Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Wednesday, August 26, 2015

CKT MENJADI PILIHAN DI TANJONG MALIM | BROCHARKUEYTEOW


CKT MENJADI PILIHAN DI TANJONG MALIM | BROCHARKUEYTEOW |  'CKT' adalah singkatan untuk Char Kuey Teow dan ena selalu guna term tu sebab senang nak sebut. Sejujurnya, ena ni tak suka makan Kuey Teow, tak kisahlah Kuey Teow goreng basah ke, sup ke atau kari ke. Tapi dengan Char Kuey Teow, ena jadi lemah dan ketagih. Salah satu sebabnya, kuey teow yang digunakan jenis yang halus-halus

Ena merupakan peminat tegar CKT tapi bila kat Tanjong malim ni, memang agak susah nak cari CKT yang betul-betul mantap di area sini. Nak lepaskan gian, terpaksalah ena beli kat pasar malam je setiap hari Sabtu. Tapi itu pun masih belum dapat puaskan hati disebabkan ena pernah rasa CKT yang lebih sedap daripada yang itu. Namun, alhamdulillah ena dah jumpa tempat jual CKT yang betul-betul memuaskan hati di area Tg.Malim iaitu BroCharKueyTeow di Lampuneon Cafe, Tanjong Malim.


BROCHARKUEYTEOW DI LAMPUNEON CAFE


BroCharKueyTeow atau BroCKT ini diterajui, dimasak dan disediakan oleh blogger yang sangat dikenali di Malaysia iaitu Bro Framestone dan isteri bro, kak Iera Kan. Haaaaa, itu yang buat ena bertambah excited nak cuba masakan Bro Framstone ni malam semalam. Sedap ke tak, menjadi ke tak CKT nya, best ke tak. Lagipun Bro baru sahaja berniaga CKT kat sini. So malam semalam juga ena pergi cuba try test atas jemputan Bro sendiri.

BroCharKueyTeow ini terletak di  Lampuneon Cafe, Tanjong Malim yang berhadapan dengan Futsal Tg.Malim dan berhampiran kawasan KTM Tg.Malim. Wazekan hado, guna jelah waze kalau tak tahu kat mana.




FEEDBACK DARIPADA ENA 

Masa ena cuba try test BroCharKueyTeow ni semalam, ena ajak mak ena sekali makan. Tambahan pula, mak ena ni seorang yang jenis cerewet dalam masakan. Well dulu dia bekas guru masakan, so dia tahu la selok belok serba sedikit tentang masakan ni. Ahaks. So, ini kira ini feedback daripada ena dan mak ena juga.

Komen ena, ena sangat puas hati dengan masakan CKT daripada Bro Framestone. Rasanya betul-betul pekat dan enak. Ada rasa tersendiri di situ. Udang yang digunakan pun sangat fresh, kalau nak tahu fresh ke adalah tak time kita kupas kulit udang tu. Sama ada lembik ke, lunyai ke, keras ke ,melekat kat isi ke, senang nak terkopak ke, haaa rasailah sendiri ye. Ini petua daripada mak ena, kalau yang fresh tu kulitnya tebal, keras tapi tak adalah keras sangat dan nampak mantap isinya. 




Halal, bersih itu paling keutamaan bagi kami. Lagipun,  Lampuneon Cafe, Tanjong Malim ini sangat menjaga kebersihan dan keselesaan kedainya. So tiada masalah untuk clear you mind sambil mentelaah makanan yang ada kat sini. Mak ena pun sarankan lepas ni boleh datang kat sini lagi sambil layan BroCharKueyTeow.

Ena ni jarang balik Tg.Malim, time cuti panjang sahaja ena balik sebab yela drive sendirikan daripada Kuantan. Nak balik selalu, minyak makin naik harga. Student macam ena ni masih tak mampu la nak hadap semua tu. So, time cuti ni ena nak perlahap BroCharKueyTeow habis-habisan. Lagipun harga tak mahal sangat, janji puas hati dan perut ena pun bahagia dapat makan CKT yang sedap.



AMARAN!! Ena nasihatkan kalau nak makan BroCharKueyTeow ni mohon jangan minum air bersusu atau yang berlemak. Jangan cari penyakit pada perut you all masing-masing. Melainkan anda dah terbiasa makan benda berlemak dengan air bersusu. Tapi hope elakkan demi kesihatan diri juga, pilihlah minuman berjus.


LOKASI DAN MASA OPERASI BROCHARKUEYTEOW

Jangan lupa cuba try test CKT kat sini ye bagi yang berada di Tanjong Malim.



MASA & HARI:
Isnin - Jumaat
5pm - 10.30pm


Share

Other Article

CKT MENJADI PILIHAN DI TANJONG MALIM | BROCHARKUEYTEOW
4/ 5
Oleh

17 Comments

Tulis Comments
avatar
26.8.15

Macam best je... Teringin nk pegi.. Maybe kalau eina balik Tapah, Perak..masa OTW balik KL boleh singgah kan.. Nyummm!!!

Reply
avatar
26.8.15

mesti sedap dan special Bro masak tu. Fiza pun suka CKT :)

Reply
avatar
26.8.15

CKT?? my fav tooo

Reply
avatar
26.8.15

Perghh telio tgk ckt bro ni. Akak dah la peminat ckt tapi lama dah tk makan ni hehe

Reply
avatar
26.8.15

Sedapnyaaa ena :D

Reply
avatar
26.8.15

ingatkan apalah ckt ni ..rupanya char kuey teow..hihi

My Diet Diary

Reply
avatar
ana
27.8.15

sedap nye,meleleh air liur tgk...

Reply
avatar
27.8.15

akak suka lah baca review ena. Terus terliur sgt2 ni...Allah best yerrrrrrrrr....kalau Isnin ni free leh singgah rasa wowwwwww...bagus lah mama ena bekas guru masakan ye dulu sure pandai masak2

Reply
avatar
27.8.15

akk peminat char kuey tiaw gak tau hehehe

Reply
avatar
27.8.15

Uiks.macam kenal bro ni.

Reply
avatar
27.8.15

adeh..jauh pulak nak merasa CKT Bro huhu.. terbaik

Reply
avatar
28.8.15

mcm sedapp je CKT dia ^_^

Reply
avatar
28.8.15

Nampak tempting CKT nya, ena! One fine day kalau ke sana bolehlah akak cuba :)

Reply
avatar
28.8.15

wahhh, nampak sedap sangat ckt tuuuu! :D
boleh craving nie. :D

Reply
avatar
29.8.15

Nampak menyelerakan !

Reply
avatar
30.8.15

CKT mmg fev mimin
Terliuqq

Reply
avatar
3.1.16

Sumpah terliur! :(

Reply