Sebarang Review / Pengiklanan --> INAAINAA92@GMAIL.COM (Email)

Saturday, July 04, 2015

JUMPA MEMEY SUHAIZA & PUTERI SARAH | MOOD REPUBLIK


JUMPA MEMEY SUHAIZA & PUTERI SARAH | MOOD REPUBLIK | Entri kali ini mengenai cerita sebulan yang lalu, cerita dah lapok. Hari ni baru nak update mengenai kisah pertama kali pergi ke festival besar-besaran yang dianjurkan oleh Mood Republik.


Malah, ketika hadir di sini, ena ditemani dengan seorang blogger yang baru pertama kali jumpa iaitu Zaza Zehra. Kecil molek je orangnya dan mari dari Jengka. Jengka ke Kuantan lebih kurang dalam sejam lebih. Alang-alang dia ke Kuantan, ena pun ambil kesempatan ini untuk berjumpa dengan dia.


MOOD REPUBLIK TOUR PAHANG


Pada 30 dan 31 Mei 2015 yang lepas, Mood Republik telah membuat satu pesta membeli belah secara besar-besaran di Bandaraya Kuantan iaitu ibu negeri Pahang. Terdapat pelbagai jenis butik serta instashop terunggul di Malaysia yang ada dengan memberikan harga jualan secara berani mati kepada para pembeli. Kebanyakkan para pembeli datang dari Pahang dan ada juga yang sanggup datang dari jauh untuk ke sini.

Mood Republik Tour Pahang di adakan di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre, Zenith Hotel, Kuantan yang berhadapan dengan East Cost Mall. Selain itu, 10 000 orang yang terawal akan mendapat goodie free daripada pelbagai jenis butik yang terunggul, seorang satu. Memang orang ramai berpusu-pusu datang kemari pada hari mulanya festival fesyen nombor satu Malaysia ni. Meriah sungguh! Siapa tak mahu harga murah tetapi produk berkualiti tinggi.






BERPELUANG UNTUK BERJUMPA DENGAN ARTIS MALAYSA

Tambahan pula, kalau bernasib baik dapatlah berjumpa dengan artis Malaysia a.k.a duta produk di sini sebab mereka pun ada sekali untuk memeriahkan lagi suasana festival ini. Ena pun berkesempatan berjumpa dengan dua orang sahaja artis. Yang lain mungkin datang pada hari yang lain, so bukan rezeki ena.


Puteri Sarah. Macam anak patung! Cantik sungguh.

Kak Memey Suhaiza. Ni merupa kali kedua berjumpa dengan dia.

Walaupun tak dapat jumpa dengan semua artis, at least dapat la juga beberapa orang artis yang ada. Selain membeli belah, berjumpa artis kegemaran mereka adalah salah satu faktor kenapa mereka datang kemari.


GOODIE DARIPADA AL-HADEEF

Goodie ni ikut nasib apa yang mereka dapat. Dan ena dapat produk daripada Al-Hadee, ada baju jubah lelaki, sarung tangan dengan kopiah. Ena ambil yang hand socks tu je, yang lain ena bagi kepada anak buah ena. Boleh dia pakai pergi solat atau simpan untuk raya nanti.




Bagi ena, tak menyesal rebut peluang menjadi 10 000 terawal sebab barang yang dapat bukan sebarang jenama yang dapat. Malah, dapat juga grab beberapa item ketika ke mari. Memang murah sungguh dress, blouse, tudung dan pelbagai la yang jual di sini.


MOOD REPUBLIK KL RAYA FEST

Haaaaa! Berita baik untuk you all. Pada minggu hadapan iaitu bermula dari 11 Julai 2015 hingga 13 Julai 2015Mood Republik buat lagi festival jualan besar-besaran yang bertempatkan PWTC Kuala Lumpur semperna Raya Aidilfitri.

Boleh rujuk pada banner di bawah ini.

Klik Pada Gambar
Apa lagi, jomlah pergi beramai-ramai. InshaAllah ena pun akan pergi nanti. Nak cari baju raya dari butik-butik yang hot macam pisang gorenggg. Itu sahaja perkongsian daripada ena. 


Share

Other Article

JUMPA MEMEY SUHAIZA & PUTERI SARAH | MOOD REPUBLIK
4/ 5
Oleh

6 Comments

Tulis Comments
avatar
4.7.15

Wowww, bestnya.. Tk sesak ke ena? Penuh sgt org tu..

Reply
avatar
4.7.15

sesak giler tengok tapi macam best jer =)

Reply
avatar
4.7.15

Bestnya.. Akak dah lama tak berevent cenggini.. Busy bisnes.. In Shaa Allah, nak try aktif balik berevent & berblog.. ^_^
RosmizaAli.Com™

Reply
avatar
5.7.15

Bestnya dpt pergi event2 mcm ni :)

Reply
avatar
5.7.15

seronoknya dapat goodie bag..then dapat jumpe blogger n artis lagi

Reply