER
4/ 5
Oleh

12 Comments

Comments
avatar
6.8.15

Subhanallah meriahnya Ina beraya. Jeles sungguh akak ni hehe

Reply
avatar
6.8.15

seronoknya terjah rumah sorang-sorang..meh terjah rumah zizie pulak.. hahaha...

Reply
avatar
7.8.15

Kisah last minit yang menjadi kenangan terindah.. Nanti nak datang roger je, eina masak special! Hee.. Tq bab datang rumah eina. Hee..

Reply
avatar
7.8.15

Rajin dan mesra Ainna dengan semua blogger. Seronokkan raya sama-sama. Inilah masanya nak kenal dan bersua

Reply
avatar
7.8.15

Rajin ena pi beraya, meriah tau...

Reply
avatar
7.8.15

meriahnya....selamat hari raya

Reply
avatar
7.8.15

wahhhhh, bestnya

Reply
avatar
8.8.15

tenkiu inaa and the gang sebab sudi mai rumah ye. hhehee

Reply
avatar
9.8.15

Uwaaa ! Masa ni kat tambun T.T

Reply
avatar
10.8.15

hasihh bestnyaa..nad pun beraya masa tu..tak sempat nak beraya rumah blogger

Reply
avatar
10.8.15

bestnya beraya di rumah bloggers dan ramai bloggers datang tu :)

Reply
avatar
13.8.15

Hurmmm tak sudi dtg raya rumah kita... bestnya..

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)