Sunday, July 05, 2015

KETAGIH DENGAN KRA POW CHICKEN RICE | THAI CUISINE


KETAGIH DENGAN KRA POW CHICKEN RICE | THAI RICE | Kebelakangan ni, sejak ena pergi food review kat Boat Noodle dulu ni, ena jadi ketagih dengan Kra Pow Chicken Rice ni. Masa tu first time try, lepas tu terus jadi ketagih sampai sekarang. 

Pergi kedai makan memana yang ada menu ni, mesti ena pilih. Sedap yang amat. Teringat je makanan ni, terus tekak memberontak nak makan Kra Pow Chicken Rice lagi. Benda ni dah jadi makanan favourite ena sekarang. Dulu ayam penyet menjadi favourite ena yang nombor satu,  tetapi sekarang Kra Pow Chicken Rice pula menjadi ranking yang pertama. Ahaks


KRA POW CHICKEN RICE

Kra Pow Chicken Rice atau nama lain dipanggil Basil Chicken Rice atau Gai Pad Krapow. Menu ini sebenarnya berasal daripada negara Thailand dan juga sangat di kenali oleh masyarakat di sana. Hal ini kerana resepinya senang untuk dibuat dan juga sesuai untuk membangkitkan selera perut masing masing.

Kra Pow Chicken Rice di Black Canyon Coffee


Ena ketagih makan menu ini sebab ada rasa pedas dan memiliki satu rasa yang unik. Rasa yang unik itulah yang membuat ena jadi ketagih nak makan lagi. Tambahan pula ada isi ayam yang dipotong hancur, memang satu kombinasi yang mantap. Bagi ena memang rasa tak cukup kalau makan satu pinggan.


RESEPI KRA POW CHICKEN RICE

Kra Pow Chicken Rice di Johnny's Restaurant

Ena tak pernah try buat lagi. InshaAllah nanti balik rumah nak try buat kalau jumpa bahan-bahan yang diperlukan. So ena nak share resepi untuk menghasilkan Kra Pow Chicken Rice yang sedap.


Bahan:-
1) 1 Sudu Makan Minyak Masak
2) 4 Ulas Bawang Putih yang dilumatkan
3) 1-5 Biji Cili Padi dicincang halus
4) 1/5 Bawang Kecil Dipotong nipis
5) 1/5 kg Minced Chicken
6) 1 Sudu Makan Sos Ikan
7) 2 Sudu Kecil Gula Perang
8) Secubit lada sulah
9) 3 Helai Daun Thai Basil
10) 2 Biji Telur



Cara-Cara:-
1) Panaskan kuali. 
2) Masukkan minyak masak dan goreng 2 biji telur sampai yang putih telur sudah masak 
    tetapi telur kuning on the way nak masak sepenuhnya. 
3) Pindahkan telur tersebut ke dalam pinggan 
4) Pastikan suhu kuali tidak terlampau panas. Masukkan bawang putih, cili padi yang 
    dicincang dan sedikit minyak masak. Kacau sehingga bawang putih masak dengan cantik.
5) Masukkan bawang kecil yang dipotong nipis dan lepas tu, baru masukkn daging ayam.
6) Masak sehingga daging ayam sudah masak.
7) Tambahkan perisa seperti sos ikan, gula dan lada sulah. Letak sedikit air dan masak 
    sehingga air sehingga air menjadi kering.
8) Letak daun Thai Basil dan masah sehingga daun tersebut menjadi layu.
9) Sudah siap! Sekarang bolehlah sediakan nasi putih dengan telur yang digoreng tadi.




Share

Other Article

KETAGIH DENGAN KRA POW CHICKEN RICE | THAI CUISINE
4/ 5
Oleh

9 Comments

Comments
avatar
5.7.15

slurrppp.. terliurrr

Reply
avatar
5.7.15

Nampak tempting sangat! Kena cuba ni :)

Reply
avatar
5.7.15

tak pernah makan tapi kalau nak try rasa boleh masak sendiri ni

Reply
avatar
5.7.15

sedapnyeee Enaaa. ishhh nasib dah berbuka. tak terliur sangat. hikhik

Reply
avatar
6.7.15

sedapnyaa ena. Terliur :D

Reply
avatar
7.7.15

mcm senang je nak buat . cuma kena ada sos ikan ...

Reply
avatar
8.7.15

My fav nehhh...huuhuu..sedapp

Reply
avatar
10.7.15

macam sedap je... boleh try niii...

Reply
avatar
30.7.15

tengok time tgh lapar sure terliur ni. hehe. kite tak pernah try boat noodle

Reply

The owner of this blog reserves the right to edit or delete any comments submitted to this blog without notice due to:

1) Comments deemed to be spam or questionable spam

2) Comments including profanity

3) Comments containing language or concepts that could be deemed offensive

4) Comments that attack a person individually (including agency)