Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Tuesday, August 04, 2015

PUAS HATI DENGAN HERBALIFE | TESTIMONI


PUAS HATI DENGAN HERBALIFE | TESTIMONI | Ena sebenarnya dah kian lama teringin nak minum minuman kesihatan daripada Herbalife. Hal ini kerana ramai kawan-kawan dan saudara mara ena jadi berseri-seri setelah amalkan minum ni terutama kulit muka mereka. Berkilat, bersih dan flawless gittew. Oleh kerana ongkosnya tarak, no money no talk la. Uhuks.

Alhamdulillah, diberikan rezeki yang lebih oleh Allah, pada hari Raya yang lepas, maksu ena ada jual Herbalife dalam harga yang memang murah. Lagipun, dia merupakan salah seorang perunding kesihatan Herbalife yang bertauliah, so dia jual mengikut harga agent. Apalagi, terus grablah . 2 botol Nutritious Mixed Soy Powder Drink dan satu gel Herbal Aloe Herbalife


TESTIMONI HERBALIFE PADA DIRI ENA

Ena bersyukur sangat bila dah jumpa produk yang betul-betul sesuai dengan kulit muka ena yang semakin hari semakin sensitif dengan keadaan sekeliling. Tambahan pula, bila dah jadi student ni memang tak boleh lari daripada stress dan diri pun dah tak terurus sangat.

Alamatnya, jerawat mulalah naik berketul-ketul kat muka macam telur ikan. Macam-macam produk dah ena yang guna, tapi still muka berjerawat. Bukan satu dua je yang naik tapi sana sini dia muncul tanpa diundang.



Setelah beberapa minggu menggunakan Herbalife ni, ena nampak banyak perubahan pada kulit muka ena serta berat badan pun semakin berkurangan. Muka ena dah tak naik jerawat secara berjemaah dah. Cuma tinggal jerawat yang lama dalam proses healing dengan Herbal Aloe Gel. 



NUTRITIOUS MIXED SOY POWDER DRINK HERBALIFE


Sekarang ni ena tengah ambil minuman kesihatan daripada produk ini iaitu Nutritious Mixed Soy Powder Drink perisa chocolate. Ada pelbagai jenis perisa yang ada tapi buat masa sekarang ena try yang chocolate punya. Minuman ni sangat universal kelebihannya. Kalau you all nak gemuk pun boleh minum air ni dan kalau nak kurus pun boleh juga cuma cara pengambilannya lain sedikit. Selain itu, boleh mengawal penyakit yang berbahaya dalam diri kita.

Kalau nak gemuk, lepas minum air chocolate ni you all kena makan. Untuk nak kurus pula, lepas minum jangan makan selama 2 jam dan malam jangan makan apa-apa selain ambil minuman ini. Nak sediakan minuman ni bukan la susah, just shake shake shake. 



CARA-CARA NAK BANCUH

1) Sediakan bekas shaker yang mempunyai sisi 300ml atau lebih. Bentuk botolnya terpulang pada diri sendiri tapi pastikan ada penunjuk paras air untuk memudahkan you all nak sukat air nanti.




2) Masukkan 3 sudu serbuk Chocolate Herbalife ke dalam shaker.



3) Masukkan air separuh daripada 300ml terlebih dahulu. AMARAN! Jangan guna air panas. Air sejuk atau air mineral dibenarkan. Lepas tu goncang sampai jadi sebati. Bila dah sebati, tambah lagi air sampai 300ml.



4) Dah siappppp. Mudah kann?? 


Kalau bancuh cara macam ni, you all senang nak buat ketika berjauhan daripada rumah atau pergi travel. Selain cara ini, you all nak buat ice blended pun boleh cuma pastikan ada mesin blender dan 6 ketul air batu. Sukatan sama seperti di atas cuma tambahkan ais sahaja. Tapi kalau you all nak lagi sedap, letaklah satu sudu oat dan 3 biji kurma madu.


DETAIL UNTUK DAPATKAN PRODUK DARIPADA HERBALIFE

Pelbagai lagi produk dari keluaran syarikat Herbalife ni seperti Vitamin C untuk kanak-kanak, teh detox, susu protein untuk kekuatan otot dan pelbagai lagilah. Teringin untuk memilikinya??? Haa you all boleh contact maksu ena di:-



HJH Rozita (G)
Personal Wellness Coach
Tel: 012-5093356



Share

Other Article

PUAS HATI DENGAN HERBALIFE | TESTIMONI
4/ 5
Oleh

2 Comments

Tulis Comments
avatar
4.8.15

selalu jugak baca keberkesanan produk herbalife untuk slimming & skincare.. Tapi harga dia pun boleh tahan jugak kan. yelah.. produk berkuali harga pun lebih sikit

Reply
avatar
6.8.15

tak pernah lagi cuba herbalife..

Reply