Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Tuesday, August 18, 2015

DEKAT DENGAN MERPATI | BATU CAVES TEMPLE


DEKAT DENGAN MERPATI | BATU CAVES TEMPLE | Kalau ena drive balik ke Kuantan daripada Tanjong Malim, selalu juga ulang alik depan Batu Caves Temple, yang merupakan salah satu tempat pelancongan yang ada di negera kita yang tercinta ni. Tapi tak pernah ena singgah kat sini, sehingga la suatu hari tu dah tak tahu nak lepak mana dah, ena ke sini untuk menerokai apa yang ada kat Batu Caves Temple. Dah lama teringin cuma tak ada rezeki lagi.


Ena ke sini bukan berseorangan tetapi berteman. Memang tak akan berani nak kemari secara bersendirian. Pada mulanya, sedikit rasa janggal bila berada di tempat kesucian agama lain tapi apabila tengok ramai pelancong luar selain agama Hindu datang kemari, ena dah tak rasa kekok cuma kena jaga adab la. Jaga adab itu wajib walaupun berada ianya berlainan agama dengan agama kita sebab Allah tak mengajar kita berkelakuan kurang sopan terhadap agama lain.


BATU CAVES TEMPLE


Batu Caves Temple ini terletak berdekatan dengan Gombak dan di dalam negeri Selangor. Kalau exit dari Selayang, Batu Caves Temple ni betul-betul berada di sebelah kiri you all. Nanti you all boleh nampak la sebab terdapat shrine besar berwarna kuning di hadapan temple ni. Ala, Waze atau Google Map kan hadooo. Ahaks.

Di sini, yang popularnya adalah tempat ini memiliki tangga yang sangat tinggi dan sudah pasti anak tangganya pun banyak. Malah, kalau you all pergi pada waktu pagi,  nanti you all akan nampak dua tiga orang bersenam kat tangga temple ni. Perghhhh, puas hati la kalau dapat bersenam kat sini. Tangganya memang curam dan anak-anak tangganya pun kecil je. 



Ena dengan berpakaian jubah kurti ni, tanpa pakai seluar, gigihkan juga diri ni pergi panjat tangga yang memiliki lebih daripada 100 buah anak tangga tu. Serius memang tak boleh pandang ke belakang semasa mendaki, rasa nak terbalik ke bawah. Berapa kali ena rehat sebelum sampai ke gua temple ni, badan dah macam kena simbah dengan air je. Akhirnya, happy sebab berjaya naik tangga sampai ke destinasi.

Apapun, ena datang ke sini bukan nak buat apa pun, just nak tengok bagaimana rupa bentuk dalam gua temple ni. Selama ni usya dari luaran Batu Caves Temple ni je, alang-alang nak tengok juga keadaan dalam gua pula. Ena tak banyak sangat snap gambar kat sini sebab tengah penat. Alamatnya, mood bergambar tu berkurangan bila ena berada kat atas.




Bagi ena, benda yang best kat sini adalah banyak burung merpati berterbangan. Kat bawah masa mula-mula nak naik tangga temple ni mahupun kat dalam gua, you all akan diceriakan dengan burung merpati yang comel dan cantik. Kalau you all bawa makanan, boleh la sedekah sedikit kat burung-burung merpati yang ada kat sini. 

Tapi masa kat sini, ena dengan beberapa orang pelancong yang lain sibuk nak pergi tangkap burung merpati. Ahaks. Nak tangkap yang lawa-lawa je, tapi yang lawa tulah susah nak ditangkap. Kami just pancing dengan makanan, sedang semua merpati tu tengah syok makan,  apa lagi terus tangkap. Last last, berjaya la juga dapat satu yang cun.



Foreigner ni minta bergambar dengan ena sebab dia suka baju ena. Ahaks.

Lepas dah penat berlari-lari pergi kejar burung merpati kat dalam gua temple ni, ena dengan partner foodhunter ena turun ke bawah untuk pulang ke rumah. Okay, time nak turun tangga ni lagi gerun berbanding nak naik tadi.  Serius, ena jadi kurang yakin semasa nak turun. Berpaut pada tiang-tiang yang ada je dan slow-slow ena turun. Ishhh, takut tersembam ke bawah.

Bila dah sampai kat bawah, bukan nak pergi balik tapi pergi sambung bermain dengan burung merpati yang ada kat luar gua pula. Tapi yang ni, mereka semua susah nak tangkap. Umpanlah macam mana sekali pun, tangkas dan pantas mereka elak. 




Cuma, kalau you all letak makanan kat tapak tangan lepas tu campak la sikit kasi burung merpati tu nampak, nanti dia datang la bertenggek kat tangan you all. Wahhh! Satu kenangan yang sangat best! Berebut-rebut nak bertenggek atas tangan ena masa ni semata-mata nak jamah makanan. Ai is geram tengok merpati kat sini. Gemuk-gemuk, cantik pula tu.

Akhirnya, dapat juga rasai pegang dan dekat dengan burung merpati. Bukan senang nak mendekatkan diri dengan haiwan yang licik ni. Jinak-jinak burung merpati la dikatakan, nampak je nak datang dekat dengan kita tapi sekali nak tangkap, terbanggg. Choii~

Itu sahaja perkongsian daripada ena. Syok juga datang kat sini sebab boleh bermain dengan merpati. Ngeeee. Apapun, lepas main jangan lupa basuh tangan or pergi mandi ke. Supaya diri kita ni dapat dihindari daripada penyakit yang berbahaya.


Share

Other Article

DEKAT DENGAN MERPATI | BATU CAVES TEMPLE
4/ 5
Oleh

7 Comments

Comments
avatar
18.8.15

Kolej SR dekat sangat dengan Batu Caves, tapi langsung tak pernah tau pulak ada aktiviti macam ni. Huhu.

Reply
avatar
18.8.15

banyaknya merpati... err tak kena berak dek merpati tu ke. dalam banyak2 tu mesti ada yang tak sempat cari toilet hehehe

pls visit : dreamsbuildervitaminspopper.blogspot.com

Reply
avatar
18.8.15

dulu sy pernah makan burung merpati tapi sekarang dh tak dpt merasa

Reply
avatar
19.8.15

teringin nak pergi tapi xde keberanian nak pergi..huhu,,yang foreigner tu nampak match lak sebab baju Ena kuning merah kan..sama dengan dia..hihi

Reply
avatar
19.8.15

Banyaknya burung merpati! Tak silap akak, ada kepercayaan yang kalau tempat tu ada banyak burung merpati, maknanya baik sebab burung merpati bawa tuah.

Reply
avatar
25.8.15

selalu abe cakap nak pergi tapi tak pergi2..yang die dah pergi..ahhaa

Reply
avatar
4.9.15

Mudahan foreigners tu tertarik dengan agam kita... amin.... btw jinaknya bibird tu

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)