Tuesday, August 04, 2015

GRAND OPENING BUTIK EMAS PESONA | SEKSYEN 7 SHAH ALAM


GRAND OPENING BUTIK EMAS PESONA  | SEKSYEN 7 SHAH ALAM | Kepada mereka yang suka dengan pakaian muslimah, peminat dress labuh yang kemas serta cantik dan pemakai shawl, you all wajib baca entri ini. Entri ini, ena nak bagitahu kepada you all bahawa ada butik baru sahaja dibuka dan dilancarkan di Seksyen 7, Shah Alam iaitu Butik Emas Pesona. Butik ini berdekatan dengan area Jakel, berhampiran dengan Bella Ammara dan berhadapan dengan PapaRich Cafe. 

Pada hari Sabtu yang lepas iaitu 1 Ogos 2015, ena hadir Majlis Perlancaran Butik Emas Pesona di sana atas jemputan blogger Melastik Bintang. Beberapa blogger yang lain turut hadir untuk majlis perlancaran ini.


BUTIK EMAS PESONA




Butik ini diterajui oleh kak Maznah. Pada asalnya, butik ini adalah butik menyediakan pakaian pengantin. Namun sekarang, Butik Emas Pesona telah mengembangkan sayapnya dengan menjual pakaian muslimah yang sama taraf dengan butik-butik yang lain. Ena sendiri tengok jenis pakaian yang dijual pun perghhh sangat berkualiti tinggi. Jahitan pun kemas dan designnya pun simple.

Butik ini masih menerima tempahan untuk baju pengantin, so bagi mereka yang ingin kelainan ketika hari kebahagian masing-masing, so bolehlah you all tempah baju pengantin di sini. Pasti you all akan berpuas hati dengan hasil jahitan mereka.



Pelbagai jenis pakaian muslimah ada dijual cuma masa Grand Opening tempoh hari, masih belum banyak lagi. Biasalah tu, butik baru nak dibuka. InshaAllah, tak lama lagi bakal ada fesyen pakaian muslimah yang terkini yang boleh buat you all jadi rambang mata melihatnya.

Memandangkan tempat ini berdekatan dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam serta institusi pengajian tinggi yang lain, bagi ena butik ini sangat sesuai untuk mereka datang kemari untuk mendapat outfit ke kelas. Sopan, menutup aurat dan selesa untuk dipakai. Harganya sangat berpatutan dengan kualiti pakaian yang di butik ini.


GRAND OPENING BUTIK EMAS PESONA



Ketika majlis ini diadakan, antara produk yang dijual dengan harga yang sangat MURAH adalah seperti jubah, skirt, blouse, dan Basic Shawl. Ena geram dengan jenis kain yang digunakan, semua jenis bukan calang-calang kualitinya.


Tambahan pula, ada promosi yang telah ditawarkan kepada mereka yang datang ke mari seperti:-

1) Semua jubah, dress dan baju kurung berharga RM150

2) Skrit pada asalnya berharga RM79, tetapi pada hari tersebut hanya RM60

3) Blouse pada asalnya berharga RM109, tetapi you all boleh dapat dengan harga RM90 sahaja

4) Voucher RM20 untuk pembelian seterusnya. Sah sehingga 31/12/2015



GAMBAR KEADAAN DI BUTIK EMAS PESONA

Berikut adalah gambar dalaman Butik Emas Pesona yang tersergam indah di Seksyen 7, Shah Alam. You all akan rasa sangat selesa untuk membeli belah di sini. Tak mahu buang masa lagi, jom cuci mata you all melihat gambar-gambar yang ena sempat snap ketika di butik ini. Dan, lepas tengok,  jangan lupa untuk terjah ke butik ni nanti yeee. Heee~












 DETAIl BUTIK EMAS PESONA

Dibawah ini adalah detail mengenai butik ini sebagai panduan untuk you all. Butik ini juga membuat jualan secara online, so memudahkan you all bagi yang tak dapat datang ke sini. Sila rujuk di bawah ini ye:-




WEBSITE: 

FACEBOOK: 

INSTAGRAM: 

TEL: +603 – 5524 2470
HP: +6019 – 572 1180

EMAIL:
EMAS PESONA SHAH ALAM
26B, Jalan Plumbum Q7/Q,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

WAKTU OPERASI :
Tuesday - Sunday 
10am - 6pm 
Monday (Closed)




Share

Other Article

GRAND OPENING BUTIK EMAS PESONA | SEKSYEN 7 SHAH ALAM
4/ 5
Oleh

6 Comments

Comments
avatar
4.8.15

smart dan nampak mewah dia punya deko butik...

Reply
avatar
5.8.15

Bestnyaa dapat pergi.

Reply
avatar
6.8.15

wahh banyak dak butik kat seksyen 7 ni..pingsan kalau g sana..semuanya menggoda betul

Reply
avatar
9.8.15

Ingatkan kak uzu bukak butik sendiri tadi. Huhu

Reply
avatar
10.8.15

semua butik dekat shah alam tu memang menarik perhatian..

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)