Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Saturday, July 18, 2015

SUASANA RAYA KEDUA | HARI RAYA AIDILFITRI 2015


SUASANA RAYA KEDUA | HARI RAYA AIDILFITRI 2015 | Seperti yang dijangka, hari ni lebih ramai saudara mara yang datang berkunjung ke rumah ena berbanding hari semalam. Namun, ena sangat bersyukur sebab raya kali ini betul-betul bermakna dalam diri ena. Ena memang suka sangat orang datang melawat ke rumah ena, rindu okay kat saudara mara. Bila dah makin besar ni makin terasa nak rapatkan diri dengan saudara mara pula.

Hari ni seperti semalam, tak kemana pun sebab tolong mak apa yang patut. Tapi hari ni, kakak ena merangkap anak kedua dalam lima beradik pulang ke rumah. So, ena rasa seronok sedikit. Anak-anak saudara ena pun ada, happy tengok mak dan ayah ena seronok dengan adanya kehadiran mereka di rumah. Luaran ibu bapa kita ni nampak je cool tapi dalaman mereka pepandailah anak-anak baca sendiri. 


SUASANA HARI RAYA KEDUA DI RUMAH ENA


Baju raya ena pada hari raya kedua ni, ena pakai simple je. Pakai je jubah yang ada dalam bilik tu, malas nak melawa sangat gari ni sebab lawa-lawa pun nak kemana je kannn. Janji tampak kemas, badan tak berbau dan menutup aurat itu lebih penting. Tudung pun pakai tudung sarung je, sebab senang nak pakai. Tak leceh walaupun ena ni tak suka pakai tudung sarung. Nampak diri terlampau tua. Uhuks.





Menu untuk hari ni ada nasi impit, kuah kacang meletop, nasi minyak "lagi sekali" dan lauk pauk nasi minyak. Kami dah jangga harini akan ramai yang datang, tu buat nasi minyak lagi. Nak kasi perut tetamu betul-betul kenyang. Hehehe. Pada mulanya, turutkan hati nak goreng bihun sahaja tapi abah ena terlebih rajin pula, so dia masakkan nasi minyak lagi.

Alhamdulillah, semua makanan licin licau. Tak ada yang terbuang atau yang membazir. Seronok tengok tetamu yang mari harini makan dengan seleranya. Masakan mak dan abah paling power! Anak dia ni entahla bila nak pro memasak. Tak boleh kahwin lagi ni gamaknya. Ahaks.




Keadaan sibuk dari pagi hingga ke petang, nak snap gambar semua pun tak larat dah. Baru nak rehatkan bontot, dah ada orang lain yang datang. Bertabahlah. Kat entri ni pun letak yang mana ada je. Tetamu yang datang lebih dari apa yang ada dalam gambar. Alangkah bestnya kalau ada adik, boleh buli dia tolong tangkapkan gambar. Har har har. Tak payah susah-susah suruh orang lain yang snapkan. 

Apapun, walaupun penat tapi hati ena sangat gembira bila tengok keadaan rumah jadi meriah dengan hadirnya para tetamu. Terima kasih ena ucapkan kepada mereka yang hadir. Hari pertama dan hari kedua je ada kat rumah, esok ena dan satu keluarga dah nak balik kampung di Taiping. Beraya kat sana pula.






Itu sahaja perkongsian ena untuk raya kedua. Nantikan cerita serta perkongsian untuk raya yang seterusnya, itupun kalau ena sempat nak bergambar la. Doakan ena dan keluarga ena selamat sampai ke Taiping pada esok hari. Tak sabar nak jumpa saudara mara kat sana. Semoga semua perancangan berjalan dengan lancar. InshaAllah, amin.


Share

Other Article

SUASANA RAYA KEDUA | HARI RAYA AIDILFITRI 2015
4/ 5
Oleh

6 Comments

Tulis Comments
avatar
20.7.15

ena buat collection duit raya? .. slmt hari raya dari pcl.

Reply
avatar
20.7.15

lawanya....haha~

Reply
avatar
ena
22.7.15

slmt hari raya..done follow ainaa #3849

Reply
avatar
24.7.15

nooooms.. ada jamu nasi minyaklah.. dapnye =)
eheh kalo majlis kat rumah mmg pakai simple2 je.. tudung sarung akak lately baru rajin pakai
sbb malas nak lilit shawl.. tp get ready la orang panggil macik..

Reply
avatar
24.7.15

raya kedua memang ramai dah mula beraya..kadang tu sampai tak terlarat =__='

Reply
avatar
24.7.15

nampak macam baju kurung, rupanya jubah

Reply