Monday, July 13, 2015

SET RAMADHAN HANYA RM20 | PANADERIA KUANTAN


SET RAMADHAN HANYA RM20 | PANADERIA KUANTAN | Lagi beberapa hari je lagi nak berpenghujung hari bulan Ramadhan dan lepas tu kita Raya. Yeayy! Memandangkan minggu ni adalah minggu terakhir ena kat Kuantan untuk bulan Ramadhan ni, pada hari Ahad yang lepas ena ambil kesempatan yang ada untuk berbuka dengan para blogger yang ada kat Kuantan ni. So, plan berjalan dengan lancar dan kami pergi berbuka secara santai di Cafe Panaderia.

Puas mencari tempat untuk berbuka yang sesuai untuk berbuka puasa. Dahlah nak kena book tempat terlebih dahulu. Nak terus mari tanpa booking tempat takut jadi benda yang tak best pula. So cari punya cari nombor telefon, ada yang tak ada sertakan nombor telefon kat laman social mereka dan ada yang dah letak nombor telefon tapi bila call tak angkat pula. Akhirnya blogger Mohd Shakir cadangan makan kat Cafe Panaderia. Memandangkan ena pun tak pernah foodhunting kat cafe ni lagi, so alang-alang ada peluang ni apa lagi. 


THE PANADERIA DESSERT HOUSE & CAFE



Cafe Panaderia menyediakan pelbagai jenis kek dan biskut yang halal, bersih dan yang paling penting memuaskan hati. Panaderia ini bermaksud bakery, sebab itu cafe ini menekankan jualan kek dan biskut. Namun begitu, bukan kek dan biskut sahaja ada di sini, makanan yang lain pun ada juga disediakan.

Cafe ini berdekatan dengan Politeknik Metro Kuantan dan juga berhampiran dengan East Coast Mall serta Megamall Kuantan. Ena datang ke sini pun dengan bantuan daripada waze. Terima kasih waze. Hehehe. Berikut adalah alamat ke sini:-



The Panaderia, Bakery House & Cafe,
A-11 Lorong Tun Ismail 2 Sri Dagangan 2,
25000 Kuantan



Alhamdulillah, tak sia-sia datang kemari. Takut juga kat makanannta tak sedap atau keadaan cafe yang tak memuaskan, yela nak cancel last minit pun kita dah book. So, by hook or by crook, redah jelah. Bila datang kemari, ffiiuuhh bersyukur sangat sebab tempat makannya sangat selesa, bersih, tiada bau yang kurang menyenangkan, makanan pun sedap dan layanan pun bagus. Memang cafe ini empunya orang Melayu dan Islam.




SET BERBUKA HANYA DALAM KADAR RM20 SAHAJA

Kebetulan pula ada set berbuka puasa kat sini, harga pun murah dan berbaloi dengan menu yang diberi. Seorang dalam RM20 sahaja, adalah juga balance dalam RM1 plus minus. Tak perlu dah nak habiskan duit berpuluh-puluh ringgit hanya untuk berbuka puasa pada satu hari. Lagipun harga ni sangat sesuai bagi mereka yang sedang berjimat cermat seperti ena ni. Ahaks.




Ikutlah you all nak pilih set yang mana, semua dah ada pada kertas menu. Kali ini ena pilih mee bandung. Nak rasa mee bandung kat sini memandangkan ramai review mengatakan mee bandung kat sini sedap. Tambahan pula, perut ena dah tak berapa nak selera makan nasi kebelakangan ni. So, ena pilih set mee bandung lah dan dalam set tu ena pilih pencuci mulut Choc Salted Caramel dan Drinks Of The Day : Bandung Cincau.



Mee Bandung

Drink Of The Day: Bandung Cincau

Kek Choc Salted Caramel

Blogger yang lain pilih menu yang lain pula seperti nasi ayam dan nasi putih dengan daging asam pedas. Ena seorang je tak makan nasi masa ni. Hehehe. Ena try rasa sedikit kuah daging asam pedasnya, subhanaAllah sedapnyaa. Rasa rugi tak minta menu daging asam pedas ni. Rasanya tidak terlampau pedas dan juga tidak terlampau berminyak. Sedang sedang je, memang nicelah rasanya.



Ice Cream

Nasi Putih dengan Daging Asam Pedas

Nasi Ayam


DETAIL THE PANADERIA BAKERY HOUSE & CAFE

Tak menyesal berbuka kat sini, servis pun okay. InshaAllah, lepas ni boleh la lepak kat sini lagi dengan kawan-kawan. Nak try menu yang lain pula, terutama kek yang ada jual kat sini. So kepada mereka yang nak berbuka di sini juga, masih berlum terlambat. Ramadhan masih ada lagi. Apalagi, lai lai book tempat anda sekarang.. 

Kami, Ena, Blogger PapaGlamz , His Family dan Blogger Mohd Shakir.



NO TELEFON:
019 9881452 (Booking)

FACEBOOk:

INSTAGRAM:



Share

Other Article

SET RAMADHAN HANYA RM20 | PANADERIA KUANTAN
4/ 5
Oleh

5 Comments

Comments
avatar
14.7.15

wahhh sedapnya makanan.. kalau dh dekat terjah ni :)

Reply
avatar
14.7.15

Murahnyaa ena. Asam peda tu nampak sedap woo :D

Reply
avatar
14.7.15

wahh nampak sedap mee bandung tu. ishh terliur hehe :P

Reply
avatar
24.7.15

Cantik tempat ni..menu pun nampak sedap!

Reply
avatar
7.4.16

kita readers baru. baru jumpa blog awak. tengah baca semua entry. cantik semua gambar,awak pun cantik. salam kenal :D

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)