Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Saturday, August 15, 2015

STEAMBOAT MURAH AREA KLANG | CAPTAIN STEAMBOAT & GRILL


STEAMBOAT MURAH AREA KLANG | CAPTAIN STEAMBOAT & GRILL | Ena dah lama mengidam nak makan steamboat ni tapi nak yang jenis buffet sebab boleh makan sampai puas hati. Kebetulan baru-baru ni, partner Foodhunter ena ajak pergi makan malam di satu tempat area Kapar, Klang dimana terletaknya satu steamboat yang sangat murah dan yang pasti boleh makan sampai lebam.

Nama kedai tersebut adalah Captain Steamboat & Grill. Ena datang ke sini dengan family Yazid untuk makan malam bersama-sama. Lagipun bukan selalu dapat berkumpul sebegini rupa, memang best sangat. Ena suka makan beramai-ramai, rasa meriah dan tak krikkrik. 


CAPTAIN STEAMBOAT & GRILL, KAPAR KLANG


Kedai ini terletak di Persiaran Hamzah Alang, Klang dan betul-betul berada di sebelah jalan raya. Kedainya tidaklah sebegitu gah seperti restoran terkemuka yang lain tapi memang setiap malam orang berpusu-pusu untuk merasai Steamboat yang ada kat sini. Masa ena kemari ni pun perghhhh ramai sungguh orang even hari bekerja.

Captain Steamboat & Grill ini diterajui oleh orang Melayu, Islam dan yang pasti warganegara Malaysia. Sudah tentu steamboat kat sini halal dan bersih untuk dimakan cuma suasana kedainya agak kurang memuaskan. Bagi pendapat ena, kalau diupgradekan lagi kedainya confirm nampak lebih menarik dan ceria.


FEEDBACK DARIPADA INA AINAA


Komen ena mengenai steamboat dan grill kat sini, memuaskan hati dan sedap. Adalah sedikit cacat celanya di situ tapi itu bukan masalah yang besar. Kuah untuk steamboat kami pilih kuah TomYam untuk dua-dua dapur. Tomyamnya sedap dan cukup pedas tapi terlebih masin sedikit. Mungkin terlajak letak garam kot.

HARGA:
RM21.90 (Dewasa)
RM9.90 (Kanak-Kanak 7-12 Tahun)
RM9.90 (Warga Emas)


Murahkan?? Haaaaa, memang berbaloi yang amat sangat kalau makan kat sini. Kalau bab makan sampai lebam ni dengan harga macam tu, siapa tak suka ke mari kan??? Lagi satu, sesuai sangat la nak bawa keluarga atau sahabat handai secara berjemaah. Apa lagi, meh la terjah kat sini beramai-ramai.


GAMBAR KETIKA DI CAPTAIN STEAMBOAT & GRILL

Kalau tak bergambar memang tak sah. Kalau tak share gambar, bukan bloggerlah tu. Ahaks. Supaya gambar-gambar kat bawah ni boleh jadi rujukan kepada para pembaca. Jom cuci mata you all semua. 







Pelbagai jenis sos yang ada. Pilih ikut kegemaran masing-masing.

Mentega untuk grill. Ambillah sebanyak mana yang you all nak.

Senang bila ada pembahagi kat ruang grill tu. Boleh ambil part masing-masing.

Happy face! Happy tummy! Yeahh~


Itu sahaja perkongsian daripada ena. Selamat mencuba ye~




Share

Other Article

STEAMBOAT MURAH AREA KLANG | CAPTAIN STEAMBOAT & GRILL
4/ 5
Oleh

7 Comments

Tulis Comments
avatar
15.8.15

Wahhh boleh try pergi nanti ;D Nyumsss

Reply
avatar
15.8.15

kalau kat area akak ni paling dekat restorance steamboat area paya jaras.. rate lebih kurang macam tu je. Murah. makan la sampai meletop perut.

Reply
avatar
15.8.15

Yeah, nak try nanti. Tq Ena

Reply
avatar
16.8.15

wow sedapnya tgklah ada masa nik nak gilah

Reply
avatar
16.8.15

kuah dia nampak pekat..menarik. Lama pulak tak makan steamboat

Reply
avatar
16.8.15

Lama dah tak makan steamboat :D

Reply
avatar
25.8.15

naka jak abe jugak datang sini

Reply