Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Monday, August 10, 2015

PENGALAMAN BACK-2-KIDZ | KIDZANIA KUALA LUMPUR


PENGALAMAN BACK-2-KIDZ | KIDZANIA KUALA LUMPUR  |  Pada hari Sabtu yang lepas iaitu 1 Ogos 2015, Kidzania telah memberi peluang kepada orang dewasa untuk menggamit pengalaman menjadi kanak-kanak semula. Seperti yang kita tahu, Kidzania ni hanya budak-budak kecil sahaja yang boleh main di sini. Orang dewasa pula hanya sebagai pemantau untuk anak-anak kecil yang mereka bawa. Tapi pada hari tersebut, orang dewasa pun boleh turut main dan bolehlah sekali sekala jadi kanak-kanak Ribenna. Ahaks.


Terima kasih diucapkan kepada kak blogger Yaya Natsumi atas jemputan kepada ena dengan partner ena, Yazid kemari.  Selama ni, hanya dapat tengok anak-anak saudara, adik-adik kawan je pergi ke sini sahaja. Dalam hati ni memang teringin sangat nak pergi tapi apakan daya, umur dah terlebih load. Ahaks. Nak bawak anak sendiri memang lambat lagilah. Adik sendiri pun tarak sebab den anak bongsu. So, inilah peluang ena untuk merasai bermain serta bersuka ria di Kidzania.


PENGALAMAN DI KIDZANIA KUALA LUMPUR 



Sepatutnya ada dress code untuk masuk ke sini, ikutlah you all nak jadi pelajar sekolah ke, nak jadi cikgu ke, cheerleader ke. Tapi ena pakai baju pergi openhouse je, sebab ena datang dari pagi lagi. Lepas ke Shah Alam, terus ke Ampang dan dari open house di Ampang baru datang ke sini. Takkan nak patah balik semata-mata nak tukar baju, rumah dahla jauh. So, dress code ena 'TEACHER' la kot. Ahaks.

Mula-mula masuk ke sini, kena berdaftar dulu di kaunter untuk ambil dan pakai apa yang patut seperti cheque 50 Kidzos dan pakai jam macam ala-ala otomen tu. Ekekeke. Jam tu untuk scanner setiap kali kita nak cuba main dalam Kidzania. So, kasi betul-betul ngam dengan lengan supaya tidak tercicir.





Cara-Cara Untuk Bermain Di Kidzania

Lepas dah scan, openning ceremony apa semua, kami terus naik escalator ke tingkat paling atas untuk ke dunia Kidzania dan terus ke bank CIMBISLAMIC untuk tukar cheque 50 Kidzos kepada duit Kidzos yang sebenar. Dengan duit sebanyak itu, you all kena pandai-pandai berjimat untuk main segala benda yang ada di dalam dunia Kidzania ni. 



Di dalam dunia Kidzania ini, seolah-olah berada dalam satu bandar dimana you all kena survive kat dalam ni. Kalau nak tambah duit atau duit yang you all dapat dah habis, you all kena bekerja sebab duit kidzos ni you all tak boleh beli dengan Ringgit Malaysia. Untuk orang dewasa seperti ena ni mungkin kerjanya mudah kalau nak dibandingkan dengan budak-budak kecil tapi sangat fun. You all boleh la jadi budak-budak sejenak bila berada di sini.

Lepas you all dah ada banyak duit, bolehlah pergi bermain dan bersuka ria. Ada arahan kat setiap pintu masuk slot atau kedai di dalam Kidzania ni. Kalau tempat tu, tempat untuk nak dapat duit , arahannya ada tanda '+' disertakan kidzos yang bakal you all dapat. Kalau tempat tu arahannya tanda '-' bermakna you all kena bayar dan hanya untuk bermain dan enjoy sahaja, bukan untuk bekerja. Kalau ada dua-dua, so tempat tu dua-dua you all boleh buat.




Dunia Kidzania ni ada dua tingkat. Tingkat atas kebanyakkannya tempat untuk bekerja dan di tingkat bawah pula kebanyakkan untuk you all pergi berjimba dan mensesuatu benda yang you all tak pernah lagi cuba lagi selama ni.  Lepas tu, kat sini, setiap satu jam kalau tak silap ena, pekerja kat dalam sini akan menari-nari mengikut rentak lagu yang dimainkan. You all nak menari sekali pun boleh. Tak perlu malu, mereka semua sporting.


Kat sini banyak tempat yang you all boleh try dan ternyata sangat bagus untuk perkembangan sel-sel otak anak-anak kecil. Satu pendedahan yang berguna untuk mereka yang baru sahaja mengenali alam dunia ni. Sedangkan kita yang dah dewasa ni pun masih jadi teruja setiap kali main kat sini. Har har har. 


Masa ena kemari memang tak sempat nak pergi merasai di semua tempat kerjaya. Masa yang diberi agak lama juga tapi still tak sempat. Kena satu hari suntuk baru dapat terjah kat semua slot. Selain itu, mungkin masa datang ni kena pergi enjoy terlebih dahulu. Bila dah habis duit, baru pergi kerja sebab masa ena kemari, kami sibuk pergi tambah duit. Enjoynya seketul dua je. Salah planning, alamatnya memang duit tak banyak habislah. Ahaks.





Antara kerja yang ena buat kat dalam ni adalah belajar buat chocolate Cadbury, jadi pilot di AirAsia, jadi Time Keeper kena menari dan macam-macam lagi. Walaupun tak dapat pergi bermain dan perabiskan duit yang ada, cari kerja dan tambah duit ni pun seronok juga sebenarnya. Dapat timba ilmu sedikit sebanyak even pekerjaannya adalah pada level budak-budak kecil.

Back-2-Kidz la dikatakan. So, sila rendahkan level kematangan anda pada had level kanak-kanak Ribenna ye. Dont be too serious and too matured, ahaks gittew koo.










Banyak lagi gambar pengalaman ketika berada di dunia Kidzania ni. Tapi kalau masukkan semua, sure panjang berjela-jela entri ni nanti. So setakat ini sahaja perkongsian pengalaman pertama ena di Kidzania. Pertama kali kan, sudah pasti tahap jakunnya tu agak tak boleh dikawal. Ahaks. Apapun ena puas hati bila berada di sini.


BAGAIMANA NAK MASUK??

Berminat juga untuk bermain kat sini?? Haaa jangan risau, pada 22/8/2015 dan 29/8/2015 nanti pihak Kidzania akan memberi peluang sekali lagi kepada orang dewasa untuk menjadi kanak-kanak Ribenna semula di sini. Yeahhh! Tiba masanya, you all dapat merasai lebih dari 100 kerjaya yang ada di dunia Kidzania.

Apalagi, jom dapatkan tiket sekarang di kaunter Kidzania Kuala Lumpur atau hubungi pihak mereka di 1-300-88- KIDZ (5439).


HARGE TIKET:
RM48 (Early Bird)
RM58 (Walk-In)

WEBSITE:


Share

Other Article

PENGALAMAN BACK-2-KIDZ | KIDZANIA KUALA LUMPUR
4/ 5
Oleh

15 Comments

Tulis Comments
avatar
10.8.15

wahhh enaa.. serious akk jakun gilaa ngn tempat nih. bestnyeee.. ni yg rasa nk pegi ni..

Reply
avatar
10.8.15

bestnyaaa..nak juga join

Reply
avatar
10.8.15

Anak-anak tentu suka dapat mencapai impian dewasa mereka disini. :)

Reply
avatar
11.8.15

jgn cakap bdk2. liz tgk pun rasa tringin jugak

Reply
avatar
11.8.15

bestnya dapat macam² pengalaman di Kidzania ni..selalu kanak² je yang dapat buat semua ni kan :)

Reply
avatar
11.8.15

universal studio versi mini

Reply
avatar
11.8.15

wah kidzania bestnya :-)

Reply
avatar
11.8.15

Kalau xde hal ritu dh leh join sama jadi kekanak ribena ye. Haihs pengalaman mjadi kanak2....bestnya

Reply
avatar
11.8.15

Wahh bestnyaa awop :D

Reply
avatar
11.8.15

syok! macam nak join je

Reply
avatar
12.8.15

Yeayy best kan rasa nak pergi lagi! Hee

Reply
avatar
12.8.15

boleh tahan gak harga tiket tu . tapi sbb byk permainan , berbaloi gak . cuma klu anak ramai , gigit jari ler ...

Reply
avatar
13.8.15

Bestnya, tengok gambar pun dah teruja..haha

Reply
avatar
25.8.15

best sangat..jeles tau

Reply
avatar
7.2.16

wah!! teringinnya nak pergi!!

Reply