Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Thursday, August 20, 2015

PERMAINAN POLIS ENTRY | LIRIK SEBENAR


PERMAINAN POLIS ENTRY | LIRIK SEBENAR | Ingat lagi tak permainan polis entry ni??? Siapa yang kecil-kecil dulu jadikan ia satu permainan dengan kawan-kawan?? Yeahh! Tidak terkecuali dengan diri ena pada 8 atau 9 tahun yang lepas. Masa kecil-kecil dahulu selalu main benda ni dengan saudara mara atau kawan-kawan sekolah.

Menjerit, melolong tak ingat dunia masa main ni, sebab takut kena tangkap apa semua. Kenangan yang paling best! Main pun sakan sampai tersungkurlah. Habis luka sana sini sebab kalut sangat berlari. Tapi semua itu tidak mematahkan semangat ena dan lain-lain. Sebab itu kaki ena ni penuh dengan parut luka, nakal macam lelaki masa kecil-kecil


LIRIK PERMAINAN POLIS ENTRY 

"Polis entry one two jaga,
Polis mati,
Pencuri jaga..."

Masa nyanyi lagu ni, jari tu kena tunjuk-tunjuk kat kawan termasuk diri sendiri. Satu lirik, tunjuk seorang. Sampailah habis lirik. Kena nyanyi dua kali. Siapa yang first kena tunjuk tu, dia kena kejar a.k.a jadi polis. Yang kali kedua punya, orang tu dikejar a.k.a kena jadi pencuri. Yang mana tak kena tunjuk tu kena duduk dalam penjara sebagai rakan pencuri.

So, yang mana jadi polis tu kena kejarlah pencuri yang seorang tu sampai dapat. Jangan sampai dia 'sep' kawan-kawan dia dalam penjara tu. Kalau dia dapat 'sep' salah seorang dalam penjara tu, orang tu boleh terlepas. Dah jadi dua orang kena kejar. Masa ni la terpekik terlolong.

Ohhh rindunya.


LIRIK SEBENAR POLIS ENTRI

Semalam scroll gambar kat instagram, and I founddd.... Tadaaaaaaa...



Tak tahu betul ke tak tapi ada logiknya di situ. Har har har. Hantam sahajalah labuuu, zaman kanak-kanak ku dah lama berlalu. Maybe untuk generasi anak-anak kita akan datang pula tapi entahlah masih ada lagi ke situasi macam dulu kala. Ke gadjet menguasai pemikiran anak-anak pada zaman akan datang?




Share

Other Article

PERMAINAN POLIS ENTRY | LIRIK SEBENAR
4/ 5
Oleh

19 Comments

Tulis Comments
avatar
20.8.15

Hahaha. Kan. Mimi pun baru tahu.

Reply
avatar
20.8.15

apa pekdahnya diorang masuk hutan?kena tanya pakcik kipidap nih

Reply
avatar
20.8.15

sy nyanyi mcm ni pulak.. polis sentri one two jaga, polis mati tinggal rangka.. Bhahahaha :D

Reply
avatar
21.8.15

hahaha..hentam sajalah labuuu asal ada bunyi..kikiki

Reply
avatar
21.8.15

takkan sekerat je? hahaha..

Reply
avatar
21.8.15

Main hentam je kecik2 dulu nyanyi..

Reply
avatar
21.8.15

hahah teringat kecik2 main permainan ini

Reply
avatar
21.8.15

kih kih kih. bila di melayukan :D

Reply
avatar
23.8.15

hahahahaha macam tu ke lagunya..hahaha ..baru tahu ni

Life is great to be a humble person

Reply
avatar
25.8.15

Logik juga lirik sebenar tu, tapi kita nyanyi pun macam ada bunyi sama je kan

Reply
avatar
25.8.15

biasalh budak2..hahaha

Reply
avatar
25.8.15

police century want to jaga
polis mati tinggal penjara.

rasanya logik jugak bahasa beku saya masa kecik ni.hahaha...sabo jelah

Reply
avatar
25.8.15

hahaha... masa dulu.. menghafal sebutan je.. ehhehe

Reply
avatar
30.8.15

Hahaah
Kan ena kan. Rindu moment nak main polis entry tuu. Skrg x merasa langsung

Reply
avatar
2.8.16

Police sentry want to jaga Police mati pencuri jaga

Reply
avatar
20.10.16

polis entri went to kubur

Reply
avatar
22.3.17

polis entri one to jaga, polis mati pencuri jaga.

Reply