MEE BANDUNG MUAR KETAM | RESTORAN BISIK-BISIK SHAH ALAM

MEE BANDUNG MUAR KETAM | RESTORAN BISIK-BISIK SHAH ALAM | Pada 22 Ogos 2015 hari Sabtu yang lepas, semperna hari jadi ena ke 23 tahun, ena telah bawa parents dan kak ena ke Shah Alam untuk makan tengah hari bersama-sama. Dah lama ena berhasrat untuk belanja mereka makan kat satu tempat yang ena sendiri tak pernah pergi lagi. Mujurlah ada Mr.Google membantu ena untuk cari tempat makan yang menjadi pilihan ramai di sekitar Shah Alam. Alhamdulillah, tertunai juga niat ena selama ini.
Ena memutus untuk makan tengah hari di Restoran Bisik-Bisik. Hal ini disebabkan dah tak tahu nak makan kat mana dah, tempat lain kebanyakkannya aktif pada waktu malam dan nak bawa tempat yang terlampau pelik hidangannya, takut parents ena tak boleh nak terima. So, kebetulan restoran ni ada menyediakan masakkan yang sesuai untuk makan tengah hari, apa lagi, start enjin kereta terus ke sini.
RESTORAN BISIK-BISIK
'Luaskan Seleramu' menjadi slogan kepada restoran ini dan perasan tak slogan tu seakan-akan slogan bagi negeri Johor iaitu 'Luaskan Kuasamu'? Haaaaa, di restoran ini menyediakan masakan dan makanan daripada negeri Johor terutamanya Mee Bandung, Mee Rebus dan Laksa Johor. Oleh sebab itu, slogannya sedemikian.
FEEDBACK ENA PADA RESTORAN
Alhamdulillah, dari Tanjong Malim ke Shah Alam bukanlah dekat, mujurlah makanan kat sini sedap dan memuaskan hati ena serta parents ena. Walaupun minta yang simple simple sahaja, tapi semuanya memang cukup rasa. Parents ena macam biasalah minta nasi putih dengan lauk, ena pilih mee bandung ketam dan kakak ena pula minta undang goreng tepung.
Halal, suasana pun bersih cuma keadaan je agak panas sedikit. Mungkin kena upgrade kipas atau penghawa dingin supaya pelanggan lebih selesa untuk menjamu selera di sini. Apapun, overal puas hati. Tak menyesal ena bawa mereka makan tengah hari di sini.
Jom tengok menu yang kami pilih:-
![]() |
Kailan Ikan Masin. Mantoooppp! |
![]() |
Mee Bandung Ketam. Pekat kuahnya, puas hati. Cuma ketam tu ada rasa lain macam sedikit. |
![]() |
Sup Daging. Tak tahu dia letak apa, tapi soft dan tiptop rasanya. Ada rasa pedas pedas sedikit. |
![]() |
Udang Goreng Tepung. Fresh udangnya, puas hati. |
WAKTU OPERASI RESTORAN BISIK-BISIK
Isnin: 4pm - 11pm
Selasa - Khamis: 12.30pm - 11pm
Jumaat - Ahad: 12.30pm - 11.30pm
DETAILS RESTORAN BISIK-BISIK
![]() |
Alamat dan Nombor Telefon sila rujuk gambar di atas. |
15 Comments
macam pernah pergi.. dekat-dekat tuad kedai nasi arab ker? dh lupa la.. huhu
ReplyDeletewah ketam die mengancam
ReplyDeletenasib bukan peminat makanan seperti ketam dan udang
ReplyDeletenampak sedap mee rebus ketam tu...
ReplyDeleteSedapnyaaa. Terliur tengok :D
ReplyDeletedah lama tak mkn kailan ^_^
ReplyDeletedulu masa study sllu klu mkn luar order kailan ikan masin ngn nasi putih & telur mata hehe
hari tu p shah alam xsmpat try kdai ni.
ReplyDeleteudang tu memikat hati betul.. zizie udang lover :D
ReplyDeletefavourite fiza ni mee bandung tapi paling win mee bandung abah sendiri buat..puas hati makan..yang ni siap ada ketam memang power dan bertambah sedap mee bandung tu Ena..boleh try kalau datang sini.
ReplyDeletePernah makan kat sini... Sedap juga...restoran pilihan JJCM TV3 kan..
ReplyDeleteketam.. wahh my febreetttt
ReplyDeleteAinaa..nak sikit ketam tuhh..
ReplyDeletedekat SA byk tempat makan best2
ReplyDeletePernah nak try makan tapi time tu restoran ni ramai sangat orang!
ReplyDeleteBelated birthday inaa 😙
ReplyDelete