Sunday, August 30, 2015

TUTORIAL LETAK GAMBAR DAN LIKERS DI ENTRI | INSTAGRAM


TUTORIAL LETAK GAMBAR DAN LIKERS DI ENTRI | INSTAGRAM | Entri kali ini ena nak kongsikan cara-cara untuk masukkan gambar atau video daripada instagram ke dalam entri. Bukan setakat gambar sahaja, likers, berapa komen dan caption pun boleh kita masukkan sekali. Menarikkan??? Kalau nak tahu caranya, sila teruskan membaca.


Mudah sahaja caranya, tak rumit pun dan pasti semua orang pun boleh melakukannya juga. Tutorial ini pun hasil daripada tunjuk ajar kak blogger Julia Johari. Terima kasih ye kak Ju Juu. Dengan ini, ena share dengan yang lain pula. Jom kita belajar.




CARA-CAR LETAK GAMBAR DAN LIKERS

1) Buka instagram masing-masing di browser laptop / phone. Bukan pada apps IG di phone ye. Kalau yang buat public tu, tak payah login pun tak mengapa.




2) Klik pada Video / Gambar yang hendak di share.

3) Klik 3 dot di sebelah kanan bawah gambar. Boleh rujuk pada gambar dibawah.



4) Klik EMBED untuk dapatkan html code.



5) Klik 'Copy Embed Code'



6) Kalau nak caption gambar tu ada sekali, sila tick di 'Include Caption'

7) Lepas tu pergi tempat nak share entri dan gambar tersebut dan klik 'HTML' seperti gambar dibawah. Paste link Embed tadi.


8) Kalau nak ubah size, boleh tukar di nombor '2' yang ena tulis kat gambar rajah di atas.

9) Siap dan review terlebih dahulu.

10) Kalau nak centerkan, letak code '<center>' di hadapan code Embed tadi.




More Nyummy Here

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 58 | MALAYSIA 2015



SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 58 | MALAYSIA 2015 | Esok sahaja lagi kita nak raikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 58 tahun. Alhamdulillah, sebagai warganegara Malaysia selama 23 tahun ini, ena doakan supaya Malaysia sentiasa dilindungi oleh Allah SWT. Mana-mana yang ada yang tersilap tu, kita perbanyakkan doa supaya Allah bagi jalan kepada kita semua. Allah Maha Berkuasa dan Maha Adil. InshaAllah.

I love my country. Semoga negara kita kembali aman daripada sekarang. Jangan mudah putus asa. Apapun, ena nak ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia yang mengenali diri ena. Balik bercuti hati-hati, semoga selamat sampai ke destinasi.


More Nyummy Here

Wednesday, August 26, 2015

CKT MENJADI PILIHAN DI TANJONG MALIM | BROCHARKUEYTEOW


CKT MENJADI PILIHAN DI TANJONG MALIM | BROCHARKUEYTEOW |  'CKT' adalah singkatan untuk Char Kuey Teow dan ena selalu guna term tu sebab senang nak sebut. Sejujurnya, ena ni tak suka makan Kuey Teow, tak kisahlah Kuey Teow goreng basah ke, sup ke atau kari ke. Tapi dengan Char Kuey Teow, ena jadi lemah dan ketagih. Salah satu sebabnya, kuey teow yang digunakan jenis yang halus-halus

Ena merupakan peminat tegar CKT tapi bila kat Tanjong malim ni, memang agak susah nak cari CKT yang betul-betul mantap di area sini. Nak lepaskan gian, terpaksalah ena beli kat pasar malam je setiap hari Sabtu. Tapi itu pun masih belum dapat puaskan hati disebabkan ena pernah rasa CKT yang lebih sedap daripada yang itu. Namun, alhamdulillah ena dah jumpa tempat jual CKT yang betul-betul memuaskan hati di area Tg.Malim iaitu BroCharKueyTeow di Lampuneon Cafe, Tanjong Malim.


BROCHARKUEYTEOW DI LAMPUNEON CAFE


BroCharKueyTeow atau BroCKT ini diterajui, dimasak dan disediakan oleh blogger yang sangat dikenali di Malaysia iaitu Bro Framestone dan isteri bro, kak Iera Kan. Haaaaa, itu yang buat ena bertambah excited nak cuba masakan Bro Framstone ni malam semalam. Sedap ke tak, menjadi ke tak CKT nya, best ke tak. Lagipun Bro baru sahaja berniaga CKT kat sini. So malam semalam juga ena pergi cuba try test atas jemputan Bro sendiri.

BroCharKueyTeow ini terletak di  Lampuneon Cafe, Tanjong Malim yang berhadapan dengan Futsal Tg.Malim dan berhampiran kawasan KTM Tg.Malim. Wazekan hado, guna jelah waze kalau tak tahu kat mana.




FEEDBACK DARIPADA ENA 

Masa ena cuba try test BroCharKueyTeow ni semalam, ena ajak mak ena sekali makan. Tambahan pula, mak ena ni seorang yang jenis cerewet dalam masakan. Well dulu dia bekas guru masakan, so dia tahu la selok belok serba sedikit tentang masakan ni. Ahaks. So, ini kira ini feedback daripada ena dan mak ena juga.

Komen ena, ena sangat puas hati dengan masakan CKT daripada Bro Framestone. Rasanya betul-betul pekat dan enak. Ada rasa tersendiri di situ. Udang yang digunakan pun sangat fresh, kalau nak tahu fresh ke adalah tak time kita kupas kulit udang tu. Sama ada lembik ke, lunyai ke, keras ke ,melekat kat isi ke, senang nak terkopak ke, haaa rasailah sendiri ye. Ini petua daripada mak ena, kalau yang fresh tu kulitnya tebal, keras tapi tak adalah keras sangat dan nampak mantap isinya. 




Halal, bersih itu paling keutamaan bagi kami. Lagipun,  Lampuneon Cafe, Tanjong Malim ini sangat menjaga kebersihan dan keselesaan kedainya. So tiada masalah untuk clear you mind sambil mentelaah makanan yang ada kat sini. Mak ena pun sarankan lepas ni boleh datang kat sini lagi sambil layan BroCharKueyTeow.

Ena ni jarang balik Tg.Malim, time cuti panjang sahaja ena balik sebab yela drive sendirikan daripada Kuantan. Nak balik selalu, minyak makin naik harga. Student macam ena ni masih tak mampu la nak hadap semua tu. So, time cuti ni ena nak perlahap BroCharKueyTeow habis-habisan. Lagipun harga tak mahal sangat, janji puas hati dan perut ena pun bahagia dapat makan CKT yang sedap.



AMARAN!! Ena nasihatkan kalau nak makan BroCharKueyTeow ni mohon jangan minum air bersusu atau yang berlemak. Jangan cari penyakit pada perut you all masing-masing. Melainkan anda dah terbiasa makan benda berlemak dengan air bersusu. Tapi hope elakkan demi kesihatan diri juga, pilihlah minuman berjus.


LOKASI DAN MASA OPERASI BROCHARKUEYTEOW

Jangan lupa cuba try test CKT kat sini ye bagi yang berada di Tanjong Malim.



MASA & HARI:
Isnin - Jumaat
5pm - 10.30pm


More Nyummy Here

Monday, August 24, 2015

MEE BANDUNG MUAR KETAM | RESTORAN BISIK-BISIK SHAH ALAM


MEE BANDUNG MUAR KETAM | RESTORAN BISIK-BISIK SHAH ALAM | Pada 22 Ogos 2015 hari Sabtu yang lepas, semperna hari jadi ena ke 23 tahun, ena telah bawa parents dan kak ena ke Shah Alam untuk makan tengah hari bersama-sama. Dah lama ena berhasrat untuk belanja mereka makan kat satu tempat yang ena sendiri tak pernah pergi lagi. Mujurlah ada Mr.Google membantu ena untuk cari tempat makan yang menjadi pilihan ramai di sekitar Shah Alam. Alhamdulillah, tertunai juga niat ena selama ini.

Ena memutus untuk makan tengah hari di Restoran Bisik-Bisik. Hal ini disebabkan dah tak tahu nak makan kat mana dah, tempat lain kebanyakkannya aktif pada waktu malam dan nak bawa tempat yang terlampau pelik hidangannya, takut parents ena tak boleh nak terima. So, kebetulan restoran ni ada menyediakan masakkan yang sesuai untuk makan tengah hari, apa lagi, start enjin kereta terus ke sini.


RESTORAN BISIK-BISIK



'Luaskan Seleramu' menjadi slogan kepada restoran ini dan perasan tak slogan tu seakan-akan slogan bagi negeri Johor iaitu 'Luaskan Kuasamu'? Haaaaa, di restoran ini menyediakan masakan dan makanan daripada negeri Johor terutamanya Mee Bandung, Mee Rebus dan Laksa Johor. Oleh sebab itu, slogannya sedemikian.

Restoran Bisik-Bisik ini dibawah naungan Mariza Rezeki Enterprise dan telah bertapak di Seksyen 7 Shah Alam ini lebih kurang 10 tahun. Perghhhhh! Dah lama rupanya restoran ni ada, ena je baru tahu restoran ni. Ketinggalan zaman betullah. Restoran ini betul-betul berada di belakang UNISEL Shah Alam, so tak susah pun nak cari, lagipun wazekan ajeee. Kat sini parking pun senang dan tandas pun ada, tapi mungkin ena pergi masa ni keadaan tak sesak sangat kot.


FEEDBACK ENA PADA RESTORAN



Alhamdulillah, dari Tanjong Malim ke Shah Alam bukanlah dekat, mujurlah makanan kat sini sedap dan memuaskan hati ena serta parents ena. Walaupun minta yang simple simple sahaja, tapi semuanya memang cukup rasa. Parents ena macam biasalah minta nasi putih dengan lauk, ena pilih mee bandung ketam dan kakak ena pula minta undang goreng tepung.

Halal, suasana pun bersih cuma keadaan je agak panas sedikit. Mungkin kena upgrade kipas atau penghawa dingin supaya pelanggan lebih selesa untuk menjamu selera di sini. Apapun, overal puas hati. Tak menyesal ena bawa mereka makan tengah hari di sini.

Jom tengok menu yang kami pilih:-


Kailan Ikan Masin. Mantoooppp!

Mee Bandung Ketam. Pekat kuahnya, puas hati. Cuma ketam tu ada rasa lain macam sedikit.

Sup Daging. Tak tahu dia letak apa, tapi soft dan tiptop rasanya. Ada rasa pedas pedas sedikit.

Udang Goreng Tepung. Fresh udangnya, puas hati.


WAKTU OPERASI RESTORAN BISIK-BISIK

Isnin: 4pm - 11pm
Selasa - Khamis: 12.30pm - 11pm
Jumaat - Ahad: 12.30pm - 11.30pm


DETAILS RESTORAN BISIK-BISIK

Alamat dan Nombor Telefon sila rujuk gambar di atas.


More Nyummy Here

Friday, August 21, 2015

BURGER MURAH DAN SEDAP DI TANJONG MALIM | QALAM BURGER


BURGER MURAH DAN SEDAP DI TANJONG MALIM | QALAM BURGER | Baru-baru ni tetiba ena teringin nak makan burger. Nak masak sendiri, malas la pulak. Lagipun bahan banyak tak ada. Lepas tu mak ena saran pergi beli burger kat satu tempat ni kat area Tanjong Malim. Mak ena cakap sedap, so apa lagi, ena pun berdesup pergi beli.

Nama tempat jual burger tersebut adalah Qalam Burger. Kedainya bukan gah berbatu, hanya gerai santai ditepi jalan. Tapi ena suka beli burger sebegini sebab satu murah dan satu lagi entah feeling tu rasa lain berbanding beli kat kedai fast food yang lain.


QALAM BURGER TANJONG MALIM


Qalam Burger ini terletak di Taman Universiti yang bersebelahan dengan UPSI. Kalau dari lampu isyarat nak ke simpang taman ini, gerainya betul-betul kat tepi jalan belah kiri you all. Kalau nak waze Qalam Burger ni memang tak ada kot, tapi kalau waze ke Taman Universiti insyaAllah ada.

Qalam Burger ini milik orang Melayu dan pastinya Islam. Oleh itu, kebersihan dan status halal burger di sini terjamin. So, ena pun tak segan silu untuk beli burger di sini. Lagipun, mak ena cakap memang tak berhenti-henti orang beli burger kat sini. Setiap hari mesti ada pembeli yang ramai. Ena jarang ada kat sini, memang tak tahu selok belok Tanjong Malim ni sangat. Parents ena je yang lebih arif.


FEEDBACK DARIPADA ENA


Ena sangat berpuas hati dengan burger kat sini. Makan sekali nak lagi sebab murah plus sos, mayonis dan thousand island yang diletak sangat banyak. Tambahan pula, roti burgernya sangat lembut dan daging burger yang dimasak tidak terlampau kering. Sangat sedap, rasa tak cukup kalau makan satu je.

Selain itu, ena puas hati dengan suasana gerainya. Walaupun hanya gerai biasa tetapi kebersihannya boleh tahan dan tiada bau yang kurang menyenangkan. Banyak juga jenis-jenis burger yang dijual, nak yang selapis, dua lapis atau tiga lapis pun ada. Ikut selera masing-masing.





Keunikkan burger kat sini adalah mereka gantikan bawang dan tomato dengan epal hijau. Pergghh, sedap juga kombinasi potongan epal hijau dengan burger, rasa rangup dan masam-masam buah di situ. Nyummms.

Ena tengok mereka sediakan burger pun nampak bersih dan teratur. Mungkin ada kekalutan sedikit sebab masa ena beli ni berpusu-pusu orang datang kemari untuk beli burger kat sini. Oleh sebab itu, tak menang tangan mereka menyiapkan burger yang diorder. So, kita sebagai pembeli kena faham juga keadaan mereka. Jangan main judge melulu.




MENU YANG ENA PILIH

Masa ni ena try makan yang Triple Extreme Beef dan family ena yang lain pilih burger ayam biasa. Ena sengaja nak try menu lain daripada yang lain, lagipun bukan mahal sangat. Next time, rasa yang lain pula. Ahaks

Tripple Extreme Beef

Burger Ayam Biasa


HUBUNGI PIHAK QALAM BURGER

Sebarang tempahan boleh rujuk pada gambar banner dibawah.



FANPAGE:



More Nyummy Here

Thursday, August 20, 2015

PERMAINAN POLIS ENTRY | LIRIK SEBENAR


PERMAINAN POLIS ENTRY | LIRIK SEBENAR | Ingat lagi tak permainan polis entry ni??? Siapa yang kecil-kecil dulu jadikan ia satu permainan dengan kawan-kawan?? Yeahh! Tidak terkecuali dengan diri ena pada 8 atau 9 tahun yang lepas. Masa kecil-kecil dahulu selalu main benda ni dengan saudara mara atau kawan-kawan sekolah.

Menjerit, melolong tak ingat dunia masa main ni, sebab takut kena tangkap apa semua. Kenangan yang paling best! Main pun sakan sampai tersungkurlah. Habis luka sana sini sebab kalut sangat berlari. Tapi semua itu tidak mematahkan semangat ena dan lain-lain. Sebab itu kaki ena ni penuh dengan parut luka, nakal macam lelaki masa kecil-kecil


LIRIK PERMAINAN POLIS ENTRY 

"Polis entry one two jaga,
Polis mati,
Pencuri jaga..."

Masa nyanyi lagu ni, jari tu kena tunjuk-tunjuk kat kawan termasuk diri sendiri. Satu lirik, tunjuk seorang. Sampailah habis lirik. Kena nyanyi dua kali. Siapa yang first kena tunjuk tu, dia kena kejar a.k.a jadi polis. Yang kali kedua punya, orang tu dikejar a.k.a kena jadi pencuri. Yang mana tak kena tunjuk tu kena duduk dalam penjara sebagai rakan pencuri.

So, yang mana jadi polis tu kena kejarlah pencuri yang seorang tu sampai dapat. Jangan sampai dia 'sep' kawan-kawan dia dalam penjara tu. Kalau dia dapat 'sep' salah seorang dalam penjara tu, orang tu boleh terlepas. Dah jadi dua orang kena kejar. Masa ni la terpekik terlolong.

Ohhh rindunya.


LIRIK SEBENAR POLIS ENTRI

Semalam scroll gambar kat instagram, and I founddd.... Tadaaaaaaa...



Tak tahu betul ke tak tapi ada logiknya di situ. Har har har. Hantam sahajalah labuuu, zaman kanak-kanak ku dah lama berlalu. Maybe untuk generasi anak-anak kita akan datang pula tapi entahlah masih ada lagi ke situasi macam dulu kala. Ke gadjet menguasai pemikiran anak-anak pada zaman akan datang?




More Nyummy Here

Tuesday, August 18, 2015

DEKAT DENGAN MERPATI | BATU CAVES TEMPLE


DEKAT DENGAN MERPATI | BATU CAVES TEMPLE | Kalau ena drive balik ke Kuantan daripada Tanjong Malim, selalu juga ulang alik depan Batu Caves Temple, yang merupakan salah satu tempat pelancongan yang ada di negera kita yang tercinta ni. Tapi tak pernah ena singgah kat sini, sehingga la suatu hari tu dah tak tahu nak lepak mana dah, ena ke sini untuk menerokai apa yang ada kat Batu Caves Temple. Dah lama teringin cuma tak ada rezeki lagi.

More Nyummy Here

Monday, August 17, 2015

TEMPAT JOGGING DI BANTING | BUKIT JUGRA


TEMPAT JOGGING DI BANTING | BUKIT JUGRA | Baru-baru ni, ena stay di Banting untuk beberapa hari atas sebab hal-hal yang tertentu. Pada suatu pagi, partner foodhunter ena, Yazid ajak pergi membakar lemak di satu tempat berbukit iaitu Bukit Jugra. Duduk kat Banting memang boleh kasi ena gemuk sebab makanan kat sini sedap-sedap belaka. Makan je kerja. Alamatnya, kalau tak exercise, habislah badan.

More Nyummy Here

Sunday, August 16, 2015

JOM LIKE FANPAGE ENA | INAAINAA.COM



JOM LIKE FANPAGE ENA | INAAINAA.COM | Sejak fanpage dah boleh tukar nama ni, berdesup ena tukar nama dari Ainaa Roseberry ke InaAinaa.com. Dulu ingat nak buat fanpage baru sejak blog dah bertukar wajah. No more berry berry semua tu. Nak branding nama sendiri pula. Try and error kononnya. Ahaks. Bersyukur bila fanpage dah boleh tukar nama, tak payah susah payah nak setup itu ini lagi balik semula. 

Oleh sebab dah tukar nama fanpage, ena akan aktif kat sana semula seperti dulu untuk share apa yang patut. Kalau boleh, segala hal berkaitan dengan blog, ena nak post kat sana. Satu dua je baru share kat Facebook Personal. 

Dengan ini, ena nak jemput la para pembaca blog ena untuk LIKE fanpage ena untuk mengetahui perkara latest kat blog ena. Ena tak paksa, tapi kalau sudi like tu, ena ucapkan ribuan terima kasih dan ena menghargainya sangat-sangat.



FANPAGE OFFICIAL:



More Nyummy Here

TUTORIAL LETAK WATERMARK MELALUI PHONE | PICSART


TUTORIAL LETAK WATERMARK MELALUI PHONE | PICSART | Entri kali ni ena nak buat satu tutorial untuk letak watermark di gambar melalui apps phone, memandangkan ramai juga bertanya pada ena bagaimana caranya. Tak perlu susah payah pergi transfer gambar kat laptop semata-mata untuk letak watermark, guna phone pun boleh. Hanya di hujung jari meehhh. 

Sejak ena guna phone Android sampai guna iphone, hanya satu apps sahaja ena guna untuk tepek watermark iaitu Picsart. Ada banyak apps yang boleh guna sebenarnya tapi ena tetap pilih Picsart sebab bagi ena mudah. So, kalau you all nak tahu caranya bagaimana, sila scroll entri ni sampai habis ye.


LETAK WATERMARK MELALUI PICSART

1) Install apps Picsart. Sesuai untuk android dan IOS.



2) Pilih bahagian 'EDIT'



3) Pilih 'PHOTOS' daripada gallery phone you all.



4) Bila dah pilih, akan keluar di bahagian editting. Dari situ, you all klik 'ADD PHOTO'



5) Pilih gambar 'WATERMARK' masing-masing



6) Ikut kesesuaian tempat untuk diletak dan opacity yang dikehendaki. Bila dah puas hati, klik tanda 'RIGHT' tu dan you all dah tak boleh patah balik dah untuk edit apa yang patut.



7) Klik 'SAVE' untuk simpan gambar yang ada watermark tu di ruang galeri phone you all.



8) Siap!


More Nyummy Here

Saturday, August 15, 2015

STEAMBOAT MURAH AREA KLANG | CAPTAIN STEAMBOAT & GRILL


STEAMBOAT MURAH AREA KLANG | CAPTAIN STEAMBOAT & GRILL | Ena dah lama mengidam nak makan steamboat ni tapi nak yang jenis buffet sebab boleh makan sampai puas hati. Kebetulan baru-baru ni, partner Foodhunter ena ajak pergi makan malam di satu tempat area Kapar, Klang dimana terletaknya satu steamboat yang sangat murah dan yang pasti boleh makan sampai lebam.

Nama kedai tersebut adalah Captain Steamboat & Grill. Ena datang ke sini dengan family Yazid untuk makan malam bersama-sama. Lagipun bukan selalu dapat berkumpul sebegini rupa, memang best sangat. Ena suka makan beramai-ramai, rasa meriah dan tak krikkrik. 


CAPTAIN STEAMBOAT & GRILL, KAPAR KLANG


Kedai ini terletak di Persiaran Hamzah Alang, Klang dan betul-betul berada di sebelah jalan raya. Kedainya tidaklah sebegitu gah seperti restoran terkemuka yang lain tapi memang setiap malam orang berpusu-pusu untuk merasai Steamboat yang ada kat sini. Masa ena kemari ni pun perghhhh ramai sungguh orang even hari bekerja.

Captain Steamboat & Grill ini diterajui oleh orang Melayu, Islam dan yang pasti warganegara Malaysia. Sudah tentu steamboat kat sini halal dan bersih untuk dimakan cuma suasana kedainya agak kurang memuaskan. Bagi pendapat ena, kalau diupgradekan lagi kedainya confirm nampak lebih menarik dan ceria.


FEEDBACK DARIPADA INA AINAA


Komen ena mengenai steamboat dan grill kat sini, memuaskan hati dan sedap. Adalah sedikit cacat celanya di situ tapi itu bukan masalah yang besar. Kuah untuk steamboat kami pilih kuah TomYam untuk dua-dua dapur. Tomyamnya sedap dan cukup pedas tapi terlebih masin sedikit. Mungkin terlajak letak garam kot.

HARGA:
RM21.90 (Dewasa)
RM9.90 (Kanak-Kanak 7-12 Tahun)
RM9.90 (Warga Emas)


Murahkan?? Haaaaa, memang berbaloi yang amat sangat kalau makan kat sini. Kalau bab makan sampai lebam ni dengan harga macam tu, siapa tak suka ke mari kan??? Lagi satu, sesuai sangat la nak bawa keluarga atau sahabat handai secara berjemaah. Apa lagi, meh la terjah kat sini beramai-ramai.


GAMBAR KETIKA DI CAPTAIN STEAMBOAT & GRILL

Kalau tak bergambar memang tak sah. Kalau tak share gambar, bukan bloggerlah tu. Ahaks. Supaya gambar-gambar kat bawah ni boleh jadi rujukan kepada para pembaca. Jom cuci mata you all semua. 







Pelbagai jenis sos yang ada. Pilih ikut kegemaran masing-masing.

Mentega untuk grill. Ambillah sebanyak mana yang you all nak.

Senang bila ada pembahagi kat ruang grill tu. Boleh ambil part masing-masing.

Happy face! Happy tummy! Yeahh~


Itu sahaja perkongsian daripada ena. Selamat mencuba ye~




More Nyummy Here