Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Thursday, July 23, 2015

SUASANA RAYA AIDILFITRI 2015 | KAMPUNGKU DI TAIPING


SUASANA RAYA AIDILFITRI 2015 | KAMPUNGKU DI TAIPING Masa hari raya ketiga, ena dan sekeluarga bergerak pergi beraya di kampung belah my mom kat Taiping. Sampai raya ke lima kami stay di Taiping. Mula-mula plan nak stay sampai hari raya keempat sahaja tapi bila tengok keadaan kat highway mashaAllah, tak jadi nak balik. Alamatnya stay lagi satu malam di sana.

Alhamdulillah, raya kali ni betul-betul bermakna dalam diri ena. Bila dah besar ni dah tak fikir duit raya apa semua, hanya fikirkan nak berjumpa dengan saudara mara yang dah lama tak berjumpa. Walaupun dah besar panjang, ena masih lagi dapat duit raya daripada saudara mara. Memang bertambah sukalah ena, senyum sampai ke telinga bila dapat duit raya. Har har har. Terima kasih banyak-banyak kepada yang memberi.


BERAYA DI KAMPUNG TAIPING




"Orang zaman sekarang balik kampung stay kat hotel"

Acapkali kedengaran orang kata begitu. Tapi kami sekeluarga setiap tahun akan memilih untuk stay di hotel sahaja memandangkan tiada tempat dah untuk menginap. Dulu masa zaman kecil-kecil kalau balik beraya memang stay kat rumah arwah wan dan arwah tok wan tapi sekarang rumah tu dah tak berpenghuni untuk sekian lama. Tak beranilah nak stay. 

Pergi beraya kat Taiping, baru ena melawa sedikit. Sedikit jelah lawanya tu. Hehehe. Ena memilih untuk pakai dress labuh daripada Zawara dengan digayakan instant shawl dari Dsallinaz. Memang dua-dua outfit ni sangat selesa dipakai dan buat ena seronok nak beraya. Tak adalah rasa rimas ke apa, nak beraya non-stop dari pagi sampai ke malam pun tak mengapa. Memang terbuktilah cara permakaian memainkan peranan penting pada mood seseorang tu. 

Outfit raya untuk hari raya ketiga

Outfit berikutnya, instant shawl dari Dsallinaz.

Kami ambil masa berharga ni untuk pergi kunjung-mengunjungi rumah saudara-mara yang ada. Sebenarnya, bersepah saudara mara kat sini cuma kami tak dapat la nak beraya kat semua rumah atas sebab masa tak mengizinkan. Kami konvoi sebanyak 3 buah kereta, kereta parents ena dengan adik-beradik ena yang lain. 

Memang banyak perkara yang tidak diduga berlaku tapi alhamdulillah semuanya tetap berjalan dengan lancar. Ena share serba sedikit gambar kenangan beraya di Taiping untuk tahun ni. Tak banyak yang disnap sebab masa tulah juga bateri fon mampus.







KAMPUNG HALAMAN DI BATU 10 TRUNG TAIPING

Pada hari keesokkannya, kami beraya sakan lagi sampai ke Ipoh tapi maaflah tak sempat nak bergambar dengan saudara mara yang lain. Namun, sebelum beraya di tempat lain, kami pergi jenguk rumah asal my mom di Batu 10 Trung, Taiping. Suasana kat situ dah banyak berubah. Sayu je melihat rumah usang yang dahulunya gah berdiri dengan gelak ketawa anak-anak serta cucu cicit.




Alangkah bestnya kalau dapat patah balik masa ketika arwah wan dan tok wan masih ada. Rindu nak bermalam kat sini lagi. Mandi air telaga, tangkap ikan timah kat parit depan kampung, main kejar-kejar dengan saudara mara. Ohhh memory lane~





Itu sahaja perkongsian daripada ena. Lepas ni, nak beraya ke rumah kawan-kawan pula. InshaAllah kalau ada masa lebih ena share di blog ena. 


Share

Other Article

SUASANA RAYA AIDILFITRI 2015 | KAMPUNGKU DI TAIPING
4/ 5
Oleh

19 Comments

Comments
avatar
23.7.15

Tetibe rindu nak balik Kuala Kangsar .. Indah kan duduk di kampung . Everything looks green n beautifull . Waaaa

Reply
avatar
23.7.15

selamat hari raya ena.. maaf zahir batin ya.. kosong-kosong.. :")

Reply
avatar
23.7.15

Seronok kan beraya dekat kampung :)

Reply
avatar
24.7.15

wow meriahnyaaa Enaa nye sambutan raya.. jalan sakan..
akak duduk rumah je lepas raya first.. nak kuar makan pun malas..

Reply
avatar
24.7.15

cantik baju raya. eh

Reply
avatar
24.7.15

oh kg kat tepeng ea...

slmt hari raya ena..cntik dia..

Reply
avatar
24.7.15

wah rumah kampung...lawa :)

Reply
avatar
24.7.15

cantiknya rumah kampung ni Ina .... akak memang suka rumah kampung macam ni.

Reply
avatar
24.7.15

akk pun ke Taiping raya kedua aritu ;)

Reply
avatar
24.7.15

Meriah yer ena beraya...baju raya ena tu mengamit perhatian akak lah...sesuai tau dengan tuannya pakai...beraya di Taiping mesti nostalgia kan dik ena...akak baca ena cakap dpt mandi air telaga tu pun dah best sgt...ena, balik beraya menginap di hotel itu tak salah, akak pun selalu gitu dik hehehhe keselesaan

Reply
avatar
24.7.15

Seronok beraya kat kampung..cantik baju raya Ena..Ena pun dah memang cantik :)

Reply
avatar
24.7.15

seronok betul tengok rumah tu, betul2 kampung style ni

Reply
avatar
24.7.15

buah apa yg menguning tu ... kg tpt yg damai . penuh kehijauan dan kemeriahan ...

Reply
avatar
25.7.15

Seronoknya balik kampung. Nak balik kampung juga tapi lupa dah duduk kampung, hehe

Reply
avatar
26.7.15

beraya kat bandar tak sama beraya kat kampung. lagi2 kalau ade atok nenek. feel dia. lain. hehe

Reply
avatar
27.7.15

Seronoknya dia beraya..
Selamat Hari Raya Ina..

Reply
avatar
31.7.15

Memang best raya kat kampung..sedara ramai..tak berhenti berkunjung

Reply
avatar
31.7.15

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir dan Batin.. Itu hari raya kat rumah isteri dulu di Selama Perak...kemudian raya ke 3 baru pergi raya di Pahang...

Reply
avatar
3.8.15

bestnye suasana kampung ena.. memang kampung betul.. mcm kg teman dah takdok suasana camni.. huhu.. sedey

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)