Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Wednesday, July 22, 2015

KEK LAPIS SARAWAK ORIGINAL PUNYA KAW | SI BELANG KACAK



KEK LAPIS SARAWAK ORIGINAL PUNYA KAW | SI BELANG KACAK | Ena merupakan seorang penggemar kek lapis tapi tengok juga kek lapis tu bagaimana. Kalau kurang sedap memang ena tolak ketepi je kek lapis tu. Sekarang ni memang susah nak cari kek lapis yang betul-betul kaw dan original taste dari Sarawak.

Baru-baru ni, ena cuba try test kek lapis daripada Si Belang Kacak yang ada pelbagai jenis iaitu Instagram Layer, Horlick Chocheese, Nutella Chocheese dan Hari Pari. Risau juga kalau tak sedap sebab niat nak hidangkan kat para tetamu yang datang beraya tempoh hari. Sekali bila dah rasa, perghhhh turutkan hati nak perabiskan semua. Tapi kawal-kawal. Hehehe. Ena perabiskan Nutella Chocheese je sebab sedap sangat! I love chocolate! Lembut je dan yang penting rasanya manis-manis lemak berkrim. Gittewww~

NORM'S LAYERES CAKE SARAWAK, SI BELANG KACAK


Masa ena dapat Si Belang Kacak ni, kek lapisnya tersusun rapi dalam sebuah kotak khas yang cantik, kemas dan nampak la berkualiti kat situ. Bentuk packaging ni betul-betul memainkan peranan yang penting bagi sesuatu produk yang hendak dijual. Macam kotak kek lapis ni, tengok kotak je pun dah tahu kek lapisnya memang bukan calang-calang kek lapis. Kita nak makan pun rasa selamat.



Si Belang Kacak ni memang produk daripada bumiputera. Ena kata bukan sebarang kata semata-mata nak review. Ena yakin sebab ownernya adalah kawan ena iaitu kak Norm Shah yang cantik melecun ni. Selalu sembang dengan ena kat Facebook. So, ena tak ragu-ragulah nak makan kek lapis Sarawak ni. Terjamin halal dan bersih.

Masa hari raya pertama dan kedua, ena sengaja letak tiga jenis kek lapis yang ada kat rumah ni. Tapi ramai para tetamu beraya puji Si Belang Kacak ni sangat sedap dan paling laku berbanding yang lain. Ramai yang bertanya beli kat mana kek lapis ni. Tambahan pula, kebetulan ada saudara yang datang dari Sarawak, dia cakap kek lapis ni betul-betul rasa yang original dari Sarawak. 


Berikut adalah panduan bagi rujukan untuk you all.


JENIS-JENIS KEK LAPIS SI BELANG KACAK

Ada pelbagai jenis kek lapis Sarawak ni dan you all boleh rujuk pada instagram Si Belang Kacak (Click link). Yang ena share kat sini yang ena punya kek lapis sahaja. Ena snap gambar yang masih dalam plastik sebab nak snap masa dah potong apa semua tak sempat. Berdesup habis. Laku sungguh.

Instagram Layer. Yang ni manis-manis berlemak dan sedap. 

Hati Pari. Memula ingatkan tak sedap sebab fully hitam. Sekali rasa seulas, sayangnya nak bagi tetamu. Har har har.

Nutella Chocheese. Yang ni para tetamu tak sempat makan sebab ena dah perabiskan masa bulan puasa. Paling sedap!

Horlick Chocheese. Ni favourite my dad sebab dia suka horlicks. Hehehe. Mantaplahhh rasa kek lapis ni.

Memang licin licau kek lapis Si Belang Kacak. Seronok tengok orang beraya ramai yang puji kek lapis ni even bukan ena ownernya. Testimoni berjaya kali ni. Ahaks. Next time boleh order kat kak Norm Shah.


DETAILS KEK LAPIS SI BELANG KACAK

Kepada yang nak tahu harga dan cara nak order kek lapis ni, you all boleh rujuk informasi yang ada dalam gambar di bawah ni. Tak pun, you all boleh direct msg kat facebook kak Norm Shah. Dia baik orangnya dan juga peramah, so jangan risau dan jangan malu. Tanya je. 

Apapun, semoga dapat membantu anda semua.




Share

Other Article

KEK LAPIS SARAWAK ORIGINAL PUNYA KAW | SI BELANG KACAK
4/ 5
Oleh

10 Comments

Tulis Comments
avatar
22.7.15

Wahh.. macam sedap je. ;)

Reply
avatar
22.7.15

Akak rasa akak belum pernah rasa kek lapis sarawak tetiba rasa macam teringin nak rasa

Reply
avatar
22.7.15

tengok pun dah terliur nih ...

Reply
avatar
24.7.15

hari pari ke hati pari ? hehe time akak beli tulis hati pari =P
kek buah perasa choc kan ? memang sedap pun.. time p srawak pari tu je akak borong 10 set dah eheh..

Reply
avatar
24.7.15

sedapnya kek lapis..selalu makan sikit² je sebab mahal kan..sayang nak habiskan..hehe

Reply
avatar
24.7.15

bagus nampak gaya bisnes kek lapis ni

Reply
avatar
25.7.15

Pernah rasa kek lapis sarawak sebelum ni tapi tak berapa berkenanlah, mungkin tak rasa original sarawak kot. Hehe. Bila tengok kek lapis ni rasa terliur pulak, kena try ni

Reply
avatar
28.7.15

Sedapnyaa kek lapis sarawak :)

Reply