Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Friday, July 17, 2015

SUASANA HARI PERTAMA | HARI RAYA AIDILFITRI 2015


SUASANA HARI PERTAMA | HARI RAYA AIDILFITRI 2015 | Sampai sudah hari raya yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di Malaysia. Hari ini merupakan hari pertama kita meraikan hari raya dengan penuh kegembiraan. Begitu juga ena dan sekeluarga. Ena tengok gambar-gambar di laman social, perghhh lawa-lawa baju raya masing-masing. Seronok ena tengok, terasa kenikmatan raya pada tahun ni.

Ramai juga yang pergi menziarahi rumah saudara mara, sahabat handai dan juga jiran tetangga masing-masing. Tetapi hari ini ena tak berkesempatan untuk menziarahi mana-mana rumah lagi sebab tetamu mari non-stop dari pagi hingga ke petang. Malam ni baru nak berehat. Tambahan pula, tiada siapa nak tolong mak kat rumah, ena je yang diharapkan. Sebab itu lah tak dapat beraya kemana hari ni. Adik-beradik yang lain seperti yang dimaklumkan, tahun ni turn beraya di rumah mertua. Ahad ni baru dapat berkumpul.


SUASANA HARI PERTAMA DI RUMAH ENA


Hari ni ena tak pakai baju raya se gah yang lain sebab fikirkan tak kemana pun, hadap dapur jelah. So, simple look today tetapi tampak kemas itu penting. Warna tema hari ni krim plus hijau, mak dan abah ena pun pakai outfit warna yang sama. Suka suka suka sebab sedondon gittew.

Menu for today, abah ena masak nasi minyak yang super duper auumm auummm. Mak ena pula masak lauk ayam masak merah dengan rendang campur campur; ada hati, ada paru, ada daging. Sedap nokkk. Lepas tu, ada kuih muih raya sedikit namun ramai tetamu hadap nasi minyak dengan kek lapis dari Si Belang Kacak sahaja.

Ramai saudara mara sebelah abah ena mari beraya hari ini, almaklumlah abah ena memang asal orang Tanjung Malim. Kampung ena belah abah pun ada kat sini, so saudara mara pakat-pakat lah berkumpul hari ni. Aki dengan nenek pun dah lama meninggal, tinggal saudara mara sahaja yang ada. 

Meriah sungguh rumah ena hari ni sampai tak cukup ruang dalam rumah ni. Hehehe. Alhamdulillah, seronok ena layan tetamu yang hadir, cuma yang tak seronok line internet menguji sungguh keimanan. Sabar jelah.




Hari ni mujurlah tak ada yang bertanya pasal kahwin ke apa yang mengenai jodoh ni, kalau tak, malas betul nak menjawab. Har har har. Tapi kebanyakkan mereka dah sangka ena ni sudah bekerja. Maybe nampak macam mak orang dah kot. Kah! Ai is masih belajar tau, wajar anda anda dan anda bagi duit raya. Ehhh~ Heeeee. Gurau sahaja.

Apapun, dengan izin Allah semuanya berjalan lancar pada hari ni. Nasi minyak yang abah masak pun sedang elok cukup untuk semua orang. Dapatlah mereka merasai nasi minyak yang super sedap ni. Ena pun bersyukur sebab tak ada yang membazir hari ni. 




So esok ada lagi kat rumah  hari Ahad je dah tak ada, dijemput you all datang beraya ke rumah ena ye. 


Share

Other Article

SUASANA HARI PERTAMA | HARI RAYA AIDILFITRI 2015
4/ 5
Oleh

8 Comments

Comments
avatar
17.7.15

Alhamdulillah meriah suasana hari raya Ina dan family. Akak rindu nak layan tetamu cilik, kalau raya kat Melaka memang itulah rutin akak hehehe.

Reply
avatar
18.7.15

Meriahnya rumah ena..
Suka tudung ena tu..cantik colour

Reply
avatar
21.7.15

Meriahnyeee raya kat sana. Selamat hari raya Ina . Maaf Zahir dan Batin :)

Reply
avatar
24.7.15

uuish tudung dia shining kasi silau mata =P
selamat hari raya adik manis..

Reply
avatar
24.7.15

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

www.azlindaalin.com

Reply
avatar
24.7.15

berseri² memasing pakai baju raya kan..mood happy :)

Reply
avatar
24.7.15

soalan cepumas sebab orang tak tanya kan... bila nak kawin?! hehe

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)